*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
penyamun lapur kepada pencuri...pencuri lapur kepada perompak...perompak
lak lapur kepada sapa agaknya?????



mencelah sikit wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ...hai...apa nak jadi dengan Johor ni, tak cukup air...tanah pun depa
> hantaq. Patut la.....Singapura rancak dok tambak keliling pulau!
> 
> Tanah diangkut ke Singapura -- Kastam sahkan berlori-lori dibawa dari Johor
> setiap hari
> 
> JOHOR BAHRU 22 Ogos - Kegiatan mengeksport tanah, batu dan pasir dari negeri
> ini ke Singapura menimbulkan tanda tanya apabila Pejabat Tanah dan Galian
> (PTG) Johor mengesahkan pejabat itu tidak pernah mengeluarkan permit eksport
> untuk bahan itu.
> 
> Malah PTG juga telah melaksanakan dasar tidak membenarkan eksport pasir dari
> Johor sejak awal tahun ini walaupun menerima banyak permohonan.
> 
> Bagaimanapun, menurut Pengarah Kastam Eksais Diraja Johor, Abdul Rahman
> Abdul Hamid, berlori-lori tanah, batu dan pasir termasuk dari negeri ini
> masuk ke Singapura setiap hari melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua.
> 
> ''Anda sendiri boleh lihat, jika anda ke bahagian eksport, mana-mana lori
> yang kebanyakannya muatan bertudung adalah lori tanah atau pasir,'' katanya
> kepada Utusan semasa dihubungi di sini hari ini.
> 
> Sementara itu, Pengarah PTG Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor
> mengesahkan bahawa dasar tidak mengeluarkan permit tanah dan pasir untuk
> dieksport ke negara jiran telah lama dilaksanakan.
> 
> ''Setahu saya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan permit tanah dan
> pasir kepada mana-mana pihak di negeri ini untuk eksport,'' katanya.
> 
> Utusan menghubungi pihak-pihak berkuasa setelah menerima surat pembaca,
> Hamzah Abdul Rahman yang mendakwa tanah dan batu negeri ini dieksport ke
> Singapura yang digunakan untuk menebus guna tanah di republik itu.
> 
> Dalam suratnya itu, Hamzah dari Johor Bahru mendakwa tanah dan batu itu
> dieksport ke Singapura sejak bertahun lamanya dan tidak diendahkan oleh
> kerajaan negeri.
> 
> Mohd. Rashidi berkata, setiap tanah dari negeri ini yang ingin dieksport
> perlu terlebih dahulu mendapat permit PTG.
> 
> Menurutnya, tidak ada unsur penyeludupan tanah berlaku di negeri ini kerana
> Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Tambak Johor akan memeriksa setiap lori
> yang membawa tanah untuk eksport.
> 
> Beliau berkata, kastam akan menghubungi PTG jika mendapati permit itu datang
> dari negeri ini kerana larangan mengeksport tanah memang menjadi dasar
> kerajaan negeri.
> 
> ''Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengeksport tanah jika
> tidak memperoleh permit daripada PTG,'' katanya.
> 
> Beliau menegaskan PTG boleh merampas tanah dan lori jika terbukti pihak
> terbabit tidak mempunyai permit berdasarkan peruntukan di bawah Akta Tanah
> Negara.
> 
> Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pengeksportan tanah, batu atau pasir ke
> Singapura adalah satu perkara yang biasa dikendalikan oleh kastam.
> 
> Menurutnya, ia bukanlah barangan terlarang untuk dieksport.
> 
> Kata beliau, boleh dikatakan hampir setiap hari kastam membuat pemeriksaan
> ke atas lori-lori tanah, batu dan pasir ke Singapura melalui Tambak Johor
> atau Laluan Kedua.
> 
> ''Ia tiada kena mengena dengan Jabatan Kastam. Permit membenarkan tanah,
> batu atau pasir ini dibawa ke Singapura adalah melalui PTG negeri,'' katanya
> ketika dihubungi di sini hari ini.
> 
> Menurut Abdul Rahman, di bahagian eksport di pusat pemeriksaan kastam bagi
> kedua-dua laluan, terdapat pegawai PTG yang mengendalikan proses-proses
> pengeksportan.
> 
> Beliau memberitahu, pengeksportan bahan-bahan tersebut bukan sahaja dari
> Johor tetapi juga negeri lain.
> 
> ''Kita juga tidak mengenakan sebarang cukai bagi pengeksportan tanah, batu
> atau pasir,'' katanya.
> 
> Abdul Rahman menjelaskan, kerja-kerja mengawal pengeluaran bahan-bahan
> tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.
> 
> ''Kita cuma memeriksa permit dan memastikan tiada bahan-bahan larangan
> kastam yang diseludup keluar dengan menyorokkannya di bawah timbunan tanah
> atau batu itu.
> 
> ''Boleh atau tidak boleh eksport, anda kena tanya sendiri Pejabat Tanah dan
> Galian,'' katanya.
> 
> Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Mohamad Kasbi pula berkata,
> beliau menyedari ada berlaku kecurian pasir laut di negeri ini terutama di
> pesisir pantai Pontian dan Gelang Patah untuk 'dijual' ke Singapura.
> 
> ''Kita telah maklumkan kepada PTG, tanyalah mereka,'' katanya sambil
> menambah kerajaan negeri menyedari aktiviti itu berikutan rungutan daripada
> nelayan.
> 
> Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Jimmy Low
> mengesahkan Johor hanya mengeksport batu dan pasir ke Singapura.
> 
> ''Kita ada eksport batu dan pasir, tapi bukannya tanah ke Singapura dan
> semuanya perlu ada permit PTG,'' katanya.
> 
> Beliau menjelaskan batu yang dijual ke Singapura itu pula mestilah mengikut
> saiz yang ditetapkan.
> 
> Oleh: FAUZIAH AROF dan MIR AZRI SHAHARUDIN
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mad <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke