*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Memang ada benarnya tulisan saudari tu, mungkin sudah sampai masanya kajian
dibuat ke atas kesan sekolah asrama penuh ke atas sosio budaya masyarakat
Malaysia.

normi minora wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalamualaikum warahmatullah.
>
> sama ada asrama penuh ke tak. bergantung apa yang kita nak  dengan anak
> kitanya..dan juga bergantung kepada kemampuan kita mendidik anak kita
> untuk mencapai apa yang kita nak
>
> yang jelaskan bangsa lain kat malaysia ni. tak pun jadikan asrama penuh
> sasaran utama mereka..dan mereka lebih maju baik dari segi  akademik
> maupun kareer tak kira keupayaan akademik anak anak ni.
>
> pastinya dengan dalam asrama penuh anak anak kita tidak didik dengan
> beberapa skil terutama dalam  pengurusan rumah tanggan dan juga
> perhubungan  dengan masyarakat.. ini berlaku  pada diri kita sendiri
> yang dok asrama masa kita sekolah
>
> yang pompuan ye hingga kawin pun tak reti nak masak dan urus rumah
> tangga  bahkan nak jaga anak pun tak reti..
>
> yang lelaki pula langsung tak sensitif. tau nak ada je. bila kahwin
> semua isteri kena buat... tau semua mesti beres.. dia dok goyang kaki je
>
> dah tu nak bergaul dengan masyarakat pun kekok..
>
> dok rumah pun problem gak. kalau kita sebagai ibu bapa tak ada keupayaan
> untuk mendidik anak kita dengan baik.. tau tau lah . dengan kesibukan
> kita, dengan keadaaan masyarakat yang tak perihatin, dengan gejala
> sosial yang tak terkawal..
>
> walau bagaimanapun . nak berjaya sama ada di asarama penuh atau di
> sekolah biasa ..anak anak itu sendiri mesti ditanamkan dengan sifat
> berdikari dan  berdisiplin diri serta matang sejak awal lagi.. agar dia
> dapat menjaga dirinya tanpa  ada ibu bapanya bersama.
>
> mungkin the best choice adalah sekolah islam berasrama penuh yang
> mengadakan pendidikan menyeluruh , yang mempunyai rekod disiplin yang
> baik, dan mempunyai program tarbiah yang terbukti dan yang parent
> friendly...
>
> unfortunately .. tak banyak sekolah seperti ini.. dan  its not cheap
>
> wassalam
>
> ps: saya kadang heran.. apasal ramai bekas pelajar asrama penuh yang
> terkenal.. akhir akhir keja nya koman je..
>
> dan notice tak keta yang tertulis kat belakangnya Universiti of.... tu
> kebanyakannya proton dan produa? tak merc?
>
> so...
>
> [EMAIL PROTECTED] wrote:
> >
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> >
> > Yang En. Alias ni marah sangat kat asrama penuh ni kenapa?  Kalau
> > tak de kebaikan tak kan kerajaan nak adakan.  So far yg kita dengar
> > majority sekolah asrama penuh score 100% pencapaian, yg paling
> > rasa megahnya anak2 melayu.
> >
> > Anyway, bila nak bagi pendapat tu jangan emotional sangat.....buat
> > conclusion ibubapa yg antar anak ke sekolah asrama penuh tu bodooo.
> > dan satu lagi nak habaq....bukan semua anak2 berpeluang belajaq
> > di sana.....to remind u.....only selected student will be there...Saya
> > tak menafikan sekolah2 biasa ni tak bagus...tapi di asrama
> > penuh....schedule untuk anak2 memang disusun rapi & to train
> > them to more discipline, responsible & independent.
> >
> > As a mother with 4 kids.... I feel proud b'cos 2 of my daughters was
> > selected & now in MRSM.   Well....so far so good & hopefully  my
> > 2 sons will follow the 2 sisters.
> >
> > To advise u Mr. quiet....don't get so frustrated if yr children are
> > not selected.....
> >
> > ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
> >  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
> >  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
> >  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> >           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > Assalamualaikum,
> >
> > Setuju dengan sdra alias.  Cumanya teman ada beberapa points yg ingin
> > diketengahkan.
> >
> > ZAMAN dulu, sekolah asrama penuh ni,  mereka ada timetable yang ketat.
> > Masa mainnya, masa prep malamnya, masa tengok wayangnya, dll. Tak ikut
> > jadual kalo, boleh kena saman. Dan macam sdra alias cakap, dulu
> > perbelanjaan ditanggung beres (cuma masa nak masuk aje mungkin orang
> > kampung kena bergadai bergolok).  Dan satu lagi, disebabkan budaknya
> > pandai2, dia orang punya competitive spirit tu boleh berjangkit.
> > Bandingkan dengan dikampung, orang kampung mana tau time mgmt ni -
> > sekali sekala berleter tu adalah.
> >
> > ZAMAN sekarang,  makbapak ramai dah terror time mgmt - kat rumah pun
> > siap dengan timetable dan tuitions.  Cumanya, ada satu aje kurang
> > menyenangkan kalau sekolah dekat rumah ni; anak2 mungkin terdedah
> > dengan anasir2 kurang sihat.  Kata nak ke library, tapi lekat di KLCC.
> > Kata nak buat group study, tapi groupnya terdiri dari dia dan aweknya
> > aje.  Di asrama penuh, ini mungkin terkawal.
> >
> > Kalau dapat teman teringin juga nak masukkan anak2 ke sekolah asrama
> > penuh gomen (tapi polisi kata sekolah prebet tak ada peluang, apa nak
> > dibuatkan).  Sebabnya ialah, bak kata orang; kalau nak tuntut ilmu,
> > keluarlah dari kampungmu. Tapi itu kata orang aje. Walaubagaimana pun,
> > sekolah dekat rumah pun tidak juga rugi - makbapak dapat bermain2
> > dengan anak2 lebih lama.  Al-maklumlah, dizaman serba pantas ini,
> > masa cukup memecut. Sedar2 dah dekat puasa. Sedar2 anak dah besar.
> > Tak lama lagi depa dah nak kawin pulak. Walhasil balik asal - tinggal
> > mak dan bapa terkebil2 dua orang.
> >
> > Begitulah serba sedikit pandangan teman.
> >
> > Sekian
> >
> > ----- Original Message -----
> > From: alias <[EMAIL PROTECTED]>
> > To: <[EMAIL PROTECTED]>
> > Sent: Thursday, November 23, 2000 12:07 AM
> > Subject: H-Net* Kenapa Perlu Masuk Sekolah Asrama Penuh?
> >
> > >  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> > > Seperti sudah  menjadi suatu kebanggaan kepada ibubapa hari ini jika
> > > anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh.
> > > Kononnya sekolah-sekolah asrama penuh ini adalah sekolah terbaik dan
> > > anak-anak mereka akan mendapat kejayaan jika belajar di sekolah-sekolah
> > > tersebut.
> > >
> > > Sebenarnya ini merupakan tanggapan yang salah dan tak sepatutnya ibubapa
> > > terus lena dengan impian yang bodoh ini.  Gunakanlah fikiran logik kita,
> > > kalau semua anak-anak yang masuk ke sekolah itu pandai-pandai belaka,
> > > semua dapat 5A semasa peperiksaan UPSR mereka, jadi apalah hendak
> > > dihairankan kalau sekolah itu akan mencapai kelulusan 100% atau 100%
> > > peratus dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
> > >
> > > Saya percaya kalau anak-anak 5A ini dibiarkan terus belajar di sekolah
> > > biasa tentu juga dia akan dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
> > > Malah  ada setengah murid yang tidak dapat 5A semasa peperiksaan UPSR
> > > dan dia terus mengikuti sekolah menengah biasa, pun masih ada yang dapat
> > > grade satu.
> > >
> > > Murid-murid di sekolah asrama penuh itu dapat grade satu bukanlah
> > > disebabkan sekolah tersebut lebih baik tetapi sebenarnya adalah kerana
> > > mereka yang masuk ke sekolah itu memang pintar belaka.
> > >
> > > Ada anak jiran saya, walau tidak dapat satu A pun dalam peperiksaan UPSR
> > > tetapi oleh kerana bapanya orang kuat politik hingga boleh gunakan
> > > pengaruh MB untuk masukkan anaknya ke sekolah terpilih ini maka dapatlah
> > > anak ini masuk ke sekolah yang menjadi kebanggaan orang ramai ini.
> > > Tetapi bila si anak ini belajar di sekolah tersebut, selang beberapa
> > > bulan sahaja anak ini dengan sendirinya lari dari sekolah dan balik ke
> > > rumah ibubapanya semula. Bila ditanya kenapa,  jawapannya kerana tidak
> > > boleh bertanding dengan rakan-rakannya yang jauh lebih pandai dan dia
> > > selalu ketinggalan dalam kelas, akhirnya dia menjadi tertekan.
> > >
> > > Sebaliknya kita lihat pula kisah anak-anak kepada Datuk Paduka Zaleha
> > > Ismail yang pernah menjawat beberapa jawatan yang penting dalam negara
> > > kita. Ramai anak-anaknya yang dapat 5A tetapi tidak langsung dia
> > > teringin hendak masukkan anaknya ke sekolah asrama penuh ini.  Padahal
> > > kalau anak-anaknya tak dapat 5A pun tapi kalau dia mahu juga
> > > anak-anaknya bersekolah di sekolah terpilih ini, kita percaya dengan
> > > kedudukan yang disandangnya itu, sudah pasti pihak sekolah tidak
> > > berupaya untuk menolak permintaannya. Dengan membiarkan anak-anaknya
> > > bersekolah di sekolah biasa yang berhampiran dengan rumahnya tidak
> > > bermakna anak-anaknya tidak dapat grade satu.
> > >
> > > Begitulah cerita dua kisah antara orang yang bodoh dengan orang yang
> > > bijak. Orang bodoh suka melakukan sesuatu dengan mengikut-ngikut orang
> > > manakala orang bijak melakukan sesuatu menggunakan kepala otak.
> > >
> > > Suka saya terangkan di sini kepada ibubapa yang jenis suka ikut-ikut
> > > orang ini. Tujuan asal sekolah asrama penuh ini di wujudkan adalah untuk
> > > memberi peluang kepada anak-anak yang pintar tapi ibubapa mereka kurang
> > > mampu untuk membiayai persekolahan mereka serta tidak dapat menyediakan
> > > makanan yang berzat kepada anak-anak yang ada potensi ini. Bila
> > > anak-anak pintar tetapi miskin ini masuk ke sekolah asrama penuh,  semua
> > > perbelanjaan persekolahan mereka ditanggung oleh kerajaan dan mereka
> > > mendapat makanan yang sempurna.
> > >
> > > Tetapi khabarnya sekarang, keadaan di sekolah asrama penuh tidak seperti
> > > dulu, semua perbelanjaan anak-anak semasa berada di sekolah itu
> > > ditanggung oleh ibubapa. Malah kalau nak dikira kos belanja anak yang
> > > bersekolah asrama penuh ini jauh lebih mahal dari belanja anak yang
> > > bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Buat apalah kita
> > > bazirkan duit sedangkan tidak ada apa-apa kelebihan yang kita dapat.
> > > Malah kegilaan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama
> > > penuh ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak
> > > sekolah seperti itu.
> > >
> > > Kalau sekolah yang berdekatan rumah kita telah berjaya membuatkan anak
> > > kita mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR, kenapa pula kita tidak yakin
> > > sekolah yang berdekatan rumah kita  juga mampu membuatkan anak kita
> > > mencapai grade satu dalam peperiksaan SPM.
> > >
> > > Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
> > >
> > > Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>
> > >
> >
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: normi minora <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke