Dah tenat, semakin parah, dah nak nazak dah kot sdr?
 
Saya mengagongkan anwar? Pada saya kalau sungguh Anwar bersalah, adili-lah dengan undang-undang Allah, tanpa saksi-saksi munafiq, kerana itu adalah kehendak dan perintahNya:
 
Surah Al-Maaidah:

48) Dan Kami telah turunkan kepada mu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;

maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang...

49) Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu. Jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.

50) Apakah hukuman jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?

Bagaimana? Atau sdr juga tidak redha dengan hukum Allah swt? Undang-undang manusia dan logik mahathir lebih adil?
 
Kenapa terus berusaha membuka pekung didada sendiri???
Tidakkah sdr mengikuti perkembangan?
 
Kenapa keterangan Sukma dan Munawar didalam mahkamah ditolak, tetapi "pengakuan" semasa didalam tahanan polis diterima?
Bukankah Sukma dan Munawar telah membuat pengakuan bahawa mereka telah dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan palsu?
Sdr lupa atau buat-buat lupa?
 
Tidakkah sdr mengikuti perkembangan berikut berdasarkan pada berita bertarikh 12-Mei-2001 lalu:
 
>>>>>>>>>
5 pertuduhan jenayah terhadap Anwar ditarik balik

KUALA LUMPUR 12 Mei - Pihak pendakwaan hari ini menarik balik lima pertuduhan jenayah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertuduhan itu adalah empat dakwaan meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan satu kes rasuah menyalah guna kuasa mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Abdul Hamid yang mewakili pihak pendakwaan memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi yang bersidang di bilik mesyuarat pentadbiran Penjara Sungai Buloh dekat sini pagi ini.

Bagaimanapun Azhar tidak menyatakan apa-apa alasan atau sebab pengguguran pertuduhan terhadap Anwar.

Sejurus sidang bermula pukul 9.43 pagi, seorang jurubahasa menyebut lima lagi kes jenayah terhadap Anwar di hadapan Hakim Datuk S. Augustine Paul.

Azhar lalu bangun memberitahu bahawa pihak pendakwa menarik balik kesemua baki pertuduhan yang disebutkan itu.

Selepas itu, Hakim Augustine memerintahkan Anwar, 53, dilepaskan dan dibebaskan daripada lima pertuduhan tersebut.

Hakim Augustine juga mengesahkan kepada peguam bela Anwar, Christopher Fernando dengan membaca nombor-nombor lima kes yang ditarik balik itu.

Peguam-peguam yang turut mewakili Anwar ialah Gurbachan Singh, Zulkifli Noordin, Pawancheek Marican dan S.N. Nair.

Sebelum itu, Anwar dengan berkerusi roda dan memakai penyokong leher dikawal ketat ketika dibawa keluar dari sel penjara pada kira-kira pukul 8.45 pagi menuju ke bilik menunggu di pejabat pentadbiran Penjara Sungai Buloh.

Sementara menunggu mahkamah bersidang, Anwar dilihat menemui isterinya, Datin

Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, lima orang anak perempuannya, bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan juga adik beradiknya.

Isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Nasional, Wan Azizah memberitahu media bahawa beliau bersyukur mengenai keputusan hari ini.

Pertuduhan yang ditarik balik itu ialah empat kes yang dihadapi oleh Anwar atas tuduhan meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; penulis ucapannya, Dr. Munawar Ahmad Anees; seorang pereka fesyen, Mior Abdul Razak Yahya dan seorang lelaki bernama Hairani Mohd. Naffis di antara tahun 1992 dan Mei 1995.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm

<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Tidak hairan juga kalau Haji Hadi terpedaya dengan fitnah-fitnah yang dikeluarkan oleh puak-puak umno...

Hebat sungguh fitnah puak-puak umno ni ya!!!

Tang fitnah ni I bagi salute kat sdr ali183!!!

-----Original Message-----
From: ali183 [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
Sent: Monday, May 21, 2001 3:03 PM
To: Hassan, Haslim
Subject: Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan

syabas sdr
kerana mengagong manusia munafiq macam anwar

kes meliwatnya bukan setakat azizan

sukma
munawar
hairani
mior

oleh kerana iblis membantu dipintu hati sdr
teruskan lah, kerna Hj Hadi pun
pernah berucap di depan pelajar di South Australia
mengatakan  Anwar Ibrahim adalah seorang  PELIWAT
Adakah Hj hadi itu munafiq selepas menjadi MB?

Sila telepon Dr Muzaffar di Hospital Sultanah Aminah JB
untuk kepastian.  Keran a beliau adalah pelajar yang mendengar
ucapan munafiq Hj Hadi semasa Di Australia.

Hassan, Haslim wrote:
EEC072DD91A7D411AC1100B0D0781A3F19EE@malzpfile01" type="cite">
Tampak sungguh yang sdr ali183 semakin tenat !!!
 
Jelas sdr begitu kuat dan gemar melempar fitnah dan menggunakan kata-kata lucah!
Inilah imej yang sdr banggakan sebagai orang yang mengaku Islam???
 
Hakikat apa??
Terserlah ketenatan sdr yang parah dalam paranoia...
Mungkin pemikiran sdr terlampau tumpul dan karat untuk menerima dan memahami realiti!!!
Kan saya sudah mengutarakan yang isu ini, even ramai orang kuat umno sendiri pun masih tidak menerima hakikat tersebut!
 
Hakikat yang JELAS iaitu saksi utama (Azizan Abu Bakar, terbukti fasik, kenyataan yang berbolak-balik) yang persaksiannya tidak boleh diterima oleh Islam dan akal yang sejahtera!!!
 
Kesian! Cubalah risik-risik pada orang umno yang boleh dipercayai (yang mana tak akan kelentong sdr)!
Sdr lupa ke yang kami ni kan bekas orang umno dan masih terdapat saudara-mara kami yang masih umno!
 
Sekali lagi, mana fakta sdr ali183 kalau nak tabur fitnah pun? Atau pun sdr memang tak mampu nak keluarkan fakta??
EEC072DD91A7D411AC1100B0D0781A3F19E9@malzpfile01" type="cite">
 


Kirim email ke