*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mat Rencana writes:

>9. Mengapa Ulamak Terkenal Menentang kerajaan?
>Kita mengukur ulama dari segi populariti ker atau
>ilmunya? Kalau ilmu banyak pun tapi kata tuhan
>mencarut untuk halalkan apa yang Shahnon tulis takkan
>nak panggil ulama? Takkan yang isi borang Persatuan
>Ulama Malaysia ajer panggil ulama?

Maafkan saya sdr kerana nak sentuh tentang soal mencarut.
Saya masih ingat ketika saya sedang sibuk berdebat dengan
pihak Kristian Antarabangsa di Muslim-Kristian Debate forum.
Seorang pendebat kristian yang terkenal dalam internet ini
yang bernama Jochen Katz pernah berkata bahawa Nabi Muhammad
adalah seorang pencarut. Nabi memberi gelaran buruk kepada
seorang musuhnya sebagai Abu Jahal yang bermaksud Bapa Jahil.

Kata christian itu bahawa adalah tidak layak bagi seorang
yang mengaku nabi, tapi memberi nama yang buruk kepada seorang
manusia. Nama itu akan disebut sepanjang zaman menjatuhkan
maruah seorang manusia.

Ada seorang bapa kristian pula yang memberi hujjah bahawa Nabi 
kita ialah seorang pencarut. Dia membawa sepotong hadith Nabi 
tentang larangan perbuatan muhallil (cina-buta) yang mana Nabi 
menyebut "...sehingga kamu merasa *kemanisan* perempuan itu". 
Kata-kata *kemanisan* itu sangat aib didengar kerana pendengar 
akan menggambarkan perbuatan seks yang jijik.

Begitu juga Nabi kita menyebut tentang anjuran suami mencukur
bulu kamaluan isteri...termasuk dalam bab mencarut. Itu semua
pada pandangan musuh-musuh Islam. Saya bukan menyokong perbuatan
mencarut. Tapi saya ingin menarik perhatian kepada satu ayat
Al-Qur'an,

Allah tidak menyukai ucapan buruk dengan terus terang kecuali
oleh orang-orang yang dianiaya...[Al-Nisa'(4):148].

Diterangkan oleh ulama tafsir bahawa "ucapan buruk" ialah sebagai
mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain,
menyinggung perasaan seseorang dan sebagainya. Perbuatan itu semua
harus ketika memberitahu tentang kedzaliman seseorang, puak atau
pemerintah.

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: AHC <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke