*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya juga ada menerima e-mail dari seorang isteri yang confuse.  Saya
surrender tak mampu nak fikir apa nasihat yang boleh saya berikan
kepada dia ni.

Kepada netters yang pandai mencelah, mencelahlah untuk berikan pendapat
anda.  Takut saya dengar masalah-masalah yang macam ni.

Walaubagaimanapun kepada Puan(apa nak gelar?), OK Puan XYZ, pada
pandangan saya lelaki tersebut hanya suka-suka dan tidak ada niat untuk
mengahwini puan.  Mungkin dia hanya anggap sebagai kawan lama.

Sekian

> To: 'Pabiyen Sitok' <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: Saya confuse
> 
Saya sering membaca tulisan puan dalam hizbi net.  saya memilih puan
untuk meluahkan isi hati kerana saya pasti puan sentiasa bersikap
rasional.
 
Selepas tamat SPM, saya sering berbalas surat dengan seorang rakan
sebaya yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke US.  Saya hanya
melanjutkan pelajaran ke U tempatan.  Masa tu saya tak berapa kisah
pasal jodoh sebab saya ni jenis happy go lucky sikit dan ramai kawan. 
Tapi antara saya dengan dia tak pernah putus berutus surat.  Saya rasa
tiada perasaan terhadapnya pada masa itu tapi seronok membalas dan
membaca surat-surat dia.  Sebab surat-surat dia tidak berbau cinta
langsung.  Suatu ketika dia bertanya saya apa jemaah yang saya ikuti. 
Kerana merasa malu saya katakan haluan kami tak sama, sedangkan saya
sudah dapat menangkap maksud soalan dia.  Selepas sebulan saya mendapat
surat dari dia mengatakan dia sudah bernikah di sana.

Saya tak sedih tapi saya tak pasti apa reaksi saya sebab saya ada 2
lagi
calon.  Tapi saya tetap menerima surat-surat dari dia.

Bila pulang ke Malaysia dia tetap menghubungi saya.  Kami pernah keluar
bertiga (dengan isterinya) makan-makan.  Kadang-kadang saya fikir dia
ni
gila talak atau apa.  Kemana saja saya pindah, saya tak perlu berikan
no
telefon kepadanya, dia pasti dapat mencari saya.  Hatta no telefon
rumah
mertua saya.  Semasa saya masih bujang saya terima panggilan dari dia
tak kurang 2 kali sehari.
 
Sekarang saya sudah 5 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang 19
tahun lebih tua dari saya.  Dua tahun lagi dia akan pencen. 
Rumahtangga
kami menghadapi masalah kerana dia tak larat melayan saya.  Masalah ini
timbul sejak kami mula berkahwin lagi.  Kadang-kadang saya rasa
tertekan dan menangis.  Bila saya tertekan , dia turut merasa tertekan.
 Tiga kali dia offer untuk berpisah dengan saya demi kebaikan saya dan
kebahagiaan saya.  Tapi saya masih sayangkan dia.  Dia terlalu baik.
Saya ni pemalas, dia yang kemaskan rumah dan sapu halaman.  Dia
menatang saya bagai minyak yang penuh.  Sayalah puteri hatinya.

Masalahnya sekarang kawan saya ada menghubungi saya sejak kebelakangan
ini. Taklah kerap sangat, tapi dua bulan ada sekali dia telefon ke
rumah saya. Ada sekali tu semasa suami saya tiada di rumah.  Nak tahu? 
Semasa dalam pantang dia tanya samada baby saya ada rupa dia atau
tidak.  Yang paling membengangkan ialah pipi saya merah setiap kali dia
mengusik saya.  Saya merasakan kebahagiaan yang amat bila dia menelefon
saya.  Malam minggu lepas dia ada menelefon saya, kebetulan suami saya
ada di rumah.  Saya tahu suami saya nampak kebahagiaan yang terpancar
pada wajah saya.  Kawan saya beritahu ada orang dah 13 tahun tak balik
kampung(kampung saya).  Siapa lagi kalau bukan dia yang dah 13 tahun
tak ziarah ayah saya.
 
Tolonglah......... Macamana saya boleh lari dari masalah ni?  Saya rasa
tertekan, dengan sikap suami saya yang tak mahu berubat dan kawan saya
yang sering menelefon.

Itu sajalah yang saya nak cerita, sekurang-kurangnya perasaan yang
terbuku di hati saya selama ni dah terluah. 
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke