*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
En Rahman / atau En Nobody,

Sekarang ni kalau kita jumpa doktor-doktor kat hospital,  kesemuanya tak
merujuk pada kitabAl Farabi, Ar Razi dan ulamak lain. Malahan kesemuanya
merujuk keapada buku karangan kafir dari U.K. dan dan luarnegara yang lain.
Ilmu perubatan juga satu ibadah.

Jika kita boleh gunakan ilmu kafir dalam beribadah, mengapa kita tak boleh
gunakan kitab yang juga menjadi rujukan orang yang bersahabat dengan
Clinton. Yaang salah orangnya bukan kitabnya.

Kalau begitu Kerajaan Saudi pun bersalah kerana menyokong Clinton
menganiayai rakyat Iraq yang Islam. Saudi merupakan negara yang benci kepada
sufi.

Nobody wrote:

> >
>
> >
>
> Baiklah cuba kita bandingkan sumber kitab yang diambil berkenaan dengan
> kenyataan Imam2 Arabaah dan Sufi.
>
> Sani Norku:
>
> Mengambil sumber dari kitab yang TIDAK DIKETAHUI KETOKOHAN penulisnya
> dari segi ULUM RIWAYAT seperti di bawah.Malahan penulis kitab Athar
> Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal Al-Qorn Al-'Isyriin,
> Halaman 317, Susunan Dr. Mahmuud
> Saalim 'Ubaidaat juga tidak diketahui.
>
> Kalau kita notis, rujukan Sani Norku ini hanyalah sebuah kitab yang
> menjadi rujukan juga kepada Hisham Kabbani, seorang pemimpin Sufi
> Amerika yang menjadi kawan rapat kepada Clinton dan Kerajaan Kuffar
> Amerika.
>
> Tidak diketahui samada isi kitab tersebut adalah SAHIH ataupun DAIIF.
> Tidak ada pun sokongan dari segi kesahihannya.
>
> SAya:
>
> Mengambil sumber dari kitab Talbis Iblis karangan Abul Fard Abdul Rahman
> Aj Jauzi, seorang ulama Al HAdeeth yang diakui ketokohannya oleh ulama2
> setiap zaman.  Beliau juga diberikan
> taraf AL HAFIDH di dalam Al HAdeeth di atas tinggi nya ilmu Al HAdeeth
> beliau.
>
> Juga, perlu kita ingat bahawa banyak dari riwayat di bawah terbukti
> KEBOHONGANNYA misalnya riwayat berkenaan Imam Malik yang diketahui TIDAK
> BERASAL dari IMAM MALIK.
>
> Di dalam kitab tersebut antara lain Imam Syafiee diriwayatkan sebagai
> berkata:
>
>     " Sufi ini di asaskan kepada kebodohan.  Sesiapa yang memasukinya di
> pagi hari, tidak sampai
>      petang orang itu akan menjadi bodoh"
>
> > Ulasan saya:
> > Siapa yg menyelewengkan fakta, Rahman atau Tuan Haji$?
> >
> > Apakah benar Imam Yg-4 ini telah menghentam gol. sufi
> > spt dakwaan si Rahman? Atau adakah Rahman membuat
> > TUDUHAN-TUDUHAN JAHAT DENGAN MENGGUNAKAN NAMA IMAM
> > YG-4? Utk mendapatkan jawabannya, sila baca yg berikut
> > dgn teliti:
> >
> > 1. NASIHAT AL-IMAM AHMAD BIN HANBAL RAH.A. KPD
> > ANAK LELAKINYA ABDULLAAH
> > ==============================================
> > Lagi tentang pentingnya mendampingi dan meniru
> > golongan ahli tasowwuf..........
> >
> > Telah berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal rah.a. (iaitu
> > salah seorang murid kpd Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a.)
> > kpd anak lelakinya Abdullaah sebelum beliau rah.a.
> > berhimpun, berkumpul, bergaul dan bersahabat dgn
> > golongan Suufiyyah (golongan yg menjalani Sufi way of
> > life)...(mafhumnya):
> > " Wahai anak lelakiku ! Hendaklah engkau berpegang
> > teguh dgn hadith, berhati-hatilah engkau untuk tidak
> > bermujaalasah (tidak duduk bersama-sama dalam majlis)
> > dgn mereka yg menamakan diri mereka suufiyyah maka
> > sesungguhnya mereka itu, boleh jadi salah seorang drp
> > mereka adalah jahil dalam ahkaam (hukum-hukum)
> > agamanya ".
> >
> > Namun setelah beliau rah.a. (iaitu Al-Imam Ahmad bin
> > Hanbal rah.a.) bersahabat dgn Abuu Hamzah
> > Al-Baghdaadiyy As-Suufiyy (iaitu seorang ahli sufi),
> > maka beliau rah.a. pun telah mulai 'arif dan mengenali
> >
> > ahwaal (hal ihwaal) qaum suufiyyah tersebut. Maka
> > beliau rah.a. pun berkata kpd anak lelakinya yg
> > tersebut itu...(mafhumnya):
> > " Wahai anak lelaki ku ! Hendaklah engkau tetap teguh
> > bermujaalaasah (duduk bersama) dgn qaum suufiyyah itu,
> > maka sesungguhnya mereka itu telah memberikan ziyaadah
> > (tambahan) ke atas kita dgn banyaknya ilmu (kathrotul
> > 'ilm) dan murooqobah dan khasyyah (takut kpd Allahswt)
> > dan zuhud dan ketinggian himmah/hemah ('uluwwul
> > himmah) ".
> >
> > Begitulah petikan/terjemahan drp kitab Athar
> > Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal
> > Al-Qorn Al-'Isyriin, Halaman 317, Susunan Dr. Mahmuud
> > Saalim 'Ubaidaat , Maktabah Ar-Risaalah Al-Hadiithah,
> > Al-Mumlikah Al-Urduniyyah Al-Haasyimiyyah, 'Ammaan /
> > Jordan.
> >
> > Jadi marilah kita sentiasa sama-sama berusha untuk
> > mendampingi ahli tasowwuf atau qaum suufiyyah,berusaha
> > untuk beriqtidaa` dgn (meniru) mereka kerana inilah
> > jalan yg telah diambil atau dilalui oleh imam-imam
> > yang mu'tabar.
> >
> > 2. PENDAPAT IMAM MALIK R.A
> > ==========================
> > Pentingnya mengukuhkan kefahaman tentang tasowwuf dan
> > fiqh ini dapat dilihat drp kata-kata, antara lain,
> > Al-Imam Malik rah.a.(salah seorang guru kpd Al-Imam
> > Asy-Syaafi'ii rah.a)..:
> >
> > " Man tasowwafa wa lam yatafaqqoh faqod tazandaq, wa
> > man tafaqqoh wa lam yatasowwaf faqod tafassaq, wa man
> > jama'a bainahumaa faqod tahaqqoq ".
> >
> > Petikan drp kitab Athar Al-Jamaa'aah Al-Islaamiyyah
> > Al-Maidaani Khilaal Al-Qorn Al-'Isyriin, 'Idaad Dr.
> > Mahmuud Saalim 'Ubaidaat. Maktabah Ar-Risaalah
> > Al-Hadiithah, 'Ammaan Jordan/Urdun. Cetakan pertama
> > 1409H/1989M, halaman 316.
> >
> > Mafhumnya : Barangsiapa menjadi seorang sufi
> > (mempelajari dan mengambil jalan sufi) tetapi tidak
> > menjadi seorang faqih (tidak mempelajari ilmu fiqh),
> > maka sesungguhnya dia telah menjadi seorang zindiq
> > (orang yg pada zohirnya nampak beriman tetapi
> > haqiqatnya tidak beriman). Dan barangsiapa menjadi
> > seorang faqih (mempelajari ilmu fiqh) tetapi tidak
> > menjadi seorang sufi (tidak mempelajari dan mengambil
> > jalan sufi), maka sesungguhnya dia telah menjadi
> > seorang yang fasiq (seorang yang keluar dari jalan haq
> > dan keluar dari jalan kesolehan). Dan barangsiapa yang
> > menghimpun/mengambil di antara kedua-duanya itu (jalan
> > sufi dan jalan fiqh, iaitu menjadi seorang sufi dan
> > juga seorang faqih) maka sesungguhnya dia telah
> > menjadi seorang yang mengambil jalan yang haqiqat
> > (jalan yang sebenarnya).
> >
> > Begitulah pentingnya menjalani kehidupan sufi yang
> > dijalinkan dengan fiqh. Jadi, nampaknya tidak ada
> > pilihan lain bagi kita untuk menjalani jalan yang
> > haqiqat/sebenarnya, melainkan terpaksalah kita, sama
> > ada mahu atau tidak mahu, memperdalami ilmu fiqh (ilmu
> > masaail) dengan sewajarnya dan mempelajari/menjalani
> > cara hidup sufi juga dengan sewajarnya !
> >
> > Mungkin ada yang tidak senang bila "jalan sufi"
> > disebutkan, tetapi itulah yang telah dijelaskan oleh
> > imam-imam yang mu'tabar seperti Al-Imam Malik rah.a.
> > di atas . Sebenarnya dalam menjalani kehidupan yang
> > sangat singkat ini, sementara menanti mati, sebagai
> > bekal menuju akhirat, maka banyak perkara yang kita
> > kena lakukan. Jadi marilah sama-sama kita berusha
> > memahami maqsud hidup kita, mengatur langkah, ber'amal
> > dan seterusnya meningkat tingkat demi tingkat......
> >
> > 3. KECINTAAN AL-IMAM ASY-SYAAFI'II RAH.A
> > ========================================
> > Telah berkata Al-Imam Asy-Syaafi'ii rah.a...: Hubbiba
> > Ilayya Min Dunyaakum Thalaathun, Tarkuttakallufi Wa
> > 'Isyratul Kholqi Bittalattufi Wal Iqtidaau Bi Toriiqi
> > Ahlittasowwufi.
> >
> > Mafhumnya :
> > Ada 3 perkara yg menjadi kecintaanku di dalam dunia
> > kamu ini iaitu
> > (i) Meninggalkan takalluf/sifat pura-pura/hypocrisy
> > (ii) Dan bermu'aasyarah dgn makhluq dgn penuh
> > talattuf/kelunakan/kehalusan/kelemahlembutan/
> > friendliness/politeness
> > (iii) Dan beriqtidaa`dgn/mengikuti jejak/following the
> > model or example of/meniru ahli tasowwuf.
> >
> > Begitulah petikan/terjemahan drp kitab Athar
> > Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani Khilaal
> > Al-Qorn Al-'Isyriin, Halaman 317, Susunan Dr. Mahmuud
> > Saalim 'Ubaidaat , Maktabah Ar-Risaalah Al-Hadiithah,
> > Al-Mumlikah Al-Urduniyyah Al-Haasyimiyyah, 'Ammaan /
> > Jordan.
> >
> > Begitulah kecintaan dan kegemaran Al-Imam Syaafii
> > rah.a. iaitu antara lain beriqtidaa` dgn (atau meniru)
> > ahli tasowwuf.
> >
> > Jadi perlulah kita berusha menjadikan kegemaran dan
> > hobi kita serupa dgn kegemaran dan hobi Al-Imam
> > Asy-Syaafi'ii rah.a. itu, lebih-lebih lagi dia adalah
> > sebagai imam kita dalam perkara fiqh (seperti kita
> > sama-sama ma`lumi bhw rata-rata mereka yg tinggal di
> > Daerah Nusantara ini adalah bermazhab Syaafi'ii).
> >
> > 4. BEBERAPA PANDANGAN ULAMA' LAIN
> > =================================
> > Lagi penjelasan tentang suufiyyah/sufi way of
> > life/sufism.....
> >
> > [1] Telah berkata Sultaaanul 'Ulamaa` 'Izzuddiin bin
> > 'Abdissalaam rah.a. .....(mafhumnya):
> > "Qaum Suufiyyah telah duduk/berada di atas
> > qaedah-qaedah syarii'at (qowaa'idusysyarii'ah) yg mana
> > tidak
> > menjadi roboh dunia dan ukhraa, sedangkan selain
> > mereka telah duduk/berada di atas rusuum /
> > illustrations / gambaran2, dan drp apa yg
> > menunjukkan kpd kamu tentang itu adalah apa yg
> > terjadi/berlaku pada tangan2 qaum itu drp karaamaat
> > dan perkara2 yg luarbiasa /luar 'adat (khawaariqul
> > 'aadaat), maka sesungguhnya itu adalah satu
> > fara'/branch/section drp qurubaat (perkara2 /
> > perbuatan2 yg dapat mendekatkan diri) kpd Al-Haq bagi
> > mereka itu, dan redhaNya terhadap mereka itu, dan
> > kalau sekiranya ilmu itu tanpa amal itu boleh membawa
> > keredhaan kpd Al-Haq Ta'aalaa dgn sepenuh keredhaan,
> > nescaya al-karaamaaat tidak akan berlaku pada tangan
> > ahli-ahlinya (mereka itu), dan kiranya mereka telah
> > tidak ber'amal dgn 'ilmu mereka , tentulah jauh sekali
> > , tentulah jauh sekali.........(yakni maqsudnya
> > mereka adalah orang2 yg ber'amal dgn ilmu mereka) ".
> >
> > [2] Telah berkata Al-Imam An-Nawawiyy rah.a. di dalam
> > risalahnya yg berjodol "Al-Maqoosid"... (mafhumnya):
> > " Usul jalan tasowwuf (toriiqotuttasowwuf) itu ada
> > lima :
> > (i) Taqwaa kpd Allah dlm sirr/sunyi/tersembunyi dan
> > 'alaaniyah (terang-terangan)
> > (ii) Ittibaa'ussunnah (ikut sunnah)pada
> > aqwaal(perkataan2)dan af'aal (perbuatan2)
> > (iii)Al-A'raadh (perangai yg baik, terpuji) terhadap
> > makhluq dari segi iqbaal dan idbaar
> > (iv) Redha terhadap Allah dlm keadaan punya sedikit
> > atau punya banyak (fil qoliil wal kathiir)
> > (v) Sentiasa rujuu'/kembali kpd Allah dlm keadaan
> > senang mahu pun susah.
> >
> > Begitulah kira2 apa yg diterjemahkan secara kasar drp
> > kitab Athar Al-Jamaa'aat Al-Islaamiyyah Al-Maidaani
> > Khilaal Al-Qorn Al-'Isyriin , halaman 317 dan 318,
> > susunan Dr. Mahmuud Saalim 'Ubaidaat, Maktabah
> > Ar-Risaalah Al-Hadiithah. 'Ammaan, Jordan.
> >
> > KESIMPULAN:
> > MAKA KITA PUN MENGETAHUI SIAPAKAH YANG TELAH
> > MENYELEWENGKAN FAKTA.
> >
> > __________________________________________________
> > Do You Yahoo!?
> > Send online invitations with Yahoo! Invites.
> > http://invites.yahoo.com


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "$Haji" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke