Assalaamualaikum Sdr Nazli Ali, Maaf menyampuk because I am not Muhd Hafif, but I feel compelled to answer InshaAllah. Saya rasa bapa saudara Nabi (saw) yang di maksudkan oleh penulis di bawah ialah Abu Lahab - Abu Lahab ialah anak kepada Abdul Mutallib dan adik kepada Abdullah (Bapa Nabi Muhammad (saw) tetapi ibu yang berbeza. Memang Abu Lahab sudah di janjikan oleh Allah swt akan masuk neraka dalam surah al Masad (111) di mana Allah swt menyatakan "He will be burnt in the fire of blazing flames" (referring to Abu Lahab) Sementara Abu Jahal bukan bapa saudara Nabi Muhammad (saw) tetapi adalah dari Banu Makhzum dari Kaum Quraysh. Dia juga adalah salah satu ketua Kaum Quraysh yang sangat benci kepada Islam dan Allah swt menceritakan mengenai Abu Jahal dalam surah Al Alaq ayat 9-19 di mana Allah menyatakan "We will call the guards of Hell (to deal with him)" Jadi memang betul Qiyamat belum sampai dan kita tak tahu siapa yang masuk Jannah atau Jahannam tetapi Allah The All-Mighty sudah memberi berita di dalam Al-Qur'an tentang kedudukan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi sebagai Umat Islam yang memegang kepada Al-Qur'an, kita mestilah percaya dan mengetahui bahawa Allah tidak pernah memungkiri janjiNya.
--- On Mon, 12/1/09, Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com <Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com> wrote: From: Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com <Nazli Ali (Kuala Lumpur)@yahoo.com> Subject: RE: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Monday, 12 January, 2009, 3:47 AM ASSALAM... SAUDARA, SAYA INGIN BERTANYA TENTANG BAPA SAUDARA NABI YG SAUDARA KATA MASUK NERAKA..SAYA TK BERAPA PANDAI SGT PASAL SEJARAH NI...PERSOALAN SAYA IALAH DUNIA KITA NI MASIH BELUM KIAMAT LAGI..MACAMMANA SAUDARA BOLEH TAHU YG BAPA SAUDARA NABI DAH MASUK NERAKA..NERAKA YG MANA NI??? SAPA YG PERNAH NAMPAK DIA MASUK NERAKA DAN DARI MANA SAUDARA BERITA INI? -----Original Message----- From: hidayah...@yahoogro ups.com [mailto:hidayah...@yahoogro ups.com] On Behalf Of MHD HAFIF Sent: Monday, 5 January 2009 5:05 PM To: Ikhwanul Muslimun Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun Assalamualaikum Bangsa arab ke...melayu ke...jepun ke...bangla ke...mmg xde nilai satu sen pn...sekupang pn xdak cuma taqwa saja menentukan kita ni org baik atau pn buruk...sebab itu sahaja nilaian Allah terhadap manusia..nabi pn ada bersabda..tidak kira samada dia daripada keluarga ku atau pun tidak kalau dia tidak bertaqwa tiada sebarang nilai pn padanya disisi Allah..sdgkan abu jahal tu pn bapak sedara nabi..pn ke neraka...apa yang ada pada bangsa..tujuan Allah ciptakan kita berpuak2 adalah untuk kita berta'aruf antara satu sama lain..tp yg paling mulia adalah yg paling bertaqwa..kalau kita menanggap bangsa satu kemuliaan dan kelebihan kita saling tak tumpah macm yahudi.. pendapat ana sahaja...maaf kalau ada yg salah.. wassalam ____________ _________ _________ __ Daripada: "isa.sulaiman@ yahoo.com" <isa.sulaiman@ yahoo.com> Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com> Dihantar: Jumaat, 19 Disember, 2008 3:44:55 Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun apa yang yang kau mempertahankan? ??? jika kau kata melayu tak ada harga 1 sen..mengapa Allah mencipta kawasan in dari rumpun melayu.???? Kau lahir dari bangsa apa?mak atau bapak kau tu apa melayu ke??islam kah mereka???? tuan guru kau tu belajar di tanah arab......bolehkah kau kata org arab tak de harga 1 sen juga????? apa keturunan Rasul? arab kan...boleh kau kata tak de harga 1 sen? Aku hanya tahu Ahlul Bait MuhAMMAD SAW..... Ahmad Fahmi AhmadTarmizi Sent by: hidayah...@yahoogro ups.com 19/12/2008 01:41 PM Please respond to hidayah...@yahoogro ups.com To "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@ yahoogro ups.com> cc Subject Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun Assalamualaikum. Tuan Guru, pendapat Tuan Guru betul. Saya sokong seratus peratus apa yang diucapkan oleh Rozmal. Melayu tiada harga langsung di mata Allah swt. Yang dipandang Allah hanyalah ketakwaan dan keimanan seorang manusia itu. Saya agak kurang faham dengan apa yang hendak disampaikan oleh saudara zain tadi. Dan, untuk menjelaskan kepada saudara Zain, saya ingin mengatakan saya membaca balasan saudara berkali-kali sebelum membalas emel ini. Yang saya ucapkan adalah yang saya faham dari apa yang saudara zain balas. Dari apa yang saya faham, saudara zain, tidak melihat ceramah tersebut dari sudut objektifnya. Mati mempertahankan bangsa Melayu, saya tidak nampak, saudara akan dimasukkan ke dalam syurga. Sebab, Melayu bukanlah suatu ketakwaan. Jika Malaysia diserang oleh orang Amerika, kita mempertahankan negara kita atas dasar agama, kerana Islam menyuruh kita menentang jika kita dijajah. Dan itu lebih baik dari menentang atas dasar kaum. Saya tidak ingat hadis mana tetapi ucapan ini juga pernah diucapkan oleh Syeikh Jalaludin Al-Afghani, seingat saya. (Jika salah, tolong betulkan). Ini tidak bermakna, saya tidak menyayangi bangsa saya, cuma saya terasa bangsa Melayu sudah lari dari Islam yang sebenar. Ramai anak-anak dara menyidai kain di ampaian tanpa bertudung, itu adalah satu cara hidup di kampung-kampung. Apabila berjuang mempertahankan sesuatu yang salah, adakah kita akan menjadi betul? Kalau saudara ingin menjadikan saudara berkorban demi bangsa kita Melayu jika ianya ditindas, adalah wajar untuk kita meletakkan niat BUKAN UNTUK BANGSA tetapi adalah UNTUK ISLAM, barulah pengorbanan kita berteraskan Islam, dan insyaallah, jika niat kita demi Allah swt, dosa kita akn dihapuskan dan kita akan diberi pahala. Selangkah ke arah Allah swt, 10 langkah Allah swt akan menghampiri kita. Tuan Guru, berkasih sayang, cukup bagus. Walaupun saya tidak mendengar ceramah itu, matlamatnya ada terasa di naluri saya. Benda yang bukan realiti pada masa sekarang tidak bermakna ianya adalah benda yang mustahil pada masa akan datang. Pernahkah manusia di tahun 1700 mengimpikan mentol lampu. Amerika mungkin tidak berfikiran seperti Tuan Guru buat masa sekarang, tetapi, jika kita mengambil langkah seperti orang Kristian (orang Kristian, mereka mengetuk pintu rumah dan menyampaikan ceramah dari rumah ke rumah), kita berdakwah di sana sini, mereka boleh berhijrah kepada agama kita. Akan datang satu masa di mana Islam akan mentadbir dunia dan membuka kota Rom, dan masa itu belum sampai lagi. Kita masyarakat sekarang yang sepatutnya melihat peluang ini dan berusaha mencapainya. Kita mungkin bertepuk sebelah tangan buat masa ini. Tetapi, dengan satu usaha menyebarkan Islam kepada mereka, bermakna, kita telah melangkah setapak, semakin hampir dengan kejayaan itu. Dan jika kita tidak berjaya mencapai apa yang kita impikan buat masa sekarang setelah kita mencuba, tidak bermakna, kita gagal. Kita adalah manusia yang BERJAYA, berbanding merkea yang TIDAK BERIMPIAN atau BERIMPIAN TAPI TAKUT MENCUBA. Pada saya, tidak salah untuk berimpian demi agama, dan mencuba mendapatkannya. Jika saudara Zain pernah bercakap dengan American, Irish dan Western people, mereka semua berfikiran terbuka. Mereka menerima agama kita dan mereka menyediakn ruang untuk diri mereka mengenali agama kita. Dan kita orang Islam ditindas bukan kerana fikiran ini, tetapi, kita ditindas kerana kita TIADA fikiran ini. Jika seluruh umat Islam di dunia ini berfikiran sama (bahawasanya, kita adalah berpupu, tiada jenayah yang berlaku), mewujudkan masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan bijaksana, tiada kuasa besar ini akan mengganggu kita, malahan kita akan menjadi kuasa besar. Benda ini boleh dicapai. Fikiran ini, boleh semua umat Islam rasai, kerana, umat Islam di zaman Rasulullah saw, dapat melakukannya. Jika seluruh umat Islam menjadi labi-labi dan berenang ke arah pulau Inggeris, nescaya, akan tenggelamlah pulau itu. Saya ada satu cerita, di Ireland, umat Islam berbuka puasa bersama-sama, di masjid dan surau. Walaupun berlainan bangsa, negro, asian, arab, dan ada juga Irish, semua seperti bersaudara. Memanggil umat Islam yang lain sebagai, BROTHERS and SISTERS. Saling menegur jika lihat kita melakukan kesalahan dan juga menolong kita jika kita menghadapi kesulitan. Suatu perasaan berdasarkan agama wujud, dan inilah yang Tuan Guru ingin kita semua umat Islam di Malaysia lakukan. Insyaallah, tiada yang mustahil jika kita ingin menyampaikan agama kerana rasul-rasul lebih teruk disiksa sebelum kita. Dan mereka semua tabah melakukannya dan mereka berjaya. WAHAI UMAT ISLAM, KITA BERADA DI PIHAK YANG MENANG. JANGANLAH TAKUT UNTUK BERJIHAD DI JALAN ALLAH KERANA JANJI ALLAH AKAN MEMBANTU KITA. YAKINLAH DAN KITA AKAN MENANG JUGA AKHIRNYA. Assalamualaikum. . (Saya juga seorang Islam, seorang Melayu, seorang manusia yang masih cetek ilmu agama. Tiada yang sempurna di dunia ini, yang sempurna hanyalah yang Maha Pencipta, Allah swt. Maafkan saya jika terlanjur.) ____________ _________ _________ __ Daripada: "z...@yahoo.com" <z...@yahoo.com> Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@ yahoogro ups.com> Dihantar: Isnin, 15 Disember, 2008 4:19:44 Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun Mencelah sikit - Kalaulah semua insan di dunia ini tanpa mengira bangsa dan aama berfikiran sama seperti Tuan Guru itu maka dunia ini akan aman - tetapi hakikatnya tidak sedemikian. Kita jangan hidup dalam impian sedemikian. Lihatlah bagaimana orang Islam dizalimi di merata tempat di dunia ini. Ini akan berlaku kepada Melayu kalau Melayu berfikiran sedemikian. Bertepuk tangan bukan sebelah saja. Saya faham agama tapi saya juga seorang realist. What is real is real. Banyak manusia yang cuba membina utopia mereka tetapi gagal. Fikirlah sendiri. Saya orang Melayu dan saya seorang Muslim sejati - dan sanggup matui mempertahankan kedua-duanya. Orang Iraq tanpa mengira agama menentang Amerika dan Barat. Orang Palestin tanpa mengira agama (Muslim dan Kristian) menenang Zionis/Israel - Kita bernasib baik di sini - kekalkanlah. ____________ _________ _________ __ From: "roz...@yahoo. com" <roz...@yahoo. com> To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@ yahoogro ups.com> Sent: Sunday, December 14, 2008 6:41:34 AM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu tak ada harga satu sen pun Malam tadi dengar ceramah Tuan Guru. Dia kata Melayu ni tak ada harga satu sen pun , kecuali Melayu yang bertaqwa. Kemudian dia kata lagi kita semua di dunia ini mempunyai datuk yang sama iaitu Adam. Tanyalah mana-mana orang dan bangsa pun di dunia ini , datuknya tetap sama iaitu Nabi Adam as. Datuk orang Melayu adalah Adam , datuk orang Cina adalah Adam , datuk orang India adalah Adam , datuk orang Afrika adalah Adam , datuk orang Inggeris adalah Adam. Jadinya kita semua di dunia ini adalah berpupu. Bila kita mati nanti apabila dimasukkan dalam kubur kata Tuan Guru lagi , malaikat dalam kubur tidak akan tanya apa bangsa kita. Malaikat takkan kata oleh kerana kita bangsa Melayu kita masuk syurga , kalau kita bangsa Cina kita masuk neraka. Mendengar ceramah Tuan Guru tadi terasa betapa perlu kita menyebarkan kasih sayang sesama kita di dunia ini. Kita kasih dan sayangkan seseorang itu hanyalah kerana ALLAH. Kita bencikan seseorang itu pun mestilah kerana ALLAH. Kalau kita di dunia ini kita nampak rumah orang sedang terbakar , kita kesian , kita kasihkan mereka yang menjadi mangsa kebakaran tadi walaupun dia bangsa Melayu , bangsa Cina , bangsa India , pendatang tanpa izin sekali pun , lalu kita pun tolonglah menyelamatkan dia , tolong selamatkan anak-anak dia , tolong semalatkan harta benda dia , tolong panggilkan bomba. Di akhirat nanti pun begitu juga , mereka yang melanggar perintah ALLAH akan menjadi mangsa kebakaran api neraka. Di dunia inilah kita perlu selamatkan mereka , kita ingat mengingati sesama kita akan pencipta kita , akan pemerintah alam ini. Marilah kita banyak menyebarkan kasih sayang sesama kita hanya kerana ALLAH agar negara ini selamat , aman dan makmur. Rozmal bin Malakan http://waghih. blogspot. com <http://waghih. blogspot. com/> ____________ _________ _________ __ Yahoo! Toolbar kini dikuasa dengan Search Assist. Muat turunnya sekarang. <http://mys.rd. yahoo.com/ search/toolbar/ mail/signature/ *http://malaysia . toolbar.yahoo. com/> ____________ _________ _________ __ Nama E-mel baru untuk anda! <http://sg.rd. yahoo.com/ my/mail/domainch oice/mail/ signature/ *http://mail .promotions. yahoo.com/ newdomains/ my/> Dapatkan nama E-mel yang telah lama anda mahukan pada @ymail dan @rocketmail yang baru. Cepat sebelum orang lain mendapatkannya! *** RANHILL - WORLEYPARSONS GROUP NOTICE *** "This email is confidential. If you are not the intended recipient, you must not disclose or use the information contained in it. If you have received this email in error, please notify us immediately by return email and delete the email and any attachments. Any personal views or opinions expressed by the writer may not necessarily reflect the views or opinions of any company in the Ranhill - WorleyParsons Group of Companies."