*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

> mana taknya,sampai ke kuboq pun tak kira la org islam ka kapiaq ka.depa
sewa
> kat johor..tu pun kerajaan tak tau kot....aku rasa tak lama
lagi..singapore
> niee mesti tenggelam.hampa baca kan fakta sains dulu ada habaq.singapore
> niee..makin tenggelam dari setahun ke tahun....nak tambak apa ntah....gila
> kot
>
> ----- Original Message -----
> From: mencelah sikit <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Wednesday, August 23, 2000 5:29 PM
> Subject: H-Net* Tanah diangkut ke Singapura
>
>
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > ...hai...apa nak jadi dengan Johor ni, tak cukup air...tanah pun depa
> > hantaq. Patut la.....Singapura rancak dok tambak keliling pulau!
> >
> >
> > Tanah diangkut ke Singapura -- Kastam sahkan berlori-lori dibawa dari
> Johor
> > setiap hari
> >
> > JOHOR BAHRU 22 Ogos - Kegiatan mengeksport tanah, batu dan pasir dari
> negeri
> > ini ke Singapura menimbulkan tanda tanya apabila Pejabat Tanah dan
Galian
> > (PTG) Johor mengesahkan pejabat itu tidak pernah mengeluarkan permit
> eksport
> > untuk bahan itu.
> >
> > Malah PTG juga telah melaksanakan dasar tidak membenarkan eksport pasir
> dari
> > Johor sejak awal tahun ini walaupun menerima banyak permohonan.
> >
> > Bagaimanapun, menurut Pengarah Kastam Eksais Diraja Johor, Abdul Rahman
> > Abdul Hamid, berlori-lori tanah, batu dan pasir termasuk dari negeri ini
> > masuk ke Singapura setiap hari melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua.
> >
> > ''Anda sendiri boleh lihat, jika anda ke bahagian eksport, mana-mana
lori
> > yang kebanyakannya muatan bertudung adalah lori tanah atau pasir,''
> katanya
> > kepada Utusan semasa dihubungi di sini hari ini.
> >
> > Sementara itu, Pengarah PTG Johor, Datuk Mohd. Rashidi Mohd. Noor
> > mengesahkan bahawa dasar tidak mengeluarkan permit tanah dan pasir untuk
> > dieksport ke negara jiran telah lama dilaksanakan.
> >
> > ''Setahu saya, kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan permit tanah
dan
> > pasir kepada mana-mana pihak di negeri ini untuk eksport,'' katanya.
> >
> > Utusan menghubungi pihak-pihak berkuasa setelah menerima surat pembaca,
> > Hamzah Abdul Rahman yang mendakwa tanah dan batu negeri ini dieksport ke
> > Singapura yang digunakan untuk menebus guna tanah di republik itu.
> >
> > Dalam suratnya itu, Hamzah dari Johor Bahru mendakwa tanah dan batu itu
> > dieksport ke Singapura sejak bertahun lamanya dan tidak diendahkan oleh
> > kerajaan negeri.
> >
> > Mohd. Rashidi berkata, setiap tanah dari negeri ini yang ingin dieksport
> > perlu terlebih dahulu mendapat permit PTG.
> >
> > Menurutnya, tidak ada unsur penyeludupan tanah berlaku di negeri ini
> kerana
> > Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Tambak Johor akan memeriksa setiap
> lori
> > yang membawa tanah untuk eksport.
> >
> > Beliau berkata, kastam akan menghubungi PTG jika mendapati permit itu
> datang
> > dari negeri ini kerana larangan mengeksport tanah memang menjadi dasar
> > kerajaan negeri.
> >
> > ''Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang mengeksport tanah jika
> > tidak memperoleh permit daripada PTG,'' katanya.
> >
> > Beliau menegaskan PTG boleh merampas tanah dan lori jika terbukti pihak
> > terbabit tidak mempunyai permit berdasarkan peruntukan di bawah Akta
Tanah
> > Negara.
> >
> > Sementara itu, Abdul Rahman berkata, pengeksportan tanah, batu atau
pasir
> ke
> > Singapura adalah satu perkara yang biasa dikendalikan oleh kastam.
> >
> > Menurutnya, ia bukanlah barangan terlarang untuk dieksport.
> >
> > Kata beliau, boleh dikatakan hampir setiap hari kastam membuat
pemeriksaan
> > ke atas lori-lori tanah, batu dan pasir ke Singapura melalui Tambak
Johor
> > atau Laluan Kedua.
> >
> > ''Ia tiada kena mengena dengan Jabatan Kastam. Permit membenarkan tanah,
> > batu atau pasir ini dibawa ke Singapura adalah melalui PTG negeri,''
> katanya
> > ketika dihubungi di sini hari ini.
> >
> > Menurut Abdul Rahman, di bahagian eksport di pusat pemeriksaan kastam
bagi
> > kedua-dua laluan, terdapat pegawai PTG yang mengendalikan proses-proses
> > pengeksportan.
> >
> > Beliau memberitahu, pengeksportan bahan-bahan tersebut bukan sahaja dari
> > Johor tetapi juga negeri lain.
> >
> > ''Kita juga tidak mengenakan sebarang cukai bagi pengeksportan tanah,
batu
> > atau pasir,'' katanya.
> >
> > Abdul Rahman menjelaskan, kerja-kerja mengawal pengeluaran bahan-bahan
> > tersebut bukanlah di bawah bidang kuasa jabatan berkenaan.
> >
> > ''Kita cuma memeriksa permit dan memastikan tiada bahan-bahan larangan
> > kastam yang diseludup keluar dengan menyorokkannya di bawah timbunan
tanah
> > atau batu itu.
> >
> > ''Boleh atau tidak boleh eksport, anda kena tanya sendiri Pejabat Tanah
> dan
> > Galian,'' katanya.
> >
> > Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Puteri, Mohamad Kasbi pula berkata,
> > beliau menyedari ada berlaku kecurian pasir laut di negeri ini terutama
di
> > pesisir pantai Pontian dan Gelang Patah untuk 'dijual' ke Singapura.
> >
> > ''Kita telah maklumkan kepada PTG, tanyalah mereka,'' katanya sambil
> > menambah kerajaan negeri menyedari aktiviti itu berikutan rungutan
> daripada
> > nelayan.
> >
> > Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Datuk Jimmy Low
> > mengesahkan Johor hanya mengeksport batu dan pasir ke Singapura.
> >
> > ''Kita ada eksport batu dan pasir, tapi bukannya tanah ke Singapura dan
> > semuanya perlu ada permit PTG,'' katanya.
> >
> > Beliau menjelaskan batu yang dijual ke Singapura itu pula mestilah
> mengikut
> > saiz yang ditetapkan.
> >
> > Oleh: FAUZIAH AROF dan MIR AZRI SHAHARUDIN
> >
> >
> >
>
> --------------------------------------------------------------------------
> ------
> > © UTUSAN MELAYU (M) BHD, 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200
> Kuala
> > Lumpur.
> > E-mail: [EMAIL PROTECTED]
> >
> >
_________________________________________________________________________
> > Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at
http://www.hotmail.com.
> >
> > Share information about yourself, create your own public profile at
> > http://profiles.msn.com.
> >
> >
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
> >  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
> >  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
> >  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Pengirim: "mencelah sikit" <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>
>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "shahraqib badlishah" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke