*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
YG DIBAWAH INI BENANG BASAH
_____________________________________
badlee wrote:
> Nie makna mencarut yang di keluarkan Utusan Publication & Distributor Sdn
> Bhd :
>
> "maki, perkataan cabul, perkataan yang keji dan kotor, nista"
>
> Kenyataan tn. guru nik aziz mencarut adalah bermaksud maki bukan seperti
> kamu mencarut lagi LUCAH!!!!!!!
>
> Org2 spt kamu dah kena provoke oleh tn. guru.
>
> ----- Original Message -----
> From: "alQubah" <[EMAIL PROTECTED]>
> To: "Sudin Abdul Rahman" <[EMAIL PROTECTED]>; "ben"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Cc: <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "Mohd Zulkifli B. Mohd.
> Din (Central)" <[EMAIL PROTECTED]>; <[EMAIL PROTECTED]>; "Ismail
> Mansor Md Nordin" <[EMAIL PROTECTED]>; "tua dah kubur"
> <[EMAIL PROTECTED]>
> Sent: 15 January, 2001 5:30 PM
> Subject: Re: H-Net* Ulama Pewaris Nabi
>
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
> { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
> { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
> *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
> PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Assalamualaikum.....
>
> Betul kata abang Sudin.Tapi diaorang ni kuat mengakal dan tak mahu pakai
> nas ,jadi kita guna
> logic akal sudahlah.Lagipun tok guru kita (nik aziz) pun tak dapat nak
> bezakan mana mencarut
> mana tak dikatakan mencarut.Bagi nik aziz perkataan mencarut sama dgn
> perkataan yg tak
> betul.Jadi bila dia orang cerita tak betul tidaklah ada bezanya dengan
> saya kata kote keras
> terpacak tu.Cuma istilah kote keras terpacak tu payahlah sedikit nak
> faham.Koho lama dia koho
> fahamlah tu.
>
> PETIKAN TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
> DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999
> -
> Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata
> kalau nak makan sup
> tangan pergi ke Kelantan. Ni
> mencarutkah (atau) tidak?
> -
> -
> Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah
> itu (perkataan)
> mencarut? (Begitu pula) Kalau babi itu
> (asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang
> takut (dianggap)
> mencarut.
> -
> -
>
> BENARKAH TUHAN MENCARUT DALAM ALQURAN ?
>
> Marilah kita sama-sama membaca teks ucapan Nik Aziz Di Stadium Sultan
> Muhammad IV Kota
> bharu pada 1 Mei 1999 lalu.
> Teks ucapan ini memberikan hujah-hujah yang kita boleh mencarut kerana
> Allah ada mencarut
> dalam AlQuran - seperti yang
> dikatakan oleh Nik Aziz. Dia tidak dapat membezakan antara sumpah
> seranah dengan
> mencarut. Dalam salah satu Hadis yang
> mangatakan " kita hendaklah berakhlak mengikut ahlak Tuhan" - dia
> memaksudkan bahawa
> jikalau Tuhan danh mencarut dalam
> Quran, maka kita pun boleh mencarut.
>
> Dia menklafikasikan 'kera yang hina' sebagai mencarut!
> Dia mendefinisikan 'mati dibunuhlah semua manusia' sebagai mencarut. Dan
> dia tidak dapat
> membezakan erti mencarut dengan
> sumpah seranah.
>
> Yang kita kasihankan ialah pengikut yang dibawah yang terikut-ikut
> dengan ajaran Nik Aziz ini.
> Kalau seorang yang digelar Tok
> Guru masih tidak tahu membezakan antara mencarut dengan sumpah seranah;
> antara
> mencarut dengan tempelak, sudah tentu
> pengikutnya yang kurang arif tentang agama dapat membezakan ini semua.
>
> Dia lakukan ini demi mempertahankan buku Shit tulisan Shahnon Ahmad.
>
> Marilah kita baca dengan teliti dan cuba fikirkan. Dato Harun Din dah
> sahkan sendiri yang
> Tuhan tidak mencarut dalam
> AlQuran. Yang mana satu kita nak percaya sekarang ? Fikirlah..
>
> TRANSKRIP CERAMAH YAB TUAN GURU HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
> DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV KOTA BHARU - 1 MEI 1999
>
> Mengenai isu mencarut ... kita ada hak mencarut... cumanya tengok
> tempat....
>
> Dalam sehari dua ini sibuk masalah mencarut. Hari Jumaat baru ini,
> wartawan dok tanya, (dan)
> pagi tadi dok tanya lagi. Ambo
> kata malam nilah (akan jawab). Masalah mencarut yang sibuk sangat
> dibesar-besarkan oleh
> suratkhabar (adalah) hasil sebuah
> buku yang dikarang oleh Sasterawan Negara Dato' Shahnon Ahmad.
>
> Sebenarnya, belum pada ni takdakah (di) negeri kita (berlaku perbuatan)
> yang mencarut. Tak
> adakah (di) negeri kita yang
> mencarut seperti mana yang dikatakan kepada Shahnon. Pernah ko tidak
> kita dengar bahawa
> orang dok perli kita dok
> sembahyang hajat buat (kata mereka, sembahyang hajat buat) menyusah
> Tuhan jah? Ni
> mencarut ke tidak?
>
> (Kata-kata) buat menyusah tuhan sembahyang hajat ni (adalah) perkataan
> mencarut, kenapa
> tidak dibesar-besarkan.
>
> Pernahkah (atau) tidak (kita dengar) sebelum daripada ini, orang kata
> kalau nak makan sup
> tangan pergi ke Kelantan. Ni
> mencarutkah (atau) tidak?
>
> Pernah orang kata Islam tidak layak (memerintah) di Malaysia. Ni
> mencarutkah (atau) tidak?
> Mengapa tidak
> diperbesar-besarkan?
>
> Boleh jadi mereka tidak rasa benda ini mencarut. Tak terasa kerana
> kemanusiaan/ keIslaman
> mereka tidak ada, tak terasa
> benda (perkataan) itu mencarut. Adakah layak bagi seorang manusia
> muslim mengata ugama
> dia sendiri tidak layak
> memerintah di Malaysia. Erti Malaysia ni sendiri 'black area' (kawasan
> hitam) nak memerintah
> Malaysia tak sah (tak mampu),
> kerana kawasan hitam/black area. Tapi orang (mereka) ini tak terasa
> perkataan begitu,
> (adalah) perkataan berdosa -
> perkataan mencarut.
>
> (Bagi) seorang manusia akan merasa malu nak berak di (atas) jalan. Tapi
> lembu malukah (atau)
> dok? Manusia malu nak
> kencing (di) tepi jalan, manusia malu nak berak tengah jalan, kerana
> (dia tu) manusia. Tapi
> lembu nak berak, nak kencing, tak
> apa (di tempat terbuka) kerana dia (tu) lembu.
>
> Kalau seorang rakyat Malaysia bercakap di mana-mana kedai kopi, (atau)
> di mana-mana, dia
> sebut;
> "undang-undang Malaysia tidak bagus, lebih baik undang-undang Singapura,
> lebih baik
> undang-undang Thailand, lebih baik
> undang-undang Amerika. (Maka) dia seorang rakyat Malaysia kata hodoh
> (mencaci - mencarut)
> kepada undang-undang
> Malaysia, apakah tindakan yang akan dibuat oleh polis? Tak sampai dua
> minit, dua jam orang
> itu mesti dibawa ke balai polis.
>
> Inikan manusia Muslim, sanggup (mengata - mencarut) bahawa Islam tidak
> layak memerintah
> Malaysia. Alasannya pula, alasan
> yang betul-betul jahil. Alasan masyarakat majmuk. Sedangkan
> (realitinya) mana ada di dunia
> ini masyarakat yang tidak
> majmuk. Di Mekah (Saudi Arabia), masyarakat majmuk, di Madinah
> masyarakat majmuk, di
> negeri kita (Malaysia) pun
> masyarakat majmuk. Maka kenapa (sifat) masyarakat majmuk di Mekah dan
> Madinah, Islam
> boleh dilaksanakan? Sedangkan
> masyarakat Islam yang sama di Malaysia tidak boleh nak buat (memerintah
> secara Islam).
>
> Kalau orang MCA (parti bukan Islam mewakili orang Cina), cakap bahawa
> Islam tidak layak
> (memerintah) di Malaysia,
> (adalah) munasabah kerana mereka tak tahu (tentang Islam). Kalau MIC
> (parti bukan Islam
> mewakili orang India) bercakap
> seperti itu, munasabah kerana mereka tak tahu. Ini manusia Muslim yang
> setiap hari menyebut
> Allahu Akhbar (Allah Yang
> Maha Besar - di dalam sembahyang atau luar sembahyang). Tiba-tiba kata
> begitu (Islam tak
> layak memerintah di Malaysia).
> Tidakkah itu (kata-kata)
> mencarut? Tetapi kerana apa ia tidak dibesar-besarkan? (dan) tak ada
> sapa kata apa.
>
> Hok yang kata berzina, liwat (dan keluar dalam surat khabar), tidakkah
> itu (perkataan)
> mencarut? (Begitu pula) Kalau babi itu
> (asalnya dipanggil babi, kemudian) kita panggil khinzir (kerana) bimbang
> takut (dianggap)
> mencarut.
>
> Kononnya nak ajar rakyat Malaysia bercakap moleklah, tak usah
> sebut-sebut babi, (lebih baik)
> sebut khinzir. Tapi ketika nak
> sebut orang buat maksiat, kita sebut terang-terang(an), liwat dan
> berzina. Dan (sampai) ada
> (satu) suratkhabar menyatakan erti
> liwat begini, "masuk benda ini dalam lubang ini", (secara)
> terang-terang(an). Tetapi
> (mengapa) tak ada siapa kata apa.
>
> (Tetapi) jatuh ke Dato' Shahnon Ahamad buat buku (novel SHIT). Sibuk
> macam nak kiamat esok
> (dah). Itupun (mungkin
> kerana) Shahnon Ahmad tulis 'Shit' (di)tuju (ke)pada orang tidak PAS.
> Kalau dia tulis buku 'Shit'
> (itu) (di)tuju pada orang
> PAS, (rasanya) orang tak (akan) kata apa-apa.
>
> Kalau Shahnon Ahmad tulis satu buku yang mencarut mengenai Parti PAS,
> orang tak (akan) kata
> apa-apa. Tetapi kerana buku
> ini ditujukan kepada orang-orang (terasa oleh pihak) tertentu, maka
> jadilah keadaan sibuk.
>
> Nampak sangat para hadirin semua, (ia adalah) berat sebelah. Nampak
> sangat kita menengok
> dengan sebelah mata. Kalau
> orang melihat dengan mata sebelah ini, kita panggil apa dalam agama
> kita ini? Bila kita
> sembahyang, dekat nak beri salam, kita
> diajar baca doa banyak jenis. Diantaranya (maksudnya) "Wahai Tuhanku,
> aku meminta
> kepadamu berlindung dari azab kubur, dan cabaran masa hidup dan mati,
> dan juga cabaran
> dari Dajal".
>
> Kita baca dalam hadith, Dajal ini, yang bermata sebelah ni, akan timbul
> akhir zaman. Semua
> orang tahu, Dajal ini disebut oleh
> Nabi sendiri bahawa ia akan timbul akhir zaman. Kita pun tak faham, dah
> tentu Dajal akan
> timbul akhir zaman. Kenapa Nabi
> kita (meng)ajar dan dia sendiri membaca doa ini ketika dia ada lagi.
> (Sejarah berlaku) 1400
> tahun dulu, Nabi kita dah (meng)ajar supaya semua orang baca doa tadi.
> Minta Tuhan
> pelindung kita dari itu, dari ini dan
> (berlindung dari) Dajal. Maka kita (mungkin) jadi tak faham. (Maknanya)
> doa ini perlu dibaca
> (sekarang) jangan tunggu akhir
> zaman.
>
> Sebenarnya begini, (perkataan) mencarut(kah atau) tak mencarut ni, kita
> (kena) ingat
> (kata-kata) orang tua-tua kita dulu,
> (da)tuk kita, emak kita (masa) dukung budak (anak) kecil, dan bila budak
> (anak) kecil ini
> menangis, bila dia pujuk tak dengar
> (terus menangis), (maka perbuatan mereka adalah dengan menunjuk-nunjuk)
> Nu! Nu! Nu! kereta
> tu, Nu! Nu! Nu! burung!
> burung! tu. Orang politik bila dia tengok Parti dia (sedang nak) runtuh
> (begitu) sekali sekarang,
> huru-hara terlalu banyak
> masalah politik sekarang. Hilang duit tak tahu ke mana. Duit Perwaja
> hilang beratus juta,
> beribu juta. BBMB nak kata hilang
> berapa ribu juta. BMF hilang duit orang tak tahu ke mana. Mari pula
> penyakit orang itu keluar
> parti, orang ini keluar parti.
> Maka dia pun mula (menunjuk-nunjuk) nu! nu! nu! Shahnon! Shahnon!, Nik
> Aziz! Nik Aziz!. Itu saja
> bendanya.
>
> Semata-mata nak alih pandangan. (Cara begitu) dipanggil (cara)
> 'psikologi tabir'. Seperti kita
> nak panggil orang-orang besar,
> maka (di sepanjang laluan orang besar itu) pegawai-pegawai (akan
> memasang) tabir di tepi
> tembok (jalan laluan itu) supaya tak
> nampak benda-benda yang hodoh. Tetapi kalau jengok di sebalik tabir
> itu, nampaklah
> bendanya (yang hodoh).
>
> Begitu juga yang ini (mengenai perkataan mencarut), kerana amat teruk
> masalah dalam
> UMNO sekarang ni, dengan pelbagai
> perkara maka disebut sebentar tadi. Nu! nu! Shahnon mencarut. Nik Aziz
> sokong!. Bendanya
> (adalah psikologi tabir -
> sebenarnya) untuk (peringkat) budak-budak. Tuan-tuan semua budak-budak
> (lagi) kah? Boleh
> dipermain-mainkan oleh
> UMNO? Kalau tidak (peringkat budak-)budak (maka kita) kena reti. Tak
> ada apa melainkan
> mainan orang politik saja. Para
> hadirin semua, yang itu kita jawab secara logikal untuk (me)mudah(kan)
> kita faham.
>
> Baik (sekarang) ambo nak sebut (dalil-dalil) dalam (al-)Quran sendiri.
> Adakah perkataan
> menyumpah (di dalam al-Quran)?
> Ada perkataan yang (boleh) kita panggil mencarut?
> Bila ditanya masalah mencarut ini (oleh wartawan), ambo jawab pada dia;
>
> (pertamanya) "Islam ini - (sifat) Allah Taala ni bila Dia buat
> manusia, Dia buat sama
> naluri-naluri tertentu. (ini bermakna)
> tidaklah Allah ini bila Dia buat manusia, Dia buat kaki, tangan, kepala,
> beri lidah saja. Ada lagi
> benda lain (di)dalam yang kita
> panggil 'Gharizah'. Naluri bermakna sifat-sifat tertentu. Sifat
> kedekut, sifat baik, sifat pongah,
> sifat berjurus, sifat suka mencari
> harta, sifat suka seks, naluri seks, naluri membunuh, naluri mengumpat,
> naluri apa apa saja.
> Macam-macam sifat dan perangai
> (yang) Allah beri kepada kita.
>
> Dan yang keduanya, tidak ada sifat yang Allah beri pada manusia
> bila mari (didatangkan)
> Islam (kepada manusia), Dia
> sekat, Dia musnah, tak ada! Allah Taala beri kepada kita sifat suka
> mencari wang/duit, Allah
> Taala tidak sekat kita. Cari duit,
> cuma dia buat peraturan, dia buat kaedah. Nak cari duit boleh, kerana
> apa? Sifat cari duit
> ada padamu tapi jangan mencuri,
> jangan rasuah, jangan menyamun, jangan menipu. Sifat nak pada seks,
> orang lelaki nak pada
> perempuan, orang perempuan
> nak pada lelaki. Adakah Dia sekat? Tidak, cuma Dia kata nak ko orang
> perempuan, (mesti)
> menikah-kahwin, jangan berzina,
> jangan rogol, jangan bawa lari anak muda orang, jangan itu dan ini.
>
> Itu sajalah bendanya. Sifat membunuh, manusia suka membunuh. Tak
> apa boleh
> membunuh, ketika mana ? Ketika musuh
> mari (datang) serang rumahmu.... Maksudnya, "Mana-mana orang yang
> dibunuh kerana jaga
> hartanya sendiri maka dia mati
> syahid, mana-mana orang yang dibunuh kerana jaga anak bininya maka dia
> mati syahid."
>
> Ertinya naluri nak membunuh tidak disekat. Cumanya jaga dengan baik
> (biar kena pada
> empatnya), ketika mana perlu kamu
> membunuh. Jika orang bunuh kamu boleh lawan balik. Orang yang buat
> khianat, kamu boleh
> khianat sama. Begitu juga sifat
> mencarut, (sudah menjadi) perangai manusia, (akan) nak menyumpah pada
> orang yang buat
> tak tentu kepada dia. Ketika
> mana(kah) nak menyumpah? Cari(lah) tempat, tempat molek (sesuai)
> menyumpahlah.
>
> Ambo pilih dua, tiga, empat ayat dan hadis (sebagai dalil dibolehkan
> mencarut, menyumpah).
>
> (Ketiga) adik-kakak, buka sehelai saja dalam Surah Al Baqarah (ayat
> 18), bermaksud,
> "Mereka tuli, bisu dan buta (kerana tidak dapat menerima kebenaran,
> meskipun
> pancaindera mereka sihat), maka tidaklah
> mereka akan kembali (ke jalan yang benar)".
>
> (Hakikatnya) Allah Taala (kata ke)pada orang munafiq, orang yang
> muka-muka-orang yang
> kita panggil orang sekular.
> Tuhan kata apa, pekak, bisu, buta, orang ni tak ada otak. Kalau
> mengikut orang Kelantan (kita
> kata), "baso tak dok otak,
> baso tuli". Itu tidak(kah) mencarut? Allah sendiri sebut begitu dalam
> Al Quran.
>
> (Keempat) dan Nabi (SAW) sebut (Maksudnya) "Hendaklah kamu
> berakhlaq dengan Allah
> akhlaq Tuhan". (Hakikatnya)
> Allah SWT mencarut (di dalam al-Quran), kita ada hak (dibolehkan)
> mencarut. Cumanya tengok
> tempat. Orang kafir Dia
> sumpah, orang munafiq Dia sumpah, orang fasiq Dia sumpah. Biar tentu
> (sasaran mencarut
> biar) kena (pada) tempatnya.
>
> (Kelima), ayat Al Quran Surah Al Baqarah juga (ayat 65), bila Tuhan
> marah pada Yahudi
> (maksudnya), "Dan sesungguhnya
> telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari
> Sabtu (hari yang
> khusus untuk beribadat bagi
> orang-orang Yahudi), lalu Kami berfirman kepada mereka, Jadilah kamu
> kera yang hina",
> Allah Taala marah pada orang
> Yahudi, kamu semua kena jadi kera. Tidakkah itu (Tuhan berfirman dengan
> perkataan)
> mencarut? (Sebelum ni, Tuhan
> menyebut) pekak lagi, bisu lagi, tak ada otak lagi, kera lagi ? Apakah
> itu tak mencarut?
>
> (Keenam), Allah berfirman (al-A'araf, ayat 179 bermaksud), "dan
> sesungguhnya Kami jadikan
> untuk isi neraka Jahannam
> kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi
> tidak dipergunakan
> untuk memahami (ayat-ayat Allah,
> yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan)
> untuk melihat
> (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan
> mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar
> (ayat-ayat Allah,
> peringatan yang benar). Mereka
> itu semua seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat
> lagi. Mereka itulah
> orang-orang yang lalai"
>
> (Allah mengibaratkan orang serupa itu) serupa binatang, takkah
> mencarut lagi? Itu
> ayatnya (dalam al-Quran).
>
> (Ketujuh), dalam surah Al Munafiqun (ayat 4 maksudnya), "Dan
> apabila kamu melihat mereka,
> tubuh-tubuh mereka
> menjadikan kamu kagum . Dan jika mereka berkata kamu mendengar perkataan
> mereka.
> Mereka adalah seumpama kayu-kayu
> yang tersandar (meskipun tubuh mereka nampaknya baik dan pandai pula
> berkata-kata,
> hakikatnya mereka pandai berbicara
> akan tetapi sebenarnya otak mereka adalah kosong tidak dapat memahami
> kebenaran -
> diumpamakan juga serupa orang mati
> dibunuh)".
>
> Tuhan sebut orang munafiq ini kalau bercakap sedap dengar, kalau
> tengok tubuh hebat,
> tetapi Allah kata "baso mati
> dibunuh" - terjemah(an) bahasa Kelantannya, "Baso mati bbunuh".
> Terjemah secara jawi,
> secara tradisional, "membunuh
> akanlah mereka itu oleh Allah". Tak tahu satu perkara pun, akhir orang
> mendengar mengantuk
> belaka. Cuba kata "Baso mati
> bbunuh". Tok-tok guru, ustaz-ustaz yang menterjemahkan ayat ini, kena
> menterjemahkan
> maknanya dan misinya. Barulah
> sampai mesej Quran kepada kita.
>
> (Kelapan) Dalam Surah Muqaddam pula, (Allah berfirman bermaksud),
> "Mati dibunuhlah
> semua manusia, pelik sungguh,
> mengapalah manusia menjadi kafir".
>
> Terlalu banyak ayat-ayat mencarut, ayat-ayat menyumpah seranah dalam
> (al-)Quran. Ertinya
> bila Allah buat sesuatu dalam
> (al-)Quran dan Nabi Besar (SAW) berkata "Hendaklah kamu berperangai
> (akhlaq) sebagaimana
> perangai (akhlaq) Allah". (Di
> sini bermakna) Allah memuji (maka) kita memuji, Allah marah (maka) kita
> berhak (boleh) marah.
> (Dalam hal mencarut, mengata
> keji) Allah menyumpah (maka) kita berhak menyumpah, maka tak ada sebab
> (untuk) ianya
> dibesar-besarkan. Boleh jadi orang
> ini (pihak yang menidakkan dalil-dalil bahawa dalam al-Quran tak ada
> perkataan berunsur
> mencarut, kata-kata keji mereka)
> tak pernah dengar (kandungan al-Quran).
>
> Sebab dia awal-awal lagi pandang serong pada (al-)Quran. Awal-awal lagi
> dia pandang lekeh
> pada Islam. Islam ini layak (di)
> padang pasir, (sesuai pada) zaman 'camel'-zaman unta, maka baca buat apa
> (al-) Quran?
>
> Oleh yang demikian bila timbul masalah begini, mu (pihak yang tak mahu
> menerima hakikat
> kandungan al-Quran, mulalah) kata
> Nik Aziz. Surat khabar (pun) kata (itu) 'fatwa Nik Aziz'. Padahal dia
> tahu, fatwa-fatwa ni hanya
> (layak dikeluarkan oleh) mufti
> sahaja. Tapi dia nak 'provoke' orang, nak suruh orang marah pada ambo.
> Dia sebut ambo buat
> keluar fatwa. Itu tak apalah.
> Dia punya salahkah?, dia punya tersalahkah? Itu dia punya fasal!
>
> (Kesembilan) itu cerita al-Quran. Dalam sejarah pula, tuan-tuan
> kena ingat satu ketika
> berlaku perselisihan faham di antara
> Rasulullah SAW yang keluar daripada Madinah pada tahun ke-5 (selepas
> hijrah), (bertujuan) pergi
> buat umrah ke Mekah.
> Sampai di tengah jalan, kena sekat di suatu tempat, dan tempat ini
> terkenal dengan nama
> 'Hudaibiyyah' ataupun sekarang ini
> disebut Sumaisi. Rasulullah SAW telah diberi mimpi oleh Allah Taala
> sewaktu beliau berada di
> Madinah. "Hai Muhammad,
> satu masa kelak mu Muhammad boleh masuk semula ke Masjidil Haram
> dalam keadaan
> aman damai, boleh buat tawaf dan
> apa sahaja sehingga ke peringkat akhir sehingga boleh cukur kepala, dan
> boleh gunting
> rambut." Nabi kita beritahu kepada
> orang ramai, semua seronok, orang Madinah pun nak pergi ke Mekah nak
> buat haji nak buat
> umrah, Muhajirin daripada
> Mekah pun seronok sebab boleh balik semula ke Mekah, berjumpa anak
> isteri dan sebagainya.
> Nabi kita iklan tahun yang
> ke-5, bahawa aku sedang bersiap sedia pergi ke Mekah, untuk buat
> umrah. Nabi kita tak
> bawa sebarang senjata selain
> daripada senjata yang kalau orang dahulu panggil 'pisau raut', seperti
> mana orang Melayu
> dahulu berjalan ada parang, pisau
> raut di pinggang. Nabi kita bawa pedang dan bersama dengan itu
> kambing-biri yang telah
> diletak tanda untuk disembelih di
> Mekah. Orang Arab Jahiliyyah walau bagaimana jahat sekalipun, bila dia
> tengok kambing-biri
> ada tanda di tengkuk, dia
> gantung bermacam perkara sebagai tanda kambing ini hak Tuhan, bukan
> kambing orang dah.
> Maka dia tidak ganggu. Sampai
> di Hudaibiyyah, kena sekat. Kerajaan Mekah kirim wakil-wakil dia mari
> sekat nabi Muhammad di
> Hudaibiyyah bahawa
> "kamu tidak boleh masuk ke Mekah". Nabi kata "pasal apa kamu tidak
> beri, aku bukan mari
> nak berperang, tengoklah
> senjata apa aku bawa, tengok kambing-biri berderu, ada bermacam-macam
> tanda
> menunjukkan kambing biri ini telah
> dinazarkan untuk disembelih di Mekah. Tak dengar jugak. Lepas berunding,
> berunding.
>
> (Di antara deligasi Mekah yang datang berunding ialah) seorang
> bernama Hudair bin
> Warqa', tuan-tuan boleh baca sejarah
> bab Hudaibiyyah. Hudair bin Warqa' mari bercakap perkara yang
> benar-benar (paling) tidak
> menyenangkan hati Rasulullah
> SAW dan tidak menyenangkan menteri-menteri Nabi termasuk Saidina Abu
> Bakar dan
> sebagainya. Bila Saidina Abu Bakar
> (men)dengar perkataan-perkataan yang pelik (mencarut) keluar daripada
> Hudair,
> memperlekeh-lekehkan Islam, ajaran Islam.
> Mula-mula dia pegang janggut Nabi, lepas itu dia tolak dengan hulu
> pedang. Lepas itu dia
> kata lagi perkataan-perkataan yang
> tidak menyenangkan (mengeji).
>
> Lalu Saidina Abu Bakar bangun (berkata) unsus-bunzur-latt"
> (di)depan-depan Nabi. 'Unsus'
> maknanya jilat, hisap olehmu.
> 'Buzur' maknanya kemaluan. 'Lat' nama bagi tuhan (orang Quraisy
> musyrik). Maknanya pergi
> balik jilat punggung tuhan mu
> dulu. Ini perkataan menyumpah (mencaurt) yang keluar dari mulut Saidina
> Abu Bakar
> (di)depan-depan Nabi, dan Nabi tak
> kata apa-apa. Nabi bagi peluang kepada Saidina Abu Bakar mencarut
> depan-depan dia
> sendiri. Nabi tak kata apa walaupun
> perkataan yang begitu sekali hina. "Balik jilat punggung tuhanmu
> dulu, baru mari bercakap
> di sini". Habis menyumpah, nabi
> tak kata apa. Tuan-tuan boleh baca benda ini ada dalam sejarah. Yang
> ambo dok baca
> malam Jumaat "Sirah
> Nabawiyyah" karangan Dr. Said Ramadhan Al Butti, di situ ada (kisah
> ini).
>
> (Kesepuluh, sirah) yang kedua (ialah) Nabi sendiri pernah satu hari
> orang beri salam di tangga.
> Apabila Nabi dengar suara
> itu, dia cam suara itu. Maka kata (Nabi di)depan Sayidatina 'Aisyah,
> maksudnya "hak paling
> jahat dalam kampung ni, dia ni
> lah". Dia kata pada Siti Aisyah dan kemudian dia keluar dengan senyum
> manis, sambut dan
> terima molek.
>
> Boleh jadi kita tanya diri sendiri, macamana Rasulullah SAW sumpah pada
> orang lepas itu buka
> pintu dan sambut. Ini para
> hadirin semua, kalau orang belajar psikologi, ini adalah satu cara untuk
> 'tanfizzul-ukhdah' iaitu
> untuk meredakan kemarahan
> hati. Kadangkala kita sumpah. Lepas itu dari sumpah itu reda. Kalau
> tak sumpah ia akan naik
> ke kepala nanti jadi selsema,
> beringus hidung. Nabi sendiri menyumpah, Saidina Abu Bakar juga
> menyumpah di depan Nabi
> dan Nabi tak kata apa-apa.
>
> Para hadirin semua naluri-naluri yang Allah Taala buat dalam tubuh
> manusia ini (tak ada) satu
> habuk yang Islam mari sekat (buat
> sekatan). (Cuma) nak ke orang perempuan boleh. Tidak sebagaimana
> setengah-setengah
> pemimpin agama sampai ke tahap
> tertentu tak berbini beranak (tak boleh berumah tangga), tak (tak boleh)
> cari harta. Islam
> tidak, tok guru setinggi mana pun,
> Nabi setara mana sekalipun boleh berkahwin. Cumanya peraturan,
> kaedahnya nak ke orang
> perempuan, berkahwin. Nak harta
> boleh. Nak bunuh pun boleh. Bila bunyi khabar musuh nak serang negeri
> kita, kalau tak cukup
> dengan askar dan polis,
> kewajipan fadhu ain atas tiap-tiap seorang pergi berperang. Peluang
> kamu untuk bunuh orang
> boleh ketika itu. Sifat orang
> mukmin tidak membunuh kecuali dengan sebenar. Kalau ada kebenaran bunuh
> daripada Islam
> boleh bunuh.
>
> Apa benda lagi? Masalah mencarut yang dibesar-besarkan sekarang ini
> berpunca daripada
> (ada) benda lain, 'something
> behind', (Seperti) yang ambo kata (awal-awal tadi), kalau Dato' Shahnon
> buat buku 'Shit' dia
> ni untuk maki PAS tak apa, tak
> ada siapa kata apa (orang tak komen apa)....
>
> Itu (kita) kena faham, kita hidup atas muka bumi ini kena reti (seni)
> lakon orang, lakon malaikat
> dan lakon syaitan atas dunia.
>
> CATITAN:
>
> Demikianlah sedutan daripada hujah-hujah YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul
> Aziz Nik Mat, Menteri
> Besar Kelantan
> berhubungan dengan isu mencarut yang dihebohkan oleh media massa dan
> tokoh politik
> tertentu.
>
> Bagi pihak Unit Penerbitan Lujnah Penerangan, membuat beberapa editing
> terhadap sedutan
> tersebut, khususnya perkataan
> yang dalam kurungan ( ) adalah tambahan bagi memudahkan kefahaman
> pembaca
> sekalian.
>
> Harap maklum.
>
> Rujukan Tambahan, maksud ayat al-Quran;
>
> (1) as-Shaaffaat ayat 63 - 65, "Sesungguhnya Kami menjadi pohon zaqqun
> itu sebagai siksaan
> bagi orang-orang
> yang zalim. Sesungguhnya, dia adalah sebatang pohon yang keluar dari
> dasar neraka Jahim.
> mayangnya seperti
> kepala syaitan-syaitan"
>
> (2) al-Jumu'ah ayat 5, "Perumpamaan orang-orang yang dipikul kepadanya
> Taurat, kemudian
> dia tidak memikulnya
> (tidak mengamalkan, tidak mengakui kebenarannya, termasuk mengenai
> kerasulan
> Muhammad SAW), adalah seperti
> keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal."
>
> Dicopy dari http://fantrealika.tripod.com/tekscarut.htm
>
> Sudin Abdul Rahman wrote:
>
> Bagilah contoh yang agak mudah orang faham....contoh cote keras
> terpacak orang awam tak faham.....dia kata
> contoh kasar...................
>
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
> ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
> ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
> ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
> ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
> ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: alQubah <[EMAIL PROTECTED]>