*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam sejahtera ke atas mu alil,
memanglah susah nak thabitkan sesaorang atas kesalahannya.
sebab , kita perlukan further details yang sahih untuk
mensabitkan sesaorang akan kesalahan itu. seperti mencari
saksi yang 'adil dan seterusnya.
Itulah sebab nya kita perlu belajar Islam sepenuhnya.
You can't take half of this and half of that.
Kalau kamu benar-benar Muslim sepenuhnya, pergi cari guru.
Ilmu Islam merangkumi segala-galanya.whether it be economy,
social,business,asset's distribution, insurance,banking
etc,etc.
Firman Allah :- Aku turunkan maanusia ke dunia ini adalah
untuk menjadi Khalipah di dunia ini.
Dan setelah beberapa kitab diturunkan ,zabur , taurat,injil dan akhirnya 
Al-Qur'an, semua kitab-kitab lain di mansuhkan hanya
Al-Qur'an di gunakan sehingga sekarang.
Sabda nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam,sembahyanglah kamu seperti 
mana aku sembahyang.Dan jika diantara kamu mempunyai
perselisihan, maka baliklah kamu ke Al-Quran dan Ijmak Ulamak.
Kerana itu,peranan Ulamak yang muktabar adalah sangat penting.
Tiada saorang pon mengaku dia adalah ulamak, melainkan para
jemaah sahaja yang tahu siapa patut kita rujuk.
Bukan nya melantik sesaorang itu dengan Paper Qualifications
yang dia obtained. seperti bachelor,masters atau phd.
Kita boleh ukur akan kedudukan sesaorang melalui cara amalannya
dan way of life mereka.
Kebanyakan ahli-ahli sufi itu datangnya dari seaorang yang
langsung tidak ada ilmu dalam Islam.Tetapi selepas mendapat
hidayah,mereka pergi belajar dan mengamalkan Ilmu itu
sepenuhnya hingga kebanyakkan mereka membuang dunia ini dan
pergi berkalwat jauh dari orang.
Al-Imam Ghazali semasa negara tempatnya mastautin melantiknya
sebagai pakar rujuk didalam Ilmu Islam ini pernah pergi
belajar lagi kepada saorang tukang kasut dengan niat untuk
belajar tauhid dan tasauf.Tetapi ahli sufi ini yang juga
carriernya fulltime tukang kasut menolaknya. Tetapi Imam
Al-Ghazali tetap tunggu belajar kepadanya untuk membuat
kasut hingga 10 tahun lamanya.
Sehari-harian tukang kasut akan bertanya kepadanya
mana yang kamu buat dan mana yang aku buat.
Imam Ghazali akn menjawab, sekian yang aku buat dan sekian
yang kamu buat.Hal ini terjadi sehingga 10 tahun lamanya,
akhir nya pada tahun kesepuluh barulah Imam Ghazali menjawab
tidak ada kuasa ku membuat sesuatu melainkan dengan izin
Allah.Maka barulah bermula Imam Ghazali belajar dengan
tukang kasut ini dengan ilmu Allah.
Begitu, kita lihat saorang yang dianggap professor dan pakar
didalam Islam tetapi masih lagi pergi belajar, cuma dengan
saorang tukang kasut.
Kerana itu ilmu yang ada pada kita ini tidak boleh di banggakan
melainkan kelak akan di soal oleh Allah, kemana ilmu kau
perolehi itu kamu panjangkan.

Oleh kerana itu saya yang masih sangat kurang akan ilmu ini
sangat sangat suka dapat teguran dari sesiapa yang ariif.
Cuma sesal saya, saya dibesarkan dan bersekolah atau
berpendidikan bukan cara Islam sepenuhnya, sedangkan ilmu
Islam itu wajib atau mesti atau 'a must' kepada setiap
muslim.
90% pelajaran yang di tekankan di sekolah-sekolah sekarang
ini, adalah pelajaran dunia,sedangkan selebihnya itu adalah
10% sahaja untuk ilmu Islam.
Kerana itu ramai diantara kita cuba berlagak seperti pandai
dalam islam ini,bahkan mereka ini adalah sejahil-jahilnya.

sekian , pause seketika,
was-salaam.
kampong folk.

______________________________________________________
Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "insankamiil s.m." <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke