*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu kedua bulan Mei 2000; minggu di mana berlangsungnya
Persidangan UMNO kali ke-54 untuk memilih barisan baru kepimpinan mereka. Di
ketika saya menulis ulasan ini, persidangan tersebut baru saja berakhir;
mungkin bagi sesetengah orang, persidangan kali ini begitu hambar dan tidak
menarik tetapi bagi saya ada banyak perkara yang boleh diperkatakan, begitu
banyak yang tersirat daripada yg tersurat.

Pertamanya, buat pertama kalinya kita dapat mendengar dan membaca kenyataan
perwakilan2 UMNO serta barisan kepimpinannya yang secara terbuka mengaku
bahawa majoriti orang Melayu terutamanya golongan muda dan mereka di peringkat
bawah (rujuk ucapan Pak Lah) kini sudah tidak lagi menyokong UMNO. Cuma yang
dibahaskan mereka ialah cara dan bagaimana nak menawan semula hati orang2
Melayu supaya kembali kpd UMNO, tapi tak ramai yang berani secara terbuka
menyatakan 'sebab utama' kenapa orang2 Melayu makin hari makin sudah meluat
kpd UMNO.

Yang berani menyatakan secara terbuka cumalah Wakil dari Kubang Pasu, tidak
lain tidak bukan YAB Perdana Menteri, yg penuh confiden berkata:

" People are getting fed up with Umno because of the obsession in getting
positions in the Supreme Council when attempts should  be directed towards
popularising the party especially  after a dismal performance in the recent
election, said  Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad." - Bernama 11/5

[Terjemahan: rakyat jelata makin meluat dengan UMNO kerana sikap pemimpin2
UMNO sendiri yang terlalu ghairah berebut jawatan Majlis Tertinggi sedangkan
perhatian sepatutnya diberikan kepada usaha2 memulihkan kembali imej parti
selepas kalah teruk dlm p/raya yg lalu - Dr Mahathir]

AIK, SALAH CALON-CALON MAJLIS TERTINGGI PULAK. HABIS TU YANG  HANG DOK
PERLEKEH JANGGUT NABI, TOLAK HUDUD, HINA ULAMAK TU TAK DIKIRA SEBAGAI SEBAB2
UTAMA RAKYAT MELUAT KAT UMNO KA??

Cakap pasal perlekah Nabi ini, kita ingatkan Mahathir dah belajar dari
kesilapan silam; tapi dalam perhimpunan Agung baru ini, dia dok buat lagi
fe'el lama itu. Cuba tengok ucapan beliau tatkala mana beliau cuba memperli
PAS yang mengatakan bahawa kita tak perlu bersyukur atau pun memuja UMNO di
atas pembangunan negara ini, kerana sebagai parti yang memerintah, itu adalah
tugas UMNO untuk mempastikan kemajuan negara. Kita dah bayaq cukai kat depa,
bayaq gaji depa, maka tugas depalah untuk mewujudkan pembangunan!!

Di China yang diperintah oleh kominis pun ada pembangunan, di Thailand yg
diperintah oleh orang kapir pun ada pembangunan; pendek kata di mana-mana saja
dlm dunia ini, adalah tugas kerajaan untuk mewujudkan pembangunan, hatta kalau
parti Cap Tongkoi perintah  Malaysia sekali pun, depa kena pastikan ada
pembangunan. Jadi, hanya kerana Dr Mahathir ditakdirkan jadi Perdana Menteri,
jadi Presiden UMNO, maka takkan kita nak kena sembah dia sampai tak boleh
komplen apa langsung. Lawan sikit, kena cekup letak kat penjara Sungai Buloh!!

Bila orang kata macam itu, maka Mahathir pun, macam tak dak contoh lain, dia
perli PAS kata:

"Jadi kita juga tidak perlu berterima kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w. Jika
tidak Nabi  Muhammad, orang lain akan diutuskan untuk menyampaikan agama
Islam. Oleh itu tidak perlulah kita mengagung-agungkan Nabi Muhammad.
Memadailah dengan bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala sahaja - Dr
Mahathir, Perhimpunan Agung UMNO ke 54."

ISH, ISH, ISH, TERUK SANGAT NIE WEI, KALAU NAK BUAT LAWAK PUN, CARILAH CONTOH
LAIN,  BUATLAH CERITA PASAL MAT TAIB KA, PASAL RAHIM NOOR KA , SANUSI KA
SAPA-SAPA KA. -  DAN KITA RASA MAT SABU PUN TAK KISAH AIH KALAU MAHATHIR NAK
BUAT LAWAK PASAL DIA, TAPI JANGANLAH DOK PI PERSENDA-SENDAKAN NABI MUHAMMAD
RASUL JUNJUNGAN PULA!!

[Lagi pun, bagi orang yg tak paham, mungkin depa akan guna hujjah ini untuk
berkata bahawa Muhammad itu cumalah manusia macam kita, bukannya Tuhan, jadi
buat apa nak pakai hadith dia, kita pakai Quran saja sudahlah - atau pun
mungkin, ucapan Mahathir ini sebenarnya adalah serampang dua mata, pertama
untuk perli PAS, yang kedua dan mungkin ini sebenarnya tujuan asal, ialah nak
menyebarkan fahaman ANTI-HADITH kepada rakyat jelata!!]

KEPADA PIHAK-PIHAK TERTENTU DI JAKIM, TOLONGLAH BUAT SESUATU SEBELUM FAHAMAN
ANTI-HADITH YG SUDAH MENCECAH MASUK KE PINTU MAHLIGAI PUTRA-JAYA INI MULA
MEREBAK MENJADI BARAH DALAM MASYARAKAT KITA!!

Cakap pasal anti-hadith dan kegemaran mempersenda-sendakan janggut nabi dan
peribadi rasulullah itu sendiri; kadang-kadang kita naik heran - depa ini tak
takut mati ka?

Bukannya apa, minggu lepas saya ada pi melawat arwah saudara saya yang
meninggal dunia; masa pi kubur itu, saya dengar Tok Imam yang baca Talkin,
antara lain beliau kata:

"Apabila ditanya oleh kedua Malaikat itu, dan siapakah Nabi ikutan kamu (Wa
Nabi Yuka), maka jawablah dengan tenang lagi fasih "bahawasanya Muhammad itu
Nabi aku!!" "

ISH, KALAU KAT DUNIA INI KITA KERJA DOK BUAT LAWAK PASAL  NABI,  DOK
PERLEKEH-LEKEH SUNNAH NABI; RASA-RASANYA KALAU MATI ESOK, BOLEH KA KITA JAWAB
SOLAN DUA ORANG MALAIKAT ITU???  BOLEH KA?

[Tak malu ka kita nak mengaku depan dua orang Malaikat itu yg Muhammad itu
Nabi kita sedangkan kat dunia ini kita dok buat lawak pasal baginda!!!]

MALAIH NAK TULIS PANJANG2 DAH PASAL ISU PERLEKEH NABI INI, HANGPA DAH BESAR
PANJANG DAH, DAH DEKAT NAK MATI DAH - FIKIR AMBIK SENDIRILAH!!

[Sapa nak sokong Mahathir sokonglah, esok dalam kubur hangpa jawab sendiri!!]

Berbalik pemilihan Agung UMNO yang baru berlalu; ada sorang Cina kat tempat
kerja tanya  mengenai perhimpunan Agung ini. Saya habag kat dia secara ringkas
dan padat. Kata saya:

"Saya melihat keputusan pengundian dlm pemilihan UMNO yg baru berlangsung itu
sebagai sign atau tanda bahawa ada protes yg terbuka cuba ditunjukkan oleh
ahli-ahli UMNO peringkat bawahan. Pemilihan Najib, Mat Taib dan Muhyidin
adalah petanda bahawa majoriti ahli tak puas hati dengan Mahathir dan Pak Lah
yg menang tanpa bertanding, tapi depa tak berani protes secara terbuka (tak
kata kat depa la, kalau saya pakai Mercedes hasil duit permit buta, saya pun
diam jugak!); hasilnya ketidakpuasan hati itu mereka tonjolkan dengan 'tidak'
mengundi calon2 tajaan Pak Lah dan Mahathir; kecuali Najib, semua orang tahu
Mat Taib dan Muhyidin bukanlah calon pilihan. Mungkin kerana tak puas hati
dengan Pak Lah dan Mahathir jugak, maka ia mendorong perwakilan untuk memberi
Zahid 'sat kroni sat tak kroni' tempat ke-4 dalam senarai Majlis Tertinggi dan
juga memberi peluang untuk sorang mamat yg tak puas hati dengan Mahathir 'dulu
kini dan selamanya' si Shahril Samad dari Johor masuk dalam senarai Majlis
Tertinggi. Begitu juga dengan Wanita UMNO, kekalahan Zaharah dengan undi tipis
12 undi menandakan bahawa ramai ahli2 UMNO peringkat bawahan sudah berani
menyanggah Mahathir yg kita semua tahu lebih prefer Rafidah daripada Zaharah.
Kesimpulannya, keputusan pemilihan Agung UMNO ini sudah memberikan signal dari
bawah kpd Mahathir bahawa sudah tiba masanya untuk beliau berundur, cumanya
kita tak pasti sama ada Mahathir sudah dapat baca tanda-tanda itu atau pun
belum...itu saja!!"

TANG BAB SEKULAR , UMNO MASIH TETAP SEKULAR DULU KINI DAN SELAMANYA, YG ITU
TAK PERNAH BERUBAH DAN TAK PERLU PUN DIPERDEBATKAN!!

[Kalau hangpa nak Melayu Sekular, sila undi UMNO; kalau nak Melayu yang pilih
Islam, sila undi PAS!!]

Saya juga ditanya satu soalan yang agak special berkenaan pemilihan UMNO kali
ini, ditanya oleh tiga orang rakan bukan Melayu, 2 Cina dan sorang India;
waktu lain-lain tapi bunyi soalannya sama:

"Macam mana itu Mat Taib boleh menang ha? Dia bukan corruption (rasuah) punya
orang ka?"

Saya jawab:

"Alah, Mat Taib rasuah juta-juta boleh menang, dalam UMNO biasalah. Kesalahan
rasuah macam salah speed trap saja - bukannya satu benda yg hina sangat. Lagi
pun, dalam UMNO benda-benda macam ini biasalah; sedangkan orang yg dah sah-sah
bunuh orang macam Datuk Mokhtar Hasim pun boleh dapat 500 undi lebih dalam
senarai Majlis Tertinggi - tambah 300 lebih, boleh sama dengan Muhyideen -
inikan pula cuma kesalahan rasuah macam Mat Taib!!"

HANG BUNUH KA, HANG RASUAH KA, HANG MASIH BOLEH JADI PEMIMPIN…JANJI ADA DUIT!!

Di celah-celah kesibukan pemilihan UMNO minggu lepas, keluar berita dalam
paper kata DJ Dave penyanyi 70an - 80an dah masuk UMNO. Sorang kawan berbangsa
Cina bertanya:

"DJ Dave itu bukankah Muslim Convert (mualaf); dia dulu bangsa India kemudian
masuk Islam, macam mana dia boleh diterima masuk UMNO? Dia bukannya Melayu.
Itu UMNO is a Malay Parti, dia bukannya Melayu. He is not Malay, macam mana
pulak dia boleh masuk UMNO. Patutnya dia masuk PAS lah sebab PAS untuk orang
Islam tak kira apa bangsa?"

Bila dengar pertanyaan itu, saya senyum tak kata apa; tapi dalam hati saya dok
fikir mungkin sebab itulah kot Mahathir buat keluar kenyataan bahawa kerajaan
akan kaji semula penggunaan perkataan Islam dalam parti politik atau pun
pertubuhan.

Dalam hal ini, saya tak maulah nak salah Mahathir kalau beliau teringin nak
teruskan rancangan menghapuskan nama Islam dari Parti Politik itu; sebab bagi
saya kalau pun ditakdirkan nama 'Islam' dari PAS diharamkan, insyaallah Tok
Guru Nik Aziz dan pucuk pimpinan serta ahli-ahli akan terus berjuang untuk
menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai sistem perundangan dan cara
pemerintahan negara - walau pun di atas apa pun nama Parti yang bakal
ditubuhkan; tapi yang menjadi kemusykilan saya ialah tentang anak-anak muda
hari ini yang semakin hari semakin hilang sabar dengan kerenah puak-puak
tertentu yang makin hari makin ghairah menekan gerakan Islam ini.

Saya dok risau kot kalau nanti depa kata:

"HANGPA NAK BUANG PERKATAAN 'ISLAM' DARI PAS TAK APA;  ITU HANGPA PUNYA PASAL,
TAPI KAMI AKAN TETAP BERJUANG DENGAN CARA KAMI. HAK YG NAK IKUT CARA DEMOKRASI
PI LAH CARA DEMOKRASI; KALAU NAK IKUT CARA KAMI, BOLEH IKUT CARA KAMI. KAMI
MASIH NAK KEKALKAN NAMA PAS, TAPI BUKANNYA 'PARTI ISLAM SEMALAYSIA'....TAPI
'PAS' KAMI BERMAKNA 'PERTUBUHAN ABU SAYYAF!!!"

[Ha, tak kan kelam kabut jadinya......mana nak pi cari ribu-ribu orang Askar
nak jaga Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Perhentian, Pulau
Pinang Batu Feringgi dan yang sewaktu dengannya!!]

So, sapa-sapa yg masih teringin nak hapuskan nama 'Islam' dari PAS, sila fikir
15 kali!!


Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi
http://www.angelfire.com/wi/ulasan/pakdin.html


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke