*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Assalamu'alaikum,

Saya tertarik dengan pertanyaan Saudara Jaafar ini:

">Adakah perjuangan kita untuk menjatuhkan seorang individu dan
>memertabatkan seorang individu?."

Pada saya, menjatuhkan atau menaikkan individu tertentu bukanlah isunya lagi. Seorang individu besar telah menjatuhkan seorang lagi individu besar sudah menjadi titik hitam dalam lipatan sejarah. Kini, isunya lebih besar dari isu individu. Isunya ialah kepincangan pentadbiran kerajaan dibawah pimpinan BN sejak lebih 43 tahun lalu. Bukti-buktinya mulai keluar selepas titik hitam sejarah tersebut.

APa buktinya? Agak susah saya nak ulaskan bukti-buktinya. Sebab, secara individu saya tiada data mahupun kepakaran untuk dibentangkan.

Jadi, saya berikan alternatif dimana saudara-saudari semua boleh mencari bukti kepincangan pemerintahan BN, samada peringkat negeri mahupun pusat:

Buktinnya terjawab dalam Harakah edisi 1-14 Jun, ada 3 artikel yang boleh menjawab soalan ini, iaitu:
"Development or Opression for Bakun Settlers?" oleh Dr Syed Hussin Ali, m/s 12
"The Bumiputra Equation" oleh Al Ikhlas, m/s 13 dan
"Projek Megah di Tengah Kemiskinan Rakyat" oleh Dato' Hj Fadzil Noor (ucapan ketika membahaskan RMK-8 di dewan Rakyat). Fikrah (sisipan Harakah, m/s 2).

Jika kalian mahu tahu apa sebabnya semakin ramai rakyat mulai meninggalkan BN malahan bersikap kurang manis terhadap BN, silalah baca ketiga-tiga artikel tersebut. Jika tidak mahu belipun, silalah pinjam dari rakan anda. InsyaAllah sekelumit dari buktinya ada disitu.

Selepas membacanya, saya merasa teramat sedih memikirkan betapa pincangnya cara BN memerintah selama ini. Betapa silapnya saya dahulu ketika menjadi ahli UMNO. Bukanlah kerana menjadi ahli UMNO itu tidak Islamik, tetapi kerana saya telah sama-sama bersubahat menobatkan pemimpin negara yang amat pincang pentadbirannya.

Namun, yang lepas itu lepaslah. Tak guna menyesalinya lagi. Yang akan datang mesti dirancang supaya keadaan berubah.

Wassalam.

****** Original Message ******
>From: jaafar [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
>
>Adakah perjuangan kita untuk menjatuhkan seorang individu dan
>memertabatkan seorang individu?.


:)
http://www.1234Money.org
List of 'Get Paid To Surf programs
Senarai program 'Dibayar Untuk Layari Internet'

__________________________________________________________________
TheMail.com - Internet Email
Sign-up today at http://www.themail.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Pengirim: [EMAIL PROTECTED]

Kirim email ke