*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Rahman ...
> Usahlah mentsabitkan seorang ulama' besar dgn
> kejahilan anda sendiri. Sememangnya dari dahulu anda
> hanya merujuk kpd kitab 'Talbis Iblis' [Rantaian
> Syaitan semata-mata. Namun apakah anda telah
> benar-benar memahaminya.
>
> Dan jgn pula dgn kejahilan anda, maka anda menidakkan
> semua hujah org lain.

Pertama sekali, sehingga hari ini mana2 orang Sufi pun tidak berupaya
untuk menidakkan kandung kitab TALBIS IBLIS serta pengarangnya yakni Abul
Fard Abdul Rahman Aj Jauzi.

> Sebelum itu ... mari kita refer kpd kata-kata Imam
> Syaafii sebagaimana anda telah nyatakan:
> " Sufi ini di asaskan kepada kebodohan.  Sesiapa
> yang memasukinya di pagi hari, tidak sampai petang
> orang itu akan menjadi bodoh".
>
> Well ... saya teringat kisah seorg sahabat yg telah mengatakan:
> 1. Dia benci yg haq
> 2. Dia suka yg fitnah
> 3. Dia mempunyai sesuatu apa yg Allah tak ada.
>
> Tatkala diberitahu kpd Saidina Umar, maka marahlah
> beliau. Namun beliau akhirnya faham setelah kata-kata
> tersebut dibenarkan oleh Saidina Ali serta mendapat
> penjelasan drp Saidina Ali.

PErtama sekali, cerita ni pun adalah cerita orang sufi.  Jelas klepada
kita bahawa cerita ini TIDAK DAPAT DIBUKTIKAN kesahihannya serta ianya
hanya DONGENGAN yang dianjurkan oleh SUFI dengan menggunakan nama
sahabat.

> Rahman ...
> Org yg mengharung lautan ilmu, akan merasa dirinya
> sentiasa jahil dan kerdil. Sekali-kali mereka tidak
> menganggap bahawa diri mereka semakin cerdik, bahkan
> semakin jahil.

Sekarang ni Sani Norku mula merapu pasal ilmu dsbnya.

Beliau sekali lagi MENGELAK dari membawa hujjah2 yang KONKRIT di dalam
mebuktikan
hujjah nya.  Beliau lebih senang bercakap tentang perkara2 yang TIDAK
RELEVAN seperti di atas.

> Apatah lagi ilmu Allah yang maha luas. Bandingan ilmu
> anda dan saya dgn ilmu Allah adalah spt tujuh lautan
> [ilmu Allah] dgn air yg yg melekat dihujung jarum [ilmu kita].
>

Tapi, ilmu Allah SWT yang paling tinggi kepada manusia adalah Al Quran
dan Sunnah.Tidak ada sumber lain yang lebih tinggi darinya.

Malangnya kaum sufi telah mengambil KATA2 dari mereka2 yang mereka lantik
sebagai WALI untuk menjadi lebih tinggi dari Al Quran dan Sunnah.

> Diharapkan anda dan netters yg lain boleh membuat
> kesimpulan kpd ungkapan Imam Syaafii di atas. [Andai
> shj ungkapan tersebut lahir dari Imam Syaafii, sebab
> Rahman pun tak menyertakan sesiapa utk mensahihkannya].

Ada.  Namanya Al HAfidh Abul Fard Aj Jauzi.

Ingat bahawa beliau adalah seorang ulama yang DIIKTIRAF oleh semua ulama
Al HAdeeth termasuk As Suyuti sendiri.

> Rahman ...
> Kalau anda benar-benar memahami Kitab Talbis Iblis
> tersebut, maka anda akan faham bahawa segala kritikan
> yg dilemparkan kpd golongan sufi adalah merujuk kpd
> golongan sufi zindiq dan ghurur (tertipu), bukannya
> kpd sufi yg haq. Contohnya ialah kumpulan sufi yang
> telah menolak syariat, berzikir dgn diiringi alat muzik dsb.

Ertinya saudara sendiri tak faham kandungan kitab tersebut.

Sufi yang dikritik oleh kitab Talbis Iblis adalah jenis SUFI yang ada
sekarang ini.  i.e. Naqsyabandi, Syazili dsbnya.  Amalan2 seperti bermain
muzik dsbnya adalah KRITIKAN yang kecil dan tidak menjadi TAJUK UTAMA.

Sufi yang diserang dalam TALBIS IBLIS adalah sufi yang percaya kepada
YAQAZAH, ILHAM, KASYF, SHEIKH dsbnya sebagai sumber ilmu.  Ini adlah ASAS
kepada SEMUA SUFI yang ada sekarang ini.

MEreka2 yang dipuji oleh ABUL FARD ABDUL RAHMAN AJ JAUZI dalam TALBIS
IBLIS adalah mereka2 yang TIDAK MENGIKUT disiplin tariqat dan sufi yang
kita kenal sekarang ini.
Misalnya, Fudhail bin Iyadh dsbnya adalah tidak mengikut mana2 tariqat
tetapi dipanggil oleh orang sebagai SUFI.  Buktinya, bagi FUDHAIL tidak
ada SHEIKH yang beliau ikuti kalau benar beliau ini seorang SUFI.

> Dan jgn pula anda lupa bhw dalam kitab tersebut juga banyak kritikan
> terhadap golongan yg mengejar keduniaan sehingga mengabaikan ajaran
> agama.

Kitab itu juga mendedahkan betapa kaum2 sufi juga GIAT menjadikan amalan
sufi mereka sebagai SUMBER MENCARI KEBENDAAN dan KEKAYAAN.

Tapi, sekali lagi SAni Norku tidak highlight perkara ini.





 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Nobody <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke