*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seperti sudah  menjadi suatu kebanggaan kepada ibubapa hari ini jika
anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh.
Kononnya sekolah-sekolah asrama penuh ini adalah sekolah terbaik dan
anak-anak mereka akan mendapat kejayaan jika belajar di sekolah-sekolah
tersebut.

Sebenarnya ini merupakan tanggapan yang salah dan tak sepatutnya ibubapa
terus lena dengan impian yang bodoh ini.  Gunakanlah fikiran logik kita,
kalau semua anak-anak yang masuk ke sekolah itu pandai-pandai belaka,
semua dapat 5A semasa peperiksaan UPSR mereka, jadi apalah hendak
dihairankan kalau sekolah itu akan mencapai kelulusan 100% atau 100%
peratus dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.

Saya percaya kalau anak-anak 5A ini dibiarkan terus belajar di sekolah
biasa tentu juga dia akan dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
Malah  ada setengah murid yang tidak dapat 5A semasa peperiksaan UPSR
dan dia terus mengikuti sekolah menengah biasa, pun masih ada yang dapat
grade satu.

Murid-murid di sekolah asrama penuh itu dapat grade satu bukanlah
disebabkan sekolah tersebut lebih baik tetapi sebenarnya adalah kerana
mereka yang masuk ke sekolah itu memang pintar belaka.

Ada anak jiran saya, walau tidak dapat satu A pun dalam peperiksaan UPSR
tetapi oleh kerana bapanya orang kuat politik hingga boleh gunakan
pengaruh MB untuk masukkan anaknya ke sekolah terpilih ini maka dapatlah
anak ini masuk ke sekolah yang menjadi kebanggaan orang ramai ini.
Tetapi bila si anak ini belajar di sekolah tersebut, selang beberapa
bulan sahaja anak ini dengan sendirinya lari dari sekolah dan balik ke
rumah ibubapanya semula. Bila ditanya kenapa,  jawapannya kerana tidak
boleh bertanding dengan rakan-rakannya yang jauh lebih pandai dan dia
selalu ketinggalan dalam kelas, akhirnya dia menjadi tertekan.

Sebaliknya kita lihat pula kisah anak-anak kepada Datuk Paduka Zaleha
Ismail yang pernah menjawat beberapa jawatan yang penting dalam negara
kita. Ramai anak-anaknya yang dapat 5A tetapi tidak langsung dia
teringin hendak masukkan anaknya ke sekolah asrama penuh ini.  Padahal
kalau anak-anaknya tak dapat 5A pun tapi kalau dia mahu juga
anak-anaknya bersekolah di sekolah terpilih ini, kita percaya dengan
kedudukan yang disandangnya itu, sudah pasti pihak sekolah tidak
berupaya untuk menolak permintaannya. Dengan membiarkan anak-anaknya
bersekolah di sekolah biasa yang berhampiran dengan rumahnya tidak
bermakna anak-anaknya tidak dapat grade satu.

Begitulah cerita dua kisah antara orang yang bodoh dengan orang yang
bijak. Orang bodoh suka melakukan sesuatu dengan mengikut-ngikut orang
manakala orang bijak melakukan sesuatu menggunakan kepala otak.

Suka saya terangkan di sini kepada ibubapa yang jenis suka ikut-ikut
orang ini. Tujuan asal sekolah asrama penuh ini di wujudkan adalah untuk
memberi peluang kepada anak-anak yang pintar tapi ibubapa mereka kurang
mampu untuk membiayai persekolahan mereka serta tidak dapat menyediakan
makanan yang berzat kepada anak-anak yang ada potensi ini. Bila
anak-anak pintar tetapi miskin ini masuk ke sekolah asrama penuh,  semua
perbelanjaan persekolahan mereka ditanggung oleh kerajaan dan mereka
mendapat makanan yang sempurna.

Tetapi khabarnya sekarang, keadaan di sekolah asrama penuh tidak seperti
dulu, semua perbelanjaan anak-anak semasa berada di sekolah itu
ditanggung oleh ibubapa. Malah kalau nak dikira kos belanja anak yang
bersekolah asrama penuh ini jauh lebih mahal dari belanja anak yang
bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Buat apalah kita
bazirkan duit sedangkan tidak ada apa-apa kelebihan yang kita dapat.
Malah kegilaan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama
penuh ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak
sekolah seperti itu.

Kalau sekolah yang berdekatan rumah kita telah berjaya membuatkan anak
kita mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR, kenapa pula kita tidak yakin
sekolah yang berdekatan rumah kita  juga mampu membuatkan anak kita
mencapai grade satu dalam peperiksaan SPM.

Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke