*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini, minggu pertama bulan Mei tahun 2000; dan kebetulannya pula hari 
ini adalah hari Jumaat bertarikh 5 hb Mei 2000, tarikh di mana  untuk pertama 
kalinya dalam masa 5000 tahun, kesemua planet2 dalam solar sistem kita berada 
dalam satu baris yang sama (30 darjah) dari planet bumi. Kedudukan ini, dari 
sudut fizik,  dikatakan akan mewujudkan tekanan ke atas planet bumi, 
menyebabkan putaran bumi terhenti selama satu hingga dua minit. Arah putaran 
bumi selepas itu bergantung kepada pergerakan planet Saturn atau Jupiter; 
Kalau Jupiter bergerak dahulu, tak ada masalah, tapi kalau Saturn yg bergerak 
awal, maka putaran bumi selepas itu ialah dari arah Timur ke Barat, bermakna 
Matahari akan naik dari sebelah barat!

PAGI TADI,  ALHAMDULILLAH, SAYA TENGOK MATAHARI MASIH LAGI NAIK DARI SEBELAH 
TIMUR; MAKNA KATA DUNIA MASIH BELUM NAK KIAMAT LAGI!!

[Alah, semua ini auta belaka, sebijik macam cerita kidnap Abu Sayyaf, sat kata 
mati, sat kata hidup, kita dah tak tau dah hak mana betul, hak mana salah!!]

Cakap pasal Abu Sayyaf, sepanjang minggu kalau kita dengar TV, radio atau baca 
paper, memang tiap-tiap hari penuh dengan cerita Abu Sayyaf. Kedai kat depan 
rumah saya tu, selalunya surat-surat khabar jenis yang suka dok kutuk Ulama tu 
memanjang saja tak habis jual, tapi seminggu dua ini licin habis; saya yang 
selalunya cuma beli STAR atau the SUN, kali ini sebab dua-dua itu dah habis 
awal, nak tak nak terpaksalah juga beli paper-paper depa.

ISH, ISH, ISH - PANDAI JUGAK DEPA NO!!

Okay, apa yang hangpa nak tau pasal Abu Sayyaf?

Cerita Abu Sayyaf dan asal-usul serta matlamat perjuangan depa ini bergantung 
kepada paper mana yang hangpa baca. Kalau yang tulis itu ada sedikit semangat 
Islam dalam dada dia, dia tulis bunyi macam memihak sebelah Abu Sayyaf sikit; 
kalau yang tulis itu memang dah dijamin bulat-bulat masuk Neraka Jahannam, 
duduk dan kekal selama-lamanya di situ, maka tulisan dia memang bunyinya 
prejudis habis!!

DENGAN KATA LAIN, CERITA ABU SAYYAF YANG TERSIAR DALAM PAPER-PAPER KITA 
SEPANJANG MINGGU INI BERGANTUNG KEPADA SIAPA YANG TULIS DAN APA MATLAMAT DEPA 
TULIS!!

Contohnya:

Utusan Malaysia menulis:

"Kebanyakan anggotanya ialah pelajar-pelajar Islam yang dilatih daripada 
beberapa buah Universiti untuk memperjuangkan sebuah negara 
berasingan....Tindakan kumpulan Abu Sayyaf menuntut pembebasan Romzi Yusoef  
(mujahideen yg menjadi mastermind dalam pengebomam World Trade Center, New 
York) yang kini sedang ditahan di penjara di Amerika Syarikat, dipercayai 
kumpulan ini ada hubungan dengan kumpulan-kumpulan militant Islam yang lain 
seperti Hamas dan Hizbullah" - UM 30/4

Berita Harian menulis:

"Tidak seperti MNLF dan MILF, sejarah penubuhan kumpulan Abu Sayyaf tidak 
berapa jelas; cuma asalnya adalah pergerakan dakwah yang mirip kepada kaedah 
yang digunakan oleh kumpulan Taleban di Afghanistan" - BH 28/4

Tengok apa pula The STAR tulis:

The STAR 3/5 memetik kenyataan Ketua Polis Wilayah Sulu, Supt Casimiro Candido 
sebagai berkata:

"The gunmen were murderers and extortionist. The main thing they are 
interested in is money"

[Terjemahan: Puak-puak Abu Sayyaf ini adalah geng pembunuh dan pemeras ugut; 
benda utama yang depa nak ialah duit!!]

HA, KALAU SUNGGUH DEPA NAK DUIT; PI LAH KUTIP SORANG SIKIT KAT NEGARA JERMAN, 
FINLAND, LEBANON, MALAYSIA, FILIPINA DAN LAIN-LAIN TU. KALAU TAK CUKUP JUGAK, 
BOLEH LAH KOT KITA BUAT KORSERT KHAS, PANGGIL MAI MICHAEL JACKSON KA SAPA-SAPA 
KA, BUAT DERMA KILAT!!

Seorang penganalisa politik bernama Bunn Nagara menulis dalam the STAR 30/4 
mengatakan bahawa:

"Abu Sayyaf group is created by the RPG (Republic of Phillipine Government) 
during the Marcos time, with the extereme desire to discredit Missuari"

[Terjemahan: Kumpulan Abu Sayyaf ini sebenarnya sengaja diwujudkan oleh 
kerajaan Filipina semasa zaman Marcos dengan tujuan untuk menjejaskan 
kepercayaan dan kredibiliti serta keupayaan Missuari untuk memerintah 
Mindanao]

Betul ka tak betul ka, wallah hu aklam, tapi Utusan Malaysia 30/4 ada menulis 
bahawa kumpulan Abu Sayyaf ini asalnya adalah kumpulan yang berpecah daripada 
MNLF yang dipimpin oleh Nur Misuari; kumpulan ini asalnya dipimpin oleh Abdul 
Rajak Janjalani yang mendapat latihan di Libya, dan pengikut-pengikutnya pula 
ramai yang pernah turun berjuang bersama-sama dengan angkatan Mujahideen di 
Afghanistan!!

Bercakap pasal Abdul Rajak Janjalani, saya terbaca dalam Berita Harian 28/4, 
satu cerita daripada seorang wartawan BH yang pernah bertemu dan bersemuka 
dengan Abdul Rajak ini di sebuah pulau di Selatan Filipina pada tahun 1997. 
Tulis wartawan ini mengenai perwatakan Abdul Rajak:

 "Raut mukanya lembut, senang didampingi, amat peramah, penuh sopan santun 
dengan TASBIH sentiasa di tangan"

Apabila ditanya mengenai Poster gambar-gambar beliau "WANTED DEAD OR ALIVE" - 
dikehendaki hidup atau mati, yang ditampal di merata-rata tempat di selatan 
Filipina, Abdul Rajak dengan tenang berkata:

"Ini perjuangan suci....satu jihad. Jika saya mati, saya akan mati sebagai 
syuhada dan pasti akan muncul daripada kumpulan kami seorang pengganti yang 
akan terus menjulang bendera perjuangan"

BELIAU AKHIRNYA GUGUR SYAHID DI AKHIR TAHUN 1998 DALAM SATU SERANG HENDAP OLEH 
PIHAK KUFFAR FILIPINA LAKNATULLAH!!!

Kepimpinan Abu Sayyaf kemudiannya dipimpin oleh adik beliau yang menggunakan 
nama Khadafy Janjalani, mengambil sempenan nama Muammar Gaddafi pemimpin Libya 
yang banyak membantu mereka.

Bercakap pasal Libya, teringatlah kita kepada al-syahid ustaz Ibrahim Libya; 
kerana kata-kata al-syahid Abdul Rajak di atas sebijik macam kata-kata 
al-syahid ustaz Ibrahim Libya tak beberapa lama sebelum beliau dan pengikutnya 
gugur syahid di perkampungan Memali. Kata beliau:

"Samada yang bekerja sebagai petani, buruh kasar atau di pejabat swasta atau 
pejabat kerajaan, samada yang bekerja sebagai UKK, polis pacak, askar atau 
tentera atau FRU, kita mengingatkan kepada mereka ini bahawa kamu juga 
mengucapkan dua kalimah syahadah. Ketika kamu telah menjadi seorang Islam,maka 
janganlah cuba menyekat perjuangan kami di dalam Parti Islam (PAS) ini untuk 
menegakkan syariat Allah dan kalimah Allah yang tinggi. Jika disekat, kami 
akan tentang kamu dan jika kami mati atau gugur, maka gugur kami sebagai 
syahid, dan kamu pula dalam hal itu mati katak semata-mata, mati sia-sia. 
Kepada orang-orang Islam yang menjadi alat kepada kerajaan toghut dan zalim, 
kamu diingatkan berkali-kali mengenai tindakan Allah ke atas kamu kelak!!"

Maka itu, kepada mana-mana pihak yang ada hati nak menguatkuasakan 
undang-undang yang akan mempastikan agama dipisahkan dari politik, atau pun 
cuba mengharamkan nama "Islam" dari mana-mana parti atau pertubuhan; maka 
sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan keamanan; kita ingin berpesan:

SEKIRANYA PAS DIHARAMKAN, MAKA KITA RISAU NANTI AKAN MUNCUL PULA KUMPULAN 
'MILF' !!!

[MILF = Malaysia Islamic Liberation Front = Tentera Pembebasan Islam Malaysia]

Apabila muncul MILF, maka seperti juga di Filipina; golongan-golongan muda 
mungkin akan tertarik untuk menubuhkan cawangan ABU SAYYAF!!!

Ha, masa itu jenuhlah hangpa nak kerah askar nak kawal Pulau Langkawi, Pulau 
Perhentian, Pulau Redang, Lumut, Pulau Kapas, Tioman dan yang sewaktu 
dengannya!!!

Opps, cakap pasal Pulau Langkawi, minggu ini sebagai penutup kepada ulasan 
mingguan; saya ada terbaca dalam the STAR atau the SUN (tak pasti) kenyataan 
Daim yang menafikan spekulasi bahawa Pulau Langkawi akan dimasukkan ke dalam 
Wilayah Persekutuan (macam Labuan) sebagai langkah berjaga-jaga kononnya 
sekiranya Kedah jatuh ke tangan pembangkang,  segala projek dan pembangunan di 
Pulau itu akan tergendala!

TUP-TUP DUA TIGA HARI LEPAS SAYA TERBACA KENYATAAN MENTERI BESAR KEDAH YANG 
MENGATAKAN BAHAWA KERAJAAN KEDAH AKAN MENG-USUL-KAN AGAR LANGKAWI DINAIKKAN 
TARAF MENJADI 'TOURISM CITY' ATAU BANDARAYA PELANCONGAN DENGAN BERBAGAI ALASAN 
TERSENDIRI!!

[Hmm, tak lama lagilah tu nak jadi Wilayah!!]

Hangpa nak majukan Langkawi sampai macam Hawaii sekalipun pun, tak kisahlah - 
ikut suka hati hangpalah, tapi jangan bagi kami terkejut sudahlah:

MANALAH TAHU, KOT-KOT DUA TIGA HARI LAGI KITA DIKEJUTKAN PULA DENGAN BERITA 
BAHAWA ADA KUMPULAN MACAM ABU SAYYAF DARI ACHEH KA MANA-MANA KA, MAI KIDNAP 
MINAH-MINAH SALLEH YG TENGAH DOK BERJEMUR DI LANGKAWI!!

Kalau jadi sekali lagi macam cerita Sipadan tu di Langkawi ka mana-mana ka, 
malu kita weih!!!

[Nak suruh Najib letak jawatan sebagai Menteri Pertahanan pun tak patut pula, 
dia baru saja duduk situ, kesian la kat dia; dulu masa dia jadi menteri 
pelajaran, heboh pasal cikgu & mahasiswa lawan kerajaan, la nie heboh pasal 
sempadan tak terjaga.....ish, ish, ish kesian kat Najib, pilihanraya UMNO dah 
dekat dah nie. Hamid Albar janganlah cakap banyak sangat pasal kes Sipadan 
nie, naya Najib wei!!]

Sekian Adanya.

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to