*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
salam semua.

1. Sebab itulah ibubapa kenalah jaga anak khasnya perempuan agar tidak galakkan
"berkawanan bebas" berlainan jantina terutama masa remaja mereka, mula zaman
sekolah (menengah dan kolej).Memang berkawan (lain jantina) tidak salah tapi
elok diperhati dan dikawal. Emosi berperanan besar. kekuatan tamaddun kita juga
terletak pada emosi. Emosi yang terdedah kpd gangguan boleh merosakkan diri dan
ahli lain.

2. Dalam kes ini, Puan xyz bersuami usia lebih 19 tahun darinya. xyz juga
seorang yang tabah dalam ujian ini. Faktor luaran kedua iaitu  hubungan
sedemikian dengan kawan lama juga berperanan.

3. ALLAh itu maha besar. Ia menguji hambaNya. Hamba yang banyak sabar mematuhi
syari'at adalah yang menang. Taat kpd suami kerana ALLah diganjarkan sesuatu di
akhirat nanti.

4. Ketika memilih isteri, saya  mengkaji latar belakang isteri dan - apa yg
berlaku gini telah dalam pertimbangan saya. Saya ketahui individu  yang pernah
"meminatinya" dan saya sikap terbuka amat penting kerana nilai "wisdom" juga
amat penting dimiliki oleh setiap kita,samada suami atau isteri,  khasnya kita
orang ISlam. Alhamdulillah, saya syukur.  Keadaan keliru ini , jika berlaku,
merupakan satu penyiksaan kepada sesiapa juga yang mengalaminya. Kalau sudah
terlanjur maka bersabar banyak pahalanya. Itulah tanda kebesarn ALLah di dunia
yang sementara.

Maaf jika terlanjur kata.
waLLahu a'lam.



> > > To: 'Pabiyen Sitok' <[EMAIL PROTECTED]>
> > > Subject: Saya confuse
> > >
> >Saya sering membaca tulisan puan dalam hizbi net.  saya memilih puan
> >untuk meluahkan isi hati kerana saya pasti puan sentiasa bersikap
> >rasional.
> >
> >Selepas tamat SPM, saya sering berbalas surat dengan seorang rakan
> >sebaya yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke US.  Saya hanya
> >melanjutkan pelajaran ke U tempatan.  Masa tu saya tak berapa kisah
> >pasal jodoh sebab saya ni jenis happy go lucky sikit dan ramai kawan.
> >Tapi antara saya dengan dia tak pernah putus berutus surat.  Saya rasa
> >tiada perasaan terhadapnya pada masa itu tapi seronok membalas dan
> >membaca surat-surat dia.  Sebab surat-surat dia tidak berbau cinta
> >langsung.  Suatu ketika dia bertanya saya apa jemaah yang saya ikuti.
> >Kerana merasa malu saya katakan haluan kami tak sama, sedangkan saya
> >sudah dapat menangkap maksud soalan dia.  Selepas sebulan saya mendapat
> >surat dari dia mengatakan dia sudah bernikah di sana.
> >
> >Saya tak sedih tapi saya tak pasti apa reaksi saya sebab saya ada 2
> >lagi
> >calon.  Tapi saya tetap menerima surat-surat dari dia.
> >
> >Bila pulang ke Malaysia dia tetap menghubungi saya.  Kami pernah keluar
> >bertiga (dengan isterinya) makan-makan.  Kadang-kadang saya fikir dia
> >ni
> >gila talak atau apa.  Kemana saja saya pindah, saya tak perlu berikan
> >no
> >telefon kepadanya, dia pasti dapat mencari saya.  Hatta no telefon
> >rumah
> >mertua saya.  Semasa saya masih bujang saya terima panggilan dari dia
> >tak kurang 2 kali sehari.
> >
> >Sekarang saya sudah 5 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang 19
> >tahun lebih tua dari saya.  Dua tahun lagi dia akan pencen.
> >Rumahtangga
> >kami menghadapi masalah kerana dia tak larat melayan saya.  Masalah ini
> >timbul sejak kami mula berkahwin lagi.  Kadang-kadang saya rasa
> >tertekan dan menangis.  Bila saya tertekan , dia turut merasa tertekan.
> >  Tiga kali dia offer untuk berpisah dengan saya demi kebaikan saya dan
> >kebahagiaan saya.  Tapi saya masih sayangkan dia.  Dia terlalu baik.
> >Saya ni pemalas, dia yang kemaskan rumah dan sapu halaman.  Dia
> >menatang saya bagai minyak yang penuh.  Sayalah puteri hatinya.
> >
> >Masalahnya sekarang kawan saya ada menghubungi saya sejak kebelakangan
> >ini. Taklah kerap sangat, tapi dua bulan ada sekali dia telefon ke
> >rumah saya. Ada sekali tu semasa suami saya tiada di rumah.  Nak tahu?
> >Semasa dalam pantang dia tanya samada baby saya ada rupa dia atau
> >tidak.  Yang paling membengangkan ialah pipi saya merah setiap kali dia
> >mengusik saya.  Saya merasakan kebahagiaan yang amat bila dia menelefon
> >saya.  Malam minggu lepas dia ada menelefon saya, kebetulan suami saya
> >ada di rumah.  Saya tahu suami saya nampak kebahagiaan yang terpancar
> >pada wajah saya.  Kawan saya beritahu ada orang dah 13 tahun tak balik
> >kampung(kampung saya).  Siapa lagi kalau bukan dia yang dah 13 tahun
> >tak ziarah ayah saya.
> >
> >Tolonglah......... Macamana saya boleh lari dari masalah ni?  Saya rasa
> >tertekan, dengan sikap suami saya yang tak mahu berubat dan kawan saya
> >yang sering menelefon.
> >
> >Itu sajalah yang saya nak cerita, sekurang-kurangnya perasaan yang
> >terbuku di hati saya selama ni dah terluah.
> >__________________________________________________
> >Do You Yahoo!?
> >Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> >http://im.yahoo.com
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> >Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
>
> ______________________________________________________
> Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: abuhanif <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke