ASSALAM... SAUDARA,

SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAPA SAUDARA NABI YG SAUDARA KATA MASUK
NERAKA..SAYA TK BERAPA PANDAI SGT PASAL SEJARAH NI...PERSOALAN SAYA
IALAH DUNIA KITA NI MASIH BELUM KIAMAT LAGI..MACAMMANA SAUDARA BOLEH
TAHU YG BAPA SAUDARA NABI DAH MASUK NERAKA..NERAKA YG MANA NI??? SAPA YG
PERNAH NAMPAK DIA MASUK NERAKA DAN DARI MANA SAUDARA BERITA INI?

-----Original Message-----
From: hidayahnet@yahoogroups.com [mailto:hidayah...@yahoogroups.com] On
Behalf Of MHD HAFIF
Sent: Monday, 5 January 2009 5:05 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen
pun

Assalamualaikum
Bangsa arab ke...melayu ke...jepun ke...bangla ke...mmg xde nilai satu
sen pn...sekupang pn xdak cuma taqwa saja menentukan kita ni org baik
atau pn buruk...sebab itu sahaja nilaian Allah terhadap manusia..nabi pn
ada bersabda..tidak kira samada dia daripada keluarga ku atau pun tidak
kalau dia tidak bertaqwa tiada sebarang nilai pn padanya disisi
Allah..sdgkan abu jahal tu pn bapak sedara nabi..pn ke neraka...apa yang
ada pada bangsa..tujuan Allah ciptakan kita berpuak2 adalah untuk kita
berta'aruf antara satu sama lain..tp yg paling mulia adalah yg paling
bertaqwa..kalau kita menanggap bangsa satu kemuliaan dan kelebihan kita
saling tak tumpah macm yahudi..
 
pendapat ana sahaja...maaf kalau ada yg salah..
wassalam


________________________________

Daripada: "isa.sulai...@yahoo.com" <isa.sulai...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Jumaat, 19 Disember, 2008 3:44:55
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen
pun




apa yang yang kau mempertahankan? ??? 

jika kau kata melayu tak ada harga 1 sen..mengapa Allah mencipta kawasan
in dari rumpun melayu.???? 

Kau lahir dari bangsa apa?mak atau bapak kau tu apa melayu ke??islam kah
mereka???? 

tuan guru kau tu belajar di tanah arab......bolehkah kau kata org arab
tak de harga 1 sen juga????? 

apa keturunan Rasul?  arab kan...boleh kau kata tak de harga 1 sen? 


Aku hanya tahu Ahlul Bait MuhAMMAD SAW..... 





Ahmad Fahmi AhmadTarmizi 
Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com 

19/12/2008 01:41 PM 
Please respond to
hidayah...@yahoogro ups.com


To
"Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com> 
cc
Subject
Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun       

                




Assalamualaikum. Tuan Guru, pendapat Tuan Guru betul. Saya sokong
seratus peratus apa yang diucapkan oleh Rozmal. Melayu tiada harga
langsung di mata Allah swt. Yang dipandang Allah hanyalah ketakwaan dan
keimanan seorang manusia itu. Saya agak kurang faham dengan apa yang
hendak disampaikan oleh saudara zain tadi. Dan, untuk menjelaskan kepada
saudara Zain, saya ingin mengatakan saya membaca balasan saudara
berkali-kali sebelum membalas emel ini. Yang saya ucapkan adalah yang
saya faham dari apa yang saudara zain balas. Dari apa yang saya faham,
saudara zain, tidak melihat ceramah tersebut dari sudut objektifnya.
Mati mempertahankan bangsa Melayu, saya tidak nampak, saudara akan
dimasukkan ke dalam syurga. Sebab, Melayu bukanlah suatu ketakwaan. Jika
Malaysia diserang oleh orang Amerika, kita mempertahankan negara kita
atas dasar agama, kerana Islam menyuruh kita menentang jika kita
dijajah. Dan itu lebih baik dari menentang atas dasar kaum. Saya tidak
ingat hadis mana tetapi ucapan ini juga pernah diucapkan oleh Syeikh
Jalaludin Al-Afghani, seingat saya. (Jika salah, tolong betulkan). Ini
tidak bermakna, saya tidak menyayangi bangsa saya, cuma saya terasa
bangsa Melayu sudah lari dari Islam yang sebenar. Ramai anak-anak dara
menyidai kain di ampaian tanpa bertudung, itu adalah satu cara hidup di
kampung-kampung. Apabila berjuang mempertahankan sesuatu yang salah,
adakah kita akan menjadi betul? Kalau saudara ingin menjadikan saudara
berkorban demi bangsa kita Melayu jika ianya ditindas, adalah wajar
untuk kita meletakkan niat BUKAN UNTUK BANGSA tetapi adalah UNTUK ISLAM,
barulah pengorbanan kita berteraskan Islam, dan insyaallah, jika niat
kita demi Allah swt, dosa kita akn dihapuskan dan kita akan diberi
pahala. Selangkah ke arah Allah swt, 10 langkah Allah swt akan
menghampiri kita. 

Tuan Guru, berkasih sayang, cukup bagus. Walaupun saya tidak mendengar
ceramah itu, matlamatnya ada terasa di naluri saya. Benda yang bukan
realiti pada masa sekarang tidak bermakna ianya adalah benda yang
mustahil pada masa akan datang. Pernahkah manusia di tahun 1700
mengimpikan mentol lampu. Amerika mungkin tidak berfikiran seperti Tuan
Guru buat masa sekarang, tetapi, jika kita mengambil langkah seperti
orang Kristian (orang Kristian, mereka mengetuk pintu rumah dan
menyampaikan ceramah dari rumah ke rumah), kita berdakwah di sana sini,
mereka boleh berhijrah kepada agama kita. Akan datang satu masa di mana
Islam akan mentadbir dunia dan membuka kota Rom, dan masa itu belum
sampai lagi. Kita masyarakat sekarang yang sepatutnya melihat peluang
ini dan berusaha mencapainya. Kita mungkin bertepuk sebelah tangan buat
masa ini. Tetapi, dengan satu usaha menyebarkan Islam kepada mereka,
bermakna, kita telah melangkah setapak, semakin hampir dengan kejayaan
itu. Dan jika kita tidak berjaya mencapai apa yang kita impikan buat
masa sekarang setelah kita mencuba, tidak bermakna, kita gagal. Kita
adalah manusia yang BERJAYA, berbanding merkea yang TIDAK BERIMPIAN atau
BERIMPIAN TAPI TAKUT MENCUBA. Pada saya, tidak salah untuk berimpian
demi agama, dan mencuba mendapatkannya. 

Jika saudara Zain pernah bercakap dengan American, Irish dan Western
people, mereka semua berfikiran terbuka. Mereka menerima agama kita dan
mereka menyediakn ruang untuk diri mereka mengenali agama kita. 

Dan kita orang Islam ditindas bukan kerana fikiran ini, tetapi, kita
ditindas kerana kita TIADA fikiran ini. Jika seluruh umat Islam di dunia
ini berfikiran sama (bahawasanya, kita adalah berpupu, tiada jenayah
yang berlaku), mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan
bijaksana, tiada kuasa besar ini akan mengganggu kita, malahan kita akan
menjadi kuasa besar. Benda ini boleh dicapai. Fikiran ini, boleh semua
umat Islam rasai, kerana, umat Islam di zaman Rasulullah saw, dapat
melakukannya. Jika seluruh umat Islam menjadi labi-labi dan berenang ke
arah pulau Inggeris, nescaya, akan tenggelamlah pulau itu.

Saya ada satu cerita, di Ireland, umat Islam berbuka puasa bersama-sama,
di masjid dan surau. Walaupun berlainan bangsa, negro, asian, arab, dan
ada juga Irish, semua seperti bersaudara. Memanggil umat Islam yang lain
sebagai, BROTHERS and SISTERS. Saling menegur jika lihat kita melakukan
kesalahan dan juga menolong kita jika kita menghadapi kesulitan. Suatu
perasaan berdasarkan agama wujud, dan inilah yang Tuan Guru ingin kita
semua umat Islam di Malaysia lakukan. Insyaallah, tiada yang mustahil
jika kita ingin menyampaikan agama kerana rasul-rasul lebih teruk
disiksa sebelum kita. Dan mereka semua tabah melakukannya dan mereka
berjaya.  

WAHAI UMAT ISLAM, KITA BERADA DI PIHAK YANG MENANG. JANGANLAH TAKUT
UNTUK BERJIHAD DI JALAN ALLAH KERANA JANJI ALLAH AKAN MEMBANTU KITA.
YAKINLAH DAN KITA AKAN MENANG JUGA AKHIRNYA.

Assalamualaikum. . (Saya juga seorang Islam, seorang Melayu, seorang
manusia yang masih cetek ilmu agama. Tiada yang sempurna di dunia ini,
yang sempurna hanyalah yang Maha Pencipta, Allah swt. Maafkan saya jika
terlanjur.)


________________________________

Daripada: "z...@yahoo.com" <z...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Dihantar: Isnin, 15 Disember, 2008 4:19:44
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen
pun


Mencelah sikit - Kalaulah semua insan di dunia ini tanpa mengira bangsa
dan aama berfikiran sama seperti Tuan Guru itu maka dunia ini akan aman
- tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Kita jangan hidup dalam impian
sedemikian. Lihatlah bagaimana orang Islam dizalimi di merata tempat di
dunia ini. Ini akan berlaku kepada Melayu kalau Melayu berfikiran
sedemikian. Bertepuk tangan bukan sebelah saja. Saya faham agama tapi
saya juga seorang realist. What is real is real. Banyak manusia yang
cuba membina utopia mereka tetapi gagal. Fikirlah sendiri. Saya orang
Melayu dan saya seorang Muslim sejati - dan sanggup matui mempertahankan
kedua-duanya. Orang Iraq tanpa mengira agama menentang Amerika dan
Barat. Orang Palestin tanpa mengira agama (Muslim dan Kristian) menenang
Zionis/Israel - Kita bernasib baik di sini - kekalkanlah. 


________________________________

From: "roz...@yahoo. com" <roz...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Sunday, December 14, 2008 6:41:34 AM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun


Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga
satu sen pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita
semua di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah
mana-mana orang dan bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu
Nabi Adam as.

Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk
orang India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang
Inggeris adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu.

Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi
, malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan
kata oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita
bangsa Cina kita masuk neraka.

Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan
kasih sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan
seseorang itu hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun
mestilah kerana ALLAH.

Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita
kesian , kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi
walaupun dia bangsa Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang
tanpa izin sekali pun , lalu kita pun tolonglah menyelamatkan dia ,
tolong selamatkan anak-anak dia , tolong semalatkan harta benda dia ,
tolong panggilkan bomba.

Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH
akan menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu
selamatkan mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita
, akan pemerintah alam ini.

Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana
ALLAH agar negara ini selamat , aman dan makmur.

Rozmal bin Malakan
http://waghih. blogspot. com <http://waghih.blogspot.com/>  





________________________________

Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya
sekarang.
<http://mys.rd.yahoo.com/search/toolbar/mail/signature/*http://malaysia.
toolbar.yahoo.com/>  





________________________________

Nama E-mel baru untuk anda!
<http://sg.rd.yahoo.com/my/mail/domainchoice/mail/signature/*http://mail
.promotions.yahoo.com/newdomains/my/> 
Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan
@rocketmail yang baru.
Cepat sebelum orang lain mendapatkannya!

 
*** RANHILL - WORLEYPARSONS GROUP NOTICE ***
"This email is confidential.  If you are not the intended recipient, you must 
not disclose  or  use the  information contained in it.  If you have received 
this email in error,  please notify us immediately by return email and delete 
the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the 
writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the 
Ranhill - WorleyParsons Group of Companies."

Kirim email ke