*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Sedikit ulasan sejarah negara untuk suku pertama minggu ke tiga bulan December 1999.

Kini, setelah hampir sebulan berlalunya pilihanraya ke-10 negara, barulah kita dapat 
melihat betapa pihak BN khususnya UMNO sudah mula dapat menerima kenyataan bahawa, 
bersalahan dengan apa yang diwar-warkan oleh media utama mereka di hari-hari awal 
keputusan p/raya diumumkan,  UMNO sebenarnya sudah kalah, dan sudah ditolak oleh 
majoriti orang-orang Melayu beragama Islam.

Buktinya, berita-berita akhbar dan media massa dua tiga minggu ini jelas menunjukkan 
kepada kita bahawa, seperti juga pesakit AIDS yg baru disahkan mengidap HIV positif; 
UMNO juga menunjukkan simpton yg serupa,  mereka juga melalui tiga peringkat yang sama 
seperti pesakit AIDS ini; peringkat pertama di panggil 'Denial'' (Penafian), peringkat 
kedua dipanggil 'Anger' (Marah) dan peringkat akhir dipanggil 'Acceptance' (Menerima 
Kenyataan).


Peringkat pertama: Denial (Penafian)

Pada malam keputusan p/raya diumumkan, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, walau pun 
mengetahui bahawa UMNO cuma mendapat 72 kerusi Parlimen berbanding 94 pada tahun 1995, 
tapi seperti juga seorang pesakit AIDS yg baru sahkan mengidap AIDS, beliau dengan 
segera terus menafikan kenyataan ini. Kata beliau:

"Pencapaian BN kali ini (148 kerusi parlimen) jauh lebih baik daripada pencapaian kita 
dalam pilihanraya lalu!!"

Sedangkan semua orang tahu sebelum parlimen dibubarkan BN menguasai 162 kerusi. Lantas 
untuk menyedapkan hari Dr Mahathir berkata bahawa 162 kerusi itu adalah hasil 
kemasukan S46 dan PBS ke dalam BN.

IKUT SUKA HATI HANGLAH CHE DET OII!!

[Ini sebijik macam pesakit AIDS apabila mula-mula disahkan mengidap HIV Positif, dia 
mungkin akan kata:
"Ish, aku tak dak nak kena AIDS aih, ini mesti silap darah orang lain ini!"]


Peringkat ke-2: Anger (Marah)

Dua tiga hari kemudian, kita boleh melihat bagaimana hampir setiap pemimpin UMNO yg 
ditemuramah, begitu marah-marah. Ada yang marah kat Sanusi, ada yang marah kat Wan 
Mokhtar, ada yang marah kat rakyat kata rakyat tipu dia dan berbagai-bagai lagi, tapi 
yang paling ketara ialah mereka semua ini cukup marah dengan parti pembangkang. Mereka 
mula menuduh yg bukan2 kpd pihak pembangkang - fitnahlah, dakyah palsulah, 
memperalatkan agamalah dan sebagainya.

Ucapan live Menteri Besar pahang di kaca TV yg menuduh PAS memperalatkan agama dan 
kenyataan Shahidan Kassim dlm interview dengan Mingguan Malaysia boleh dijadikan 
bukti. Begitu juga dengan Dr Mahathir, beliau nampaknya begitu marah sekali dengan 
suasana ini; contohnya kita semua dapat lihat bagaimana Dr Mahathir yang selama ini 
tidak begitu ambil pusing kempen-kempen pembangkang, dalam TV 20/12/99, kita dapat 
melihat Dr Mahathir begitu marah sambil menunjukkan berbagai surat dan
poster yg kononnya merupakan dakyah dan fitnah pihak pembangkang.

Kemarahan Dr Mahathir ini turut dikongsi oleh Wakil Pos dari Pahang, Datuk Seri Najib 
Tun Razak yg dipetik sebagai berkata:

"We have to put a stop to this"
[Kita mesti hentikan semua 'fitnah2' ini]

APABILA SEORANG MENTERI BERKATA MACAM ITU, BERMAKNA SEMUA JENTERA KERAJAAN AKAN 
DIKERAHKAN UNTUK MENCAPAI TUJUAN TERSEBUT. MAKNA KATA, MARAH SUNGGUHLAH KERAJAAN UMNO 
KITA INI!!

Kata Najib lagi: "Dulu, kita tak kisah sangat sebab kita ingat rakyat tak terpengaruh 
dengan dakyah2 yg sebegini, tapi rupa2nya keputusan p/raya lalu menunjukkan bahawa ia 
memberi kesan kepada pengundi" 

HMM, PATUTLAH - dulu depa tak kisah sangat dengan berita2 dlm harakah, kononnya 
harakah itu hanyalah akhbar nyamuk, tapi dua tiga hari lepas kita dapat lihat menteri2 
seperti Hamid Albar sudah mula memberi perhatian kpd berita-berita yang disiarkan oleh 
Harakah. Contohnya, beliau  menjawab sendiri satu tulisan Rustam Sani dalam harakah 
keluaran sebelum ini. Kenyataan Hamid ini disiarkan sepenuhnya oleh Harakah keluaran 
20 Dec 1999, dan berita ini juga turut dimuatkan dlm Mingguan Malaysia 19 Dec 1999.

Akhbar Mingguan Malaysia hari yang sama turut turut membuat ulasan balas terhadap 
tulisan Pemimpin Pejuang Acheh, Hassan di Tiro yg ada disiarkan dalam Harakah untuk 
beberapa keluaran secara bersiri.

HA, KAN BAGUS KALAU KERAJAAN SUDAH MULA LAYAN HARAKAH SEJAK DARI DULU. INI SUDAH 
TERHANTUK BARU NAK TERNGADAH!!

Apa-apa pun, ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa pihak kerajaan khususnya UMNO 
sudah mula menerima kenyataan; kalau pun tidak sepenuhnya tapi mereka sedang dalam 
proses peralihan daripada peringkat  'anger' atau marah kepada peringkat 'acceptance' 
iaitu menerima kenyataan. 

[Peringkat 'marah' pada seorang pesakit AIDS pula, kalau beliau tidak kuat iman, 
mungkin beliau akan menyalahkan Tuhan - dalam banyak2 orang, kenapa pula beliau yang 
jadi mangsa? Kita harap UMNO, kalau pun nak marahkan semua orang, harap2 mereka tidak 
akan sampai kepada peringkat mempersalahkan Tuhan!]


Peringkat ke-3: Acceptance (Menerima Kenyataan)

Hari ini, kalau kita lihat berita2 dlm akhbar2 UMNO seperti Utusan Malaysia dan 
majalah2 milik mereka seperti MASSA, kita akan dapat melihat beberapa tulisan yg 
begitu jelas menunjukkan bahawa mereka kini sedang berada di peringkat yg ketiga iaitu 
'acceptance'. Lihat contoh di bawah:

Syed Hamid Albar yg menyedari bahawa org2 Melayu khususnya generasi muda sudah tidak 
menyokong UMNO, dlm MM 19/12, beliau dipetik sebagai berkata:

"Golongan muda juga perlu diyakinkan UMNO bukan parti yg hanya bercakap mengenai 
sejarah tetapi juga mengenai masa depannya"

Sementara pembodek no satu Dr Mahathir, A Kadir Jasin pula dalam satu tulisannya 
bertajuk ''siapa suara tulen org melayu' dlm akhbar yg sama, beliau mengakhiri 
tulisannya dengan menulis:

"Yang penting arahan jangan tinggal arahan, janji jangan tinggal janji. Orang Melayu 
bukan macam dahulu lagi. UMNO, dengan dasar-dasaranya yang futuristik telah mengubah 
pemikiran mereka. Kini UMNO perlu berubah seiring dengan orang Melayu jika mahu terus 
menjadi suara dan wakil mereka. Jika ia mahu mengembalikan kekuatannya!!".

Dan, kenyataan 'acceptance' yg lebih berani dapat dilihat dalam majalah MASSA keluaran 
18 Disember 1999. Dalam satu tulisan bertajuk 'memerangi pembelot dalam UMNO', 
penulisnya menulis:

"Cara pemimpin atasan menangani kes Anwar misalnya , yang dianggap begitu mengaibkan 
dan di luar budaya Melayu, telah mendorong ahli UMNO sendiri mengadakan protes tehadap 
parti yang mereka sertai"

Tulis beliau lagi:

"Ada sebab mereka berpaling tadah dan antara puncanya ialah sikap pemimpin2 tertinggi 
UMNO sendiri!!"

