*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Assalamualaikum.....

Betul kata abang Sudin.Tapi diaorang ni kuat mengakal dan tak mahu pakai
nas ,jadi kita guna
logic akal sudahlah.Lagipun tok guru kita (nik aziz) pun tak dapat nak
bezakan  mana mencarut
mana tak dikatakan mencarut.Bagi nik aziz perkataan mencarut sama dgn
perkataan yg tak
betul.Jadi bila dia orang cerita tak betul tidaklah ada bezanya dengan
saya kata kote keras
terpacak tu.Cuma istilah kote keras terpacak tu payahlah sedikit nak
faham.Koho lama dia koho
fahamlah tu.

PETIKAN TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999
-
Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata
kalau nak makan sup
tangan pergi ke Kelantan.  Ni
mencarutkah (atau) tidak?
 -
-
Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah
itu (perkataan)
mencarut?  (Begitu pula) Kalau babi itu
(asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang
takut (dianggap)
mencarut.
 -
-



BENARKAH TUHAN MENCARUT DALAM ALQURAN ?

Marilah kita sama-sama membaca teks ucapan Nik Aziz Di Stadium Sultan
Muhammad IV Kota
bharu pada 1 Mei 1999 lalu.
Teks ucapan ini memberikan hujah-hujah yang kita boleh mencarut kerana
Allah ada mencarut
dalam AlQuran - seperti yang
dikatakan oleh Nik Aziz. Dia tidak dapat membezakan antara sumpah
seranah dengan
mencarut. Dalam salah satu Hadis yang
mangatakan " kita hendaklah berakhlak mengikut ahlak Tuhan" - dia
memaksudkan bahawa
jikalau Tuhan danh mencarut dalam
Quran, maka kita pun boleh mencarut.

Dia menklafikasikan 'kera yang hina' sebagai mencarut!
Dia mendefinisikan 'mati dibunuhlah semua manusia' sebagai mencarut. Dan
dia tidak dapat
membezakan erti mencarut dengan
sumpah seranah.

Yang kita kasihankan ialah pengikut yang dibawah yang terikut-ikut
dengan ajaran Nik Aziz ini.
Kalau seorang yang digelar Tok
Guru masih tidak tahu membezakan antara mencarut dengan sumpah seranah;
antara
mencarut dengan tempelak, sudah tentu
pengikutnya yang kurang arif tentang agama dapat membezakan ini semua.

Dia lakukan ini demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad.

Marilah kita baca dengan teliti dan cuba fikirkan. Dato Harun Din dah
sahkan sendiri yang
Tuhan tidak mencarut dalam
AlQuran. Yang mana satu kita nak percaya sekarang ? Fikirlah..


TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999

Mengenai isu mencarut ... kita ada hak mencarut... cumanya tengok
tempat....

Dalam sehari dua ini sibuk masalah mencarut. Hari Jumaat baru ini,
wartawan dok tanya, (dan)
pagi tadi dok tanya lagi. Ambo
kata malam nilah (akan jawab).  Masalah mencarut yang sibuk sangat
dibesar-besarkan oleh
suratkhabar (adalah) hasil sebuah
buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara Dato’ Shahnon Ahmad.

Sebenarnya, belum pada ni takdakah (di) negeri kita (berlaku perbuatan)
yang mencarut.  Tak
adakah (di) negeri kita yang
mencarut seperti mana yang dikatakan kepada Shahnon.  Pernah ko tidak
kita dengar bahawa
orang dok perli kita dok
sembahyang hajat buat (kata mereka, sembahyang hajat buat) menyusah
Tuhan jah? Ni
mencarut ke tidak?

(Kata-kata) buat menyusah tuhan sembahyang hajat ni (adalah) perkataan
mencarut, kenapa
tidak dibesar-besarkan.

Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata
kalau nak makan sup
tangan pergi ke Kelantan.  Ni
mencarutkah (atau) tidak?

Pernah orang kata Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia. Ni
mencarutkah (atau) tidak?
Mengapa tidak
diperbesar-besarkan?

Boleh jadi mereka tidak rasa benda ini mencarut.  Tak terasa kerana
kemanusiaan/ keIslaman
mereka tidak ada, tak terasa
benda (perkataan) itu mencarut.  Adakah layak bagi seorang manusia
muslim mengata ugama
dia  sendiri tidak layak
memerintah di Malaysia. Erti Malaysia ni sendiri ‘black area’ (kawasan
hitam) nak memerintah
Malaysia tak sah (tak mampu),
kerana kawasan hitam/black area.  Tapi orang (mereka) ini tak terasa
perkataan begitu,
(adalah) perkataan berdosa -
perkataan mencarut.

(Bagi) seorang manusia akan merasa malu nak berak di (atas) jalan.  Tapi
lembu malukah (atau)
dok?  Manusia malu nak
kencing (di) tepi jalan, manusia malu nak berak tengah jalan, kerana
(dia tu) manusia.  Tapi
lembu nak berak, nak kencing, tak
apa (di tempat terbuka) kerana dia (tu) lembu.

Kalau seorang rakyat Malaysia bercakap di mana-mana kedai kopi, (atau)
di mana-mana, dia
sebut;
“undang-undang Malaysia tidak bagus, lebih baik undang-undang Singapura,
lebih baik
undang-undang Thailand, lebih baik
undang-undang Amerika. (Maka) dia seorang rakyat Malaysia kata hodoh
(mencaci - mencarut)
kepada undang-undang
Malaysia,  apakah tindakan yang akan dibuat oleh polis?  Tak sampai dua
minit, dua jam orang
itu  mesti dibawa ke balai polis.

Inikan manusia Muslim, sanggup (mengata – mencarut) bahawa Islam tidak
layak memerintah
Malaysia.  Alasannya pula, alasan
yang betul-betul jahil.  Alasan masyarakat majmuk.  Sedangkan
(realitinya) mana ada di dunia
ini masyarakat yang tidak
majmuk.  Di Mekah (Saudi Arabia), masyarakat majmuk, di Madinah
masyarakat majmuk, di
negeri kita (Malaysia) pun
masyarakat majmuk.  Maka kenapa (sifat) masyarakat majmuk di Mekah dan
Madinah, Islam
boleh dilaksanakan?  Sedangkan
masyarakat Islam yang sama di Malaysia tidak boleh nak buat (memerintah
secara Islam).

Kalau orang MCA (parti bukan Islam mewakili orang Cina),  cakap bahawa
Islam tidak layak
(memerintah) di Malaysia,
(adalah) munasabah kerana mereka tak tahu (tentang Islam).  Kalau MIC
(parti bukan Islam
mewakili orang India) bercakap
seperti itu, munasabah kerana mereka tak tahu. Ini manusia Muslim  yang
setiap hari menyebut
Allahu Akhbar (Allah Yang
Maha Besar – di dalam sembahyang atau luar sembahyang). Tiba-tiba kata
begitu (Islam tak
layak memerintah di Malaysia).
Tidakkah itu (kata-kata)
mencarut?  Tetapi kerana apa ia tidak dibesar-besarkan? (dan) tak ada
sapa kata apa.

Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah
itu (perkataan)
mencarut?  (Begitu pula) Kalau babi itu
(asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang
takut (dianggap)
mencarut.

Kononnya nak ajar rakyat Malaysia bercakap moleklah, tak usah
sebut-sebut babi, (lebih baik)
sebut khinzir.  Tapi ketika nak
sebut orang buat maksiat, kita sebut terang-terang(an), liwat dan
berzina.  Dan (sampai) ada
(satu) suratkhabar menyatakan erti
liwat begini, “masuk benda ini dalam lubang ini”, (secara)
terang-terang(an).  Tetapi
(mengapa) tak ada siapa kata apa.

(Tetapi) jatuh ke Dato’ Shahnon Ahamad buat buku (novel SHIT). Sibuk
macam nak kiamat esok
(dah).  Itupun (mungkin
kerana) Shahnon Ahmad tulis ‘Shit’ (di)tuju (ke)pada orang tidak PAS.
Kalau dia tulis buku ‘Shit’
(itu) (di)tuju pada  orang
PAS, (rasanya) orang tak (akan) kata apa-apa.

Kalau Shahnon Ahmad tulis satu buku yang mencarut mengenai Parti PAS,
orang tak (akan) kata
apa-apa.  Tetapi kerana buku
ini ditujukan kepada orang-orang (terasa oleh pihak) tertentu, maka
jadilah keadaan sibuk.

Nampak sangat para hadirin semua, (ia adalah) berat sebelah.  Nampak
sangat kita menengok
dengan sebelah mata.  Kalau
orang melihat dengan  mata sebelah ini, kita panggil apa dalam agama
kita ini?  Bila kita
sembahyang, dekat nak beri salam, kita
diajar baca doa banyak jenis.  Diantaranya (maksudnya) “Wahai Tuhanku,
aku meminta
kepadamu berlindung dari azab kubur, dan cabaran masa hidup dan mati,
dan juga cabaran
dari Dajal”.

Kita baca dalam hadith, Dajal ini, yang bermata sebelah ni, akan timbul
akhir zaman.  Semua
orang tahu, Dajal ini disebut oleh
Nabi sendiri bahawa ia akan timbul akhir zaman.  Kita pun tak faham, dah
tentu Dajal akan
timbul akhir zaman.  Kenapa Nabi
kita (meng)ajar dan  dia sendiri membaca doa ini ketika dia ada lagi.
(Sejarah berlaku) 1400
tahun dulu, Nabi kita dah (meng)ajar supaya semua orang baca doa tadi.
Minta Tuhan
pelindung kita dari itu, dari ini dan
(berlindung dari) Dajal.  Maka kita (mungkin) jadi tak faham. (Maknanya)
doa ini perlu dibaca
(sekarang) jangan tunggu akhir
zaman.

Sebenarnya begini,  (perkataan) mencarut(kah atau) tak mencarut ni, kita
(kena) ingat
(kata-kata) orang tua-tua kita dulu,
(da)tuk kita, emak kita (masa) dukung budak (anak) kecil, dan bila budak
(anak) kecil ini
menangis, bila dia pujuk tak dengar
(terus menangis), (maka perbuatan mereka adalah dengan menunjuk-nunjuk)
Nu! Nu! Nu! kereta
tu, Nu! Nu! Nu! burung!
burung! tu.  Orang politik bila dia tengok Parti dia (sedang nak) runtuh
(begitu) sekali sekarang,
huru-hara terlalu banyak
masalah politik sekarang.  Hilang duit tak tahu  ke mana.  Duit Perwaja
hilang beratus juta,
beribu juta.  BBMB nak kata hilang
berapa ribu juta.  BMF hilang duit orang tak tahu ke mana.  Mari pula
penyakit orang itu keluar
parti, orang ini keluar parti.
Maka dia pun mula (menunjuk-nunjuk) nu! nu! nu! Shahnon! Shahnon!, Nik
Aziz! Nik Aziz!.  Itu saja
bendanya.

Semata-mata nak alih pandangan. (Cara begitu) dipanggil (cara)
‘psikologi tabir’.  Seperti kita
nak panggil orang-orang besar,
maka (di sepanjang laluan orang besar itu) pegawai-pegawai (akan
memasang) tabir di tepi
tembok (jalan laluan itu) supaya tak
nampak benda-benda yang hodoh.  Tetapi kalau jengok di sebalik tabir
itu, nampaklah
bendanya (yang hodoh).

Begitu juga yang ini (mengenai perkataan mencarut), kerana amat teruk
masalah dalam
UMNO sekarang ni, dengan pelbagai
perkara maka disebut sebentar tadi.  Nu! nu! Shahnon mencarut. Nik Aziz
sokong!.  Bendanya
(adalah psikologi tabir -
sebenarnya) untuk (peringkat) budak-budak.  Tuan-tuan semua budak-budak
(lagi) kah?  Boleh
dipermain-mainkan oleh
UMNO? Kalau tidak (peringkat budak-)budak (maka kita) kena reti.  Tak
ada apa melainkan
mainan orang politik saja.  Para
hadirin semua, yang itu kita jawab secara logikal untuk (me)mudah(kan)
kita faham.

Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri.
Adakah perkataan
menyumpah (di dalam al-Quran)?
Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?
Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;

     (pertamanya) “Islam ini – (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat
manusia, Dia buat sama
naluri-naluri tertentu.  (ini bermakna)
tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala,
beri lidah saja.  Ada lagi
benda lain (di)dalam yang kita
panggil ‘Gharizah’.  Naluri bermakna sifat-sifat tertentu.  Sifat
kedekut, sifat baik, sifat pongah,
sifat berjurus, sifat suka mencari
harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat,
naluri apa apa saja.
Macam-macam sifat dan perangai
(yang) Allah beri kepada kita.

     Dan yang keduanya, tidak ada sifat  yang Allah beri pada manusia
bila mari (didatangkan)
Islam (kepada manusia), Dia
sekat, Dia musnah, tak ada!  Allah Taala beri kepada kita sifat suka
mencari wang/duit, Allah
Taala tidak sekat kita.  Cari duit,
cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah.  Nak cari  duit boleh, kerana
apa?  Sifat cari duit
ada padamu tapi jangan mencuri,
jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu.  Sifat nak pada seks,
orang lelaki nak pada
perempuan, orang perempuan
nak pada lelaki.  Adakah Dia sekat?  Tidak, cuma Dia kata nak ko orang
perempuan, (mesti)
menikah-kahwin, jangan berzina,
jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.

     Itu sajalah bendanya.  Sifat membunuh, manusia suka membunuh.  Tak
apa boleh
membunuh, ketika mana ? Ketika musuh
mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, “Mana-mana orang yang
dibunuh kerana jaga
hartanya sendiri maka dia mati
syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak  bininya maka dia
mati syahid.”

     Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik
(biar kena pada
empatnya), ketika mana perlu kamu
membunuh.  Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik.  Orang yang buat
khianat, kamu boleh
khianat sama.  Begitu juga sifat
mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada
orang yang  buat
tak tentu kepada dia.  Ketika
mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai)
menyumpahlah.

Ambo pilih dua, tiga, empat ayat  dan hadis (sebagai dalil dibolehkan
mencarut, menyumpah).


     (Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat
18), bermaksud,
     “Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran,
meskipun
pancaindera mereka  sihat), maka tidaklah
mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”.

     (Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang
muka-muka-orang yang
kita panggil orang sekular.
Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak.  Kalau
mengikut orang Kelantan (kita
kata), “baso tak dok otak,
baso tuli”.  Itu tidak(kah) mencarut?  Allah sendiri sebut  begitu dalam
Al Quran.

     (Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) “Hendaklah kamu
berakhlaq dengan Allah
akhlaq Tuhan”.   (Hakikatnya)
Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan)
mencarut.  Cumanya tengok
tempat.  Orang kafir Dia
sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah.  Biar tentu
(sasaran mencarut
biar) kena (pada) tempatnya.

     (Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan
marah pada Yahudi
(maksudnya), “Dan sesungguhnya
telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari
Sabtu (hari yang
khusus untuk beribadat bagi
orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah  kamu
kera yang hina”,
Allah Taala marah pada orang
Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan
perkataan)
mencarut? (Sebelum ni, Tuhan
menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi,  kera lagi ? Apakah
itu tak mencarut?

     (Keenam), Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan
sesungguhnya Kami jadikan
untuk isi neraka Jahannam
kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi
tidak dipergunakan
untuk memahami (ayat-ayat Allah,
yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan)
untuk melihat
(tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar
(ayat-ayat Allah,
peringatan yang benar). Mereka
itu      semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat
lagi. Mereka itulah
orang-orang yang lalai”

     (Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa  binatang, takkah
mencarut lagi?  Itu
ayatnya (dalam  al-Quran).

     (Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), “Dan
apabila kamu melihat mereka,
tubuh-tubuh mereka
menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan
mereka.
Mereka adalah seumpama kayu-kayu
yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula
berkata-kata,
hakikatnya mereka pandai berbicara
akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami
kebenaran –
diumpamakan juga serupa orang mati
dibunuh)”.

     Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau
tengok tubuh hebat,
tetapi Allah  kata  “baso mati
dibunuh” – terjemah(an) bahasa Kelantannya, “Baso mati bbunuh”.
Terjemah secara  jawi,
secara tradisional, “membunuh
akanlah mereka itu oleh Allah”.  Tak tahu satu perkara pun, akhir orang
mendengar mengantuk
belaka.  Cuba kata “Baso mati
bbunuh”.  Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena
menterjemahkan
maknanya dan misinya.  Barulah
sampai mesej Quran kepada kita.

     (Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud),
“Mati dibunuhlah
semua manusia,   pelik sungguh,
mengapalah manusia menjadi kafir”.

Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam
(al-)Quran.  Ertinya
bila Allah buat sesuatu dalam
(al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata “Hendaklah kamu berperangai
(akhlaq) sebagaimana
perangai (akhlaq) Allah”.  (Di
sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita
berhak (boleh) marah.
(Dalam hal mencarut, mengata
keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab
(untuk) ianya
dibesar-besarkan. Boleh jadi orang
ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada
perkataan berunsur
mencarut, kata-kata keji mereka)
tak pernah dengar (kandungan al-Quran).

Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran.  Awal-awal lagi
dia pandang lekeh
pada Islam.  Islam ini layak (di)
padang pasir, (sesuai pada) zaman ‘camel’-zaman unta, maka baca buat apa
(al-) Quran?

Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu
menerima hakikat
kandungan al-Quran, mulalah) kata
Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) ‘fatwa Nik Aziz’.  Padahal dia
tahu, fatwa-fatwa ni hanya
(layak dikeluarkan oleh) mufti
sahaja.  Tapi dia nak ‘provoke’ orang, nak suruh orang marah pada ambo.
Dia sebut ambo buat
keluar fatwa.  Itu tak apalah.
Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!


     (Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan
kena ingat satu ketika
berlaku perselisihan faham di antara
Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas
hijrah), (bertujuan) pergi
buat umrah ke Mekah.
Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini
terkenal dengan nama
‘Hudaibiyyah’ ataupun sekarang ini
disebut Sumaisi.  Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala
sewaktu beliau berada di
Madinah. “Hai Muhammad,
satu masa      kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram
dalam keadaan
aman damai, boleh buat tawaf dan
apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan
boleh gunting
rambut.”  Nabi kita beritahu kepada
orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak
buat haji nak buat
umrah, Muhajirin daripada
Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak
isteri dan sebagainya.
Nabi kita iklan tahun yang
ke-5, bahawa aku sedang      bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat
umrah.  Nabi kita tak
bawa sebarang senjata selain
daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil ‘pisau raut’, seperti
mana orang Melayu
dahulu berjalan ada parang, pisau
raut di pinggang.  Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu
kambing-biri yang telah
diletak tanda untuk disembelih di
Mekah.  Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia
tengok kambing-biri
ada tanda di tengkuk, dia
gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan
kambing orang dah.
Maka dia tidak ganggu.  Sampai
di Hudaibiyyah, kena sekat.  Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari
sekat nabi Muhammad di
Hudaibiyyah bahawa
“kamu  tidak boleh masuk ke Mekah”.  Nabi kata “pasal apa kamu tidak
beri, aku bukan mari
nak berperang, tengoklah
senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam
tanda
menunjukkan kambing biri ini telah
dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding,
berunding.

     (Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang
bernama Hudair bin
Warqa’, tuan-tuan boleh baca sejarah
bab Hudaibiyyah.  Hudair bin Warqa’ mari bercakap perkara yang
benar-benar (paling) tidak
menyenangkan hati Rasulullah
SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu
Bakar dan
sebagainya.  Bila Saidina Abu Bakar
(men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada
Hudair,
memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam.
Mula-mula  dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu
pedang.  Lepas itu dia
kata lagi  perkataan-perkataan yang
tidak menyenangkan (mengeji).

     Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt”
(di)depan-depan Nabi.  ‘Unsus’
maknanya jilat, hisap olehmu.
‘Buzur’ maknanya kemaluan. ‘Lat’ nama bagi tuhan (orang Quraisy
musyrik).  Maknanya  pergi
balik jilat punggung tuhan mu
dulu.  Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina
Abu Bakar
(di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak
kata apa-apa.  Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut
depan-depan dia
sendiri.  Nabi tak kata apa walaupun
perkataan      yang begitu sekali hina.  “Balik jilat punggung tuhanmu
dulu, baru mari bercakap
di sini”.  Habis  menyumpah, nabi
tak kata apa.  Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah.  Yang
ambo dok      baca
malam Jumaat “Sirah
Nabawiyyah” karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah
ini).

     (Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari
orang beri salam di tangga.
Apabila Nabi dengar suara
itu, dia cam suara itu.  Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina ‘Aisyah,
maksudnya  “hak paling
jahat dalam kampung ni, dia ni
lah”.  Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum
manis, sambut dan
terima molek.

Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada
orang lepas itu buka
pintu dan sambut.  Ini para
hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk
‘tanfizzul-ukhdah’ iaitu
untuk meredakan kemarahan
hati.  Kadangkala kita sumpah.  Lepas itu dari sumpah itu reda.  Kalau
tak sumpah ia akan naik
ke kepala nanti jadi selsema,
beringus hidung.  Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga
menyumpah di depan Nabi
dan Nabi tak kata apa-apa.

Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh
manusia ini (tak ada) satu
habuk yang Islam mari sekat (buat
sekatan).  (Cuma) nak ke orang perempuan boleh.  Tidak sebagaimana
setengah-setengah
pemimpin agama sampai ke tahap
tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh)
cari harta.  Islam
tidak, tok guru setinggi mana pun,
Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin.  Cumanya peraturan,
kaedahnya nak ke orang
perempuan, berkahwin. Nak harta
boleh. Nak bunuh pun boleh.  Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri
kita, kalau tak cukup
dengan askar dan polis,
kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang.  Peluang
kamu untuk bunuh orang
boleh ketika itu.  Sifat orang
mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar.  Kalau ada kebenaran bunuh
daripada Islam
boleh bunuh.

Apa benda lagi?  Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini
berpunca daripada
(ada) benda lain, ‘something
behind’, (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato’ Shahnon
buat buku ‘Shit’ dia
ni untuk  maki PAS tak apa, tak
ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....

Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni)
lakon orang, lakon malaikat
dan lakon syaitan atas dunia.

CATITAN:

Demikianlah sedutan daripada hujah-hujah YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul
Aziz Nik Mat, Menteri
Besar Kelantan
berhubungan dengan isu mencarut yang dihebohkan oleh media massa dan
tokoh politik
tertentu.

Bagi pihak Unit Penerbitan Lujnah Penerangan, membuat beberapa editing
terhadap sedutan
tersebut, khususnya perkataan
yang dalam kurungan (     ) adalah tambahan bagi memudahkan kefahaman
pembaca
sekalian.

Harap maklum.

Rujukan Tambahan, maksud ayat al-Quran;

(1) as-Shaaffaat ayat 63 – 65, “Sesungguhnya Kami menjadi pohon zaqqun
itu sebagai siksaan
bagi orang-orang
yang zalim. Sesungguhnya, dia adalah sebatang pohon yang keluar dari
dasar neraka Jahim.
mayangnya seperti
kepala syaitan-syaitan”

(2) al-Jumu’ah ayat 5, “Perumpamaan orang-orang yang dipikul  kepadanya
Taurat, kemudian
dia tidak memikulnya
(tidak mengamalkan, tidak mengakui kebenarannya, termasuk mengenai
kerasulan
Muhammad SAW), adalah seperti
keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.”

Dicopy dari http://fantrealika.tripod.com/tekscarut.htm
















Sudin Abdul Rahman wrote:




        Bagilah contoh yang agak mudah orang faham....contoh cote keras
terpacak orang awam tak faham.....dia kata
        contoh kasar...................


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>

Reply via email to