*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
From:                   "Nazman" <[EMAIL PROTECTED]>
Subject:                H-Net* Tuhan Mencarut - Minta Pandangan Alim 
Date sent:              Wed, 17 Jan 2001 10:25:51 +0800

W'lam,

> A'kum .
> 
> sebut pasai Tuhan Mencarut ..nih...
> saya ingin bertanya kepada sekian yang berilmu ...
> 

Saya kurang ilmu, tetapi saya cuba dengan segala kelemahan saya

> " apakah tidak buleh Tuhan Mencarut dalam capasiti Sebagai
>    Yang Berkuasa atas Segala gala nya dan tiada yang mustahil buat Nye"

Kalau kita ambil contoh lain, dalam keupayaan Allah Yang Maha 
Berkuasa, apakah tidak boleh Dia mempunyai anak?

> 
> " Jika berkata lah seseorang itu bahawa Tuhan tidak mencarut, tidak
>   pernah mencarut - maka apakah kaitan nye dengan pegangan akidah
>   - apakah gugur nye sahadat seseorang itu"
> 

Jika kita berkata Tuhan itu beranak, apakah kaitannya dengan 
pegangan akidah - apakah gugur syahadahnya?

> " Jika berkata seseorang itu bahawa Tuhan itu mencarut - apakah itu satu
> penhinaan
>    kepada Tuhan? - maka berdosa atau murtad seseorang itu?"
> 

Jika berkata seseorang itu bahawa Tuhan itu beranak, apakah ini 
satu penghinaan kepada Tuhan?

Saya harap jelas sedikit. Contoh lain adalah Allah berupaya 
dengan sifatNya Yang Maha Berkuasa yang Memiliki Seluruh Alam 
untuk bersifat zalim. Tetapi kita tahu Allah tidak bersifat dengan 
sifat2 yang hina, dan sebagai manusia yang waras dan matang, 
kita faham bahawa sifat zalim itu adalah sifat yang hina yang tidak 
sepadan dengan Allah Yang Maha Suci lagi Tinggi.

Sebagai manusia yang waras dan matang juga, kita faham bahawa 
mencarut itu adalah sesuatu yang hina yang dibenci pada manusia 
apatah lagi jika ia dikaitkan dengan sifat Allah.Dan sebagai 
manusia yang waras dan matang juga kita faham apa yang 
dimaksudkan sebagai mencarut dan apa yang bukan mencarut. 
Kita boleh menyebut sesuatu perkataan dan bergantung kepada 
konteks, ia boleh jadi mencarut atau tidak. Contohnya jika kita 
berbincang mengenai masalah babi dan kita menyebut 'babi' dalam 
perbincangan kita, umum faham bahawa itu bukannya mencarut, 
tetapi jika kita menyebut 'babi!' sebagai reaksi kepada sesuatu 
keadaan atau perbuatan, maka ia menjadi mencarut. Jika 
pergaulan, pendidikan dan pendewasaan kita adalah normal, maka 
kita akan faham konteks yang dimaksudkan. Mencarut adalah 
salah satu dari banyak perkara yang tidak dapat ditakrifkan dengan 
perkataan, tetapi manusia faham apakah ianya. You know it when 
you see it.

Maha Suci Allah dari segala Sifat-sifat Yang Hina termasuk 
mencarut.

wassalam.
> Penjelasan sedara/i amat diperlukan ........
> 
> 
> 
> 
> 
> 
> 
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ (
>  Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB) (
>  Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB) (
>  Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             ) (
>  pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  ) (
>  Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> 
> Pengirim: "Nazman" <[EMAIL PROTECTED]>
> 



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke