Assalamu'alaikum Wr Wb Terimakasih atass keperhatinan anda pada maysarkat Melayu Singapura. Setiap orang berhak mengeluarkan pendapat namun pendapat itu haruslah berasas. Saya tidak nafikan kebanyakan orang Melayu tinggal di flat HDB tetapi haruslah anda ingat, kebanyakan dari semua kaum di SIngapura tinggal di falt-flat HDB. . Sekiranya anda tidak tahu, nilai flat HDB yang mempunyai satiu kamarr sahaja itu boleh menandingi apartmen kondominum di KL. Flat-flat HDB bukanlah seperti flat-flat perumahan kos rendah di KL tetapi ianya lengkap dengan segala keperluam dengan lify nya yang jarang sekali rosak. Saya tak maulah sampai komen saya mengguris saudara-saudara saya di Malaysia hanya sekadar mengingatkan kalau kita nak buat contoh, ambil lah yang tepat, jangan tangkap muat. Nanti jadi seperti pepatah Melayu, percik air di dulang kena muka sendiri. Saya tidak ingin berdebat soal identiti. MEmadainlah jika saya utarakan beberapa fakta antaranya, berkurangnya taraf penagihan dadah di kalangan orang MElayu SIngapura. Soal moral, cukuplah kalau saya katakan, jarang sekali kita nak membabitkan soal orang lain dalam masalah dalaman kita. Soal rasuah,hampir mustahil nak denganr do sini tapi saya sendiri di minta rasuah oleh orang Melayu yang kerja di immigresen. di JB APakah ini identiti Melayu yang dapat di bina dan di banggakan, rasuah? Sudahlah Syekh, kalau anda ada masalah dengan pemimpin anda, jangan kaitkan orang Singapore. Alhamdulillah, kita selesa tinggal di rumah HDB. Kebersihan terhjaga, bila2 nak jual ada nilai, lif jarang rosak atau bersampah, duit zakat di agihkan dengan trransparen. Negara kami tidak perfect tapi kami rasa tidaklah seburuk fitnah yang anda bayangkan. MEnyebarkan fitnah itu bukan tanda moral yang baik. Wassalamu'alaikum Ikhlas dari Abdul Rahim --- On Tue, 17/3/09, ridzuanaz...@yahoo.com <ridzuanaz...@yahoo.com> wrote:
From: ridzuanaz...@yahoo.com <ridzuanaz...@yahoo.com> Subject: Help Palestine [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi Bakal Dibuang Ke Longkang" To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Tuesday, 17 March, 2009, 11:02 PM Bantah PPSMI Sekali Lagi Dibuang Ke Longkang Apalah malangnya kita menjadi rakyat Malaysia sekarang ini, bilamana pemimpin tidak cakna dan prihatin dengan rakyat. Apa mereka ingat bahasa dan rakyat ini barang dagangan boleh dijual dan dilelong sesuka hati. Dimana jati diri bangsa, apabila bahasa ibunda sendiri sudah tidak menjadi pilihan utama rakyat dalam mengembangkan ilmu. Apa mereka ingat dengan berbahasa inggeris rakyat boleh hidup senang. Contohnya sangat banyak antaranya lihatlah Singapura bilamana rakyat disuruh berbahasa inggeris rakyatnya sudah hilang identiti dan tidak keterlaluan moral mereka yang tidak mampu digambarkan. Lagu kebangsaan Singapura bertajuk Majulah Singapura dinyayikan dalam bahasa melayu tetapi malangnya orang-orang melayu di Singapura terutamanya generasi 35 tahun kebawah sudah tidak mampu berbahasa melayu dengan fasih. Apabila mereka kononnya bijak berbahasa inggeris dimana mereka sekarang? tidakkah mereka duduk di flat-flat HDB. Siapa yang memiliki kekayaan mutlak disana sekarang? Orang melayu hanya tinggal nama di Kg Gelam dan muzium Singapura. Kita tinggalkan Singapura biarpun kita mengeluh panjang dengan nasib saudara dan sahabat handai kita disana. Di Malaysia 30 tahun yang lalu kerajaan telahpun mewajibkan tulisan rumi dalam urusan rasmi kerajaan dan pendidikan. Hasilnya sekarang rakyat cukup ramai merangkak mengeja rumi, tulisan habis keparit, bila baca Quran habis bersepah. Terima Kasih Umno. Enam tahun yang lalu satu generasi lagi sekarang ini sedang dikorbankan untuk satu projek 'penghapusan etnik' bahasa melayu secara perlahan. Pengajaran bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik adalah satu lagi projek mega Umno Barisan Nasional. Siapa yang ajar Umno kalau bukan warisan doktrin penjajah yang mereka warisi. Sabtu 07 Mac yang lalu satu lagi sejarah telah dicipta bilamana 120 ribu rakyat berhimpun ke istana negara untuk unjuk rasa aman tidak berpuas hati dengan situasi yang melanda sekarang. Sangat malang himpunan rakyat ini disambut 'mesra' oleh pasukan polis yang merampas banner, memukul para demonstran dan kemuncaknya pancutan air dan gas pemedih mata. 'Alhamdulillah' ramai yang kena! kira-kiranya ini menjadi bukti kita kepada Allah kita orang yang berjuang. Beritahu saya siapa yang hadir tidak merasa gas dan pancutan air? Sekarang kerajaan berbelah bahagi, walaupun Menteri Pendidikan masih menipu dan mendakwa Pakatan Rakyat adalah dalang himpunan ini. Tidakkah mereka mengambil kira pelbagai kaum dan idealogi berhimpun dengan bermacam-macam latar belakang dari kanak-kanak, pelajar, siswa, penjawat awam dan swasta termasuklah pimpinan sasterawan negara dan profesor bangun untuk menyatakan kebenaran. Walaupun memorandum berjaya sampai keistana negara, rakyat sebenarnya masih tidak puas hati dengan respon kerajaan dan sekarang ini sudah kedengaran rakyat hendakkan satu lagi himpunan serupa menandakan semangat juang rakyat semakin semarak. Kali ini bukan PPSMI sahaja akan dikuburkan, UmnoBN sendiri akan dibuang di Sungai Segget. Layari : http://pasjohorbahr u.com/ New Email names for you! Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does! http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/sg/