*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Yang En. Alias ni marah sangat kat asrama penuh ni kenapa?  Kalau
tak de kebaikan tak kan kerajaan nak adakan.  So far yg kita dengar
majority sekolah asrama penuh score 100% pencapaian, yg paling
rasa megahnya anak2 melayu.

Anyway, bila nak bagi pendapat tu jangan emotional sangat.....buat
conclusion ibubapa yg antar anak ke sekolah asrama penuh tu bodooo.
dan satu lagi nak habaq....bukan semua anak2 berpeluang belajaq
di sana.....to remind u.....only selected student will be there...Saya
tak menafikan sekolah2 biasa ni tak bagus...tapi di asrama
penuh....schedule untuk anak2 memang disusun rapi & to train
them to more discipline, responsible & independent.

As a mother with 4 kids.... I feel proud b'cos 2 of my daughters was
selected & now in MRSM.   Well....so far so good & hopefully  my
2 sons will follow the 2 sisters.

To advise u Mr. quiet....don't get so frustrated if yr children are
not selected.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Setuju dengan sdra alias.  Cumanya teman ada beberapa points yg ingin
diketengahkan.

ZAMAN dulu, sekolah asrama penuh ni,  mereka ada timetable yang ketat.
Masa mainnya, masa prep malamnya, masa tengok wayangnya, dll. Tak ikut
jadual kalo, boleh kena saman. Dan macam sdra alias cakap, dulu
perbelanjaan ditanggung beres (cuma masa nak masuk aje mungkin orang
kampung kena bergadai bergolok).  Dan satu lagi, disebabkan budaknya
pandai2, dia orang punya competitive spirit tu boleh berjangkit.
Bandingkan dengan dikampung, orang kampung mana tau time mgmt ni -
sekali sekala berleter tu adalah.

ZAMAN sekarang,  makbapak ramai dah terror time mgmt - kat rumah pun
siap dengan timetable dan tuitions.  Cumanya, ada satu aje kurang
menyenangkan kalau sekolah dekat rumah ni; anak2 mungkin terdedah
dengan anasir2 kurang sihat.  Kata nak ke library, tapi lekat di KLCC.
Kata nak buat group study, tapi groupnya terdiri dari dia dan aweknya
aje.  Di asrama penuh, ini mungkin terkawal.

Kalau dapat teman teringin juga nak masukkan anak2 ke sekolah asrama
penuh gomen (tapi polisi kata sekolah prebet tak ada peluang, apa nak
dibuatkan).  Sebabnya ialah, bak kata orang; kalau nak tuntut ilmu,
keluarlah dari kampungmu. Tapi itu kata orang aje. Walaubagaimana pun,
sekolah dekat rumah pun tidak juga rugi - makbapak dapat bermain2
dengan anak2 lebih lama.  Al-maklumlah, dizaman serba pantas ini,
masa cukup memecut. Sedar2 dah dekat puasa. Sedar2 anak dah besar.
Tak lama lagi depa dah nak kawin pulak. Walhasil balik asal - tinggal
mak dan bapa terkebil2 dua orang.

Begitulah serba sedikit pandangan teman.

Sekian

----- Original Message -----
From: alias <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Thursday, November 23, 2000 12:07 AM
Subject: H-Net* Kenapa Perlu Masuk Sekolah Asrama Penuh?


>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Seperti sudah  menjadi suatu kebanggaan kepada ibubapa hari ini jika
> anak-anak mereka dapat terpilih memasuki sekolah berasrama penuh.
> Kononnya sekolah-sekolah asrama penuh ini adalah sekolah terbaik dan
> anak-anak mereka akan mendapat kejayaan jika belajar di sekolah-sekolah
> tersebut.
>
> Sebenarnya ini merupakan tanggapan yang salah dan tak sepatutnya ibubapa
> terus lena dengan impian yang bodoh ini.  Gunakanlah fikiran logik kita,
> kalau semua anak-anak yang masuk ke sekolah itu pandai-pandai belaka,
> semua dapat 5A semasa peperiksaan UPSR mereka, jadi apalah hendak
> dihairankan kalau sekolah itu akan mencapai kelulusan 100% atau 100%
> peratus dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
>
> Saya percaya kalau anak-anak 5A ini dibiarkan terus belajar di sekolah
> biasa tentu juga dia akan dapat grade satu dalam peperiksaan SPM mereka.
> Malah  ada setengah murid yang tidak dapat 5A semasa peperiksaan UPSR
> dan dia terus mengikuti sekolah menengah biasa, pun masih ada yang dapat
> grade satu.
>
> Murid-murid di sekolah asrama penuh itu dapat grade satu bukanlah
> disebabkan sekolah tersebut lebih baik tetapi sebenarnya adalah kerana
> mereka yang masuk ke sekolah itu memang pintar belaka.
>
> Ada anak jiran saya, walau tidak dapat satu A pun dalam peperiksaan UPSR
> tetapi oleh kerana bapanya orang kuat politik hingga boleh gunakan
> pengaruh MB untuk masukkan anaknya ke sekolah terpilih ini maka dapatlah
> anak ini masuk ke sekolah yang menjadi kebanggaan orang ramai ini.
> Tetapi bila si anak ini belajar di sekolah tersebut, selang beberapa
> bulan sahaja anak ini dengan sendirinya lari dari sekolah dan balik ke
> rumah ibubapanya semula. Bila ditanya kenapa,  jawapannya kerana tidak
> boleh bertanding dengan rakan-rakannya yang jauh lebih pandai dan dia
> selalu ketinggalan dalam kelas, akhirnya dia menjadi tertekan.
>
> Sebaliknya kita lihat pula kisah anak-anak kepada Datuk Paduka Zaleha
> Ismail yang pernah menjawat beberapa jawatan yang penting dalam negara
> kita. Ramai anak-anaknya yang dapat 5A tetapi tidak langsung dia
> teringin hendak masukkan anaknya ke sekolah asrama penuh ini.  Padahal
> kalau anak-anaknya tak dapat 5A pun tapi kalau dia mahu juga
> anak-anaknya bersekolah di sekolah terpilih ini, kita percaya dengan
> kedudukan yang disandangnya itu, sudah pasti pihak sekolah tidak
> berupaya untuk menolak permintaannya. Dengan membiarkan anak-anaknya
> bersekolah di sekolah biasa yang berhampiran dengan rumahnya tidak
> bermakna anak-anaknya tidak dapat grade satu.
>
> Begitulah cerita dua kisah antara orang yang bodoh dengan orang yang
> bijak. Orang bodoh suka melakukan sesuatu dengan mengikut-ngikut orang
> manakala orang bijak melakukan sesuatu menggunakan kepala otak.
>
> Suka saya terangkan di sini kepada ibubapa yang jenis suka ikut-ikut
> orang ini. Tujuan asal sekolah asrama penuh ini di wujudkan adalah untuk
> memberi peluang kepada anak-anak yang pintar tapi ibubapa mereka kurang
> mampu untuk membiayai persekolahan mereka serta tidak dapat menyediakan
> makanan yang berzat kepada anak-anak yang ada potensi ini. Bila
> anak-anak pintar tetapi miskin ini masuk ke sekolah asrama penuh,  semua
> perbelanjaan persekolahan mereka ditanggung oleh kerajaan dan mereka
> mendapat makanan yang sempurna.
>
> Tetapi khabarnya sekarang, keadaan di sekolah asrama penuh tidak seperti
> dulu, semua perbelanjaan anak-anak semasa berada di sekolah itu
> ditanggung oleh ibubapa. Malah kalau nak dikira kos belanja anak yang
> bersekolah asrama penuh ini jauh lebih mahal dari belanja anak yang
> bersekolah di sekolah yang berhampiran dengan rumah. Buat apalah kita
> bazirkan duit sedangkan tidak ada apa-apa kelebihan yang kita dapat.
> Malah kegilaan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah asrama
> penuh ini telah menyebabkan kerajaan terpaksa menyediakan lebih banyak
> sekolah seperti itu.
>
> Kalau sekolah yang berdekatan rumah kita telah berjaya membuatkan anak
> kita mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR, kenapa pula kita tidak yakin
> sekolah yang berdekatan rumah kita  juga mampu membuatkan anak kita
> mencapai grade satu dalam peperiksaan SPM.
>
> Kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
>
> Pengirim: alias <[EMAIL PROTECTED]>
>

__________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2b.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "En Quiet" <[EMAIL PROTECTED]>



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke