*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum warahmatullah.

sama ada asrama penuh ke tak. bergantung apa yang kita nak  dengan anak
kitanya..dan juga bergantung kepada kemampuan kita mendidik anak kita
untuk mencapai apa yang kita nak

yang jelaskan bangsa lain kat malaysia ni. tak pun jadikan asrama penuh
sasaran utama mereka..dan mereka lebih maju baik dari segi  akademik
maupun kareer tak kira keupayaan akademik anak anak ni.


pastinya dengan dalam asrama penuh anak anak kita tidak didik dengan
beberapa skil terutama dalam  pengurusan rumah tanggan dan juga
perhubungan  dengan masyarakat.. ini berlaku  pada diri kita sendiri
yang dok asrama masa kita sekolah

yang pompuan ye hingga kawin pun tak reti nak masak dan urus rumah
tangga  bahkan nak jaga anak pun tak reti.. 

yang lelaki pula langsung tak sensitif. tau nak ada je. bila kahwin
semua isteri kena buat... tau semua mesti beres.. dia dok goyang kaki je

dah tu nak bergaul dengan masyarakat pun kekok.. 


dok rumah pun problem gak. kalau kita sebagai ibu bapa tak ada keupayaan
untuk mendidik anak kita dengan baik.. tau tau lah . dengan kesibukan
kita, dengan keadaaan masyarakat yang tak perihatin, dengan gejala
sosial yang tak terkawal..


walau bagaimanapun . nak berjaya sama ada di asarama penuh atau di
sekolah biasa ..anak anak itu sendiri mesti ditanamkan dengan sifat
berdikari dan  berdisiplin diri serta matang sejak awal lagi.. agar dia
dapat menjaga dirinya tanpa  ada ibu bapanya bersama.

mungkin the best choice adalah sekolah islam berasrama penuh yang
mengadakan pendidikan menyeluruh , yang mempunyai rekod disiplin yang
baik, dan mempunyai program tarbiah yang terbukti dan yang parent
friendly...

unfortunately .. tak banyak sekolah seperti ini.. dan  its not cheap


wassalam

ps: saya kadang heran.. apasal ramai bekas pelajar asrama penuh yang
terkenal.. akhir akhir keja nya koman je.. 

dan notice tak keta yang tertulis kat belakangnya Universiti of.... tu
kebanyakannya proton dan produa? tak merc?




so... 

[EMAIL PROTECTED] wrote:
> 
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Yang En. Alias ni marah sangat kat asrama penuh ni kenapa?  Kalau
> tak de kebaikan tak kan kerajaan nak adakan.  So far yg kita dengar
> majority sekolah asrama penuh score 100% pencapaian, yg paling
> rasa megahnya anak2 melayu.
> 
> Anyway, bila nak bagi pendapat tu jangan emotional sangat.....buat
> conclusion ibubapa yg antar anak ke sekolah asrama penuh tu bodooo.
> dan satu lagi nak habaq....bukan semua anak2 berpeluang belajaq
> di sana.....to remind u.....only selected student will be there...Saya
> tak menafikan sekolah2 biasa ni tak bagus...tapi di asrama
> penuh....schedule untuk anak2 memang disusun rapi & to train
> them to more discipline, responsible & independent.
> 
> As a mother with 4 kids.... I feel proud b'cos 2 of my daughters was
> selected & now in MRSM.   Well....so far so good & hopefully  my
> 2 sons will follow the 2 sisters.
> 
> To advise u Mr. quiet....don't get so frustrated if yr children are
> not selected.....
> 
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum,
> 
> Setuju dengan sdra alias.  Cumanya teman ada beberapa points yg ingin
> diketengahkan.
> 
> ZAMAN dulu, sekolah asrama penuh ni,  mereka ada timetable yang ketat.
> Masa mainnya, masa prep malamnya, masa tengok wayangnya, dll. Tak ikut
> jadual kalo, boleh kena saman. Dan macam sdra alias cakap, dulu
> perbelanjaan ditanggung beres (cuma masa nak masuk aje mungkin orang
> kampung kena bergadai bergolok).  Dan satu lagi, disebabkan budaknya
> pandai2, dia orang punya competitive spirit tu boleh berjangkit.
> Bandingkan dengan dikampung, orang kampung mana tau time mgmt ni -
> sekali sekala berleter tu adalah.
> 
> ZAMAN sekarang,  makbapak ramai dah terror time mgmt - kat rumah pun
> siap dengan timetable dan tuitions.  Cumanya, ada satu aje kurang
> menyenangkan kalau sekolah dekat rumah ni; anak2 mungkin terdedah
> dengan anasir2 kurang sihat.  Kata nak ke library, tapi lekat di KLCC.
> Kata nak buat group study, tapi groupnya terdiri dari dia dan aweknya
> aje.  Di asrama penuh, ini mungkin terkawal.
> 
> Kalau dapat teman teringin juga nak masukkan anak2 ke sekolah asrama
> penuh gomen (tapi polisi kata sekolah prebet tak ada peluang, apa nak
> dibuatkan).  Sebabnya ialah, bak kata orang; kalau nak tuntut ilmu,
> keluarlah dari kampungmu. Tapi itu kata orang aje. Walaubagaimana pun,
> sekolah dekat rumah pun tidak juga rugi - makbapak dapat bermain2
> dengan anak2 lebih lama.  Al-maklumlah, dizaman serba pantas ini,
> masa cukup memecut. Sedar2 dah dekat puasa. Sedar2 anak dah besar.
> Tak lama lagi depa dah nak kawin pulak. Walhasil balik asal - tinggal
> mak dan bapa terkebil2 dua orang.
> 
> Begitulah serba sedikit pandangan teman.
> 
> Sekian
> 
> ----- Original Message -----
> From: alias <[EMAIL PROTECTED]>
> To: <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: Thursday, November 23, 2000 12:07 AM
> Subject: H-Net* Kenapa Perlu Masuk Sekolah Asrama Penuh?
> 
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Seperti sudah  menjadi suatu kebanggaan kepada ibubapa hari ini jika
> > anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh.
> > Kononnya sekolah-sekolah asrama penuh ini adalah sekolah terbaik dan
> > anak-anak mereka akan mendapat kejayaan jika belajar di sekolah-sekolah
> > tersebut.
> >
> > Sebenarnya ini merupakan tanggapan yang salah dan tak sepatutnya ibubapa
> > terus lena dengan impian yang bodoh ini.  Gunakanlah fikiran logik kita,
> > kalau semua anak-anak yang masuk ke sekolah itu pandai-pandai belaka,
> > semua dapat 5A semasa peperiksaan UPSR mereka, jadi apalah hendak
> > dihairankan kalau sekolah itu akan mencapai kelulusan 100% atau 100%
> > peratus dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
> >
> > Saya percaya kalau anak-anak 5A ini dibiarkan terus belajar di sekolah
> > biasa tentu juga dia akan dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
> > Malah  ada setengah murid yang tidak dapat 5A semasa peperiksaan UPSR
> > dan dia terus mengikuti sekolah menengah biasa, pun masih ada yang dapat
> > grade satu.
> >
> > Murid-murid di sekolah asrama penuh itu dapat grade satu bukanlah
> > disebabkan sekolah tersebut lebih baik tetapi sebenarnya adalah kerana
> > mereka yang masuk ke sekolah itu memang pintar belaka.
> >
> > Ada anak jiran saya, walau tidak dapat satu A pun dalam peperiksaan UPSR
> > tetapi oleh kerana bapanya orang kuat politik hingga boleh gunakan
> > pengaruh MB untuk masukkan anaknya ke sekolah terpilih ini maka dapatlah
> > anak ini masuk ke sekolah yang menjadi kebanggaan orang ramai ini.
> > Tetapi bila si anak ini belajar di sekolah tersebut, selang beberapa
> > bulan sahaja anak ini dengan sendirinya lari dari sekolah dan balik ke
> > rumah ibubapanya semula. Bila ditanya kenapa,  jawapannya kerana tidak
> > boleh bertanding dengan rakan-rakannya yang jauh lebih pandai dan dia
> > selalu ketinggalan dalam kelas, akhirnya dia menjadi tertekan.
> >
> > Sebaliknya kita lihat pula kisah anak-anak kepada Datuk Paduka Zaleha
> > Ismail yang pernah menjawat beberapa jawatan yang penting dalam negara
> > kita. Ramai anak-anaknya yang dapat 5A tetapi tidak langsung dia
> > teringin hendak masukkan anaknya ke sekolah asrama penuh ini.  Padahal
> > kalau anak-anaknya tak dapat 5A pun tapi kalau dia mahu juga
> > anak-anaknya bersekolah di sekolah terpilih ini, kita percaya dengan
> > kedudukan yang disandangnya itu, sudah pasti pihak sekolah tidak
> > berupaya untuk menolak permintaannya. Dengan membiarkan anak-anaknya
> > bersekolah di sekolah biasa yang berhampiran dengan rumahnya tidak
> > bermakna anak-anaknya tidak dapat grade satu.
> >
> > Begitulah cerita dua kisah antara orang yang bodoh dengan orang yang
> > bijak. Orang bodoh suka melakukan sesuatu dengan mengikut-ngikut orang
> > manakala orang bijak melakukan sesuatu menggunakan kepala otak.
> >
> > Suka saya terangkan di sini kepada ibubapa yang jenis suka ikut-ikut
> > orang ini. Tujuan asal sekolah asrama penuh ini di wujudkan adalah untuk
> > memberi peluang kepada anak-anak yang pintar tapi ibubapa mereka kurang
> > mampu untuk membiayai persekolahan mereka serta tidak dapat menyediakan
> > makanan yang berzat kepada anak-anak yang ada potensi ini. Bila
> > anak-anak pintar tetapi miskin ini masuk ke sekolah asrama penuh,  semua
> > perbelanjaan persekolahan mereka ditanggung oleh kerajaan dan mereka
> > mendapat makanan yang sempurna.
> >
> > Tetapi khabarnya sekarang, keadaan di sekolah asrama penuh tidak seperti
> > dulu, semua perbelanjaan anak-anak semasa berada di sekolah itu
> > ditanggung oleh ibubapa. Malah kalau nak dikira kos belanja anak yang
> > bersekolah asrama penuh ini jauh lebih mahal dari belanja anak yang
> > bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Buat apalah kita
> > bazirkan duit sedangkan tidak ada apa-apa kelebihan yang kita dapat.
> > Malah kegilaan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama
> > penuh ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak
> > sekolah seperti itu.
> >
> > Kalau sekolah yang berdekatan rumah kita telah berjaya membuatkan anak
> > kita mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR, kenapa pula kita tidak yakin
> > sekolah yang berdekatan rumah kita  juga mampu membuatkan anak kita
> > mencapai grade satu dalam peperiksaan SPM.
> >
> > Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
> >
> > Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>
> >
>

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke