assalamu'alaikum sdra mat rencana, saya kembalikan saranan sdra - "Assalamualaikum dan selamat sejahtera En. Abdullah Zubair, saya harap En. Abdullah dapat berfikir secara positif, panjang, berpandangan jauh dan terbuka".  sdra yang lebih perlu untuk "berfikir secara positif, panjang, berpandangan jauh dan terbuka."  positif bagi pemikiran sekular adalah negatif bagi Islam. positif bagi Islam adalah negatif bagi sekular.  sdra pilihlah.  fikirlah secara positif Islam (bersesuaian dgn kita sebagai umat Islam - Islam dahulu baru yang lain bukan yang lain baru Islam, insya' Allah kita - sdra, saya, anak cucu sdra, anak cucu saya, bangsa sdra, bangsa saya, negara sdra, negara saya - PASti selamat. ucapan omar al khattab perlu difikirkan dan diberi paerhatian - "kita dimuliakan Allah dengan Islam, jika sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain Islam, Allah akan menghinakan kita".  kemana hala tuju bangsa kita? 500 K penagih dadah, salah siapa? yakinlah kita sedang dihina oleh Allah kerana keengganan kita untuk melaksanakan sistem Islam tetapi lebih yakin dengan sistem yang sesat.  persoalannya, apa rugi umno kalau laksana Islam?  umno dan Pas boleh bersatu dengan Islam, jadi kenapa degil untuk bersatu? kalau umno berpegang kepada pesan Rasulullah saw - al-Quran dan hadith - kenapa umno menjauhi diri dari ajakan Pas untuk berpegang kepada al-Quran dan hadith?  kita khususnya umno tidak berminat dengan Islam tetapi lebih gah dengan sekular, Islam suku politik suku (wal iyyazuillah). sdra tanyalah ulama-ulama dalam umno apa hukum berpegang kepada sekular?  setahu saya, kita mesti pilih antara dua. kalau pilih Islam kita mesti menolak sekular dan sebaliknya jika memilih sekular kita mesti tolak Islam!!!! jadi jelaslah dati ucapan pemimpin-pemimpin umno juga sdra lebih gah dengan sekular dan menolak Islam.  kalau ikhlas, mari kita laksanakan Islam. tidak akan timbil pusat tidak izin kelantan laksana hudud, tidak akan timbul ucapan-ucapan sesat dan menyesatkan seperti "kalau nak makan sup tangan pergilah ke kelantan", "kita tidak boleh buat jalanraya kerana kehabisan batu", "hudud tidak boleh dilaksana kerana negara majmuk" (wal-iyyazubillah).  sdra sebagai seorang muslim, letaklah Islam dahulu dalam semua hal -politik, ekonomi, sosial, dan semua sesuai dengan Islam sebagai addiin - cara hidup.  saya mengajak sdra sama-sama meletakkan al-Quran ditempatnya bukan seperti hari ini di mana perlembagaan persekutuan lebih tinggi darinya sekali gus merelakan hukum manusia membatalkan hukum Allah (wal-iyyazubillah).  bijak kah kita? berilmukah kita? cuba secara bodoh fikirkan, Allah mengambil balik keupayaan sdra untuk berencana di sini dan di mana-mana????? wassalam

Sekian, terima kasih.

Mat Rencana wrote:

 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
9. Mengapa Ulamak Terkenal Menentang kerajaan? Kita mengukur ulama dari segi populariti ker atau ilmunya? Kalau ilmu banyak pun tapi kata tuhan mencarut untuk halalkan apa yang Shahnon tulis takkan nak panggil ulama? Takkan yang isi borang Persatuan Ulama Malaysia ajer panggil ulama?

10. Mengapa Mahathir ugut kerajaan yang mahu melaksanakan hukum hudud? Sama ada benar atau tidak Mahathir mengugut adalah satu perkara lain. Tapi kalau benar pun apakah Nik Aziz yang dikatakan ulama besar PAS itu lebih takut
kepada Dr. Mahathir daripada Allah? Kalau begitu sifatnya, tidak layaklah PAS menjadi pemimpin negara
kerana mereka tidak mempunyai jiwa yang besar(berani). Masalah hudud sebenarnya merupakan hal ehwal
pentadbiran. Dalam hal ini, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO mempunyai sebab-sebab tertentu
yang membabitkan keadaan dan suasana negara yang membolehkan hukum ini ditangguhkan. Tidak pernah Dr.
Mahathir atau mana-mana pemimpin UMNO berkata bahawa kita tidak mahu melaksanakan hudud. Sebaliknya, masa
dan suasananya belum mengizinkan. Pengecualian yang dipanggil kebijaksaan pemimpin yang menangguhkan
sesuatu hukum demi kebaikan yang lebih besar ini dibenarkan oleh ulama Fekah. Jadi jangan kita
terkeliru dengan dakyah PAS. Satu lagi hudud hanyalah satu cabang perundangan Islam. Manakala Perundangan
Islam itu pula hanyalah satu cabang pemerintahan Islam. Maknanya, bukan sahaja dengan pelaksanaan hudud
baru kita anggap kerajaan kita ini sebuah kerajaan Islam. Pentadbiran Islam bukan setakat hudud tetapi
juga menyediakan rakyat kehidupan yang baik adalah lebih besar tanggungjawabnya. Sebab itu Khalifah Umar
pernah menangguhkan hudud kerana kemiskinan waktu itu.

11. Mengapa Media tidak tunjuk gambar Mahligai Mahathir? Kalau saudara membaca utusan malaysia dan berita
harian, keseluruhan gambar putrajaya termasuk kediaman rasmi Perdana Menteri ada dibuat liputan baru baru
ini. Tapi media utama tidaklah memperbodohkan rakyat dengan berkata Kediaman tersebut berharga RM 200 juta.
Orang yang bukan arkitek pun kalau lihat kediaman tersebut akan gelak bahawa ia berjumlah begitu besar.

12. Mengapa tuduhan rasuah Rafidah dan Daim didiamkan? Apakah Anwar mempunyai bukti bahawa peguam negara
menyeleweng? Anwar dengan gah membuat laporan polis tapi satu dokumen pun tidak dikeluarakan melainkan
tuduhan rrambang begitu sahaja. Kalau benar Anwar ada dokumen tersebut suruhlah Harakah atau Eksklusif
siarkan dokumen tersebut. Sebenarnya tuduhan itu hanya sekadar untuk mengalih pandangan orang dari dirinya
yang corrup.

13. Kenapa Rahim Tambhy Chik dibebaskan sedangkan Lim Guan Eng dipenjarakan? LIm Guan Eng dipenjara kerana didapati menghina sistem keadilan negara. Telah ternyata bahawa Peguam Negara tidak cukup bukti untuk mendakwa Rahim. Malahan gadis yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Rahim jugak tidak mengaku mempunyai hubungan dengan Rahim. Jadi apa bukti yang Peguam Negara ada? Kenapa pula Lim Guan Eng begitu beria ria membangkitkan isu ini?
Adakah kerana ia memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu atau ia sekadar alat hendak menjatuhkan
kepimpinan Melayu (UMNO)? Kalau betul dia prihatin kepada nasib gadis melayu yang menjadi bohsia, adakah
sebelum ini beliau membela atau menubuhkan badan sukarela mengatasi gejala tersebut? Kita orang Melayu
jangan terkeliru dengan dakwaan bahaw Lim Guan Eng membela nasib orang Melayu. Ia sebenarnya ingin
menjatuhkan maruah UMNO. itu sahaja.

14. Salah siapakah kini terdapat 500,000 penagih dadah bangsa Melayu? Apakah salah kerajaan? Berikan contoh ada negara maju atau membangun yang lebih baik daripada Malaysia dalam memerangi najis dadah sama ada hukuman kepada pengedar atau sistem rawatan kepada penagih. Menyoal memang mudah tapi janganlah tunjuk kebodohan kita melalui
soalan yang mungkin boleh menipu orang yang tak tahu tapi menjadi lucu kepada mereka yang waras. Tapi orang
PAS dan Reformasi memang tak pernah rasional.

=====

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Bid and sell for free at http://auctions.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Mat Rencana <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke