*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


a/kum

Saya baru je dapat kereta Waja pada akhir bulan february 2001,selepas
menunggu 6 bulan.  Booking pada 31/8/2000...dan katanya bulan october 2000
dapat kereta....tapi cakap tak macam bikin, siapa yang huluq bawah meja 3 or
4k.....dia yg dapat dulu....Banyak sangat org complain kat HQ...so org HQ hantaq
4 org untuk buat audit di USPD bahagian utara.  Lepas depa audit tu la baru
la kami dapat......kalau tidak....tinggal duk mimpi je laaa.

Yg bestnya nak cerita...ambik 2 hari...battery dah meragam...bila start 2 ~ 3
kali
apa pun tak bunyi...masuk yg ke 4 atau lima kali baru la bunyi dan hidup enjin.
Masa ambik kereta tu mailage dah 400 km dah...katanya they dirive from KL
to Sg. Petani.  So after 1k km...bawak lah ke USPD for servicing...rupa2nya
battery tu dah kongggg.  So they promise to change a new one...suruh tunggu
1 minggu sebab mereka kata nak kena buat report ke HQ dulu......so ok lah
yg tu.   Yang paling best laginya....after servicing tu....saya bayar aje lah
apa
yang dia mintak...as usual lah tukar minyak engin..air filter & adalah lagi
other
few things.  So I espect everything is fine.  That particular day...i pi lah
ronda2
rumah member kot2 sg. petani aje lah.... so far so good.   Nak di jadikan
cerita....the next day my husband bawak kereta tu ke office....so member
dia nak tengok enjin....so hubby i bukaklah .......what a surprise....wire
coolen
yg sepatutnya duduk dalam calender & with cover tu just lying outside....
macam mana nak circulate......another thing satu lagi calender yg patut
diisi water & with cover pun tak ditutup dan setitik air pun tak ada......
yaaa alllahhhhhhh......nasib baik kami tak pegi long distance....kalau
tidak tak tau lah nak jadi apaaa.....kalau setakat kereta tu terbakar...
I tak kisah...what about kami sekeluarga???????????/ siapa yang
nak bertanggungjawab???????????/...

After seminggu I pergi lagi tempat service yg janji nak tukar battery,
Bila I tanya dia kata battery tak de lagi dan kena buat report....apa
lagi...i mula naik angin....I tanya report menatang apa lagi dah seminggu
bagi masa....report tak buat2 lagi....I tanya...battery tu ambik kat manaa??
jawabnya kedai dekat je...(lebihkurang 5 minit drive).   lepas tu dia
suruh i tunggu situ 2 jam lagi.....so angin i lagi la naik......nak pelepas
geram.....habislah kata2 yg patut i kata keluar....puas hati...than...
dia pegi ambik battery tu...within half an hour everything siap pasang.
Actually bukannya susah sangat.....jenis suka buat keja delay...
saja nak menyusahkan orang....langsung tak jaga customer....kot la
banyak kereta....masa tu only 2 cars je termasuk i punya....

Dealing dengan USPD ni kalau boleh saya nak bertaubat dah kalau
boleh elak...rasa2 tak nak dah.....dari mula booking kereta sampai
ke hari ni...tak habis2 masaalah dengannya.  Rasa hati tu nak
tolong sama2 melayu.....tapi apa dah jadi.........

allahamdulillah....tuhan lindungi kami.

---------------------- Forwarded by Zaiton Moktar/SRC on 04-04-2001 10:25 AM
---------------------------

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam

Saya tak ada Wira dan tak berhajat nak beli satu. Tapi pada dua hari yang
berbeza saya berada di salah satu cawangan EON diluar KL, sebab temankan anak
buah berurusan tentang Wira.

Pada pertama kali disitu, ada pakcik datang marah marah sebab bumper depan
Waja dia terjatuh tak semena mena dan kena ikat dengan tali rafia. Dan dihari
yang lain pula seorang pak cik yang lain juga datang complain bahawa WAja dia
baru 200 km tapi radiator dah bocor dan boleh nampak Waja dia berasap asap
dihadapan  dealership berkenaan. Mungkin kedua dua kes ini agak "isolated"
tapi saya pun macam tak percaya sampailah saya nampak dan pandang dengan mata
kepala saya sendiri.

Teman sepejabat isteri saya juga ada Waja tapi tak pernah pula dengar orang
tua tu komplen apa apa pun. Jadi persoalannya ialah tentang "consistency" ???
Kadang nak juga tanya samada ada orang Bangla, Indo atau Myammar ke yang kerja
di kilang Proton, sebab kadang memang bagus benar dan kadang rasa macam ada
pekerja yang tak cukup makan sahaja yang pasang barangan..Chief






>===== Original Message From "Jumlah Arisma" <[EMAIL PROTECTED]>
=====
>-----Original Message-----
>From: Mohd.Sahlan Haji Ahmad
>Sent: Sunday, April 01, 2001 1:43 AM
>To: '[EMAIL PROTECTED]'
>Cc: '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'; '[EMAIL PROTECTED]'
>Subject: FW: Proton Waja - Kebanggaan siapa?
>Importance: High
>Sensitivity: Personal
>
>
>  Assalamulaikum wbt. & Salam sejahtera;
>
>  Tuan/puan,
>  Saya adalah salah seorang pembeli dan pengguna kereta Proton Waja. Sudah
hampir  4 bulan saya menggunakannya. Izinkan  saya untuk  memberikan komen
terhadap mutu/qualiti Waja berkenaan, walaupun secara zahirnya memang cukup
baik jika dibanding dengan kereta yang sekelas dengannya. Tetapi pada masa
yang sama masih banyak kelemahan yang timbul apabila memakainya dikemudian
hari. Masalah yang dihadapi adalah seperti berikut:
>
>  1. Bab Penyaman udara (aircond);
>          Pada 16 Mac 2001, selepas mencapai hitungan kilometer 10k km saya
telah membuat service kereta di Uspd puchong dan pada masa yang sama saya
telah  mengadu apabila membuka aircond ada satu bunyi 'bising (berdegung)'
tetapi pada masa yang sama aircond masih boleh lagi berfungsi. Seterusnya
apabila pihak USPD service memeriksa kereta saya, pihak mekanik telah
memberitahu saya bahawa 'Resister Asmbly/blower' telah rosak dan hanya boleh
guna nombor 4 sahaja sementara nombor 1,2 dan 3 rosak! tidak boleh
pakai/guna..."saya pun jadi hairan dari bunyi bising terus jadi kong!!! entah
apa mekanik tuh buat tak tahu ler saya aper yang digudiknyer.... selepas itu
dia kata spare part  iaitu resister tersebut nak kena order dulu dan pihak
uspd kata kat mana-mana cawangan pun tidak ada stok kena dapatkan dari Proton
dalam 1-2 minggu lebih!? isk-isk,,, kenapa laa lama sangat nak dapatkan spare
part tuh??? nak dikirakan kereta Waja tuh bukannya kereta import !!!"
>
>          Pada 21 Mac 2001, seperti yang dijanjikan saya telah menelefon sama
ada spare part berkenaan telah sampai atau belum... tetapi storekeeper
memberitahu bahawa barang belum sampai lagi... dan pada masa yang sama saya
bertanyakan adakah barang itu diambil/diperolehi dari luar negara? dan jika
tidak mengapa mengambil masa yang agak lama... sedangkan jawapan beliau
mengatakan bahawa barang tersebut diambil dari Proton, Batu 3 seterusnya saya
menawarkan diri untuk menolong mengambilnya jika barang tersebut sekitar di
kawasan Lembah Kelang, PJ atau Shah Alam tetapi beliau tidak bersetuju dengan
cadangan saya.  Saya juga telah menyatakan bahawa pada hujung minggu tersebut
saya sekeluarga perlu balik ke Kampung dan mengambil masa perjalanan yang agak
lama untuk sampai ke distinasi disebabkan saya mengambilkira saya ada bayi
kecil. Dan saya memerlukan pemasangan dan penggantian spare part berkenaan
dilakukan dengan segera!
>
>          Pada 23 Mac 2001, saya menelefon semula tetapi kali ini saya cuba
bertanyakan spare part berkenaan di USPD service centre di PJ menyatakan
bahawa no. spare part yang disebutkan itu tidak ada di service centre tetapi
telah ada di USPD Puchong. Kemudian barulah saya menelefon di USPD Puchong
bertanyakan kepada storekeeper mereka dan mereka pada mulanya memberikan
jawapan tidak sampai lagi... padahal dalam sistem komputer mereka telah ada
stok berkenaan di tempat mereka. Saya telah menyuruh mereka memeriksa semula
dan barulah mereka menyatakan barang yang di order telah sampai dengan
menyatakan berbagai alasan.  Mereka menyatakan bahawa pihak USPD tidak sempat
untuk menukar dan memasang  pada kereta waja saya kerana banyak kerja yang
perlu dilakukan.? Jadi mereka mencadangkan supaya datang awal pada hari Selasa
pagi minggu berikutnya. Dan terpaksalah saya menggunakan kereta waja saya
semasa balik ke kampung ke selatan tanah air  dengan keadaan yang tidak begitu
menyenangkan kerana apabila buka aircond pada had maksima nombor 4...  bunyi
blower semakin kuat... dan bila dah lama sikit .. suhu terasa sejuk sangat dan
air dah mula menitis bertakung kat dalam deskboard yang terletak sebelah kiri
pemandu ... bila masa membelok ke kiri atau ke kanan terasa ada air melimpah
dan terkena kipas seterusnya   melimpah dekat kapert kaki sebelah penumpang
.... dan tidak boleh jadi nie... dikhutiri berlaku kejadian yang tidak
diingini ... dan pada mulanya OK ler bile jalan lurus tetapi apabila kena lalu
 jalan bengkang bengkok mula laa air aircond melempah keluar sampai tempat
karpert banjir penuh dengan air sehingga satu masa secara tiba-tiba kereta
terhenjut-henjut... dan enjin terus berhenti....dan ini berlaku 2 kali saya
terhenti di jalan (tengah hutan). Sementara itu enjin masih  tidak boleh
dihidupkan walaupun banyak kali dicuba. Akhirnya terpaksa saya memanggil AAM
untuk tarik kereta saya...TETAPI apabila menunggu 1 jam pihak kereta tarik pun
sampai pada masa tersebut saya mencuba semula untuk menghidupkan enjin
alhamdulilah boleh hidup semula... dan saya berbincang dengan drive kereta
tarik berkenaan bahawa saya tidak jadi menggunakan khidmat mereka walaupun
saya dikenakan charge panggilan sebab pada fikiran saya tidak guna juga mereka
tarik kereta saya ke workshop berdekatan sebab saya tahu mesti spare part
payah hendak diperolehi.... nie tak pasal-pasal kereta baru (Waja lagi) dah
buat hal.... dan saya berpendapat kerosakan kereta tersebut adalah lantaraan
shot circut disebabkan air telah melempah dan membasahi wayer-wayer elektrik
berkenaan. Saya meneruskan perjalanan dengan tidak membuka aircond sehingga
saya kena bercuti pada hari berkenaan untuk menghantar kereta waja ke uspd
Puchong pada hari yang dijanjikan...Bayangkan dari Johor nak belik ke KL tanpa
aircond dengan ada baby kecil... tentu tidak selesa bukan??? Bayangkan jika
tuan/puan berada  ditempat saya bagaimana perasaan anda ketika itu...? Lebih
baik saya menaiki kereta buruk lama saya dari memandu kereta 'baru' yang
banyak ragamnya. Itulah pengalaman saya....
>
>  2. Bab remote control;
>          Anak kunci kereta Waja nampak canggih dan cantik tetapi bukan main
payah nak tekan punat  baru berbunyi itu pun dalam lingkingan 1-2 kaki sahaja
lepas dari jarak itu nak terkucil jari kita menekannya tidak berbunyi-bunyi.
Bila ditanya kepada supervisor di USPD menyatakan bahawa memang Proton design
begitu???! Padahal kereta wira lama saya jarak lebih jauh lagi boleh berbunyi!
(Tidak boleh adjust lebih jauh lagi ker?)
>
>  Jadi kesimpulannya;
>  -Kualiti kereta waja masih belum betul-betul ditahap yang memuaskan...
>  -Nak dapatkan spare part waimah kereta tempatan pun kena tunggu
berminggu-minggu...!!
>  -USPD tidak mengindahkan rungutan pengguna (tidak peka).
>  -Mekanik Upsd tidak berpengalaman untuk memperbaiki kerosakan kereta
Waja...kerana selepas mereka membuka bahagian aircond berkenaan ;
>   i) Switch pada  resister menjadi rosak,
>  ii) Bila buka aircond - udara dari luar sama ada bau busuk atau asap
kenderaan akan masuk ke dalam!,
>  iii)Walaupun resister blower telah digantikan dengan yang baru TETAPI air
aircond masih mengalir/menitis keluar (bocor) membasihi karpert kereta
(bahagian penumpang) sehingga kini masalah yang sama berulang!
>
>  p/s: Pada masa menghantarkan kereta tersebut pada 27 Mac 2001, pihak
mekanik itu  supaya menyuruh meninggalkan kereta waja berkenaan 2-3 hari untuk
membuka kapret untuk dikeringkan semula takut busuk dan reput...!!! isk-isk..,
sampai begitu sekali...! mana boleh kita nak tinggalkan ...macam mana kita nak
pergi/balik kerja weyyy!!! dah ler nak tunggu/dapat giliran kena  datang
subuh-subuh!!!!
>
>  Saya harap komen berkenaan mendapat perhatian dan tindakan sewajarnya dari
pihak tuan.
>  Sekian, wassalam.
>
>  Yang benar,
>
>  Cust. Acct. #:165820
>
>
>
>
>
>  -----Original Message-----
>  From: Amirudin Baharudin [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>  Sent: Thursday, March 08, 2001 3:09 PM
>  To: Batch-kita (E-mail)
>  Subject: [batch-kita] Proton_Waja_-_Kebanggaan_siapa?
>
>
>  > Kereta nasional terbaru dijual tanpa alat ganti
>  > > Pemilik Bangga Proton Waja
>  > >
>  > > 2:43pm, Fri: Saya membuat tempahan untuk sebuah
>  > Proton Waja pada hari
>  > > pertama pelancaran kereta baru nasional tersebut
>  > yakni pada 31hb Ogos
>  > 2000
>  > > dan menerima kereta tersebut pada 28hb November.
>  > >
>  > > Pada 11hb Disember, kereta saya yang dipandu oleh
>  > abang saya mengalami
>  >
>  > > kemalangan. Bermulalah episod gelap dalam hidup
>  > saya. Oleh kerana
>  > tidak
>  > > mengetahui sangat selok-belok prosidur kemalangan,
>  > abang saya menerima
>  >
>  > terus
>  > > pelawaan operator trak tunda untuk menunda kereta
>  > tersebut ke bengkel
>  > > mereka. Tempat kemalangan di depan Nanyang Siang
>  > Pao pada jam 1.34
>  > petang.
>  > > Bengkel kereta pula di Klang.
>  > >
>  > > Pada malam tersebut kami dua beradik membuat
>  > laporan polis di Petaling
>  >
>  > Jaya.
>  > > Gambar foto diambil. Selepas itu kami bergegas ke
>  > bengkel tersebut dan
>  >
>  > > diberitahu oleh pemilik bengkel tersebut bahawa
>  > mereka tidak dapat
>  > membaiki
>  > > kereta saya kerana alat ganti kereta tersebut
>  > sukar diperolehi dari
>  > > pengeluar. Saya dikenakan bayaran sebanyak RM200
>  > sebagai upah tunda.
>  > Saya
>  > > membayar wang tersebut.
>  > >
>  > > Saya kemudiannya menelefon beberapa kenalan yang
>  > pakar dalam hal-hal
>  > ini,
>  > > dan akhirnya setuju untuk menghantar kereta
>  > tersebut ke bengkel
>  > seorang
>  > > daripada mereka.
>  > >
>  > > Saya membuat laporan di pejabat insurans kereta
>  > pada hari berikutnya.
>  > Dan
>  > > sehingga kini, berlalunya hampir tiga bulan, saya
>  > masih belum mendapat
>  >
>  > > apa-apa keputusan tentang kereta saya tersebut.
>  > Saya terpaksa membayar
>  >
>  > > 'instalment' sebanyak RM865 dan pada masa yang
>  > sama saya terpaksa
>  > membayar
>  > > kereta sewa sebanyak RM500 sebulan yang saya
>  > gunakan hari-hari untuk
>  > ke
>  > > tempat kerja.
>  > >
>  > > Setelah puas mengejar insurans, 'adjuster',
>  > bengkel, pengedar kereta
>  > dan
>  > > Proton sendiri, saya masih tidak diberi apa-apa
>  > keputusan. Apakah
>  > seterusnya
>  > > yang perlu saya lakukan lagi? Keadaan kewangan
>  > saya makin meleset.
>  > >
>  > > Persoalannya, bagaimanakah Proton boleh
>  > membenarkan atau mengedarkan
>  > kereta
>  > > Proton Waja sedangkan alat ganti masih tiada di
>  > pasaran, bukan sahaja
>  > alat
>  > > ganti, malah 'master parts number' dan nombor siri
>  > masih tidak
>  > dikeluarkan.
>  > > Jika ada pemilik Waja yang mengalami nasib yang
>  > sama seperti saya,
>  > sila
>  > > e-mail saya di [EMAIL PROTECTED]
>  >
>
>
>
>  Your use of Yahoo! Groups is subject to http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------
 Get your FREE web-based e-mail and newsgroup access at:
                http://MailAndNews.com

 Create a new mailbox, or access your existing IMAP4 or
 POP3 mailbox from anywhere with just a web browser.
------------------------------------------------------------


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: chief <[EMAIL PROTECTED]>




 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke