*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
ITULAH DIA KERETA KEBANGGAAN MAHADET...DAN KRONINYER....( DESIGN AWAL PUN
DIA YG DECIDE)..
----- Original Message -----
From: "pujangga handsome" <[EMAIL PROTECTED]>
To: "Jumlah Arisma" <[EMAIL PROTECTED]>
Cc: <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Tuesday, April 03, 2001 6:05 PM
Subject: Re: H-Net* Fw: Proton Waja - Kebanggaan siapa?


>
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Assalammualaikum,
>
> Pak Janggut amat bersimpati dengan karenah yang memang
> buruk yang ditunjukkan oleh USPD Service kepada
> saudara. Walaupun Pak Janggut tidak memiliki kenderaan
> jenis keluaran Proton, tapi Pak Janggut jugak ingin
> berkongsi pengalaman dengan saudara-saudara mengenai
> Proton Waja.
>
> Sahabat Pak Janggut jugak ada beli Proton Waja baru.
> Tak lama lepas tu control radio di Steering tu ntah
> macam mana ada problem, lalu dibawa ke USPD Service
> Batu Pahat, Johor.
>
> Nak tau apa jawapannya, budak service tu kata, kene
> cabut steering tu untuk hantar ke KL atau Shah Alam
> gitu lah. Pala hotak dia, kalau steering tu dah kene
> cabut, habis tu nak drive macam mana?? kan ke tak
> logic..., itu satu hal.
>
> Satu hal lagi, dia punya cermin auto salah satu
> tingkap tu pulak ada problem. Bila nak kasi naik balik
> tingkap cermin tu, macam ada over speed motor dia tu,
> jadi mengeluarkan bunyi yang agak kuat bila hampir
> tertutup sepenuhnya. Jadi dia pun pi lah hantar kat
> USPD Service Batu Pahat tu, bila dah hantar pulak, dia
> orang service kononnya, alarm pulak tak bunyi.... dah
> satu lagi hal.... isk, isk.... Lepas tu nak kene
> hantar di hari yang lain. Kalau tak silap, dia ambik
> masa lebih dua hari nak settlekan itu semua...
> bayangkan je lah....
>
> USPD Service tu pun Pak JAnggut tak tau lah,
> budak-budak yang dia ambik kerja tu agaknya reti ke
> tak reti buat kerja??? Lepas tu, kalau nak entertain
> customers pun macam lah pusat service tu bapakkkkk dia
> punya, eksyen nak mampos, dah lah tu, berbahasa pun
> tak reti. ada baiknya USPD Service kena hantar bebudak
> dia pi kursus untuk reti cakap yang menyedapkan hati
> untuk  entertain customers dia.
>
> Pak Janggut percaya, masih ramai yang ingin meluahkan
> ketidakpuashatian pada USPD dan kereta kebanggan
> mereka Proton Waja tu.
>
> Pak Janggut.
> --- Jumlah Arisma <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
> >
> > -----Original Message-----
> > From: Mohd.Sahlan Haji Ahmad
> > Sent: Sunday, April 01, 2001 1:43 AM
> > To: '[EMAIL PROTECTED]'
> > Cc: '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]';
> > '[EMAIL PROTECTED]'
> > Subject: FW: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
> > Importance: High
> > Sensitivity: Personal
> >
> >
> >   Assalamulaikum wbt. & Salam sejahtera;
> >
> >   Tuan/puan,
> >   Saya adalah salah seorang pembeli dan pengguna
> > kereta Proton Waja. Sudah hampir  4 bulan saya
> > menggunakannya. Izinkan  saya untuk  memberikan
> > komen terhadap mutu/qualiti Waja berkenaan, walaupun
> > secara zahirnya memang cukup baik jika dibanding
> > dengan kereta yang sekelas dengannya. Tetapi pada
> > masa yang sama masih banyak kelemahan yang timbul
> > apabila memakainya dikemudian hari. Masalah yang
> > dihadapi adalah seperti berikut:
> >
> >   1. Bab Penyaman udara (aircond);
> >           Pada 16 Mac 2001, selepas mencapai
> > hitungan kilometer 10k km saya telah membuat service
> > kereta di Uspd puchong dan pada masa yang sama saya
> > telah  mengadu apabila membuka aircond ada satu
> > bunyi 'bising (berdegung)' tetapi pada masa yang
> > sama aircond masih boleh lagi berfungsi. Seterusnya
> > apabila pihak USPD service memeriksa kereta saya,
> > pihak mekanik telah memberitahu saya bahawa
> > 'Resister Asmbly/blower' telah rosak dan hanya boleh
> > guna nombor 4 sahaja sementara nombor 1,2 dan 3
> > rosak! tidak boleh pakai/guna..."saya pun jadi
> > hairan dari bunyi bising terus jadi kong!!! entah
> > apa mekanik tuh buat tak tahu ler saya aper yang
> > digudiknyer.... selepas itu dia kata spare part
> > iaitu resister tersebut nak kena order dulu dan
> > pihak uspd kata kat mana-mana cawangan pun tidak ada
> > stok kena dapatkan dari Proton  dalam 1-2 minggu
> > lebih!? isk-isk,,, kenapa laa lama sangat nak
> > dapatkan spare part tuh??? nak dikirakan kereta Waja
> > tuh bukannya kereta import !!!"
> >
> >           Pada 21 Mac 2001, seperti yang dijanjikan
> > saya telah menelefon sama ada spare part berkenaan
> > telah sampai atau belum... tetapi storekeeper
> > memberitahu bahawa barang belum sampai lagi... dan
> > pada masa yang sama saya bertanyakan adakah barang
> > itu diambil/diperolehi dari luar negara? dan jika
> > tidak mengapa mengambil masa yang agak lama...
> > sedangkan jawapan beliau mengatakan bahawa barang
> > tersebut diambil dari Proton, Batu 3 seterusnya saya
> > menawarkan diri untuk menolong mengambilnya jika
> > barang tersebut sekitar di kawasan Lembah Kelang, PJ
> > atau Shah Alam tetapi beliau tidak bersetuju dengan
> > cadangan saya.  Saya juga telah menyatakan bahawa
> > pada hujung minggu tersebut saya sekeluarga perlu
> > balik ke Kampung dan mengambil masa perjalanan yang
> > agak lama untuk sampai ke distinasi disebabkan saya
> > mengambilkira saya ada bayi kecil. Dan saya
> > memerlukan pemasangan dan penggantian spare part
> > berkenaan  dilakukan dengan segera!
> >
> >           Pada 23 Mac 2001, saya menelefon semula
> > tetapi kali ini saya cuba bertanyakan spare part
> > berkenaan di USPD service centre di PJ menyatakan
> > bahawa no. spare part yang disebutkan itu tidak ada
> > di service centre tetapi telah ada di USPD Puchong.
> > Kemudian barulah saya menelefon di USPD Puchong
> > bertanyakan kepada storekeeper mereka dan mereka
> > pada mulanya memberikan jawapan tidak sampai lagi...
> > padahal dalam sistem komputer mereka telah ada stok
> > berkenaan di tempat mereka. Saya telah menyuruh
> > mereka memeriksa semula dan barulah mereka
> > menyatakan barang yang di order telah sampai dengan
> > menyatakan berbagai alasan.  Mereka menyatakan
> > bahawa pihak USPD tidak sempat untuk menukar dan
> > memasang  pada kereta waja saya kerana banyak kerja
> > yang perlu dilakukan.? Jadi mereka mencadangkan
> > supaya datang awal pada hari Selasa pagi minggu
> > berikutnya. Dan terpaksalah saya menggunakan kereta
> > waja saya semasa balik ke kampung ke selatan tanah
> > air  dengan keadaan yang tidak begitu menyenangkan
> > kerana apabila buka aircond pada had maksima nombor
> > 4...  bunyi blower semakin kuat... dan bila dah lama
> > sikit .. suhu terasa sejuk sangat dan air dah mula
> > menitis bertakung kat dalam deskboard yang terletak
> > sebelah kiri pemandu ... bila masa membelok ke kiri
> > atau ke kanan terasa ada air melimpah dan terkena
> > kipas seterusnya   melimpah dekat kapert kaki
> > sebelah penumpang .... dan tidak boleh jadi nie...
> > dikhutiri berlaku kejadian yang tidak diingini ...
> > dan pada mulanya OK ler bile jalan lurus tetapi
> > apabila kena lalu  jalan bengkang bengkok mula laa
> > air aircond melempah keluar sampai tempat karpert
> > banjir penuh dengan air sehingga satu masa secara
> > tiba-tiba kereta terhenjut-henjut... dan enjin terus
> > berhenti....dan ini berlaku 2 kali saya terhenti di
> > jalan (tengah hutan). Sementara itu enjin masih
> > tidak boleh dihidupkan walaupun banyak kali dicuba.
> > Akhirnya terpaksa saya memanggil AAM untuk tarik
> > kereta saya...TETAPI apabila menunggu 1 jam pihak
> > kereta tarik pun sampai pada masa tersebut saya
> > mencuba semula untuk menghidupkan enjin alhamdulilah
> > boleh hidup semula... dan saya berbincang dengan
> > drive kereta tarik berkenaan bahawa saya tidak jadi
> > menggunakan khidmat mereka walaupun saya dikenakan
> > charge panggilan sebab pada fikiran saya tidak guna
> > juga mereka tarik kereta saya ke workshop berdekatan
> > sebab saya tahu mesti spare part payah hendak
> > diperolehi.... nie tak pasal-pasal kereta baru (Waja
> > lagi) dah buat hal.... dan saya berpendapat
> > kerosakan kereta tersebut adalah lantaraan shot
> > circut disebabkan air telah melempah dan membasahi
> > wayer-wayer elektrik berkenaan. Saya meneruskan
> > perjalanan dengan tidak membuka aircond sehingga
> > saya kena bercuti pada hari berkenaan untuk
> > menghantar kereta waja ke uspd Puchong pada hari
> > yang dijanjikan...Bayangkan dari Johor nak belik ke
> > KL tanpa aircond dengan ada baby kecil... tentu
> > tidak selesa bukan??? Bayangkan jika  tuan/puan
> > berada  ditempat saya bagaimana perasaan anda ketika
> > itu...? Lebih baik saya menaiki kereta buruk lama
> > saya dari memandu kereta 'baru' yang banyak
> > ragamnya. Itulah pengalaman saya....
> >
> >   2. Bab remote control;
> >           Anak kunci kereta Waja nampak canggih dan
> > cantik tetapi bukan main payah nak tekan punat  baru
> > berbunyi itu pun dalam lingkingan 1-2 kaki sahaja
> > lepas dari jarak itu nak terkucil jari kita
> > menekannya tidak berbunyi-bunyi. Bila ditanya kepada
> > supervisor di USPD menyatakan bahawa memang Proton
> > design begitu???! Padahal kereta wira lama saya
> > jarak lebih jauh lagi boleh berbunyi! (Tidak boleh
> > adjust lebih jauh lagi ker?)
> >
> >   Jadi kesimpulannya;
> >   -Kualiti kereta waja masih belum betul-betul
> > ditahap yang memuaskan...
> >   -Nak dapatkan spare part waimah kereta tempatan
> > pun kena tunggu berminggu-minggu...!!
> >   -USPD tidak mengindahkan rungutan pengguna (tidak
> > peka).
> >   -Mekanik Upsd tidak berpengalaman untuk
> > memperbaiki kerosakan kereta Waja...kerana selepas
> > mereka membuka bahagian aircond berkenaan ;
> >    i) Switch pada  resister menjadi rosak,
> >   ii) Bila buka aircond - udara dari luar sama ada
> > bau busuk atau asap kenderaan akan masuk ke dalam!,
> >   iii)Walaupun resister blower telah digantikan
> > dengan yang baru TETAPI air aircond masih
> > mengalir/menitis keluar (bocor) membasihi karpert
> > kereta (bahagian penumpang) sehingga kini masalah
> > yang sama berulang!
> >
> >   p/s: Pada masa menghantarkan kereta tersebut pada
> > 27 Mac 2001, pihak mekanik itu  supaya menyuruh
> > meninggalkan kereta waja berkenaan 2-3 hari untuk
> > membuka kapret untuk dikeringkan semula takut busuk
> > dan reput...!!! isk-isk.., sampai begitu sekali...!
> > mana boleh kita nak tinggalkan ...macam mana kita
> > nak pergi/balik kerja weyyy!!! dah ler nak
> > tunggu/dapat giliran kena  datang subuh-subuh!!!!
> >
> >   Saya harap komen berkenaan mendapat perhatian dan
> > tindakan sewajarnya dari pihak tuan.
> >   Sekian, wassalam.
> >
> >   Yang benar,
> >
> >   Cust. Acct. #:165820
> >
> >
> >
> >
> >
> >   -----Original Message-----
> >   From: Amirudin Baharudin
> > [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
> >   Sent: Thursday, March 08, 2001 3:09 PM
> >   To: Batch-kita (E-mail)
> >   Subject: [batch-kita]
> > Proton_Waja_-_Kebanggaan_siapa?
> >
> >
> >   > Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
> >   > > Pemilik Bangga Proton Waja
> >   > >
> >   > > 2:43pm, Fri: Saya membuat tempahan untuk
> > sebuah
> >   > Proton Waja pada hari
> >   > > pertama pelancaran kereta baru nasional
> > tersebut
> >   > yakni pada 31hb Ogos
> >   > 2000
> >   > > dan menerima kereta tersebut pada 28hb
> > November.
> >
> === message truncated ===
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Get email at your own domain with Yahoo! Mail.
> http://personal.mail.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: pujangga handsome <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "amli" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke