*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum w.w.
Saudara berdua benar-benar menghapuskan keghairahan saya untuk menempah
Waja, kereta nasional pertama yang terlintas untuk saya sekeluarga miliki.
----Original Message Follows----
From: "Jumlah Arisma" <[EMAIL PROTECTED]>
To: <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: H-Net* Fw: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
Date: Tue, 3 Apr 2001 08:18:50 +0800
-----Original Message-----
From: Mohd.Sahlan Haji Ahmad
Sent: Sunday, April 01, 2001 1:43 AM
To: '[EMAIL PROTECTED]'
Cc: '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'
Subject: FW: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
Importance: High
Sensitivity: Personal
Assalamulaikum wbt. & Salam sejahtera;
Tuan/puan,
Saya adalah salah seorang pembeli dan pengguna kereta Proton Waja. Sudah
hampir 4 bulan saya menggunakannya. Izinkan saya untuk memberikan komen
terhadap mutu/qualiti Waja berkenaan, walaupun secara zahirnya memang cukup
baik jika dibanding dengan kereta yang sekelas dengannya. Tetapi pada masa
yang sama masih banyak kelemahan yang timbul apabila memakainya dikemudian
hari. Masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:
1. Bab Penyaman udara (aircond);
Pada 16 Mac 2001, selepas mencapai hitungan kilometer 10k km saya
telah membuat service kereta di Uspd puchong dan pada masa yang sama saya
telah mengadu apabila membuka aircond ada satu bunyi 'bising (berdegung)'
tetapi pada masa yang sama aircond masih boleh lagi berfungsi. Seterusnya
apabila pihak USPD service memeriksa kereta saya, pihak mekanik telah
memberitahu saya bahawa 'Resister Asmbly/blower' telah rosak dan hanya boleh
guna nombor 4 sahaja sementara nombor 1,2 dan 3 rosak! tidak boleh
pakai/guna..."saya pun jadi hairan dari bunyi bising terus jadi kong!!!
entah apa mekanik tuh buat tak tahu ler saya aper yang digudiknyer....
selepas itu dia kata spare part iaitu resister tersebut nak kena order dulu
dan pihak uspd kata kat mana-mana cawangan pun tidak ada stok kena dapatkan
dari Proton dalam 1-2 minggu lebih!? isk-isk,,, kenapa laa lama sangat nak
dapatkan spare part tuh??? nak dikirakan kereta Waja tuh bukannya kereta
import !!!"
Pada 21 Mac 2001, seperti yang dijanjikan saya telah menelefon
sama ada spare part berkenaan telah sampai atau belum... tetapi storekeeper
memberitahu bahawa barang belum sampai lagi... dan pada masa yang sama saya
bertanyakan adakah barang itu diambil/diperolehi dari luar negara? dan jika
tidak mengapa mengambil masa yang agak lama... sedangkan jawapan beliau
mengatakan bahawa barang tersebut diambil dari Proton, Batu 3 seterusnya
saya menawarkan diri untuk menolong mengambilnya jika barang tersebut
sekitar di kawasan Lembah Kelang, PJ atau Shah Alam tetapi beliau tidak
bersetuju dengan cadangan saya. Saya juga telah menyatakan bahawa pada
hujung minggu tersebut saya sekeluarga perlu balik ke Kampung dan mengambil
masa perjalanan yang agak lama untuk sampai ke distinasi disebabkan saya
mengambilkira saya ada bayi kecil. Dan saya memerlukan pemasangan dan
penggantian spare part berkenaan dilakukan dengan segera!
Pada 23 Mac 2001, saya menelefon semula tetapi kali ini saya cuba
bertanyakan spare part berkenaan di USPD service centre di PJ menyatakan
bahawa no. spare part yang disebutkan itu tidak ada di service centre tetapi
telah ada di USPD Puchong. Kemudian barulah saya menelefon di USPD Puchong
bertanyakan kepada storekeeper mereka dan mereka pada mulanya memberikan
jawapan tidak sampai lagi... padahal dalam sistem komputer mereka telah ada
stok berkenaan di tempat mereka. Saya telah menyuruh mereka memeriksa semula
dan barulah mereka menyatakan barang yang di order telah sampai dengan
menyatakan berbagai alasan. Mereka menyatakan bahawa pihak USPD tidak
sempat untuk menukar dan memasang pada kereta waja saya kerana banyak kerja
yang perlu dilakukan.? Jadi mereka mencadangkan supaya datang awal pada hari
Selasa pagi minggu berikutnya. Dan terpaksalah saya menggunakan kereta waja
saya semasa balik ke kampung ke selatan tanah air dengan keadaan yang tidak
begitu menyenangkan kerana apabila buka aircond pada had maksima nombor 4...
bunyi blower semakin kuat... dan bila dah lama sikit .. suhu terasa sejuk
sangat dan air dah mula menitis bertakung kat dalam deskboard yang terletak
sebelah kiri pemandu ... bila masa membelok ke kiri atau ke kanan terasa ada
air melimpah dan terkena kipas seterusnya melimpah dekat kapert kaki
sebelah penumpang .... dan tidak boleh jadi nie... dikhutiri berlaku
kejadian yang tidak diingini ... dan pada mulanya OK ler bile jalan lurus
tetapi apabila kena lalu jalan bengkang bengkok mula laa air aircond
melempah keluar sampai tempat karpert banjir penuh dengan air sehingga satu
masa secara tiba-tiba kereta terhenjut-henjut... dan enjin terus
berhenti....dan ini berlaku 2 kali saya terhenti di jalan (tengah hutan).
Sementara itu enjin masih tidak boleh dihidupkan walaupun banyak kali
dicuba. Akhirnya terpaksa saya memanggil AAM untuk tarik kereta
saya...TETAPI apabila menunggu 1 jam pihak kereta tarik pun sampai pada masa
tersebut saya mencuba semula untuk menghidupkan enjin alhamdulilah boleh
hidup semula... dan saya berbincang dengan drive kereta tarik berkenaan
bahawa saya tidak jadi menggunakan khidmat mereka walaupun saya dikenakan
charge panggilan sebab pada fikiran saya tidak guna juga mereka tarik kereta
saya ke workshop berdekatan sebab saya tahu mesti spare part payah hendak
diperolehi.... nie tak pasal-pasal kereta baru (Waja lagi) dah buat hal....
dan saya berpendapat kerosakan kereta tersebut adalah lantaraan shot circut
disebabkan air telah melempah dan membasahi wayer-wayer elektrik berkenaan.
Saya meneruskan perjalanan dengan tidak membuka aircond sehingga saya kena
bercuti pada hari berkenaan untuk menghantar kereta waja ke uspd Puchong
pada hari yang dijanjikan...Bayangkan dari Johor nak belik ke KL tanpa
aircond dengan ada baby kecil... tentu tidak selesa bukan??? Bayangkan jika
tuan/puan berada ditempat saya bagaimana perasaan anda ketika itu...? Lebih
baik saya menaiki kereta buruk lama saya dari memandu kereta 'baru' yang
banyak ragamnya. Itulah pengalaman saya....
2. Bab remote control;
Anak kunci kereta Waja nampak canggih dan cantik tetapi bukan
main payah nak tekan punat baru berbunyi itu pun dalam lingkingan 1-2 kaki
sahaja lepas dari jarak itu nak terkucil jari kita menekannya tidak
berbunyi-bunyi. Bila ditanya kepada supervisor di USPD menyatakan bahawa
memang Proton design begitu???! Padahal kereta wira lama saya jarak lebih
jauh lagi boleh berbunyi! (Tidak boleh adjust lebih jauh lagi ker?)
Jadi kesimpulannya;
-Kualiti kereta waja masih belum betul-betul ditahap yang memuaskan...
-Nak dapatkan spare part waimah kereta tempatan pun kena tunggu
berminggu-minggu...!!
-USPD tidak mengindahkan rungutan pengguna (tidak peka).
-Mekanik Upsd tidak berpengalaman untuk memperbaiki kerosakan kereta
Waja...kerana selepas mereka membuka bahagian aircond berkenaan ;
i) Switch pada resister menjadi rosak,
ii) Bila buka aircond - udara dari luar sama ada bau busuk atau asap
kenderaan akan masuk ke dalam!,
iii)Walaupun resister blower telah digantikan dengan yang baru TETAPI air
aircond masih mengalir/menitis keluar (bocor) membasihi karpert kereta
(bahagian penumpang) sehingga kini masalah yang sama berulang!
p/s: Pada masa menghantarkan kereta tersebut pada 27 Mac 2001, pihak
mekanik itu supaya menyuruh meninggalkan kereta waja berkenaan 2-3 hari
untuk membuka kapret untuk dikeringkan semula takut busuk dan reput...!!!
isk-isk.., sampai begitu sekali...! mana boleh kita nak tinggalkan ...macam
mana kita nak pergi/balik kerja weyyy!!! dah ler nak tunggu/dapat giliran
kena datang subuh-subuh!!!!
Saya harap komen berkenaan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya
dari pihak tuan.
Sekian, wassalam.
Yang benar,
Cust. Acct. #:165820
-----Original Message-----
From: Amirudin Baharudin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Thursday, March 08, 2001 3:09 PM
To: Batch-kita (E-mail)
Subject: [batch-kita] Proton_Waja_-_Kebanggaan_siapa?
> Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
> > Pemilik Bangga Proton Waja
> >
> > 2:43pm, Fri: Saya membuat tempahan untuk sebuah
> Proton Waja pada hari
> > pertama pelancaran kereta baru nasional tersebut
> yakni pada 31hb Ogos
> 2000
> > dan menerima kereta tersebut pada 28hb November.
> >
> > Pada 11hb Disember, kereta saya yang dipandu oleh
> abang saya mengalami
>
> > kemalangan. Bermulalah episod gelap dalam hidup
> saya. Oleh kerana
> tidak
> > mengetahui sangat selok-belok prosidur kemalangan,
> abang saya menerima
>
> terus
> > pelawaan operator trak tunda untuk menunda kereta
> tersebut ke bengkel
> > mereka. Tempat kemalangan di depan Nanyang Siang
> Pao pada jam 1.34
> petang.
> > Bengkel kereta pula di Klang.
> >
> > Pada malam tersebut kami dua beradik membuat
> laporan polis di Petaling
>
> Jaya.
> > Gambar foto diambil. Selepas itu kami bergegas ke
> bengkel tersebut dan
>
> > diberitahu oleh pemilik bengkel tersebut bahawa
> mereka tidak dapat
> membaiki
> > kereta saya kerana alat ganti kereta tersebut
> sukar diperolehi dari
> > pengeluar. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM200
> sebagai upah tunda.
> Saya
> > membayar wang tersebut.
> >
> > Saya kemudiannya menelefon beberapa kenalan yang
> pakar dalam hal-hal
> ini,
> > dan akhirnya setuju untuk menghantar kereta
> tersebut ke bengkel
> seorang
> > daripada mereka.
> >
> > Saya membuat laporan di pejabat insurans kereta
> pada hari berikutnya.
> Dan
> > sehingga kini, berlalunya hampir tiga bulan, saya
> masih belum mendapat
>
> > apa-apa keputusan tentang kereta saya tersebut.
> Saya terpaksa membayar
>
> > 'instalment' sebanyak RM865 dan pada masa yang
> sama saya terpaksa
> membayar
> > kereta sewa sebanyak RM500 sebulan yang saya
> gunakan hari-hari untuk
> ke
> > tempat kerja.
> >
> > Setelah puas mengejar insurans, 'adjuster',
> bengkel, pengedar kereta
> dan
> > Proton sendiri, saya masih tidak diberi apa-apa
> keputusan. Apakah
> seterusnya
> > yang perlu saya lakukan lagi? Keadaan kewangan
> saya makin meleset.
> >
> > Persoalannya, bagaimanakah Proton boleh
> membenarkan atau mengedarkan
> kereta
> > Proton Waja sedangkan alat ganti masih tiada di
> pasaran, bukan sahaja
> alat
> > ganti, malah 'master parts number' dan nombor siri
> masih tidak
> dikeluarkan.
> > Jika ada pemilik Waja yang mengalami nasib yang
> sama seperti saya,
> sila
> > e-mail saya di [EMAIL PROTECTED]
>
Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/
_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: "Tiang Jawi" <[EMAIL PROTECTED]>