*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bagi saya pula...kalau anak dah ada...masalah  lain tu tolak tepi la...kalau dah gatal 
sangat ...puasalah.. kalau tak tahan..ingat sikit  awak tu bukannya  muda punnnn

        ----------
        From:  mencelah sikit[SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
        Sent:  29 February 2000 16:16
        To:  [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
        Subject:  Re: H-Net* Fwd: Saya confuse


         *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
         {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
         {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
         *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
                  PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        Assalamualaikum,

        Saya memang bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh puan xyz ni.Untuk 
        menghadapi dua keadaan iaitu si suami yang disayangi dan juga hati yang 
        berbelah bahagi.Puan xyz ni berumur dalam lingkungan 34thn bila saya kaji 
        dari cerita yang di beri, ini menunjukan yang ia memerlukan kasih sayang dan 
        lebih daripada itu..termasuk nafkah yang sempurna.Malangnya kehidupan yang 
        beliau lalui bolehlah diibaratkan "Dayung bersama, yang sampai seorang" atau 
        pun "Makan bersama yang kenyangnya seorang".
        Bagi saya lelaki yang sering menganggu kehidupan puan xyz,sememangnya ingin 
        memiliki diri puan xyz.Mungkin si lelaki yang berasakan puan xyz lebih 
        mengancam daripada isterinya sekarang dari segala segi dan kegoyahan dalam 
        keluarga puan xyz adalah satu peluang yang perlu digunakan dengan sebaik 
        yang mungkin.Sebenarnya inilah dugaan dan ujian daripada Allah taala 
        terhadap puan xyz untuk melihat sejauh mana puan xyz dapat menghadapinya. 
        Nampaknya suami puan xyz rela untuk melepaskannya, sebelum perkara sebergini 
        berlaku puan xyz perlu memikirkan dengan semasak-masaknya.Adakah puan xyz 
        sanggup memegang status janda, sanggupkah beliau menghadapi hari-hari depan 
        dengan selesa. Ditakdirkan jodoh beliau dengan lelaki tersebut, belum tentu 
        lagi hidup puan xyz akan bahagia. Sebaik-baiknya puan xyz ambil sebagai 
        iktibar kejadian yang kerap berlaku dalam masyarakat kita.Kita lihat 
        bagaimana seorang suri rumah yang telah di curah dengan asid oleh suaminya 
        sebaik sahaja menamatkan zaman jandanya dan ada isteri yang terpaksa 
        menyabung nyawa seorang diri dirumah untuk melahirkan anak apabila suaminya 
        yang baharu keluar berpoya-poya,lihatlah sahaja kejadian apa bila si isteri 
        terpaksa tinggal keseorangan dirumah hampir bertahun-tahun kerana patuh 
        kepada undang-undang yang di tetapkan oleh isteri yang pertama. Saya percaya 
        kalau puan xyz INGIN MEMBURU kehidupan dunia kerana mengikut nafsu,dunia 
        akan musnahkan impiannya...dengarlah kata-kata saya. Saya juga percaya puan 
        xyz masih memberi perhatian kepada lelaki tersebut. Jangan layan langsung 
        mahupun dia menghubungi melalui phone. Nekatlah dalam hatimu hanya suami ku 
        sekarang tempat aku berteduh dan meminta kasih sayang juga tempat anak-anak 
        berlindung,ya Allah berilah kebahagian dalam kehidupan kami dan selamatkan 
        lah kami di dunia hinga akhirat.

        Wassalam.


        >From: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>
        >To: [EMAIL PROTECTED]
        >Subject: H-Net* Fwd: Saya confuse
        >Date: Mon, 28 Feb 2000 19:07:08 -0800 (PST)
        >
        >
        >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
        >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
        >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
        >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
        >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
        >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
        >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        >Saya juga ada menerima e-mail dari seorang isteri yang confuse.  Saya
        >surrender tak mampu nak fikir apa nasihat yang boleh saya berikan
        >kepada dia ni.
        >
        >Kepada netters yang pandai mencelah, mencelahlah untuk berikan pendapat
        >anda.  Takut saya dengar masalah-masalah yang macam ni.
        >
        >Walaubagaimanapun kepada Puan(apa nak gelar?), OK Puan XYZ, pada
        >pandangan saya lelaki tersebut hanya suka-suka dan tidak ada niat untuk
        >mengahwini puan.  Mungkin dia hanya anggap sebagai kawan lama.
        >
        >Sekian
        >
        > > To: 'Pabiyen Sitok' <[EMAIL PROTECTED]>
        > > Subject: Saya confuse
        > >
        >Saya sering membaca tulisan puan dalam hizbi net.  saya memilih puan
        >untuk meluahkan isi hati kerana saya pasti puan sentiasa bersikap
        >rasional.
        >
        >Selepas tamat SPM, saya sering berbalas surat dengan seorang rakan
        >sebaya yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke US.  Saya hanya
        >melanjutkan pelajaran ke U tempatan.  Masa tu saya tak berapa kisah
        >pasal jodoh sebab saya ni jenis happy go lucky sikit dan ramai kawan.
        >Tapi antara saya dengan dia tak pernah putus berutus surat.  Saya rasa
        >tiada perasaan terhadapnya pada masa itu tapi seronok membalas dan
        >membaca surat-surat dia.  Sebab surat-surat dia tidak berbau cinta
        >langsung.  Suatu ketika dia bertanya saya apa jemaah yang saya ikuti.
        >Kerana merasa malu saya katakan haluan kami tak sama, sedangkan saya
        >sudah dapat menangkap maksud soalan dia.  Selepas sebulan saya mendapat
        >surat dari dia mengatakan dia sudah bernikah di sana.
        >
        >Saya tak sedih tapi saya tak pasti apa reaksi saya sebab saya ada 2
        >lagi
        >calon.  Tapi saya tetap menerima surat-surat dari dia.
        >
        >Bila pulang ke Malaysia dia tetap menghubungi saya.  Kami pernah keluar
        >bertiga (dengan isterinya) makan-makan.  Kadang-kadang saya fikir dia
        >ni
        >gila talak atau apa.  Kemana saja saya pindah, saya tak perlu berikan
        >no
        >telefon kepadanya, dia pasti dapat mencari saya.  Hatta no telefon
        >rumah
        >mertua saya.  Semasa saya masih bujang saya terima panggilan dari dia
        >tak kurang 2 kali sehari.
        >
        >Sekarang saya sudah 5 tahun berkahwin dengan seorang lelaki yang 19
        >tahun lebih tua dari saya.  Dua tahun lagi dia akan pencen.
        >Rumahtangga
        >kami menghadapi masalah kerana dia tak larat melayan saya.  Masalah ini
        >timbul sejak kami mula berkahwin lagi.  Kadang-kadang saya rasa
        >tertekan dan menangis.  Bila saya tertekan , dia turut merasa tertekan.
        >  Tiga kali dia offer untuk berpisah dengan saya demi kebaikan saya dan
        >kebahagiaan saya.  Tapi saya masih sayangkan dia.  Dia terlalu baik.
        >Saya ni pemalas, dia yang kemaskan rumah dan sapu halaman.  Dia
        >menatang saya bagai minyak yang penuh.  Sayalah puteri hatinya.
        >
        >Masalahnya sekarang kawan saya ada menghubungi saya sejak kebelakangan
        >ini. Taklah kerap sangat, tapi dua bulan ada sekali dia telefon ke
        >rumah saya. Ada sekali tu semasa suami saya tiada di rumah.  Nak tahu?
        >Semasa dalam pantang dia tanya samada baby saya ada rupa dia atau
        >tidak.  Yang paling membengangkan ialah pipi saya merah setiap kali dia
        >mengusik saya.  Saya merasakan kebahagiaan yang amat bila dia menelefon
        >saya.  Malam minggu lepas dia ada menelefon saya, kebetulan suami saya
        >ada di rumah.  Saya tahu suami saya nampak kebahagiaan yang terpancar
        >pada wajah saya.  Kawan saya beritahu ada orang dah 13 tahun tak balik
        >kampung(kampung saya).  Siapa lagi kalau bukan dia yang dah 13 tahun
        >tak ziarah ayah saya.
        >
        >Tolonglah......... Macamana saya boleh lari dari masalah ni?  Saya rasa
        >tertekan, dengan sikap suami saya yang tak mahu berubat dan kawan saya
        >yang sering menelefon.
        >
        >Itu sajalah yang saya nak cerita, sekurang-kurangnya perasaan yang
        >terbuku di hati saya selama ni dah terluah.
        >__________________________________________________
        >Do You Yahoo!?
        >Talk to your friends online with Yahoo! Messenger.
        >http://im.yahoo.com
        >
        >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
        >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
        >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
        >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
        >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
        >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
        >
        >Pengirim: Pabiyen Sitok <[EMAIL PROTECTED]>

        ______________________________________________________
        Get Your Private, Free Email at http://www.hotmail.com


         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
         ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
         ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
         ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
         ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
         ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

        Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
        

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Mohd Zulkifli B. Mohd. Din (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke