*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalammualaikum,

Pak Janggut amat bersimpati dengan karenah yang memang
buruk yang ditunjukkan oleh USPD Service kepada
saudara. Walaupun Pak Janggut tidak memiliki kenderaan
jenis keluaran Proton, tapi Pak Janggut jugak ingin
berkongsi pengalaman dengan saudara-saudara mengenai
Proton Waja. 

Sahabat Pak Janggut jugak ada beli Proton Waja baru.
Tak lama lepas tu control radio di Steering tu ntah
macam mana ada problem, lalu dibawa ke USPD Service
Batu Pahat, Johor. 

Nak tau apa jawapannya, budak service tu kata, kene
cabut steering tu untuk hantar ke KL atau Shah Alam
gitu lah. Pala hotak dia, kalau steering tu dah kene
cabut, habis tu nak drive macam mana?? kan ke tak
logic..., itu satu hal.

Satu hal lagi, dia punya cermin auto salah satu
tingkap tu pulak ada problem. Bila nak kasi naik balik
tingkap cermin tu, macam ada over speed motor dia tu,
jadi mengeluarkan bunyi yang agak kuat bila hampir
tertutup sepenuhnya. Jadi dia pun pi lah hantar kat
USPD Service Batu Pahat tu, bila dah hantar pulak, dia
orang service kononnya, alarm pulak tak bunyi.... dah
satu lagi hal.... isk, isk.... Lepas tu nak kene
hantar di hari yang lain. Kalau tak silap, dia ambik
masa lebih dua hari nak settlekan itu semua...
bayangkan je lah.... 

USPD Service tu pun Pak JAnggut tak tau lah,
budak-budak yang dia ambik kerja tu agaknya reti ke
tak reti buat kerja??? Lepas tu, kalau nak entertain
customers pun macam lah pusat service tu bapakkkkk dia
punya, eksyen nak mampos, dah lah tu, berbahasa pun
tak reti. ada baiknya USPD Service kena hantar bebudak
dia pi kursus untuk reti cakap yang menyedapkan hati
untuk  entertain customers dia.

Pak Janggut percaya, masih ramai yang ingin meluahkan
ketidakpuashatian pada USPD dan kereta kebanggan
mereka Proton Waja tu. 

Pak Janggut.
--- Jumlah Arisma <[EMAIL PROTECTED]>
wrote:
> 
> -----Original Message-----
> From: Mohd.Sahlan Haji Ahmad 
> Sent: Sunday, April 01, 2001 1:43 AM
> To: '[EMAIL PROTECTED]'
> Cc: '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]';
> '[EMAIL PROTECTED]'
> Subject: FW: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
> Importance: High
> Sensitivity: Personal
> 
> 
>   Assalamulaikum wbt. & Salam sejahtera;
> 
>   Tuan/puan,
>   Saya adalah salah seorang pembeli dan pengguna
> kereta Proton Waja. Sudah hampir  4 bulan saya
> menggunakannya. Izinkan  saya untuk  memberikan
> komen terhadap mutu/qualiti Waja berkenaan, walaupun
> secara zahirnya memang cukup baik jika dibanding
> dengan kereta yang sekelas dengannya. Tetapi pada
> masa yang sama masih banyak kelemahan yang timbul
> apabila memakainya dikemudian hari. Masalah yang
> dihadapi adalah seperti berikut:
> 
>   1. Bab Penyaman udara (aircond);
>           Pada 16 Mac 2001, selepas mencapai
> hitungan kilometer 10k km saya telah membuat service
> kereta di Uspd puchong dan pada masa yang sama saya
> telah  mengadu apabila membuka aircond ada satu
> bunyi 'bising (berdegung)' tetapi pada masa yang
> sama aircond masih boleh lagi berfungsi. Seterusnya
> apabila pihak USPD service memeriksa kereta saya,
> pihak mekanik telah memberitahu saya bahawa
> 'Resister Asmbly/blower' telah rosak dan hanya boleh
> guna nombor 4 sahaja sementara nombor 1,2 dan 3
> rosak! tidak boleh pakai/guna..."saya pun jadi
> hairan dari bunyi bising terus jadi kong!!! entah
> apa mekanik tuh buat tak tahu ler saya aper yang
> digudiknyer.... selepas itu dia kata spare part 
> iaitu resister tersebut nak kena order dulu dan
> pihak uspd kata kat mana-mana cawangan pun tidak ada
> stok kena dapatkan dari Proton  dalam 1-2 minggu
> lebih!? isk-isk,,, kenapa laa lama sangat nak
> dapatkan spare part tuh??? nak dikirakan kereta Waja
> tuh bukannya kereta import !!!"
> 
>           Pada 21 Mac 2001, seperti yang dijanjikan
> saya telah menelefon sama ada spare part berkenaan
> telah sampai atau belum... tetapi storekeeper
> memberitahu bahawa barang belum sampai lagi... dan
> pada masa yang sama saya bertanyakan adakah barang
> itu diambil/diperolehi dari luar negara? dan jika
> tidak mengapa mengambil masa yang agak lama...
> sedangkan jawapan beliau mengatakan bahawa barang
> tersebut diambil dari Proton, Batu 3 seterusnya saya
> menawarkan diri untuk menolong mengambilnya jika
> barang tersebut sekitar di kawasan Lembah Kelang, PJ
> atau Shah Alam tetapi beliau tidak bersetuju dengan
> cadangan saya.  Saya juga telah menyatakan bahawa
> pada hujung minggu tersebut saya sekeluarga perlu
> balik ke Kampung dan mengambil masa perjalanan yang
> agak lama untuk sampai ke distinasi disebabkan saya
> mengambilkira saya ada bayi kecil. Dan saya
> memerlukan pemasangan dan penggantian spare part
> berkenaan  dilakukan dengan segera!
> 
>           Pada 23 Mac 2001, saya menelefon semula
> tetapi kali ini saya cuba bertanyakan spare part
> berkenaan di USPD service centre di PJ menyatakan
> bahawa no. spare part yang disebutkan itu tidak ada
> di service centre tetapi telah ada di USPD Puchong.
> Kemudian barulah saya menelefon di USPD Puchong
> bertanyakan kepada storekeeper mereka dan mereka
> pada mulanya memberikan jawapan tidak sampai lagi...
> padahal dalam sistem komputer mereka telah ada stok
> berkenaan di tempat mereka. Saya telah menyuruh
> mereka memeriksa semula dan barulah mereka
> menyatakan barang yang di order telah sampai dengan
> menyatakan berbagai alasan.  Mereka menyatakan
> bahawa pihak USPD tidak sempat untuk menukar dan
> memasang  pada kereta waja saya kerana banyak kerja
> yang perlu dilakukan.? Jadi mereka mencadangkan
> supaya datang awal pada hari Selasa pagi minggu
> berikutnya. Dan terpaksalah saya menggunakan kereta
> waja saya semasa balik ke kampung ke selatan tanah
> air  dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan
> kerana apabila buka aircond pada had maksima nombor
> 4...  bunyi blower semakin kuat... dan bila dah lama
> sikit .. suhu terasa sejuk sangat dan air dah mula
> menitis bertakung kat dalam deskboard yang terletak
> sebelah kiri pemandu ... bila masa membelok ke kiri
> atau ke kanan terasa ada air melimpah dan terkena
> kipas seterusnya   melimpah dekat kapert kaki
> sebelah penumpang .... dan tidak boleh jadi nie...
> dikhutiri berlaku kejadian yang tidak diingini ...
> dan pada mulanya OK ler bile jalan lurus tetapi
> apabila kena lalu  jalan bengkang bengkok mula laa
> air aircond melempah keluar sampai tempat karpert
> banjir penuh dengan air sehingga satu masa secara
> tiba-tiba kereta terhenjut-henjut... dan enjin terus
> berhenti....dan ini berlaku 2 kali saya terhenti di
> jalan (tengah hutan). Sementara itu enjin masih 
> tidak boleh dihidupkan walaupun banyak kali dicuba.
> Akhirnya terpaksa saya memanggil AAM untuk tarik
> kereta saya...TETAPI apabila menunggu 1 jam pihak
> kereta tarik pun sampai pada masa tersebut saya
> mencuba semula untuk menghidupkan enjin alhamdulilah
> boleh hidup semula... dan saya berbincang dengan
> drive kereta tarik berkenaan bahawa saya tidak jadi
> menggunakan khidmat mereka walaupun saya dikenakan
> charge panggilan sebab pada fikiran saya tidak guna
> juga mereka tarik kereta saya ke workshop berdekatan
> sebab saya tahu mesti spare part payah hendak
> diperolehi.... nie tak pasal-pasal kereta baru (Waja
> lagi) dah buat hal.... dan saya berpendapat
> kerosakan kereta tersebut adalah lantaraan shot
> circut disebabkan air telah melempah dan membasahi
> wayer-wayer elektrik berkenaan. Saya meneruskan
> perjalanan dengan tidak membuka aircond sehingga
> saya kena bercuti pada hari berkenaan untuk
> menghantar kereta waja ke uspd Puchong pada hari
> yang dijanjikan...Bayangkan dari Johor nak belik ke
> KL tanpa aircond dengan ada baby kecil... tentu
> tidak selesa bukan??? Bayangkan jika  tuan/puan
> berada  ditempat saya bagaimana perasaan anda ketika
> itu...? Lebih baik saya menaiki kereta buruk lama
> saya dari memandu kereta 'baru' yang banyak
> ragamnya. Itulah pengalaman saya....
> 
>   2. Bab remote control;
>           Anak kunci kereta Waja nampak canggih dan
> cantik tetapi bukan main payah nak tekan punat  baru
> berbunyi itu pun dalam lingkingan 1-2 kaki sahaja
> lepas dari jarak itu nak terkucil jari kita
> menekannya tidak berbunyi-bunyi. Bila ditanya kepada
> supervisor di USPD menyatakan bahawa memang Proton
> design begitu???! Padahal kereta wira lama saya
> jarak lebih jauh lagi boleh berbunyi! (Tidak boleh
> adjust lebih jauh lagi ker?)
> 
>   Jadi kesimpulannya;
>   -Kualiti kereta waja masih belum betul-betul
> ditahap yang memuaskan...
>   -Nak dapatkan spare part waimah kereta tempatan
> pun kena tunggu berminggu-minggu...!!
>   -USPD tidak mengindahkan rungutan pengguna (tidak
> peka).
>   -Mekanik Upsd tidak berpengalaman untuk
> memperbaiki kerosakan kereta Waja...kerana selepas
> mereka membuka bahagian aircond berkenaan ;
>    i) Switch pada  resister menjadi rosak,
>   ii) Bila buka aircond - udara dari luar sama ada
> bau busuk atau asap kenderaan akan masuk ke dalam!,
>   iii)Walaupun resister blower telah digantikan
> dengan yang baru TETAPI air aircond masih
> mengalir/menitis keluar (bocor) membasihi karpert
> kereta (bahagian penumpang) sehingga kini masalah
> yang sama berulang!
> 
>   p/s: Pada masa menghantarkan kereta tersebut pada
> 27 Mac 2001, pihak mekanik itu  supaya menyuruh
> meninggalkan kereta waja berkenaan 2-3 hari untuk
> membuka kapret untuk dikeringkan semula takut busuk
> dan reput...!!! isk-isk.., sampai begitu sekali...!
> mana boleh kita nak tinggalkan ...macam mana kita
> nak pergi/balik kerja weyyy!!! dah ler nak
> tunggu/dapat giliran kena  datang subuh-subuh!!!! 
> 
>   Saya harap komen berkenaan mendapat perhatian dan
> tindakan sewajarnya dari pihak tuan.
>   Sekian, wassalam.
> 
>   Yang benar,
> 
>   Cust. Acct. #:165820
> 
> 
> 
> 
> 
>   -----Original Message-----
>   From: Amirudin Baharudin
> [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>   Sent: Thursday, March 08, 2001 3:09 PM
>   To: Batch-kita (E-mail)
>   Subject: [batch-kita]
> Proton_Waja_-_Kebanggaan_siapa?
> 
> 
>   > Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
>   > > Pemilik Bangga Proton Waja
>   > >
>   > > 2:43pm, Fri: Saya membuat tempahan untuk
> sebuah
>   > Proton Waja pada hari
>   > > pertama pelancaran kereta baru nasional
> tersebut
>   > yakni pada 31hb Ogos
>   > 2000
>   > > dan menerima kereta tersebut pada 28hb
> November.
> 
=== message truncated ===


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Get email at your own domain with Yahoo! Mail. 
http://personal.mail.yahoo.com/

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: pujangga handsome <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke