*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Inchek Ahmad Baharudin Kasbi

Satu ulasan yang sangat menarik....
Tulis tulis lah selalu di Hizbinet ni..jangan la dok
buat buat lupa kat kami disini..

Ulasan mingguan ni keluaq mai dua kali seminggu pun
tak 
apa, kami sanggup baca. Jangan dua kali sebulan sudah
la..

Terima kasih daun keladi sekali lagi..kalu buleh nak
seminggu dua kali..

Wassalam

Adam 


--- Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Atas permintaan, insyaaallah, mulai minggu ini saya
> akan kembali menulis 
> Ulasan Mingguan:
> 
> Assalamualaikum,
> 
> Membelek-belek akhbar sepanjang minggu ini; tak ada
> berita yang begitu menarik 
> selain daripada cerita pasal pemilihan Agung UMNO
> bulan Mei nanti.
> 
> Semua orang, tak kira apa pahaman politik bagaikan
> tertunggu-tunggu kedatangan 
> bulan Mei ini; bukannya apa masing-masing sedang
> menunggu nak tengok masih 
> adakah Pemimpin-Pemimpin Elit UMNO peringkat atasan
> yang masih ada teloq nak 
> cabar Dr Mahathir; dan kita juga tertunggu-tunggu
> nak tengok pemimpin-pemimpin 
> kecil UMNO peringkat cawangan atau bahagian manakah
> yang akan mula memecah 
> rekod, mencemar duli menderhakai titah perintah DYMM
> Sahibul Samahah Dr 
> Mahathir Al-Haj dan "Majlis Raja-Rajanya" supaya
> kedua-dua jawatan Tertinggi 
> Parti tidak ditandingi.
> 
> Orang mungkin tanya, awat la hang sibuk sangat
> dengan Pemilihan UMNO ini? Depa 
> nak bertanding ka tak mau bertanding ka, depa punya
> pasallah? Awat yang hang 
> dok pi menyibuk nie?
> 
> Jawapannya:
> 
> KITA PERLU SIBUK DAN MENYIBUK KERANA SEKIRANYA
> KEDUA-DUA JAWATAN TERTINGGI 
> UMNO ITU TIDAK DIPERTANDINGKAN, ADA KEMUNGKINAN
> DEMOKRASI DI MALAYSIA AKAN 
> MATI SEDIKIT DEMI SEDIKIT BERMULA DARI  DALAM UMNO,
> DAN  SETERUSNYA MEREBAK KE 
> LUAR UMNO!!
> 
> Selain dari itu, secara sinisnya juga kita boleh
> kata:
> 
> "Tidak mustahil, sekiranya Che Det dan Pak Lah yang
> kemaruk dengan kemenangan 
> tanpa bertanding ini;  dengan alasan kononnya tidak
> mahu melihat perpecahan di 
> kalangan orang-orang Melayu seperti yang berlaku
> pada tahun 1999 - yang boleh 
> menjurus kepada huru haranya negara, maka mereka
> akan menggunakan segala kuasa 
> yang ada hatta hingga ke tahap meminta jasabaik
> Penyimpan Mohor Besar 
> Raja-Raja Melayu supaya mengisytiharkan bahawa 'Atas
> Titah Perintah DYMM 
> Raja-Raja Melayu', demi perpaduan bangsa Melayu dan
> ketenteraman negara, maka 
> pilihanraya umum tahun 2004 akan ditunda hingga ke
> satu tarikh yang belum 
> ditetapkan!"
> 
> HANGPA JANGAN INGAT TAK MASUK AKAL - GENG MAHATHIR,
> ALBERTO FUJIMORI DAH 
> LAKUKANNYA DI PERU!!
> 
> Okay, berbalik kepada isu pemilihan Agung UMNO bulan
> Mei ini. Asalnya tak 
> berapa meriah sangat sebab masing-masing nampaknya
> akur kepada arahan pucuk 
> pimpinan; semuanya tertumpu kepada pertandingan
> untuk kerusi Naib Presiden, MT 
> dan Ketua Wanita. Tak ada apa yang menarik sangat.
> 
> Suasana berubah apabila Tengku Razaleigh Hamzah yang
> diwar-warkan akan merebut 
> sama ada jawatan Presiden atau Timbalan, tiba-tiba
> pada 19 Feb 2000, beliau 
> membuat kenyataan yang menggemparkan.
> 
> "UMNO Divisions should hold a secret vote to
> nominate their candidates for all 
> party posts including that of the president and
> deputy president" [The STAR 20 
> Feb 2K]
> 
> [Bahagian-bahagian UMNO disarankan membuang undi
> secara sulit untuk menentukan 
> calon2 pilihan mereka bagi semua jawatan parti
> termasuklah jawatan Presiden 
> dan Timbalan Presiden]
> 
> AIK, BUKANKAH MAJLIS TERTINGGI DAH KATA TAK ADA
> PERTANDINGAN UNTUK JAWATAN PM 
> DAN TPM ; MACAM MANA PULAK KU LI BOLEH PI KATA MACAM
> TU?
> 
> Makna kata Ku Li memang ada simpan niat nak lawan
> salah satu daripada 2 
> jawatan tu; tapi, masalahnya ada ka mana-mana
> bahagian yang berani memecah 
> rekod menjadi bahagian yang pertama mencalunkan Ku
> Li untuk jawatan-jawatan 
> tersebut.
> 
> SETAKAT NIE YANG BERANI PUN CUMALAH SI SHAHIDAN
> KASSIM, YANG TANPA WAS-WAS 
> MENCADANGKAN NAMA KU LI - ITU PUN, UNTUK JAWATAN
> NAIB PRESIDEN!!
> [BH 1/3/2000]
> 
> Untuk berlaku adil kepada rakan-rakan dalam UMNO,
> depa bukannya tak berani, 
> tapi terpaksa berdiam diri kerana jika tersilap
> cakap, tindakan akan diambil 
> secara depan-depan tanpa berselindung selindung lagi
> macam dulu-dulu. 
> Contohnya:
> 
> Dalam satu mesyuarat cawangan UMNO di Perlis,
> seorang hamba Allah, kakitangan 
> Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar, atas
> sifatnya sebagai ahli 
> UMNO di cawangan berkenaan telah bangun memberi
> pendapat mengenai projek 
> ternakan ikan air tawar di Perlis, beliau
> mempersoalkan daya maju dan untung 
> rugi projek tersebut.
> 
> Selang dua tiga hari kemudian, meletup dalam the
> STAR 24/2, kenyataan panas 
> dari Shahidan Kassim yang menuduh si mamat itu
> sebagai 'KURANG AJAQ' kerana 
> mempersoalkan projek yang merupakan idea Datuk Seri
> Shahidan sendiri. Tak 
> cukup dengan kata-kata kesat dan kurang ajar,
> Shahidan juga berkata bahawa 
> beliau akan menulis surat rasmi kepada pihak
> Kementerian Pembangunan Negara 
> dan Luar Bandar agar tindakan dsiplin dikenakan ke
> atas hamba Allah tersebut 
> kerana keceluparan mulutnya itu.
> 
> ISH, ISH, ISH - ALANGKAH BAGUSNYA KALAU SEMUA MB DAN
> KETUA MENTERI DI MALAYSIA 
> INI BERPERANGAI TEGAS DAN SOMBONG MACAM SHAHIDAN DAN
> SI ADNAN MB PAHANG TU; 
> SENANGLAH SIKIT RAKYAT NAK BUAT PILIHAN DI P/RAYA
> KE-11 NANTI!!
> 
> Berbalik kepada cerita Ku Li; walau pun tiada siapa
> yg pasti jawatan mana yang 
> nak ditandinginya, tapi secara secara peribadi, saya
> merasakan Ku Li cukup 
> sesuai kalau dicalonkan bertanding melawan Dr
> Mahathir. Bukan nak kata sebab 
> Dr Mahathir tak bagus atau macam mana, tapi zaman Dr
> Mahathir sudah pun 
> berlalu. Mungkin sudah tiba masanya untuk Ku Li
> merebut kembali jawatan 
> Perdana Menteri yang sepatutnya dimiliki beliau lama
> dahulu.
> 
> Untuk yang tidak tahu,  pada akhir dekad 70an,
> bintang Ku Li cukup bersinar 
> terang; pertama, kerana kejayaan beliau merampas
> Kelantan dari tangan PAS di 
> bawah pimpinan Datuk Asri Muda pada tahun 1978, dan
> yang kedua, kerana selepas 
> kematian Tun Razak, Ku Li  adalah merupakan pemimpin
> UMNO yang terkanan sekali 
> selepas Tun Hussein Onn. Pada ketika itu,  Ku Li
> adalah Naib Presiden UMNO 
> yang mendapat undi paling banyak selain daripada Tun
> Ghafar Baba dan Dr 
> Mahathir Mohamad.
> 
> Mengikut tradisi UMNO, Ku Li sepatutnya mengisi
> kekosongan jawatan TPM selepas 
> Tun Hussein Onn menggantikan tempat Tun Razak; tapi
> malangnya kerana suatu 
> rahsia yang masih tersembunyi, Mahathir pula yang
> berjaya menjadi  Timbalan, 
> dan bukannya Ku Li. Menurut sebuah versi, sebelum
> Hussein Onn bersara daripada 
> 
=== message truncated ===

=====
**Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
*********************************************************
          >>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke