Ada apa dengan isu PPSMI ??

Saya menyokong PPSMI tetapi kurang bersetuju dengan cara ia diterapkan dalam 
pendidikan. Saya berada di university, mengambil jurusan Sains dan banyak anak 
Melayu masih lagi berharap nota yang diterjemahkan kerana kegagalan memahaminya 
dalam Bahasa Inggeris. 

Assignment tidak dibuat dengan berkualiti kerana gagal merujuk buku yang tepat. 
Kebanyakan buku rujukan yang diterjemahkan samada lama atau terjemahan yang 
kebanyakannya silap.

Kalau anak Cina boleh skor A dalam pengajaran bahasa Melayu, kenapa anak Melayu 
tidak ?? Nak kata mereka lebih pandai, tak juga. Mereka lebih berusaha, rajin 
menghafal walaupun tidak faham.







________________________________
From: "redz...@yahoo.com" <redz...@yahoo.com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Sent: Tuesday, March 31, 2009 10:41:56 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali 
Lagi Bakal Dibuang Ke Longkang"


Nampaknya sebagai  seorang ibu yang punyai anak yang cemerlang puan begitu 
binggung mengapa PPSMI dibantah oleh ahli bahasa..Apa lagi anak puan mampu 
mencapai 5A dalam UPSR. mmg hairan bukan???Puan bertuah mempunyai anak yang 
bijak(mungkin) dan rajin.Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang sebilangan 
besarnya kurang pintar.??Mereka lebih mudah faham jika pelajaran matematik( 
ilmu hisab atau kira-kira) disampaikan dalam bahasa yang paling mudah mereka 
faham .iaitu bahasa ibunda mereka sendiri. 
Yang mahu diajar ialah ilmu matematik dan sains .Proses penyampaian ilmu mesti 
dilakukan dalam bahasa yang mudah difahami. Apakata kalau puan terpaksa belajar 
ilmu agama kita(islam) dalam bahasa arab???oleh kerana bahan rujukan peringkat 
tertinggi dalam agama itu ditulis dalam bahasa arab dan yang paling penting 
alQuran itu disampaikan dalam bahasa Arab maka puan diajar sembahayang, 
puasa,dan macam2 ilmu agama semuanya dalam bahasa arab.dan ketikan itu 
bayangkan puan adalah anak kecil yang tak tahu langsung bahasa arab> Adakah 
puan faham???tentu tidak bukan? oleh kerena segala pelajaran tentang islam itu 
disampaikan dalam bahasa ibunda kita maka barulah celik mata hati kita.Itu 
adalah asas2nya sahaja. sekiranya kita ingin mendalami alQuran barulah kita 
berlajar bahasa arab dengan lebih terperinci.Begitu jugalah dengan pelajaran 
bahasa Inggeris..bukannya tidak penting langsung tetapi jgnlah kerana bahasa 
inggeris bahasa antarabagsa maka kita mendera
 sebahgian besar anak-anak yang kurang pandai dalam bahasa inggeris untuk 
belajar sains dan matematik.
 
2. Puan mempersoalkan mengapa selama ini pakar bahasa tidak bertindak bila 
bahasa inggeris dimelayukan. Marah betul puan. Tetapi sebelum puan nak marah 
terlebih dahulu biarlah saya bagi tahu puan bahawa bahasa melayu yang asli 
hanya ada 3 perkataan sahaja yang tidak diceduk atau dimelayukan iaitu: BATU, 
BABI, UBI. Ya ini lah sahaja perbendaharaan asal milik orang melayu. Selebihnya 
yang kita guna sekarang adalah perkataaan2 yang diambil dari pelbagai  bahasa 
terutama bahasa sanskrit (hindu lama kalau tak silap saya) .Ini terjadi kerana 
sebelum kita menjadi melayu yang beragama Islam datuk nenek kita dahulu 
beragama hindu dan pengaruh  hindu meresap dalam bahasa dan budaya kita dalam 
banyak segi.dan apabila Parameswara memeluk Islam maka rakyat2 mula terdedah 
kepada pengaruh Arab, termasuklah bertambahnya perkataan arab dalam kamus 
bahasa melayu. Cth: TAAT, IBADAH, SOLAH, dan banyak lagi.kesan penjajahan 
Portugis, kita dapat perkataan seperti"jendela,
 sepatu" begitulah dengan penjajahan Belanda, apalagi Inggeris .Justeru itu 
tidak hairanlah semakin lama semakin bertambahlah kosa kata bahasa melayu dan 
proses ini merupakan satu proses yang sejagat dimana bukan bahasa Melayu sahaja 
melalui proses ini malah pada semua bahasa dunia yang ada sekarang. Mana2 
bahasa yang tidak melalui proses ini akan mengalami proses kematian dimana ia 
tidak dapat digunakan dalam kehidupan semasa. contoh yang paling nyata ialah 
bahasa sanskrit. bahasa ini tidak dibenarkan menerima perubahan dalam bentuk 
kosa kata kerana ia adalah bahasa kitab agama orang hindu.bahasa ini hanya 
digunakan semasa mengkaji kitab dan membaca mentera sahaja dan tidak digunakan 
dalam kehidupan seharian seperti ekonomi, politik, sains, ilmu hisab dsb.Dan 
orang india kini mengambil bahasa Tamil dan bahasa hindustan atau bahasa2 lain 
yang berkembang dlm masyarakat mereka.
 
3. tentang orang buddha berkahwin dgn orang islam ialah adalah soal 
akidah..Puan boleh mengemukakan aduan kepejabat agama sekiranya puan mendapat 
maklumat yang sahih.Ini tidak ada kena mengena dgn soal bahasa yang kita 
persoalkan kini.... 
4. Soal lulus atau gagal dalam UPSR, PMR atau SPM sama ada bahasa pengantarnya 
BM atau Inggeris bukanlah ukuran yang paling ampuh untuk mengukur kefahaman 
murid dalam matematik dan sains.bagi saya sejauhmana pelajar dapat menggunakan 
sedikit sebanyak pengetahuan mereka dlm mate dan sains dlm kehidupan seharian 
mereka.Pelajar yang berjaya menghafal segala formula sains dn mate belum tentu 
dapat memahami ilmu perniagaan seperti yang diamalkan oleh orang cina.JIka 
orang cina kata kita mengambil budaya orang lain lalu mengaku budaya kita itu 
sebagai penipu itu amatlah tidak adil. Jika puan menerimanya bulat2 maka 
jelaslah puan buta sejarah dan ketemadunan melayu.
Jadi sebelum puan nk terima tuduhan mereka baiklah puan membuat sedikit kajian 
tentang bangsa melayu. kemudian buatkan perbandingan dengan ketemadunan Cina.
 
Sebenarnya baynak yang nk saya perjelaskan tetapi ruang ini terlalu terbatas 
dan mungkin puan bosan sebab pengetahuan puan tentang bangsa melayu sangat 
kurang.
 
sekian....

--- On Tue, 3/24/09, hati...@yahoo. com <hati...@yahoo. com> wrote:

From: hati...@yahoo. com <hati...@yahoo. com>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi 
Bakal Dibuang Ke Longkang"
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, March 24, 2009, 3:14 AM


Assalamualaikum wbt,

Sesekali saya terfikir.... apa ada pada melayu sebenarnya?

Seorang bukan melayu pernah memberitahu bahawa org2 cina biasa menipu dlm dunia 
niaga mereka tapi sebesar2 penipu ialah bangsa melayu sendiri? Hah? melayu 
penipu? 

Tak guna marah2 sebarangan tanpa mengkaji setiap yg tersurat disebalik yg 
tersirat. Kalau kita membaca atau mendengar sesuatu berita itu dalam dua 
perasaan yg berbeza iaitu marah2 atau berlapang dada maka kesannya juga akan 
menjadi dua perkara yg amat2 ketara, silap haribulan sekiranya ianya tidak 
boleh mencetuskan ilham cipta bahkan boleh mendatangkan bahaya pula gara2 
angkara gagal mengendali rasa.

Patutlah antara wasiat yg ditinggalkan Rasulullah saw apabila diminta oleh 
seorang hamba Allah ialah jangan marah, kedua jangan marah dan yg seterusnya 
pun jangan marah. Kerana apabila dalam keadaan marah, syaitan bersama2 kita dan 
 bila kita secara sukarela bersekongkol dgn syaitan maka sesuatu yg baik 
bukanlah penyudahnya.

Oleh itu bila dikatakan melayu itu sebesar2 penipu, saya berminat nak 
tahu....wlp pun akhirnya apa yg saya tahu itu tidak dpt saya pastikan 
sejauhmana kebenarannya mungkin tak salah jika dikongsi bersama, kpd yg suka 
marah2 saya mohon maaf dan eloklah menjauhi tulisan ini. Bersangka baik adalah 
sebaik2nya.

Kata org bukan melayu itu:
Apa bangsa pun dlm dunia ini baik bangsa inggeris, cina, india, arab bahkan 
jawa sekalipun ada tulisannya sendiri, tapi melayu? Huruf2 rumi dan jawi 
diciplak dari mana? kemudian diakui milik sendiri. Benarkah semua dakwaan ini?

Tentang tarian, alat muzik dan kebudayaan, ttg fesyen dan beberapa hal lagi yg 
hampir saya terlupa sepenuhnya, rata2 hasil dari peniruan dari bangsa lain yg 
kemudian diadaptasi sepenuhnya dan diakumilik oleh melayu. Harap maafkan saya 
kerana selain dri soal huruf dlm penulisan, yg lain2 gagal menarik minat saya, 
itu yg membuatkan saya terlupa segala fakta yg dihujahkannya.

Begitupun syukurlah Islam sampai jua ke tanah melayu kerana akhirnya anak2 
melayu dpt gelaran nama yg indah2 dn molek pula bahasa pengertiannya dari sudut 
Islam. kalau tak mungkin kita kekal dgn nama2 dlm zaman siTenggang dulu iaitu 
bulan, keledek, labu, petir dan tempayan, ikut dan mak bapak jer la...

Tinggalkan saja kisah apa ada pada melayu ini kerana saya tak punya jawapan utk 
diberi.

Bila anak saya bertanya ttg soal bantahan PPSMI, saya hanya menekankan ttg 
perjuangan memartabatkan bahasa melayu. Tp kenapa gunakan perkataan matematik 
dan sains untuk matapelajaran itu? Kenapa tak kekalkan perkataan ilmu kira2 
(ilmu hisab pernah digunakan suatu ketika dulu yg diambil dari bahasa arab tp 
kemudiannya dimansuhkan atas sebab2 maknanya disalahertikan atau dikaitkan dgn 
aksi lucah atau hisap dadah - betul ker? saya sendiri dah lupa kenapa ianya 
ditukar kepada matemtik), atau kajian benda2 hidup atau lain2 perkataan yg 
sesuai untuk matapelajaran sains? Dimana pejuang2 bahasa ini sewaktu 
kementerian menukar nama2 matapelajaran itu kebahasa yg bukan bahasa ibunda 
kita? Kenapa dibolehkan banyak bahasa inggeris dimelayukan dan dibuburcacakan 
dalam kebanyakan tulisan2 masakini? Pejuang2 bahasa ini tidak pedulikah ttg 
bahan2 bacaan dn komik2 yg melambak dipasaran dgn bahasa yg terang2 rosak dan 
sampah? Dgn banyak kisah2 mengarut yg langsung tak
 memaparkan akhlak2 Islam sepatutnya?

Soalan  bertalu2 dari salah seorg anak lelaki saya yg baru melepasi UPSR dgn 5A 
dan belumpun melepasi PMR mampu melenguhkan saraf fikiran saya beberapa ketika, 
bagaimana dia terangsang utk terfikir sejauh itu? lalu saya meminta 
pandangannya ttg isu(?)/persoalan ini sejujurnya.

Pendapatnya ialah:
Soal bahasa bukanlah penentu kegagalan atau kejayaaan seseorg itu tetapi usaha 
yg tekun sebagaimana yg disarankan Islam itu yg paling penting. Kalau seseorg 
itu mmg pemalas dan takut menghadapi cabaran kenapa perlu menyalahkan org lain 
atau mencari2 kesalahan org lain?

Berapa ramai pelajar melayu yg gagal bahasa melayu, geografi yg diambil dari 
ejaaan asalnya geography yg sepatutnya dikekalkan namanya sebagai ilmu alam, 
matapelajaran sejarah yg ramai lebih selesa menyebutnya sebagai history? Dimana 
pembelaan pejuang2 bahasa ini? Ramai juga yg berjaya terutamanya disekolah 
berasrama penuh (belajar paksa?) Banyak sebab kegagalan itu wlp menggunakan 
bahasa ibunda sendiri, antara sebab yg paling nyata ialah malas mengulangkaji 
dan malas mengkaji kelemahan diri utk diperbaiki.

Jawapan dari jiwa putih itu mengheret saya berpendapat begini:

Bagi setiap masalah yg mendatang perlu dihadapi dan ditantangi tanpa rasa takut 
pada bayang2 sendiri sebagai cara menyahut cabaran bukannya menjauhkan diri 
atau mengelakkan diri. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. 
Melarikan diri tidak akan  menyelesaikan punca yg sebenar2nya. Mengikut saja 
secara membabi buta tanpa ketahui dan kaji mana pangkal mana hujung ternyata 
bukanlah  sifat yg bijaksana pula. Kelemahan, kekurangan dan kejayaaan pasti 
ada sebab musababnya dan semua ini pasti ada cara utk mengatasinya dgn syarat 
yg namanya politik itu pergi main jauh2.

Org2 melayu yg mengaku Islam sebenarnya dan sepatutnya kuat dan gagah berani 
bahkan tak suka membesar2kan soal2 yg remeh. Baru soal bahasa dah tak berani 
nak tempuh dan nak menyesuaikan diri bagaimana dgn cabaran2 lain yg mungkin 
lebih besar dari ini dimasa2 hadapan? Terlalu sibuk memperjuangkan bahasa tp 
dlm masa yg sama tak peduli pun akhlak anak2 bangsa yg runtuh hanya kerana yg 
tersungkur akhlaknya itu bukan anak2 kita? tak pentingkah soal bahasa ini? 
Bukankah bahasa itu jiwa bangsa? Tapi apa jenisnya bangsa itu kalau sebenarnya 
dah lama lunyai budaya dan pertuturannya? Kalau nak berjuang, berjuang 
sehabis2nya, perangi dari segenap arah dan ambil peduli apa bahasa dalam media 
cetak, elktronik yg lagi entah apa2, asal boleh saja, kadang rasa ada di 
jakarta ( mmg selalunya lah), kadang di korea, di hongkong juga, tv swasta tak 
usah cerita lah, tv 1 pun dah serupa jer, pagi2 lagi rancangannya dah speaking 
manjang, saya tak kata salah atau betul tp
 rasanya ramai pejuang2 bahasa ini yg duduk sekaki menonton dgn senyapnya... 
.apa ada pada bangsa...apa ada pada bahasa... bagaikan berbangga pada tingginya 
kemuncak KLCC tp dibawahnya anak2 melayu jua yg runtuh moral, akhlak dan 
ugamanya...

Salah siapa ya?

Salah satu doa dari banyak2 doa saya kepada yg Maha Kuasa ialah biarlah trajedi 
perkahwinan seorg artis dari Singapura dgn artis dari Indonesia terhenti 
setakat disitu dan dinegara itu saja apabila sang isteri kekal dalam Islam dan 
sang suami kekal dalm anutan buddhanya... nauzubillah. ...astaghfirulla 
halaziimm. ..takmau ambil pusing bagaimana muis menangani persoalan ini kerana 
kapal bangsaku di sini pun kian senget dan karam tenggelam... dalam airmata 
anak bangsa yg terus tertindas dan teraniaya.







________________________________
 From: "ab...@yahoo. com" <ab...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Saturday, March 21, 2009 2:58:39 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi 
Bakal Dibuang Ke Longkang"


Assalamu'alaikum Wr Wb
 
Terimakasih atass keperhatinan anda pada maysarkat Melayu Singapura.
 
Setiap orang berhak mengeluarkan pendapat namun pendapat itu haruslah berasas. 
Saya tidak nafikan kebanyakan orang Melayu tinggal di flat HDB tetapi haruslah 
anda ingat, kebanyakan dari semua kaum di SIngapura tinggal di falt-flat HDB. 
. Sekiranya anda tidak tahu, nilai flat HDB yang mempunyai satiu kamarr sahaja 
itu boleh menandingi apartmen kondominum di KL. Flat-flat HDB bukanlah seperti 
flat-flat perumahan 
kos rendah di KL tetapi ianya lengkap dengan segala keperluam  dengan lify nya 
yang jarang sekali rosak. Saya tak maulah sampai komen saya mengguris 
saudara-saudara saya di Malaysia hanya sekadar mengingatkan kalau kita nak buat 
contoh, ambil lah yang tepat, jangan tangkap muat. Nanti jadi seperti pepatah 
Melayu, percik air di dulang kena muka sendiri.
 
Saya tidak ingin  berdebat soal identiti. MEmadainlah jika  saya utarakan 
beberapa fakta antaranya, berkurangnya taraf penagihan dadah di kalangan orang 
MElayu SIngapura. Soal moral, cukuplah kalau saya katakan, jarang sekali kita 
nak membabitkan soal orang lain dalam masalah dalaman kita. Soal rasuah,hampir 
mustahil nak denganr do sini tapi saya sendiri di minta rasuah oleh orang 
Melayu yang kerja di immigresen. di JB 
 
APakah ini identiti  Melayu yang dapat di bina  dan di banggakan, rasuah?
 
Sudahlah Syekh, kalau anda ada masalah dengan pemimpin anda, jangan kaitkan 
orang Singapore. Alhamdulillah, kita selesa tinggal di rumah HDB. Kebersihan 
terhjaga, bila2 nak jual ada nilai, lif jarang rosak atau bersampah, duit zakat 
di agihkan dengan trransparen. Negara kami tidak perfect tapi kami rasa 
tidaklah seburuk fitnah yang anda bayangkan. 
 
MEnyebarkan fitnah itu bukan tanda moral yang baik.
 
Wassalamu'alaikum
 
 
Ikhlas dari Abdul Rahim
--- On Tue, 17/3/09, ridzuanazhar@ yahoo.com <ridzuanazhar@ yahoo.com> wrote:


From: ridzuanazhar@ yahoo.com <ridzuanazhar@ yahoo.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Memo Bantahan PPSMI : "Sekali Lagi Bakal 
Dibuang Ke Longkang"
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
Date: Tuesday, 17 March, 2009, 11:02 PM


Bantah PPSMI Sekali Lagi Dibuang Ke Longkang

Apalah malangnya kita menjadi rakyat Malaysia sekarang ini, bilamana pemimpin 
tidak cakna dan prihatin dengan rakyat. Apa mereka ingat bahasa dan rakyat ini 
barang dagangan boleh dijual dan dilelong sesuka hati.

Dimana jati diri bangsa, apabila bahasa ibunda sendiri sudah tidak menjadi 
pilihan utama rakyat dalam mengembangkan ilmu. Apa mereka ingat dengan 
berbahasa inggeris rakyat boleh hidup senang. Contohnya sangat banyak antaranya 
lihatlah Singapura bilamana rakyat disuruh berbahasa inggeris rakyatnya sudah 
hilang identiti dan tidak keterlaluan moral mereka yang tidak mampu digambarkan.

Lagu kebangsaan Singapura bertajuk Majulah Singapura dinyayikan dalam bahasa 
melayu tetapi malangnya orang-orang melayu di Singapura terutamanya generasi 35 
tahun kebawah sudah tidak mampu berbahasa melayu dengan fasih. Apabila mereka 
kononnya bijak berbahasa inggeris dimana mereka sekarang? tidakkah mereka duduk 
di flat-flat HDB. Siapa yang memiliki kekayaan mutlak disana sekarang? Orang 
melayu hanya tinggal nama di Kg Gelam dan muzium Singapura.

Kita tinggalkan Singapura biarpun kita mengeluh panjang dengan nasib saudara 
dan sahabat handai kita disana. Di Malaysia 30 tahun yang lalu kerajaan 
telahpun mewajibkan tulisan rumi dalam urusan rasmi kerajaan dan pendidikan. 
Hasilnya sekarang rakyat cukup ramai merangkak mengeja rumi, tulisan habis 
keparit, bila baca Quran habis bersepah. Terima Kasih Umno.

Enam tahun yang lalu satu generasi lagi sekarang ini sedang dikorbankan untuk 
satu projek 'penghapusan etnik' bahasa melayu secara perlahan. Pengajaran 
bahasa inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik adalah satu lagi projek 
mega Umno Barisan Nasional. Siapa yang ajar Umno kalau bukan warisan doktrin 
penjajah yang mereka warisi.

Sabtu 07 Mac yang lalu satu lagi sejarah telah dicipta bilamana 120 ribu rakyat 
berhimpun ke istana negara untuk unjuk rasa aman tidak berpuas hati dengan 
situasi yang melanda sekarang.

Sangat malang himpunan rakyat ini disambut 'mesra' oleh pasukan polis yang 
merampas banner, memukul para demonstran dan kemuncaknya pancutan air dan gas 
pemedih mata.

'Alhamdulillah' ramai yang kena! kira-kiranya ini menjadi bukti kita kepada 
Allah kita orang yang berjuang. Beritahu saya siapa yang hadir tidak merasa gas 
dan pancutan air?

Sekarang kerajaan berbelah bahagi, walaupun Menteri Pendidikan masih menipu dan 
mendakwa Pakatan Rakyat adalah dalang himpunan ini. Tidakkah mereka mengambil 
kira pelbagai kaum dan idealogi berhimpun dengan bermacam-macam latar belakang 
dari kanak-kanak, pelajar, siswa, penjawat awam dan swasta termasuklah pimpinan 
sasterawan negara dan profesor bangun untuk menyatakan kebenaran.

Walaupun memorandum berjaya sampai keistana negara, rakyat sebenarnya masih 
tidak puas hati dengan respon kerajaan dan sekarang ini sudah kedengaran rakyat 
hendakkan satu lagi himpunan serupa menandakan semangat juang rakyat semakin 
semarak.

Kali ini bukan PPSMI sahaja akan dikuburkan, UmnoBN sendiri akan dibuang di 
Sungai Segget.

Layari : http://pasjohorbahr u.com/ 

 

________________________________
 Importing contacts has never been easier..
Bring your friends over to Yahoo! Mail today! 
 

   


      

Kirim email ke