Bantah PPSMI Sekali Lagi Dibuang Ke Longkang
 
Apalah malangnya kita menjadi rakyat Malaysia sekarang ini, bilamana pemimpin 
tidak cakna dan prihatin dengan rakyat. Apa mereka ingat bahasa dan rakyat ini 
barang dagangan boleh dijual dan dilelong sesuka hati.
 
Dimana jati diri bangsa, apabila bahasa ibunda sendiri sudah tidak menjadi 
pilihan utama rakyat dalam mengembangkan ilmu. Apa mereka ingat dengan 
berbahasa inggeris rakyat boleh hidup senang. Contohnya sangat banyak antaranya 
lihatlah Singapura bilamana rakyat disuruh berbahasa inggeris rakyatnya sudah 
hilang identiti dan tidak keterlaluan moral mereka yang tidak mampu digambarkan.
 
Lagu kebangsaan Singapura bertajuk Majulah Singapura dinyayikan dalam bahasa 
melayu tetapi malangnya orang-orang melayu di Singapura terutamanya generasi 35 
tahun kebawah sudah tidak mampu berbahasa melayu dengan fasih. Apabila mereka 
kononnya bijak berbahasa inggeris dimana mereka sekarang? tidakkah mereka duduk 
di flat-flat HDB. Siapa yang memiliki kekayaan mutlak disana sekarang? Orang 
melayu hanya tinggal nama di Kg Gelam dan muzium Singapura.
 
Kita tinggalkan Singapura biarpun kita mengeluh panjang dengan nasib saudara 
dan sahabat handai kita disana. Di Malaysia 30 tahun yang lalu kerajaan 
telahpun mewajibkan tulisan rumi dalam urusan rasmi kerajaan dan pendidikan. 
Hasilnya sekarang rakyat cukup ramai merangkak mengeja rumi, tulisan habis 
keparit, bila baca Quran habis bersepah. Terima Kasih Umno.
 
Enam tahun yang lalu satu generasi lagi sekarang ini sedang dikorbankan untuk 
satu projek 'penghapusan etnik' bahasa melayu secara perlahan. Pengajaran 
bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik adalah satu lagi projek 
mega Umno Barisan Nasional. Siapa yang ajar Umno kalau bukan warisan doktrin 
penjajah yang mereka warisi.
 
Sabtu 07 Mac yang lalu satu lagi sejarah telah dicipta bilamana 120 ribu rakyat 
berhimpun ke istana negara untuk unjuk rasa aman tidak berpuas hati dengan 
situasi yang melanda sekarang.
 
Sangat malang himpunan rakyat ini disambut 'mesra' oleh pasukan polis yang 
merampas banner, memukul para demonstran dan kemuncaknya pancutan air dan gas 
pemedih mata.
 
'Alhamdulillah' ramai yang kena! kira-kiranya ini menjadi bukti kita kepada 
Allah kita orang yang berjuang. Beritahu saya siapa yang hadir tidak merasa gas 
dan pancutan air?
 
Sekarang kerajaan berbelah bahagi, walaupun Menteri Pendidikan masih menipu dan 
mendakwa Pakatan Rakyat adalah dalang himpunan ini. Tidakkah mereka mengambil 
kira pelbagai kaum dan idealogi berhimpun dengan bermacam-macam latar belakang 
dari kanak-kanak, pelajar, siswa, penjawat awam dan swasta termasuklah pimpinan 
sasterawan negara dan profesor bangun untuk menyatakan kebenaran.
 
Walaupun memorandum berjaya sampai keistana negara, rakyat sebenarnya masih 
tidak puas hati dengan respon kerajaan dan sekarang ini sudah kedengaran rakyat 
hendakkan satu lagi himpunan serupa menandakan semangat juang rakyat semakin 
semarak.
 
Kali ini bukan PPSMI sahaja akan dikuburkan, UmnoBN sendiri akan dibuang di 
Sungai Segget.
 
Layari : http://pasjohorbahr u.com/ 

Kirim email ke