*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
mana taknya,sampai ke kuboq pun tak kira la org islam ka kapiaq ka.depa sewa
kat johor..tu pun kerajaan tak tau kot....aku rasa tak lama lagi..singapore
niee mesti tenggelam.hampa baca kan fakta sains dulu ada habaq.singapore
niee..makin tenggelam dari setahun ke tahun....nak tambak apa ntah....gila
kot

----- Original Message -----
From: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Wednesday, August 23, 2000 5:29 PM
Subject: H-Net* Tanah diangkut ke Singapura


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ...hai...apa nak jadi dengan Johor ni, tak cukup air...tanah pun depa
> hantaq. Patut la.....Singapura rancak dok tambak keliling pulau!
>
>
> Tanah diangkut ke Singapura -- Kastam sahkan berlori-lori dibawa dari
Johor
> setiap hari
>
> JOHOR BAHRU 22 Ogos - Kegiatan mengeksport tanah, batu dan pasir dari
negeri
> ini ke Singapura menimbulkan tanda tanya apabila Pejabat Tanah dan Galian
> (PTG) Johor mengesahkan pejabat itu tidak pernah mengeluarkan permit
eksport
> untuk bahan itu.
>
> Malah PTG juga telah melaksanakan dasar tidak membenarkan eksport pasir
dari
> Johor sejak awal tahun ini walaupun menerima banyak permohonan.
>
> Bagaimanapun, menurut Pengarah Kastam Eksais Diraja Johor, Abdul Rahman
> Abdul Hamid, berlori-lori tanah, batu dan pasir termasuk dari negeri ini
> masuk ke Singapura setiap hari melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua.
>
> ''Anda sendiri boleh lihat, jika anda ke bahagian eksport, mana-mana lori
> yang kebanyakannya muatan bertudung adalah lori tanah atau pasir,''
katanya
> kepada Utusan semasa dihubungi di sini hari ini.
>
> Sementara itu, Pengarah PTG Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor
> mengesahkan bahawa dasar tidak mengeluarkan permit tanah dan pasir untuk
> dieksport ke negara jiran telah lama dilaksanakan.
>
> ''Setahu saya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan permit tanah dan
> pasir kepada mana-mana pihak di negeri ini untuk eksport,'' katanya.
>
> Utusan menghubungi pihak-pihak berkuasa setelah menerima surat pembaca,
> Hamzah Abdul Rahman yang mendakwa tanah dan batu negeri ini dieksport ke
> Singapura yang digunakan untuk menebus guna tanah di republik itu.
>
> Dalam suratnya itu, Hamzah dari Johor Bahru mendakwa tanah dan batu itu
> dieksport ke Singapura sejak bertahun lamanya dan tidak diendahkan oleh
> kerajaan negeri.
>
> Mohd. Rashidi berkata, setiap tanah dari negeri ini yang ingin dieksport
> perlu terlebih dahulu mendapat permit PTG.
>
> Menurutnya, tidak ada unsur penyeludupan tanah berlaku di negeri ini
kerana
> Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Tambak Johor akan memeriksa setiap
lori
> yang membawa tanah untuk eksport.
>
> Beliau berkata, kastam akan menghubungi PTG jika mendapati permit itu
datang
> dari negeri ini kerana larangan mengeksport tanah memang menjadi dasar
> kerajaan negeri.
>
> ''Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengeksport tanah jika
> tidak memperoleh permit daripada PTG,'' katanya.
>
> Beliau menegaskan PTG boleh merampas tanah dan lori jika terbukti pihak
> terbabit tidak mempunyai permit berdasarkan peruntukan di bawah Akta Tanah
> Negara.
>
> Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pengeksportan tanah, batu atau pasir
ke
> Singapura adalah satu perkara yang biasa dikendalikan oleh kastam.
>
> Menurutnya, ia bukanlah barangan terlarang untuk dieksport.
>
> Kata beliau, boleh dikatakan hampir setiap hari kastam membuat pemeriksaan
> ke atas lori-lori tanah, batu dan pasir ke Singapura melalui Tambak Johor
> atau Laluan Kedua.
>
> ''Ia tiada kena mengena dengan Jabatan Kastam. Permit membenarkan tanah,
> batu atau pasir ini dibawa ke Singapura adalah melalui PTG negeri,''
katanya
> ketika dihubungi di sini hari ini.
>
> Menurut Abdul Rahman, di bahagian eksport di pusat pemeriksaan kastam bagi
> kedua-dua laluan, terdapat pegawai PTG yang mengendalikan proses-proses
> pengeksportan.
>
> Beliau memberitahu, pengeksportan bahan-bahan tersebut bukan sahaja dari
> Johor tetapi juga negeri lain.
>
> ''Kita juga tidak mengenakan sebarang cukai bagi pengeksportan tanah, batu
> atau pasir,'' katanya.
>
> Abdul Rahman menjelaskan, kerja-kerja mengawal pengeluaran bahan-bahan
> tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.
>
> ''Kita cuma memeriksa permit dan memastikan tiada bahan-bahan larangan
> kastam yang diseludup keluar dengan menyorokkannya di bawah timbunan tanah
> atau batu itu.
>
> ''Boleh atau tidak boleh eksport, anda kena tanya sendiri Pejabat Tanah
dan
> Galian,'' katanya.
>
> Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Mohamad Kasbi pula berkata,
> beliau menyedari ada berlaku kecurian pasir laut di negeri ini terutama di
> pesisir pantai Pontian dan Gelang Patah untuk 'dijual' ke Singapura.
>
> ''Kita telah maklumkan kepada PTG, tanyalah mereka,'' katanya sambil
> menambah kerajaan negeri menyedari aktiviti itu berikutan rungutan
daripada
> nelayan.
>
> Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Jimmy Low
> mengesahkan Johor hanya mengeksport batu dan pasir ke Singapura.
>
> ''Kita ada eksport batu dan pasir, tapi bukannya tanah ke Singapura dan
> semuanya perlu ada permit PTG,'' katanya.
>
> Beliau menjelaskan batu yang dijual ke Singapura itu pula mestilah
mengikut
> saiz yang ditetapkan.
>
> Oleh: FAUZIAH AROF dan MIR AZRI SHAHARUDIN
>
>
>
> --------------------------------------------------------------------------
------
> © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200
Kuala
> Lumpur.
> E-mail: [EMAIL PROTECTED]
>
> _________________________________________________________________________
> Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
>
> Share information about yourself, create your own public profile at
> http://profiles.msn.com.
>
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "shahraqib bin badlishah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke