Saya rasa dah banyak cadangan dibuat tapi kerajaan pimpinan UMNO ni sukar nak mengaku yang mereka silap. Mereka lebih rela sesuatu polisi yang mereka buat diterima rakyat sebagai terbaik walau pun macam-macam kesukaran yang dihadapi rakyat. Memperkasakan bahasa Melayu saya rasa tidak silap. Yang silapnya ialah mengapa kaedah pengajaran bahasa Inggeris tidak diperbaiki. Saya rasa ada sekolah yang mengambil daya usaha sendiri seperti menggalakan penggunaan bahasa Inggeris pada hari-hari tertentu dalam pertuturan. Mungkin pendekatan ini sepatutnya sudah lama dijadikan satu polisi untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di bawah Kementerian Pelajaran (dulu Pendidikan). Pendidikan sebenarnya istilah yang dah sesuai untuk menggambarkan peranan dan tanggungjawab kementerian yang mengurus sekolah-sekolah rendah dan menengah. Bila kat peringkat universiti bolehlah dinamakan Kementerian Pengajian Tinggi sebab diperingkat sekolah rendah dan menengah ini kanak-kanak memang perlu dididik tapi atas sebab tak suka dengan apa-apa dasar yang dibuat oleh ? Anwar maka nama kementerian ditukar pula kepada Kementerian Pelajaran. Semuanya kerana politik UMNO yang busuk lagi membusukkan !! Dalam memilih kerajaan sistem demokrasi diterima pakai walau pun masih banyak keraguan dari segi perlaksanaannya di Malaysia . Sepatutnya dalam sesuatu polisi lain pun termasuk PPSMI ini sepatutnya rakyat terutama orang Melayu dirujuk dahulu sekurang-kurangnya kepada golongan cerdik pandai. Ini semuanya diputuskan oleh dua tiga kerat pemimpin UMNO sahaja yang berkepentingan !! Kalau ISA yang jelas tidak berperi kemanusiaan itu pun mereka tak sanggup nak mansukhkan apa tah lagi dengan dasar PPSMI !! Rasanya benarlah seperti apa yang Tok Guru katakan yang UMNO ni parti yang dah hampir nak reput. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal
--- On Tue, 4/7/09, n...@yahoo.com <n...@yahoo.com> wrote: From: n...@yahoo.com <n...@yahoo.com> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi Bakal Dibuang Ke Longkang" To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com> Date: Tuesday, April 7, 2009, 7:56 PM apa kita nak buat sekarang? Dulu sekolah SRJK (Inggeris ke China ke atau Tamil ke) dan sekolah kebangsaan (100% Melayu + mata pelajaran English) Masa berlalu dan kita nak martabatkan atau perkasakan Bahasa Melayu (sekejap Bahasa Kebangsaan) maka sekolah amalkan Bahasa Melayu 100%. Hasilnya pelajar kita kurang menguasai bahasa Inggeris diperingkat tinggi termasuk di seberang laut. Kerajaan sudah macam tersilap kerana buang English kerana nak martabatkan bahasa Melayu (surat menyurat jabatan dan mahkamah semua Melayu). Di peringkat tinggi mata pelajaran (subjek) yang penting ialah matematik (Hisab) dan sains termasuk kimia, fizik dan biologi. Di luar negara belajar nak jadi doktor dan jurutera. Semua ini perlu kepada penguasaan bahasa Inggeris. Nak balik kepada SRJK dan terlalu jauh (mungkin silap). English masih diperlukan dengan meluas jika ke seberang laut atau ke IPTA/S. Atau ke peringhkat antarabangsa (English, Jerman, Peranchis, Jepun atau Arab). Jika boleh menguasai kesemua ini lagi bagus. Tapi rata-rata kalau ada English tu dan OK dah. Nak tak nak kerajaan berbalik kepada English tapi dalam beberapa mata pelajaran (subjek) sebab nak tinggalkan English nak kuatkan Bahasa Melayu. JADI, APA KITA NAK BUAT SEKARANG? Jika ada formula boleh diketengahkan kepada Kementerian Pelajaran (sekejap Pendidikan), boleh bawa ke parlimen untuk dibahas lanjut. Berdoalah semoga kita jumpa formula atau resepi tersebut dan orang Malaysia kembali cemerlang. sekian, wassalam. Recent Activity 49 New MembersVisit Your Group Give Back Yahoo! for Good Get inspired by a good cause. Y! Toolbar Get it Free! easy 1-click access to your groups. Yahoo! Groups Start a group in 3 easy steps. Connect with others. . New Email addresses available on Yahoo! Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail. Hurry before someone else does!