HA, TU DIA, KALAU MAHATHIR, DAIM DAN RAFIDAH TAK TERASA LAGI, TAK TAU NAK KATA APA DAH 
LA!!

Dan, yang paling saya nanti-nanti ialah sebuah ulasan yang saya rasa begitu  'jujur' 
yang disiarkan dalam majalah MASSA keluaran yang sama; di bawah tajuk  'Punca 
Kekalahan Mustapa Mohamed', penulisnya menggariskan 24 sebab kenapa Mustapa tewas. 
Saya benar-benar tertarik dengan sebab yg ke-11:

"Faktor kemarahan terhadap terhadap Dr Mahathir terutamanya kritikan PM terhadap 
ulamak dan cara kerajaan menangani isu-isu agama. PAS menyebarkan dakwaan Dr Mahathir 
tidak mahu kpd Islam. Kata2 yg disebarkan oleh seorang opinion leader di Jeli ialah: 
"Dr Mahathir kata kalau kita ikut hukum hudud,
nanti banyak tangan orang islam kena buat sup". Dr Mahathir juga dikaitkan dengan 
cerita "api neraka itu panas, boleh letak kuali dan buat goreng keropok". Tape ucapan 
Dr Mahathir mengenai islam yg telah diedit disebar luas oleh PAS"

Walau pun penulisnya cuba mempersalahkan PAS, tapi keikhlasan beliau harus dipuji, 
kerana buat pertama kalinya seorang penulis mereka sendiri,  tanpa ragu2 menyatakan 
bahawa faktor kemarahan rakyat jelata terhadap Dr Mahathir adalah punca kekalahan 
Mustapa Mohamad di Jeli, dan kita yakin faktor yg sama
Juga menyebabkan wakil2 rakyat yang baik seperti Tok Pa ini kecundang di tempat lain.

Sekurang-kurangnya kini, majalah dan media-media massa milik UMNO serta rata-rata 
pemimpin
UMNO (kecuali Mahathir) sudah pun menjejakkan kali mereka ke peringkat  yg ke-tiga 
iaitu 'acceptance' atau menerima realiti; tapi Dr Mahathir seperti yang sedang kita 
lihat, masih penuh dengan nafsu amarahnya, dan kalau kita ikuti ucapannya dan 
terutamanya tulisan beliau dalam akhbar Jepun,  hampir semua orang dipersalahkannya 
kecuali diri beliau sendiri.

Maka itu, tak keterlaluan kalau kita katakan, kalau diibaratkan seperti pesakit AIDS, 
Mahathir ini adalah pesakit yg paling kronik; kerana biasanya pesakit2 AIDS yg lain 
akan mengalami tiga evolusi berkenaan, nafi-marah-terima; tetapi beliau sehingga kini, 
setelah semua orang sudah hampir masuk ke peringkat yang ketiga, beliau masih lagi 
tersangkut di tangga yang pertama atau yang kedua. 

ISH, ISH KESIAN KAT DR MAHATHIR!!

Persoalannya: siapakah yang mampu memulihkan beliau, dalam erti kata membantu 
menyedarkan beliau, bahawa sama seperti suratnya kepada Tunku tempoh hari, rata-rata 
orang Melayu hari ini sudah jelek dan tawar hati dengan kepimpinannya?

Kerana dirasakan semua Menteri-Menteri UMNO cuma melukut di tepi gantang, tidak ada 
yang punyai cukup kudrat untuk memberi teguran; maka itu kita rasakan, sama seperti 
kaunseling untuk pesakit AIDS yang tidak dapat menerima kenyataan, adalah baik kiranya 
Ratu AIDS negara, Puan Marina Mahathir dapat maju ke hadapan.

Siapalah yang lebih baik untuk memujuk ayahnya berhenti, melainkan anaknya sendiri....

Wassalam,
Pakdin


---------------------------------------------------
Get free personalized email at http://www.iname.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Reply via email to