*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt,

Fuh! Banyak betul isu-isu baru yang muncul secara sensasi sepanjang minggu lalu, 
minggu terakhir bulan October 1999. Dalam banyak-banyak itu, saya amat tertarik dengan 
cerita Datuk Murad dan Master Account 3 Billion Ringgit. Saya mengikuti cerita 
tersebut dengan penuh minat sekali; tak kiralah melalui laman-laman reformasi atau 
melalui surat-surat khabar milik kerajaan. Setiap kali membaca cerita-cerita tersebut, 
saya mengeluh dan tersengih sendiri; kekadang rasa nak tergelak pun ada - bercampur 
baur pula dengan rasa panas hati yang membara terhadap sandiwara semasa ini.. 

[Sebetulnya, saya sendiri dah tak tahu , dah tak reti bagaimana nak gambarkan perasaan 
yang berbuku di dada ini - semuanya doesn't make sense, segala-galanya langsung tak 
masuk akal!!]

Saya bukan nak mempersoalkan sahih benarnya kenyataan Datuk Murad itu, tapi apa yang 
saya nak tulis ialah jalan cerita yang sampai secara peribadi kepada saya, lama dahulu 
sebelum cerita Datuk Murad menjadi heboh ke seluruh negara.

Buat permulaan, biarlah petikan sebahagian daripada kenyataan Puan Marina Yusof ini 
menjadi pembuka bicara:
 
<cut>
I have known  Datuk Murad long enough to know that he is not capable of coming out  
with such a statement on his own.  It is out of character....Datuk  Murad has never 
uttered a harsh word against anyone although the years I have known him.  I believe he 
has been forcibly turned over and his very soft and weak personality has succumbed.  I 
believe it is the work of  the same group of people who fixed Datuk Seri Anwar Ibrahim.
<cut>

[Terjemahan secara kasar: Saya sudah lama mengenali Datuk Murad, cukup lama untuk saya 
menyatakan bahawa tak logik kalau beliau nak membuat kenyataan yang sedemikian….Ini 
Bukanlah Perangai beliau…Datuk Murad tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat 
terhadap sesiapa pun sepanjang bertahun-tahun saya mengenali beliau. Saya yakin beliau 
telah ditekan dan dipaksa untuk membuat kenyataan tersebut; dan saya juga yakin bahawa 
ini semua adalah kerja kumpulan yang sama yang bertanggungjawab memfitnah Datuk Seri 
Anwar Ibrahim.]

SAYA CUMA NAK TULIS DI SINI BAHAWA SAYA SETUJU 100% DENGAN KENYATAAN PUAN MARINA INI!!.

Kenapa?

Ini sebabnya:

Datuk Murad yang 'kami' kenali ialah seorang manusia yang berhati pemurah, penuh ihsan 
dengan semua orang. Kalau tak percaya, silalah berkunjung ke Kampung Ketior di Kuala 
Kangsar; saudara-saudara semua boleh tanya orang-orang kampung di situ siapakan 
manusia bernama Datuk Murad ini; saudara boleh minta tolong mereka tunjukkan di 
manakah tanah miliknya, yg dibeli dengan wang ringgit sendiri, kemudian diwakafkan 
sebagai tanah perkuburan.

Kalau rajin, silalah soal siasat tengok pakcik-pakcik mana yang pernah datang ke rumah 
beliau secara peribadi - memohon bantuan kewangan di kala tersepit, tanyalah kot-kot 
ada yang tidak pernah dilayannya.

Kalau lagi rajin, silalah tanya dua orang Hafiz yang mendapat tajaan ikhlas Datuk 
murad sepanjang pengajian mereka tanpa diminta bayaran balik walau sekupang jua pun.

Banyak lagi cerita-cerita positif mengenai Datuk Murad, yang menyebabkan saya dari 
awal-awal lagi tidak dapat mempercayai bahawa Datuk Murad sanggup mengeluarkan 
kenyataan tersebut secara sukarela.

Walau pun begitu, Datuk Murad yang 'kami' kenali ada beberapa kelemahan yang agak 
ketara; selain daripada tak mampu nak kata "NO" , beliau juga jenis manusia yang 
mempercayai orang lain membabi buta.

Contoh tak boleh kata "NO", kalau orang kampung datang berjumpa nak minta bantuan, 
anak sekolah ka, nak buat masjid ka apa-apa ka, kot mana susah pun mesti nak 
ditolongnya. Kadang-kadang beliau tidak langsung memeriksa benar sahihnya. Ini mungkin 
baik dari satu sudut, tapi dari sudut yang lain ia memberi peluang kepada orang yang 
tidak ikhlas atau berniat jahat untuk memperkudakannya.

KELEMAHAN BELIAU INI MUNGKIN SEDANG DIPERGUNAKAN OLEH KUNCU-KUNCU 'ORANG ITU'  DALAM 
KES MASTER A/C 3 BILLION RINGGIT INI!!

Kelemahan Datuk Murad yang kedua ialah terlalu mempercayai orang bawahnya atau pun 
orang-orang yang rapat dengannya.

Contoh: Kalau sesiapa rajin, silalah berkunjung ke rumah Datuk Murad dan silalah tanya 
orang gaji dan orang-orang suruhannya, berapa banyak belanja dapur/rumah sebulan yang 
Datuk Murad peruntukkan, dan berapa banyak pula yang betul-betul dibelanjakan mereka? 

Jangan terkejut tuan-tuan, kalau orang-orang suruhan beliau itu bagitahu bahawa duit 
balance belanja dapur itu, yang terus masuk ke dalam poket mereka, jumlahnya lebih 
banyak daripada gaji tuan-tuan!!

SIFAT DATUK MURAD YANG TERLALU MEMPERCAYAI ORANG-ORANG SEKELILINGNYA MEMBAWA MAKNA 
BAHAWA BELIAU ADALAH SEORANG YANG MUDAH DIPERKUDAKAN!!

[Mungkin itulah sebabnya, dalam kes master a/c RM3 billion ini, di antara ramai-ramai 
calun, Datuk Murad yang menjadi pilihan]

Tuan-tuan tentu masih ingat kisah Pak Ad dari Permatang Pauh yang tak lama dulu telah 
didakwa terlibat dalam manipulasi pasaran saham; kerana apa?  Kerana beliau enggan 
tunduk kepada sang Maharaja yang mahukan beliau bertanding menentang Wan Azizah di 
Pulau Pinang. Kerana apa dipilih Pak Ad, bukan calun2 lain? Kerana Pak Ad di Pulau 
Pinang amatlah dikenali sebagai seorang yang dermawan yang telah menyumbangkan entah 
berapa juta ringgit untuk pembinaan masjid2, surau2, sponsor pelajar ke Jordan dan 
sebagainya. Pak Ad menjadi mangsa kerana telah heboh berita bahawa Pak Ad ada memberi 
sumbangan dua tiga ratus ribu untuk membantu jentera Barisan Alternatif.

MUNGKIN KERANA MEREKA TIDAK BERJAYA DENGAN PAK AD, SEKARANG MEREKA INGIN MENCUBA PULA 
DENGAN DATUK MURAD!!

Akhir kalam, sebagai menutup cerita, saya tidak ingin membuat apa-apa kesimpulan dalam 
kes Datuk Murad ini kerana keterangan dan dakwaan yang dibuatnya itu adalah keterangan 
bersumpah; sebagai rakyat Malaysia yang menghormati undang-undang, tak wajarlah kita 
mempermain-mainkan kenyataan bersumpah seseorang itu. Cuma saya nak tulis di sini satu 
dialog benar antara Datuk Murad dan "Datuk Seri" yang saya sudah pasti kesahihannya, 
tidak ada yang benar melainkan benar belaka (saya tidak mereka-reka cerita ini):

Babak Pertama:
(Selepas Anwar dipecat - perbualan dalam Bahasa Inggeris, tapi sengaja saya 
terjemahkan dalam bahasa Melayu untuk tatapan semua orang)

Datuk Murad: Datuk Seri, Datuk Seri nak saya resign juga kah?

Datuk Seri: Well, awak orang Anwar kan?

Datuk Murad: Biasalah Datuk Seri, di Kementerian Kewangan DSAI adalah boss saya.

Datuk Seri:  Let see, kamu masih berguna untuk kami (you still good for us); tak perlu 
resign lagi (pls stay around).

Selepas puas minta nak resign, maka akhirnya Datuk Murad berjaya juga resign dan join 
RHB.

Babak Kedua:
(Selepas Datuk Murad didakwa tidak mengisytiharkan harta dan aset berjumlah RM24 juta)
 
Datuk Murad: Come on Datuk Seri, Datuk Seri pun tahu yang semua tuduhan ini palsu. Apa 
lagi Datuk Seri, saya sudah pun tolong Datuk Seri dan keluarga Datuk Seri. Saya sudah 
pun tolong Qarun dan kawan-kawannya. Apa lagi Datuk Seri?

Datuk Seri: Well, this is for political reason (Ini atas sebab-sebab politik!!)

Sengaja saya tidak tulis nama-nama benar melainkan nama Datuk Murad sahaja kerana saya 
hanyalah seorang orang kampung yang tak punya cukup wang untuk membayar lawyer bagi 
melawan Datuk Padukacita Ibrahim Ali andaikata dikenakan sebarang tuduhan. 

Pasal Datuk Murad, saya yakin beliau tidak akan menyaman saya, kerana beliau tentunya 
masih punya rasa belas pada orang-orang kampung yang sentiasa mendoakan kesejahteraan 
kpd beliau; moga-moga di pagi hari pilihanraya nanti, beliau akan terbuka hati untuk 
berkata:

"SAYA DENGAN INI BERSUMPAH BAHAWA SAYA TELAH DIPAKSA OLEH 'ORANG ITU' UNTUK 
MENGELUARKAN KENYATAAN YANG SEDEMIKIAN"!!!

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi




---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke