*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Jika sekiranya saya tergamak berhujah secara mereka yang anti tarekat ini
berhujah nescaya jadilah saya ke dalam golongan mereka.

Contohnya mereka berhujah berkenaan soal ilmu Hadis dan mustalahah Hadis.
Saya boleh bertanyakan kepada mereka seperti berikut :

1. Dalam Quran adakah pernah atau ada istilah tersebut?
2. Pernahkah Nabi SAW menyebut istilah tersebut?
3. Apakah ilmu dan cabang ilmu tersebut merupakan ciptaan atau ide ulama?
4. Ulama itu pula siapakah yang mengesahkan ilmunya dan pendapatnya?
5. Kemudian akan ditanyakan lagi jika ada ulama lain yang mengesahkan
ilmunya, bolehkan manusia lain mengesahkan ilmu orang lain?
6. Kemudian jika jawapannya, TIDAK BOLEH. Diserulah kembalilah kepada Quran
dan Hadis.
7. Seterusnya, jika mahu kembali kepada Quran dan Hadis. Dipersoalkan balik
siapakah Imam yang menjadi rujukan tentang QUran dan Hadis tersebut.
8. Oleh kerana ddalam setiap ilmu itu (Quran dan Hadislah sumber mutlaknya)
pastilah akan lahir dan terbit istilah-istilah baru untuk menerangkan dan
mengembangkan terjemahan, makna dan tafsirannya.
9. Lalu ditimbulkan balik semula persoalan di atas (1) hingga (8).

Sebenarnya semua ilmu mengalami pengembangan dan pertumbuhan. Tidak ada satu
ilmu pun yang statik.

Di zaman Nabi SAW tidak ada timbul dan nama-nama ilmu dan istilah-istilah
ilmu dalam addinulIslam. Contohnya ilmu Hadis itu sendiri yang diijtihad
oleh ramai ulama Hadis. Antara yang masyur ialah Imam Bukhari dan Imam
Muslim. Menurut sejarah usaha mulia Imam Bukhari mengumpulkan Hadis Hukum
ialah setelah 250 tahun Hijrah.

Tetapi perkembangan ilmu Hadis tidak terhenti setakat zaman Imam Bukhari dan
Imam Muslim. Ramai lagi Imam ilmu Hadis lahir sesudahnya yang masih bergelar
Imam.

Persoalannya sekarang ialah ...

1. Apakah perkembangan ilmu Hadis itu sendiri tidak menimbulkan
istilah-istilah baru sebagai tambahan yang boleh dianggap sebagai menambah
dalam dinulIslam yang sepatutnya sudah lengkap sejak daripada Zaman Nabi
SAW.

2. Kenapakah perlunya ada Imam ilmu Hadis? Tidak cukupkah dengan Nabi SAW
sahaja sebagai Imam bagi sekalian orang mukmin dan muslim?

3. Kenapakah perkembangan dan pertumbuhan ilmu Hadis boleh diterima,
sedangkan ilmu-ilmu yang lain tidak diterima (contohnya ilmu tarekat)?

Sebenarnya, semua ilmu dalam agama Islam mengalami perkembangan yang sama
luasnya. Contoh lain ialah ilmu Fikah yang turut berkembang cukup luas dan
berbagai istilah baru timbul sesuai dengan perkembangannya untuk memenuhi
dan mengemaskinikan keperluan semasa.

Tetapi apabila menyentuh ilmu tarekat yang menjadi asas ilmu tasauf,
orang-orang yang merasa dirinya alim dalam bidang lain, ramai yang
menafikannya. Berbagai kesalahan dan kelemahan dicari?

Sedangkan ilmu tarekat-sufi ini sudah terbukti bersumber dan berasas sejak
sebelum Nabi SAW diangkat menjadi Nabi lagi telah menunjukkan ciri-ciri ilmu
tersebut.

Catatan sejarah menyatakan bahawa Nabi SAW telah bermula beruzlah dengan
menjauhkan diri dari masyarakat yang lalai/jahil/maksiat dengan pergi ke Gua
Hira' bermula sejak 17 tahun lagi sebelum menjadi Nabi. Setengah ahli
sejarah mengatakan 13 tahun setengah. Setengahnya pula 13 tahun.

Apakah yang Nabi SAW lakukan semasa berkhalwat/uzlah itu?
Berzikr ke? Solat ke? Kalau berzikr dan solat dengan amalan/ajaran agama
apa?
Jika ada amalannya, siapakah gurunya? Sedangkan Nabi tidak pernah berguru
dan menemui sesiapa untuk berguru?
Kenapakah di dalam gua yang sempit dan sampai nak berdiri pun susah?
Kenapakah tidak di kawasan terbuka seperti di padang pasir yang luas
terbentang atau di puncak bukit sahaja atau di bawah pohon yang rendang?
Apakah amalan Nabi SAW ketika itu?
Kenapakah amalan Nabi SAW itu tetap menjadi rahasia kepada kebanyakan orang
sehinggalah selepas beliau diangkat menjadi Nabi perkara itu tidak
diceritakan secara terbuka?
Apakah Muhammad SAW itu dilantik menjadi Nabi itu dengan usaha ikhtiar
beliau atau dengan anugerah Allah Taala tanpa usaha ikhtiar?
Sekiranya dilantik semata-mata atas anugerah Allah Taala, apakah perlunya
Nabi SAW  bersusah payah bercekang biji mata, memudaratkan diri dan
sebagainya pergi ke GUa Hira tersebut. Apakah baginda SAW tidak boleh duduk
dan beramal di rumah sendiri? Apakah yang harus dibimbangkan, sedangkan
musuh agama Islam pun belum ada lagi. Dan bagi Allah SWT Maha Berkuasa
melantik beliau menjadi Nabi walau di mana jua baginda SAW berada.

Begitu juga selepas Nabi SAW dilantik menjadi Nabi. Apakah amalan beliau.
Amalan yang beliau hayati dan disampaikan kepada sekalian orang mukmin yang
mengikuti beliau untuk dihayati. Sedangkan solat, puasa, zakat dan Haji
belum difardhukan.

Kewajipan solat hanya bermula pada hari berikutnya sejak peristiwa Isra'
Mikraj pada malam 27 Rejab setelah 12 tahun setengah Nabi SAW dilantik
menjadi Nabi.

Jadi  daripada diri Nabi SAW sendiri menjadi iktibar kepada pengajian
disiplin ilmu tarekat-sufi. Sebelum menjadi Nabi - bermula menjadi Nabi dan
sehingga akhir hayat baginda SAW. Nabi SAW adalah rujukan asas ilmu
tarekat-sufi.

Keseluruhannya, 13 tahun Nabi SAW di Mekah, berdakwah hanya semata-mata
untuk menanamkan akidah. Pendekatan atau modus operandi Nabi SAW terhadap
dakwah menyemaikan akidah itulah juga merupakan pendekatan para guru atau
syeikh tarekat.

Sesiapa yang menolak tarekat-sufi bermakna orang itu masih tidak faham
berkenaan ilmu tarekat itu sendiri. Hal ini pun pernah berlaku kepada Imam
Ghazali . Belaiu pada peringkat awalnya pun teragak-agak untuk menerimanya.
Hingga memakan tempuh masa yang agak lama. Sampai beliau jatuh sakit kerana
berat memikirkannya - sama ada mahu beramal tarekat atau menolaknya.
Sedangkan sebelum beliau beramal dengan ilmu tarekat-sufi beliau sudah pun
dikenali ramai sebagai Hujjatul Islam. Ilmu dan kealimannya sudah diiktiraf
oleh para ulama sezamannya. Tetapi beliau memahami tujuan hidup yang
sebenar. Bukannya kealimana dan pengiktiran manusia yang mahu diraih tetapi
ialah bagaimanakah mahu menjadi seorang abid, hamba yang dikasihi Allah.
Yang tetap berada dalam perlindungan dan keselamatan Allah serta pada Jalan
Lurus.

Bersambung ...
Wassalamualaikum wbt.

Abdul Rahman wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Sani Norku wrote:
>
> > Rahman ...
> > Anda sudah kembali ... kembali kpd perangai anda yg
> > suka potong hujah orang by paragraph. Maka bolehlah
> > saya katakan anda sebenarnya suka berhujah ala budak
> > nakal.
> >
> > Rahman ... semua kesimpulan anda itu adalah kesimpulan
> > anda sendiri. Anda pun tak sertakan apa-apa dalil yg
> > menyokong hujah anda. None ...
> >
> > 1. Siapakah yg mengatakan MAJORITI riwayat dari orang
> > SUFI ini MEMANG DAEEF berdasarkan kepada disiplin ilmu
> > MUSTALAHAL AL HADEETH? Kitab apa? Berikan petikannya
> > ... pls.
>
> Sebagai contohnya, Al HAfidh Al Hiraqi telah membuktikan bahawa MAJORITI
> Al Hadeeth dalam
> Al Ihya adalah DAEEF atau MAUDHU'.
>
> Kalau Al Ihya sendiri mengandungi BANYAK Hadeeth Daeef dan Maudhu'
> macamana dengan kitab2 sufi lain yang TIDAK DIKETAHUI AKAN kebenarannya.
>
> > 2. Kesimpulan anda lagi:
> > "Tetapi ini adalah mustahil kerana sebagai contoh,
> > kenyataan Imam Malik yang dipetik oleh saudara Sani di
> > bawah adalah kenyataan yang TIDAK PERNAH wujud
> > sehingga 200 tahun selepas mangkatnya Imam Malik.
> > Ianya tidak pernah DIREKODKAN oleh mana2 anak2 murid
> > Imam Malik atau anak2 murid kepada anak2 murid Imam Malik.
> >   Tiba2 ianya wujud 200 tahun selepas mangkatnya Imam
> > Malik di dalam kitab2 Sufi".
> >
> > Soalan saya :
> > Anggap shj kesimpulan anda itu benar ... namun saya nak tahu juga
> > b/mana anda membuat kesimpulan tersebut. Dari kitab mana? Siapa
> > pengarangnya? Berikan
> > petikannya ... pls.
> > Atau jika anda membuat kesimpulan sendiri, bolehlah
> > berikan tajuk thesis anda. Dan bolehlah lampirkan
> > hasil thesis itu utk sama-sama dikaji oleh netters
> > lain.
>
> Tidak perlu.
>
> Oleh kerana yang MEMBUAT DAKWAAN itu adalah KAUM SUFI, maka KAUM SUFI
> lah mesti MEMBUKTIKKANNYA.  Tetapi, Kaum SUFI sampai hari ini GAGAL
> MEMBUKTIKAN kesahihan kenyataan tersebut.
>
> Silalah bawa kitab mana2 ANAK MURID Imam Malik yang menyokong kenyataan
> saudara.
>
> >
> >
> > ------pleassssssse------
> >
> >


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to