*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Minggu lepas buat pertama kalinya sejak suatu jangka masa yang begitu lama,
saya pulang menunaikan solat sunat idul-adha di kampung tempat kelahiran saya.
Selalunya saya dan keluarga cuma pulang berhari raya ke rumah orang tua kami
yang terletak jauh dari situ; orang tua saya sudah pun berhijrah dari kampung
asal itu hampir 20 tahun yang silam.
Suasana di kampung itu tidak banyak bezanya berbanding 20 tahun yang lalu;
kalau ada pun cumalah jalan mini tar yang menggantikan laluan tanah bendang di
atas permatang dan kesuraman malam yang dulunya gelap gelita kini agak terang
disuluhi dengan lampu-lampu kalimantan.
Rumah usang tempat kelahiran saya yang dibuat daripada kayu hutan itu,
walaupun nampak masih teguh tetapi sebenarnya sudah terlalu uzur untuk
diduduki. Bahagian dapur yang dibuat daripada sulaman dinding buluh dan atap
rumbia sudah pun lama menyembah bumi; yang tinggal cuma bahagian tengah dan
beranda luar. Pernah saya mencadangkan kepada ibu untuk diruntuhkan saja rumah
itu dan digunakan kayu2 tersebut untuk tujuan yang lain; tetapi beliau agak
keberatan, katanya biarlah rumah itu runtuh sendiri. Rupa-rupanya rumah tua
itu punya nostalgia yang tersendiri buat kedua orang tua saya; rumah itu yang
asalnya dibina daripada kayu hutan, dinding buluh dan atap rumbia adalah
merupakan hasil titik peluh saudara mara sekampung, sebagai hadiah sempena
perkahwinan mereka!
DI RUMAH BURUK ITULAH AKU DILAHIRKAN; MELIHATKAN RUMAH BURUK ITU DAN
MELIHATKAN SAUDARA MARAKU YANG KEHIDUPAN MEREKA JAUH BERBEZA BERBANDING DENGAN
JIRAN-JIRAN KU DI BANDAR MENYEBABKAN JIWAKU SERING TERUSIK:
"Pembangunan apakah namanya ini, kalau selepas 20 tahun kehidupan sanak
saudaraku di sana masih di tahap lama; masih terus-terusan mengadap pepohon
getah walau pun harganya tak banyak berubah??"
Kali ini saya pulang lagi ke kampung, bukan setakat ingin merasa suasana
berhari raya idul adha di sana tetapi saya juga berniat untuk membuat korban
bersama saudara mara sekampung.
Pagi itu saya terus bergegas ke surau - ah, masih seperti dulu rupanya,
terpaksa menyinsing lengan dan menyingkap kain turun ke sungai untuk berwuduk
- hmm, ada juga yang masih belum berubah rupanya.
Seperti biasa di kampung-kampung, mereka akan berborak-borak di perkarangan
surau/masjid sambil menunggu waktu solat. Ketika menjengah saja ke perkarangan
surau itu, tidak dapat tidak suasana sekeliling surau yang tidak banyak
berubah itu terus mengingatkan saya kepada sesuatu. Sesungguhnya, di
Surau itulah saya mula belajar erti politik!
Masih saya ingat, di tepi pohon beringin di perkarangan surau itulah, saya
mendengar satu ceramah berapi-rapi oleh seorang penceramah UMNO di suatu musim
pilihanraya berpuluh tahun yang lalu. Waktu itu saya masih lagi di bangku
sekolah. Saya tak pernah lupa kata-kata Haji Dollah, penceramah undangan itu;
dengan penuh bersemangat beliau bersumpah:
"Kalau Haji Wahab (calun PAS) menang pilihanraya nie, saya akan masuk JAWI
(khatan) sekali lagi!!"
WAAA - BERTEPUK SAKAN BERPULUH-PULUH ORANG HADIRIN YANG HADIR DI PERKARANGAN
SURAU ITU!!
Ditakdirkan Tuhan, tanpa diduga Haji Wahab menang di kubu kuat UMNO ini.
Habis pilihanraya, semua orang sudah lupakan kisah-kisah sewaktu kempen
tersebut, tetapi tidak saya. Antara confuse dan keliru, saya bertanyakan
kepada guru darjah saya:
"Cikgu, hari itu Haji Dollah kata kalau Haji Wahab menang, dia nak masuk jawi
sekali lagi. Macam mana tu cikgu?"
Jawab cikgu saya:
"Ha, hang pi la tanya dia, dia dah masuk jawi sekali lagi ke belum?"
TAHUN LEPAS, DALAM SATU MAJLIS KENDURI DI RUMAH SEPUPU SAYA; SAYA TERNAMPAK
KELIBAT HAJI DOLLAH - YG SUDAH PUN UZUR -; TERINGIN SAYA NAK BERTANYAKAN
SOALAN YANG PERNAH MENGHANTUI PEMIKIRAN SAYA SEWAKTU KECIL ITU, TAPI TIDAK
SAMPAI HATI NAK BERTANYA - CUMA TERSENGIH SENDIRIAN.
Beliau tentunya tidak mengenali saya, dan tentunya juga seperti orang-orang
kampung yang lain, semuanya sudah melupai ceramah itu, tapi bagi saya sampai
mati pun saya tak akan lupa. Pertama, kerana dari ucapan beliau itulah saya
mula kenal politik, dan yang kedua, walau pun sekiranya Haji Dollah dah tiada
lagi nanti, tapi ucapan-ucapan takbur yang sedemikian akan terus kedengaran
selagi
orang-orang Melayu tidak berani menongkat arus!!
Kerana itu juga, walau pun kesahihannya masih dipertikaikan, tetapi kisah Haji
Dollah menyebabkan saya percaya sepenuhnya cerita di musim p/raya Arau dahulu,
yang mengatakan MB Shahidan Kassim diburu orang-orang Siam Perlis kerana
beliau dikatakan bernazar nak buat kenduri kerbau pendek untuk org2 Siam di
sana kalau PAS menang di Arau! Wallah hu aklam.
Dan, kerana itu juga, saya tidak begitu terperanjat apabila melihat gambar MB
Pahang, Adnan Yaakob menunjukkan isyarat lucah di hadapan ribuan rakyat
jelata. Saya sebenarnya, dah malas dah nak kutuk atau kondem puak-puak UMNO
ini; bukan sebab mak dan ayah saya masih lagi biru pekat dengan UMNO, tapi
sebab kutuk macam mana pun tak jadi apa juga. Cumanya, dalam kes MB Pahang
ini, saya rasa beliau cumalah menjadi penyambung generasi kepada puak-puak
takbur seperti Haji Dollah, Shahidan Kassim dan ramai lagi sebelum mereka.
Cumanya, sebagai orang Islam, saya ingin bersangka baik dengan Adnan Yaakob,
kata Ustaz saya, kita mesti berhusnuzan (sangka baik) sesama orang Islam.
SIAPA TAHU, MUNGKIN HARI ITU ADNAN YAAKOB NAK ANGKAT TANGAN, GENGGAM PENUMBUK,
NAK KATA 'ALLAH HU AKBAR!'; TAPI DIA TAKUT NANTI ORANG INGAT DIA NAK SOKONG
PAS PULAK - LALU, DIA PUN ANGKAT TANGAN SEBELAH LAGI, BEDEBAB DIA KATOK KAT
PENUMPUK TU......LALU JADILAH INSYARAT LUCAH!!
[Sekali buat sedap pula, lalu dia pun katoklah bertubi-tubi!!]
MUNGKIN SELEPAS INI, ISYARAT YANG DIGUNAKAN OLEH ADNAN YAAKOB ITU AKAN
DICADANGKAN OLEH ALI RUSTAM DALAM MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO UNTUK
DIJADIKAN SEBAGAI LAMBANG RASMI PARTI!!
Ya la, PAS ada Allah Hu Akbar, Hitler ada isyarat tangan Nazi, apa salahnya
kalau UMNO pakai isyarat cap but*h!!
Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
------------------------------------------------------------
Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
http://MailAndNews.com
Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>