*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9. Mengapa Ulamak Terkenal Menentang kerajaan?
Kita mengukur ulama dari segi populariti ker atau
ilmunya? Kalau ilmu banyak pun tapi kata tuhan
mencarut untuk halalkan apa yang Shahnon tulis takkan
nak panggil ulama? Takkan yang isi borang Persatuan
Ulama Malaysia ajer panggil ulama?  
 
 


10. Mengapa Mahathir ugut kerajaan yang mahu
melaksanakan hukum hudud?
Sama ada benar atau tidak Mahathir mengugut adalah
satu perkara lain. Tapi kalau benar pun apakah Nik
Aziz yang dikatakan ulama besar PAS itu lebih takut
kepada Dr. Mahathir daripada Allah? Kalau begitu
sifatnya, tidak layaklah PAS menjadi pemimpin negara
kerana mereka tidak mempunyai jiwa yang besar(berani).
Masalah hudud sebenarnya merupakan hal ehwal
pentadbiran. Dalam hal ini, kerajaan Barisan Nasional
yang diterajui UMNO mempunyai sebab-sebab tertentu
yang membabitkan keadaan dan suasana negara yang
membolehkan hukum ini ditangguhkan. Tidak pernah Dr.
Mahathir atau mana-mana pemimpin UMNO berkata bahawa
kita tidak mahu melaksanakan hudud. Sebaliknya, masa
dan suasananya belum mengizinkan. Pengecualian yang
dipanggil kebijaksaan pemimpin yang menangguhkan
sesuatu hukum demi kebaikan yang lebih besar ini
dibenarkan oleh ulama Fekah. Jadi jangan kita
terkeliru dengan dakyah PAS. Satu lagi hudud hanyalah
satu cabang perundangan Islam. Manakala Perundangan
Islam itu pula hanyalah satu cabang pemerintahan
Islam. Maknanya, bukan sahaja dengan pelaksanaan hudud
baru kita anggap kerajaan kita ini sebuah kerajaan
Islam. Pentadbiran Islam bukan setakat hudud tetapi
juga menyediakan rakyat kehidupan yang baik adalah
lebih besar tanggungjawabnya. Sebab itu Khalifah Umar
pernah menangguhkan hudud kerana kemiskinan waktu itu.
 
 
 


11. Mengapa Media tidak tunjuk gambar Mahligai
Mahathir?
Kalau saudara membaca utusan malaysia dan berita
harian, keseluruhan gambar putrajaya termasuk kediaman
rasmi Perdana Menteri ada dibuat liputan baru baru
ini. Tapi media utama tidaklah memperbodohkan rakyat
dengan berkata Kediaman tersebut berharga RM 200 juta.
Orang yang bukan arkitek pun kalau lihat kediaman
tersebut akan gelak bahawa ia berjumlah begitu besar. 

 
 


12. Mengapa tuduhan rasuah Rafidah dan Daim didiamkan?
Apakah Anwar mempunyai bukti bahawa peguam negara
menyeleweng? Anwar dengan gah membuat laporan polis
tapi satu dokumen pun tidak dikeluarakan melainkan
tuduhan rrambang begitu sahaja. Kalau benar Anwar ada
dokumen tersebut suruhlah Harakah atau Eksklusif
siarkan dokumen tersebut. Sebenarnya tuduhan itu hanya
sekadar untuk mengalih pandangan orang dari dirinya
yang corrup.  
 
 


13. Kenapa Rahim Tambhy Chik dibebaskan sedangkan Lim
Guan Eng dipenjarakan? 
LIm Guan Eng dipenjara kerana didapati menghina sistem
keadilan negara. Telah ternyata bahawa Peguam Negara
tidak cukup bukti untuk mendakwa Rahim. Malahan gadis
yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Rahim
jugak tidak mengaku mempunyai hubungan dengan Rahim.
Jadi apa bukti yang Peguam Negara ada? Kenapa pula Lim
Guan Eng begitu beria ria membangkitkan isu ini?
Adakah kerana ia memperjuangkan nasib seorang gadis
Melayu atau ia sekadar alat hendak menjatuhkan
kepimpinan Melayu (UMNO)? Kalau betul dia prihatin
kepada nasib gadis melayu yang menjadi bohsia, adakah
sebelum ini beliau membela atau menubuhkan badan
sukarela mengatasi gejala tersebut? Kita orang Melayu
jangan terkeliru dengan dakwaan bahaw Lim Guan Eng
membela nasib orang Melayu. Ia sebenarnya ingin
menjatuhkan maruah UMNO. itu sahaja.  
 
 


14. Salah siapakah kini terdapat 500,000 penagih dadah
bangsa Melayu?
Apakah salah kerajaan? Berikan contoh ada negara maju
atau membangun yang lebih baik daripada Malaysia dalam
memerangi najis dadah sama ada hukuman kepada pengedar
atau sistem rawatan kepada penagih. Menyoal memang
mudah tapi janganlah tunjuk kebodohan kita melalui
soalan yang mungkin boleh menipu orang yang tak tahu
tapi menjadi lucu kepada mereka yang waras. Tapi orang
PAS dan Reformasi memang tak pernah rasional.

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke