*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum Puan XYZ yang dirahmati Allah...

Institusi perkahwinan adalah sangat suci dan luhur.
Ianya tidak dapat dipunahkan hanya melalui teman lama
yang dikenali sewaktu remaja. Tiga belas tahun sudah
berlalu dan banyak yang sudah berubah. Walaupun teman
remaja puan hanya menelefon dan ingin berziarah ianya
bukanlah boleh dianggap sebagai suatu keinginan untuk
meminang puan atau pun merosakkan rumahtangga puan.

Didalam kehidupan kita perlu bertegas. Puan perlulah
memberitahu kepada teman puan agar berhenti menelefon
dan menghubungi puan buat selama lamanya. Jika dia
sayang dan menghormati puan maka dia perlu berbuat
sedemikian. 

Tumpulah perhatian dan seluruh jiwa raga dan tenaga
puan kepada rumah tangga puan dan mengubati suami yang

tidak berkeupayaan itu. Dengan adanya rawatan
perubatan tradisional dan moden, masalah suami puan
tidaklah begitu sukar untuk diubati. Di mana ada
kemahuan disitulah ada jalan dan segala usaha. 

Usahlah dikenang cerita cerita indah sewaktu remaja
dan menjadikan ianya satu fantasi. Salah satu teras
perkahwinan ialah sanggup menjalani segala kesusahan
bersama sama. Usahlah membuang masa dengan segala
ilusi dan fantasi yang boleh menghancurkan segalanya. 

Jika pun benar suami puan sanggup melepaskan puan,
tidak semestinya masalah puan akan selesai disitu
sahaja. Puan akan menjadi janda dengan anak anak yang
perlu dibesarkan  dan tidak semestinya teman puan
sewaktu remaja akan masuk meminang dan memadukan
isteri nya. Didalam kehidupan, kita mesti mengsyukuri
tahap tahap nikmat yang dikurniakan. 

Suami puan perlulah diajak berbincang secara
bersungguh sunguh tentang masa depan rumah tangga
secara bersama. Suami puan perlu tahu bahawa puan
benar benar cinta kepada beliau dan cintakan kepada
kehidupan dan kebahagian bersama. Tidak ada suami
didunia yang tidak mahu melihat kepada kebahagiaan
isteri samada secara lahir dan batin. Jika suami puan
masih sangsi dan gusar akan kesetiaan puan, maka
beliau akan menjadi teragak agak untuk terus berubat.

Akhir kata, keluarga dan perkahwinan yang bahagia
perlukan kepada pengorbanan dan usaha yang bersungguh
sungguh. Gembelenglah segala usaha dan tenaga kearah
kebahagiaan ini. Ketahuilah Allah Yang Maha Pengasih
dan Maha Penyembuh adalah kunci kepada segala galanya.
Mohonlah pada Allah segala hajat puan. Berkata kata
lah dengan Allah, semoga terbuka pintu rahmahNya.
Sekali lagi lupakanlah kepada fantasi indah dizaman
remaja. Biarkanlah ianya berlalu. 

Allah lah Yang Maha Mengetahi segalanya. KepadaNya lah
tempat berserah dan meminta pertolongan.

Wassalam

Adam


--- Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

> Saya juga ada menerima e-mail dari seorang isteri
> yang confuse.  Saya
> surrender tak mampu nak fikir apa nasihat yang boleh
> saya berikan
> kepada dia ni.
> 
> Kepada netters yang pandai mencelah, mencelahlah
> untuk berikan pendapat
> anda.  Takut saya dengar masalah-masalah yang macam
> ni.
> 
> Walaubagaimanapun kepada Puan(apa nak gelar?), OK
> Puan XYZ, pada
> pandangan saya lelaki tersebut hanya suka-suka dan
> tidak ada niat untuk
> mengahwini puan.  Mungkin dia hanya anggap sebagai
> kawan lama.
> 
> Sekian
> 
> > To: 'Pabiyen Sitok' <[EMAIL PROTECTED]>
> > Subject: Saya confuse
> > 
> Saya sering membaca tulisan puan dalam hizbi net. 
> saya memilih puan
> untuk meluahkan isi hati kerana saya pasti puan
> sentiasa bersikap
> rasional.
>  
> Selepas tamat SPM, saya sering berbalas surat dengan
> seorang rakan
> sebaya yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke US.
>  Saya hanya
> melanjutkan pelajaran ke U tempatan.  Masa tu saya
> tak berapa kisah
> pasal jodoh sebab saya ni jenis happy go lucky sikit
> dan ramai kawan. 
> Tapi antara saya dengan dia tak pernah putus berutus
> surat.  Saya rasa
> tiada perasaan terhadapnya pada masa itu tapi
> seronok membalas dan
> membaca surat-surat dia.  Sebab surat-surat dia
> tidak berbau cinta
> langsung.  Suatu ketika dia bertanya saya apa jemaah
> yang saya ikuti. 
> Kerana merasa malu saya katakan haluan kami tak
> sama, sedangkan saya
> sudah dapat menangkap maksud soalan dia.  Selepas
> sebulan saya mendapat
> surat dari dia mengatakan dia sudah bernikah di
> sana.
> 
> Saya tak sedih tapi saya tak pasti apa reaksi saya
> sebab saya ada 2
> lagi
> calon.  Tapi saya tetap menerima surat-surat dari
> dia.
> 
> Bila pulang ke Malaysia dia tetap menghubungi saya. 
> Kami pernah keluar
> bertiga (dengan isterinya) makan-makan. 
> Kadang-kadang saya fikir dia
> ni
> gila talak atau apa.  Kemana saja saya pindah, saya
> tak perlu berikan
> no
> telefon kepadanya, dia pasti dapat mencari saya. 
> Hatta no telefon
> rumah
> mertua saya.  Semasa saya masih bujang saya terima
> panggilan dari dia
> tak kurang 2 kali sehari.
>  
> Sekarang saya sudah 5 tahun berkahwin dengan seorang
> lelaki yang 19
> tahun lebih tua dari saya.  Dua tahun lagi dia akan
> pencen. 
> Rumahtangga
> kami menghadapi masalah kerana dia tak larat melayan
> saya.  Masalah ini
> timbul sejak kami mula berkahwin lagi. 
> Kadang-kadang saya rasa
> tertekan dan menangis.  Bila saya tertekan , dia
> turut merasa tertekan.
>  Tiga kali dia offer untuk berpisah dengan saya demi
> kebaikan saya dan
> kebahagiaan saya.  Tapi saya masih sayangkan dia. 
> Dia terlalu baik.
> Saya ni pemalas, dia yang kemaskan rumah dan sapu
> halaman.  Dia
> menatang saya bagai minyak yang penuh.  Sayalah
> puteri hatinya.
> 
> Masalahnya sekarang kawan saya ada menghubungi saya
> sejak kebelakangan
> ini. Taklah kerap sangat, tapi dua bulan ada sekali
> dia telefon ke
> rumah saya. Ada sekali tu semasa suami saya tiada di
> rumah.  Nak tahu? 
> Semasa dalam pantang dia tanya samada baby saya ada
> rupa dia atau
> tidak.  Yang paling membengangkan ialah pipi saya
> merah setiap kali dia
> mengusik saya.  Saya merasakan kebahagiaan yang amat
> bila dia menelefon
> saya.  Malam minggu lepas dia ada menelefon saya,
> kebetulan suami saya
> ada di rumah.  Saya tahu suami saya nampak
> kebahagiaan yang terpancar
> pada wajah saya.  Kawan saya beritahu ada orang dah
> 13 tahun tak balik
> kampung(kampung saya).  Siapa lagi kalau bukan dia
> yang dah 13 tahun
> tak ziarah ayah saya.
>  
> Tolonglah......... Macamana saya boleh lari dari
> masalah ni?  Saya rasa
> tertekan, dengan sikap suami saya yang tak mahu
> berubat dan kawan saya
> yang sering menelefon.
> 
> Itu sajalah yang saya nak cerita, sekurang-kurangnya
> perasaan yang
> terbuku di hati saya selama ni dah terluah. 
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
> http://im.yahoo.com
> 
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body
> : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body: 
> UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak
> menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net  
>                )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]    
>                )
> 
>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
> 

=====
**Berhati hati di jalan raya Pandu Cermat Jiwa Selamat**
*********************************************************
          >>>>>>> 'EID UL FITR' MUBARAK <<<<<<<<<
*********************************************************
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
http://im.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Adam <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to