*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


saudara Jaafar,
saudara sekadar pandai bercakap" dalam email sahaja........
cubalah saudara berjuang dalam alam realiti sebenar...........buka mata 
buka minda lihat sekeliling dan kaji disebalik setiap sesuatu itu......
mungkin masanya belum terkena penganiayaan kpd diri saudara 
sendiri..........

-----Original Message-----
From:   jaafar [SMTP:[EMAIL PROTECTED]]
Sent:   Wednesday, May 23, 2001 3:43 AM
To:     Hassan, Haslim
Cc:     'ali183'; [EMAIL PROTECTED]
Subject:        Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan

Asalamualaikum,
Saya tidak pasti hendak menjawab persoalan ini, relatif dan tidak ada
penyudahnya.

Pemangkin?... adakah itu satu-satunya pemangkin,sedang pemangkin roti
pun ada macam-macam kulat yang digunakan.

Perjuangan individu atau umah,syariat Islam?.Perhimpunan,memorendum,,,
dan lain-lain adakah untuk menegakan syariat Islam?.Adakah perhimpunan
itu untuk tekanan menjadikan sumber Islam sebagai sumber perundangan
Islam?...Black 14 itu untuk apa?

Adakah perjuangan kita untuk menjatuhkan seorang individu dan
memertabatkan seorang individu?.


"Hassan, Haslim" wrote:

>  Wa'alaikumussalam wbt,Keinginan sdr agar keadilan dan hukum Allah
> tertegak dimuka bumi ini juga sama di-impikan ramai muslimin yang
> lain. Oleh kerana perbincangan di Hizbi lebih banyak berkisar dan
> fokus disekitar kes Anwar, ini tidak lah bermakna keadilan dan
> undang-undang Allah hanya untuk kes Anwar sahaja. Diharap sdr tidak
> terus bersalah anggapan tentang isu ini.Sebenar isu perlaksanaan
> undang-undang Allah ini telah lama bangkit cuma tidak sehebat setelah
> isu kes Anwar menjadi hangat. Pada saya, kes Anwar ini menjadi
> PEMANGKIN dan pehangat untuk semangat tuntutan perlaksanaan
> undang-undang Allah.Kalau sdr perhatikan, terdapat beberapa pihak yang
> sejak dari dulu lagi memerhatikan dan mengambil contoh ungkapan
> pemimpin kita terutamanya yang berhubung-kait dengan pemahaman,
> penerimaan dan perlaksanaan undang-undang Allah (perasan tak sdr
> tentang adanya pihak yang menyimpan ungkapan-ungkapan PM terutamanya
> yang berkaitan dengan hukum hudud dan konsep-konsep lain yang
> berkaitan dengan Islam even sejak bertahun-tahun dahulu, jauh sebelum
> kes Anwar timbul.Kadang-kadang kedengaran juga laungan, teguran,
> diskusi, tapi sering tenggelam timbul dan kurang mendapat
> sambutan.Tuntutan hukum Allah juga seringkali di-utarakan di parlimen
> even long before kes Anwar ni timbul.Cuba saudara bayangkan,
> katakanlah Mr. X (contoh rakyat marhain yang tidak dikenali umum) yang
> mengalami kes yang serupa spt Anwar, adakah ianya akan menjadi tumpuan
> segala pihak media, kerajaan, ngo, seluruh masyarakat??Dengan
> bangkitnya isu kes Anwar ini, ramai pihak yang mula tersedar akan
> tuntutan perlaksanaan undang-undang Allah ini. Kes ini juga membantu
> laungan untuk perlaksanaan hukum-hukum semakin lantang kedengaran.
> Kalau kes Anwar sebagai sebab-musabab dan titik tolak terlaksananya
> hukum-hukum Allah dimasa akan datang, bukankah perlaksanaan itu nanti
> untuk masyarakat yang akan datang?Walaupun pada lahirnya ianya
> seolah-olah untuk individu, kalau terlaksana, bukankah ianya untuk
> semua?Kalau dulu ramai yang malu-malu untuk membicara tentang hukum
> hudud, hukum Allah, kini ramai sudah lebih lantang
> menyuarakannya..Mengenai Kelantan & Terengganu, kalau sdr meletakkan
> diri sdr di tempat pemimpin tersebut, dan juga dengan mengambil kira
> kedudukan realiti peruntukan undang-undang yang ada ketika ini
> termasuk undang-undang persekutuan (tidak lupa juga tentangan dari
> kerajaan pusat yang juga yang secara langsung memonopoli penggubalan
> dasar dan perlembagaan), adakah sdr mampu melakukannya?Antara
> perenggan akhir sdr, iaitu semua orang tidak maksum, maka sebaiknya
> sdr menerima mereka sebagai tidak maksum, bukan menolak mereka kerana
> tidak maksum. Oleh kerana tiada siapa lagi yang maksum, maka siapa
> pula yang sdr akan terima? Atau sdr mulakan suatu inisiatif dan
> alternatif perjuangan yang lebih baik?Atau kita hancurkan dan gagalkan
> sahaja platform perjuangan yang sedia ada?Akhir kata, mereka-mereka
> yang pada lahirnya memperjuangkan keadilan untuk Anwar, bukankah
> mereka pada hakikatnya memperjuangkan untuk orang lain (iaitu bukan
> diri mereka sendiri)???Wassalam.
>
>      -----Original Message-----
>      From: jaafar [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>      Sent: Monday, May 21, 2001 8:10 AM
>      To: Hassan, Haslim
>      Cc: 'ali183'; [EMAIL PROTECTED]
>      Subject: Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada
>      tohmahan
>
>      Asalamualaikum...
>      Dalam banyak-banyanj  kes liwat, kes Anwar sahaja kah yang
>      memerlukan saksi yang tidak munafiq dan memerlukan Hukum
>      Allah?.
>
>      Kes Anwar bukan kes yang dikira terpinggir, tetapi sudah
>      banyak.. sebelum dan sesudah dan baru-baru ini. Saya berasa
>      terpinga-pinga... ada kah keadilan hanya perlu pada
>      Anwar?... adakah Hukum Allah untuk manusia sejagat.
>      Sendiwara apa yang sedang ditayangkan oleh manusia2
>      sekarang?.
>
>      Semasa Anwarr didalam kelompok ini, tiada suara-suara
>      sumbang yang kedengaran mempertikai sistem yang diguna pakai
>      hingga sekarang....  kadang kadang umat bosan dengan
>      sendiwara-sendiwara yang dikatakan mendapat box ofis... apa
>      yang dapat dikenal pasti cuma ialah pemidato-pemidato yang
>      mempunyai matlamat peribadi.. yang dulu menyangjung sistem
>      yang ada sekarang.
>
>      Saya amat menyanjungi para penyokong yang strategis, pakar
>      strategi yang mempunyai matlamat tersndiri.. perlu
>      difikirkan adakah mereka ini merangka strategi untuk manusia
>      sejagat?.merangka strategi perjuangan untuk umat yang yang
>      terdahulu,sekarang dan yang akan datang?.
>
>      Tolong jangan berjuang untuk individu dan kalau nak
>      menjatuhkan.. jatuhkan individu.. kerana sistem yang ada
>      bukan kerana ada seorang individu.. kerana yang menjayakan
>      sistem yang ada sebab adanya orang-orang yang seperti kita.
>
>      Kalau jatuhnya sseorang individu itu belum tentu akan
>      timbulnya sistem yang kita katakan sistem Islam... biar
>      siapa pun yang berada  diatas itu belum pasti akan terlaksa
>      hukum-hukum Allah... tengok lah apa yang terjadi di Kelantan
>      dan di Terangganu... tidak juga mengimplimen Hukum Allah
>      sepenuhnya... apa yang diimplimen hanya menuding jari.. ini
>      salah saper... saper tak bagi... halangan siapa... logiknya
>      tidak ada.Kalau sudah diimplimen baru nampak kelemahan dan
>      halangan.Sekarang tidak lagi nampak kelemahan dan halangan..
>      cuma dengan kata-kata, lidah tidak bertulang... siapa yang
>      petah dia menjadi juara dan boleh mempengaruhi umat.. siapa
>      yang gagap macam Hishammuddin.. maka mesejnya kurang dan
>      kurang berpengarruh.... Berbeza dengan Mahfuz juara pidato..
>      siapa yang boleh mengalahkan dia untuk bercakap... bila
>      berberceramah berduyun-duyun lah pemintnya nya hadir...
>      makcik-makcik pun ramai yang berminat siapa yang tidak kenal
>      Mahfuz yang boleh memikat penonton dengan hanya bercakap.
>      setiap hari diserata pelusok negara...  yang heran dalam
>      kata-kata tidak boleh menyampai maklumat dan bersuara...
>      suara orang Pas lah yang berkumandang... suara Raja KOmando
>      yang berkumandang di Taman Sri Andalas... siapa yang tidak
>      kenal dengan raja Komando di Andalas.. maleh nak cakap.
>
>      Sekian rasa tidak puas hati dengan pejuang-pejuang puak-puak
>      tertentu... bagi saya semua orang tidak maksum.. bukan saya
>      sahaja termasuk saudara-saudara juga... jadinya usahlah
>      MELAMPAU menyatakan kesalahan orang lain... ingatlah diri
>      kita pun tidak sering dibuat kesalahan... Adakah
>      saudara-saudara Maksum macam Nabi?.Baik orang orang UMNO
>      atau PAS..atau KEADILAN...sama sahaja.. berjuang untuk Parti
>      belum tentu berjuang untuk umat manusia.
>
>      Usah lah  menjadi tamak memperjuangkan hak sendiri..
>      melalaikan hak orang lain.
>
>
>
>
>      "Hassan, Haslim" wrote:
>
>     > Dah tenat, semakin parah, dah nak nazak dah kot sdr?Saya
>     > mengagongkan anwar? Pada saya kalau sungguh Anwar
>     > bersalah, adili-lah dengan undang-undang Allah, tanpa
>     > saksi-saksi munafiq, kerana itu adalah kehendak dan
>     > perintahNya:Surah Al-Maaidah:
>     >
>     > 48)Dan Kami telah turunkan kepada mu Al-Qur'an dengan
>     > membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya iaitu
>     > kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian
>     > terhadap kitab-kitab yang lain itu;
>     >
>     > maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah
>     > turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka
>     > dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu.
>     > Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan
>     > dan jalan yang terang...
>     >
>     > 49)Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka
>     > menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu
>     > mengikuti hawa nafsu mereka. Dan berhati-hatilah kamu
>     > terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari
>     > sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu. Jika
>     > mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah),
>     > maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah mengkehendaki
>     > akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan sebahagian
>     > dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia
>     > adalah orang-orang yang fasik.
>     >
>     > 50)Apakah hukuman jahiliyah yang mereka kehendaki dan
>     > (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah
>     > bagi orang-orang yang yakin?Bagaimana? Atau sdr juga tidak
>     > redha dengan hukum Allah swt?Undang-undang manusia dan
>     > logik mahathir lebih adil?Kenapa terus berusaha membuka
>     > pekung didada sendiri???Tidakkah sdr mengikuti
>     > perkembangan?Kenapa keterangan Sukma dan Munawar didalam
>     > mahkamah ditolak, tetapi "pengakuan" semasa didalam
>     > tahanan polis diterima?Bukankah Sukma dan Munawar telah
>     > membuat pengakuan bahawa mereka telah dipaksa oleh polis
>     > untuk membuat pengakuan palsu?Sdr lupa atau buat-buat
>     > lupa?Tidakkah sdr mengikuti perkembangan berikut
>     > berdasarkan pada berita bertarikh 12-Mei-2001
>     > lalu:>>>>>>>>>5 pertuduhan jenayah terhadap Anwar ditarik
>     > balik
>     >
>     > KUALA LUMPUR 12 Mei - Pihak pendakwaan hari ini menarik
>     > balik lima pertuduhan jenayah terhadap bekas Timbalan
>     > Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
>     >
>     > Pertuduhan itu adalah empat dakwaan meliwat di bawah
>     > Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan satu kes rasuah menyalah
>     > guna kuasa mengikut Seksyen 2(1) Ordinan No. 22
>     > (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
>     >
>     > Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Abdul Hamid yang mewakili
>     > pihak pendakwaan memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah
>     > Tinggi yang bersidang di bilik mesyuarat pentadbiran
>     > Penjara Sungai Buloh dekat sini pagi ini.
>     >
>     > Bagaimanapun Azhar tidak menyatakan apa-apa alasan atau
>     > sebab pengguguran pertuduhan terhadap Anwar.
>     >
>     > Sejurus sidang bermula pukul 9.43 pagi, seorang jurubahasa
>     > menyebut lima lagi kes jenayah terhadap Anwar di hadapan
>     > Hakim Datuk S. Augustine Paul.
>     >
>     > Azhar lalu bangun memberitahu bahawa pihak pendakwa
>     > menarik balik kesemua baki pertuduhan yang disebutkan itu.
>     >
>     > Selepas itu, Hakim Augustine memerintahkan Anwar, 53,
>     > dilepaskan dan dibebaskan daripada lima pertuduhan
>     > tersebut.
>     >
>     > Hakim Augustine juga mengesahkan kepada peguam bela Anwar,
>     > Christopher Fernando dengan membaca nombor-nombor lima kes
>     > yang ditarik balik itu.
>     >
>     > Peguam-peguam yang turut mewakili Anwar ialah Gurbachan
>     > Singh, Zulkifli Noordin, Pawancheek Marican dan S.N. Nair.
>     >
>     > Sebelum itu, Anwar dengan berkerusi roda dan memakai
>     > penyokong leher dikawal ketat ketika dibawa keluar dari
>     > sel penjara pada kira-kira pukul 8.45 pagi menuju ke bilik
>     > menunggu di pejabat pentadbiran Penjara Sungai Buloh.
>     >
>     > Sementara menunggu mahkamah bersidang, Anwar dilihat
>     > menemui isterinya, Datin
>     >
>     > Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, lima orang anak
>     > perempuannya, bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan juga
>     > adik beradiknya.
>     >
>     > Isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Nasional,
>     > Wan Azizah memberitahu media bahawa beliau bersyukur
>     > mengenai keputusan hari ini.
>     >
>     > Pertuduhan yang ditarik balik itu ialah empat kes yang
>     > dihadapi oleh Anwar atas tuduhan meliwat adik angkatnya,
>     > Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; penulis ucapannya, Dr.
>     > Munawar Ahmad Anees; seorang pereka fesyen, Mior Abdul
>     > Razak Yahya dan seorang lelaki bernama Hairani Mohd.
>     > Naffis di antara tahun 1992 dan Mei 1995.
>     >
>     > 
ttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0513&pub=utusan_mal  
aysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm
>     >
>     > <<<<<<<<<<<<<<<<<<
>     >
>     > Tidak hairan juga kalau Haji Hadi terpedaya dengan
>     > fitnah-fitnah yang dikeluarkan oleh puak-puak umno...
>     >
>     > Hebat sungguh fitnah puak-puak umno ni ya!!!
>     >
>     > Tang fitnah ni I bagi salute kat sdr ali183!!!
>     >
>     >      -----Original Message-----
>     >      From: ali183 [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>     >      Sent: Monday, May 21, 2001 3:03 PM
>     >      To: Hassan, Haslim
>     >      Subject: Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya
>     >      tunduk kepada tohmahan
>     >      syabas sdr
>     >      kerana mengagong manusia munafiq macam anwar
>     >
>     >      kes meliwatnya bukan setakat azizan
>     >
>     >      sukma
>     >      munawar
>     >      hairani
>     >      mior
>     >
>     >      oleh kerana iblis membantu dipintu hati sdr
>     >      teruskan lah, kerna Hj Hadi pun
>     >      pernah berucap di depan pelajar di South
>     >      Australia
>     >      mengatakan  Anwar Ibrahim adalah seorang
>     >      PELIWAT
>     >      Adakah Hj hadi itu munafiq selepas menjadi MB?
>     >
>     >      Sila telepon Dr Muzaffar di Hospital Sultanah
>     >      Aminah JB
>     >      untuk kepastian.  Keran a beliau adalah pelajar
>     >      yang mendengar
>     >      ucapan munafiq Hj Hadi semasa Di Australia.
>     >
>     >      Hassan, Haslim wrote:
>     >
>     >      > Tampak sungguh yang sdr ali183 semakin tenat
>     >      > !!!Jelas sdr begitu kuat dan gemar melempar
>     >      > fitnah dan menggunakan kata-kata lucah!Inilah
>     >      > imej yang sdr banggakan sebagai orang yang
>     >      > mengaku Islam???Hakikat apa??Terserlah
>     >      > ketenatan sdr yang parah dalam
>     >      > paranoia...Mungkin pemikiran sdr terlampau
>     >      > tumpul dan karat untuk menerima dan memahami
>     >      > realiti!!!Kan saya sudah mengutarakan yang isu
>     >      > ini, even ramai orang kuat umno sendiri pun
>     >      > masih tidak menerima hakikat tersebut!Hakikat
>     >      > yang JELAS iaitu saksi utama (Azizan Abu Bakar,
>     >      > terbukti fasik, kenyataan yang berbolak-balik)
>     >      > yang persaksiannya tidak boleh diterima oleh
>     >      > Islam dan akal yang sejahtera!!!Kesian! Cubalah
>     >      > risik-risik pada orang umno yang boleh
>     >      > dipercayai (yang mana tak akan kelentong
>     >      > sdr)!Sdr lupa ke yang kami ni kan bekas orang
>     >      > umno dan masih terdapat saudara-mara kami yang
>     >      > masih umno!Sekali lagi, mana fakta sdr ali183
>     >      > kalau nak tabur fitnah pun? Atau pun sdr memang
>     >      > tak mampu nak keluarkan fakta??
>     >      >
>     >      >     >
>     >      >     >
 << File: ATT00007.htm >> 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "sahruddin esa" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke