*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
assalamualaikum....

saya rasa kita juga perlu juga memberi perhatian terhadap pemandu bas kiara 
yang ditangkap yang dituduh merogol,meliwat dan membunuh seorang gadis dan 
kini didalam perbicaraan.kesian dia kerana tiada satu pun orang/pihak/parti 
politik yang mahu untuk memperjuangkan keadilan untuknya.adakah kerana dia 
pemandu bas ?????????????????

wassalam


>From: "Hassan, Haslim" <[EMAIL PROTECTED]>
>To: "'jaafar'" <[EMAIL PROTECTED]>
>CC: "'ali183'" <[EMAIL PROTECTED]>, [EMAIL PROTECTED]
>Subject: RE: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan
>Date: Tue, 22 May 2001 17:09:56 +0800
>
>Wa'alaikumussalam wbt,
>
>Keinginan sdr agar keadilan dan hukum Allah tertegak dimuka bumi ini juga
>sama di-impikan ramai muslimin yang lain. Oleh kerana perbincangan di Hizbi
>lebih banyak berkisar dan fokus disekitar kes Anwar, ini tidak lah bermakna
>keadilan dan undang-undang Allah hanya untuk kes Anwar sahaja. Diharap sdr
>tidak terus bersalah anggapan tentang isu ini.
>
>Sebenar isu perlaksanaan undang-undang Allah ini telah lama bangkit cuma
>tidak sehebat setelah isu kes Anwar menjadi hangat. Pada saya, kes Anwar 
>ini
>menjadi PEMANGKIN dan pehangat untuk semangat tuntutan perlaksanaan
>undang-undang Allah.
>
>Kalau sdr perhatikan, terdapat beberapa pihak yang sejak dari dulu lagi
>memerhatikan dan mengambil contoh ungkapan pemimpin kita terutamanya yang
>berhubung-kait dengan pemahaman, penerimaan dan perlaksanaan undang-undang
>Allah (perasan tak sdr tentang adanya pihak yang menyimpan 
>ungkapan-ungkapan
>PM terutamanya yang berkaitan dengan hukum hudud dan konsep-konsep lain 
>yang
>berkaitan dengan Islam even sejak bertahun-tahun dahulu, jauh sebelum kes
>Anwar timbul.
>Kadang-kadang kedengaran juga laungan, teguran, diskusi, tapi sering
>tenggelam timbul dan kurang mendapat sambutan.
>Tuntutan hukum Allah juga seringkali di-utarakan di parlimen even long
>before kes Anwar ni timbul.
>
>Cuba saudara bayangkan, katakanlah Mr. X (contoh rakyat marhain yang tidak
>dikenali umum) yang mengalami kes yang serupa spt Anwar, adakah ianya akan
>menjadi tumpuan segala pihak media, kerajaan, ngo, seluruh masyarakat??
>
>Dengan bangkitnya isu kes Anwar ini, ramai pihak yang mula tersedar akan
>tuntutan perlaksanaan undang-undang Allah ini. Kes ini juga membantu 
>laungan
>untuk perlaksanaan hukum-hukum semakin lantang kedengaran. Kalau kes Anwar
>sebagai sebab-musabab dan titik tolak terlaksananya hukum-hukum Allah 
>dimasa
>akan datang, bukankah perlaksanaan itu nanti untuk masyarakat yang akan
>datang?
>Walaupun pada lahirnya ianya seolah-olah untuk individu, kalau terlaksana,
>bukankah ianya untuk semua?
>
>Kalau dulu ramai yang malu-malu untuk membicara tentang hukum hudud, hukum
>Allah, kini ramai sudah lebih lantang menyuarakannya..
>
>Mengenai Kelantan & Terengganu, kalau sdr meletakkan diri sdr di tempat
>pemimpin tersebut, dan juga dengan mengambil kira kedudukan realiti
>peruntukan undang-undang yang ada ketika ini termasuk undang-undang
>persekutuan (tidak lupa juga tentangan dari kerajaan pusat yang juga yang
>secara langsung memonopoli penggubalan dasar dan perlembagaan), adakah sdr
>mampu melakukannya?
>
>Antara perenggan akhir sdr, iaitu semua orang tidak maksum, maka sebaiknya
>sdr menerima mereka sebagai tidak maksum, bukan menolak mereka kerana tidak
>maksum. Oleh kerana tiada siapa lagi yang maksum, maka siapa pula yang sdr
>akan terima? Atau sdr mulakan suatu inisiatif dan alternatif perjuangan 
>yang
>lebih baik?
>Atau kita hancurkan dan gagalkan sahaja platform perjuangan yang sedia ada?
>
>Akhir kata, mereka-mereka yang pada lahirnya memperjuangkan keadilan untuk
>Anwar, bukankah mereka pada hakikatnya memperjuangkan untuk orang lain
>(iaitu bukan diri mereka sendiri)???
>
>Wassalam.
>
>-----Original Message-----
>From: jaafar [mailto:[EMAIL PROTECTED]]
>Sent: Monday, May 21, 2001 8:10 AM
>To: Hassan, Haslim
>Cc: 'ali183'; [EMAIL PROTECTED]
>Subject: Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan
>
>
>Asalamualaikum...
>Dalam banyak-banyanj  kes liwat, kes Anwar sahaja kah yang memerlukan saksi
>yang tidak munafiq dan memerlukan Hukum Allah?.
>
>Kes Anwar bukan kes yang dikira terpinggir, tetapi sudah banyak.. sebelum
>dan sesudah dan baru-baru ini. Saya berasa terpinga-pinga... ada kah
>keadilan hanya perlu pada Anwar?... adakah Hukum Allah untuk manusia
>sejagat. Sendiwara apa yang sedang ditayangkan oleh manusia2 sekarang?.
>
>
>Semasa Anwarr didalam kelompok ini, tiada suara-suara sumbang yang
>kedengaran mempertikai sistem yang diguna pakai hingga sekarang....  kadang
>kadang umat bosan dengan sendiwara-sendiwara yang dikatakan mendapat box
>ofis... apa yang dapat dikenal pasti cuma ialah pemidato-pemidato yang
>mempunyai matlamat peribadi.. yang dulu menyangjung sistem yang ada
>sekarang.
>
>
>Saya amat menyanjungi para penyokong yang strategis, pakar strategi yang
>mempunyai matlamat tersndiri.. perlu difikirkan adakah mereka ini merangka
>strategi untuk manusia sejagat?.merangka strategi perjuangan untuk umat 
>yang
>yang terdahulu,sekarang dan yang akan datang?.
>
>
>Tolong jangan berjuang untuk individu dan kalau nak menjatuhkan.. jatuhkan
>individu.. kerana sistem yang ada bukan kerana ada seorang individu.. 
>kerana
>yang menjayakan sistem yang ada sebab adanya orang-orang yang seperti kita.
>
>
>Kalau jatuhnya sseorang individu itu belum tentu akan timbulnya sistem yang
>kita katakan sistem Islam... biar siapa pun yang berada  diatas itu belum
>pasti akan terlaksa hukum-hukum Allah... tengok lah apa yang terjadi di
>Kelantan dan di Terangganu... tidak juga mengimplimen Hukum Allah
>sepenuhnya... apa yang diimplimen hanya menuding jari.. ini salah saper...
>saper tak bagi... halangan siapa... logiknya tidak ada.Kalau sudah
>diimplimen baru nampak kelemahan dan halangan.Sekarang tidak lagi nampak
>kelemahan dan halangan.. cuma dengan kata-kata, lidah tidak bertulang...
>siapa yang petah dia menjadi juara dan boleh mempengaruhi umat.. siapa yang
>gagap macam Hishammuddin.. maka mesejnya kurang dan kurang berpengarruh....
>Berbeza dengan Mahfuz juara pidato.. siapa yang boleh mengalahkan dia untuk
>bercakap... bila berberceramah berduyun-duyun lah pemintnya nya hadir...
>makcik-makcik pun ramai yang berminat siapa yang tidak kenal Mahfuz yang
>boleh memikat penonton dengan hanya bercakap. setiap hari diserata pelusok
>negara...  yang heran dalam kata-kata tidak boleh menyampai maklumat dan
>bersuara... suara orang Pas lah yang berkumandang... suara Raja KOmando 
>yang
>berkumandang di Taman Sri Andalas... siapa yang tidak kenal dengan raja
>Komando di Andalas.. maleh nak cakap.
>
>
>Sekian rasa tidak puas hati dengan pejuang-pejuang puak-puak tertentu...
>bagi saya semua orang tidak maksum.. bukan saya sahaja termasuk
>saudara-saudara juga... jadinya usahlah MELAMPAU menyatakan kesalahan orang
>lain... ingatlah diri kita pun tidak sering dibuat kesalahan... Adakah
>saudara-saudara Maksum macam Nabi?.Baik orang orang UMNO atau PAS..atau
>KEADILAN...sama sahaja.. berjuang untuk Parti belum tentu berjuang untuk
>umat manusia.
>
>
>Usah lah  menjadi tamak memperjuangkan hak sendiri.. melalaikan hak orang
>lain.
>
>
>
>
>
>"Hassan, Haslim" wrote:
>
>
>  Dah tenat, semakin parah, dah nak nazak dah kot sdr?Saya mengagongkan
>anwar? Pada saya kalau sungguh Anwar bersalah, adili-lah dengan
>undang-undang Allah, tanpa saksi-saksi munafiq, kerana itu adalah kehendak
>dan perintahNya:Surah Al-Maaidah:
>
>48)Dan Kami telah turunkan kepada mu Al-Qur'an dengan membawa kebenaran,
>membenarkan apa yang sebelumnya iaitu kitab-kitab (yang diturunkan
>sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu;
>
>
>maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan
>janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran
>yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami 
>berikan
>aturan dan jalan yang terang...
>
>
>49)Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka menurut apa yang
>diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. Dan
>berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu
>dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada mu. Jika mereka
>berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), maka ketahuilah bahawa
>sesungguhnya Allah mengkehendaki akan menimpa musibah kepada mereka
>disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia
>adalah orang-orang yang fasik.
>
>
>50)Apakah hukuman jahiliyah yang mereka kehendaki dan (hukum) siapakah yang
>lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?Bagaimana?
>Atau sdr juga tidak redha dengan hukum Allah swt?Undang-undang manusia dan
>logik mahathir lebih adil? Kenapa terus berusaha membuka pekung didada
>sendiri???Tidakkah sdr mengikuti perkembangan?Kenapa keterangan Sukma dan
>Munawar didalam mahkamah ditolak, tetapi "pengakuan" semasa didalam tahanan
>polis diterima?Bukankah Sukma dan Munawar telah membuat pengakuan bahawa
>mereka telah dipaksa oleh polis untuk membuat pengakuan palsu?Sdr lupa atau
>buat-buat lupa?Tidakkah sdr mengikuti perkembangan berikut berdasarkan pada
>berita bertarikh 12-Mei-2001 lalu:>>>>>>>>>5 pertuduhan jenayah terhadap
>Anwar ditarik balik
>
>
>KUALA LUMPUR 12 Mei - Pihak pendakwaan hari ini menarik balik lima
>pertuduhan jenayah terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri 
>Anwar
>Ibrahim.
>
>
>Pertuduhan itu adalah empat dakwaan meliwat di bawah Seksyen 377B Kanun
>Keseksaan dan satu kes rasuah menyalah guna kuasa mengikut Seksyen 2(1)
>Ordinan No. 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.
>
>
>Timbalan Pendakwa Raya, Azhar Abdul Hamid yang mewakili pihak pendakwaan
>memaklumkan perkara itu kepada Mahkamah Tinggi yang bersidang di bilik
>mesyuarat pentadbiran Penjara Sungai Buloh dekat sini pagi ini.
>
>
>Bagaimanapun Azhar tidak menyatakan apa-apa alasan atau sebab pengguguran
>pertuduhan terhadap Anwar.
>
>
>Sejurus sidang bermula pukul 9.43 pagi, seorang jurubahasa menyebut lima
>lagi kes jenayah terhadap Anwar di hadapan Hakim Datuk S. Augustine Paul.
>
>
>Azhar lalu bangun memberitahu bahawa pihak pendakwa menarik balik kesemua
>baki pertuduhan yang disebutkan itu.
>
>
>Selepas itu, Hakim Augustine memerintahkan Anwar, 53, dilepaskan dan
>dibebaskan daripada lima pertuduhan tersebut.
>
>
>Hakim Augustine juga mengesahkan kepada peguam bela Anwar, Christopher
>Fernando dengan membaca nombor-nombor lima kes yang ditarik balik itu.
>
>
>Peguam-peguam yang turut mewakili Anwar ialah Gurbachan Singh, Zulkifli
>Noordin, Pawancheek Marican dan S.N. Nair.
>
>
>Sebelum itu, Anwar dengan berkerusi roda dan memakai penyokong leher 
>dikawal
>ketat ketika dibawa keluar dari sel penjara pada kira-kira pukul 8.45 pagi
>menuju ke bilik menunggu di pejabat pentadbiran Penjara Sungai Buloh.
>
>
>Sementara menunggu mahkamah bersidang, Anwar dilihat menemui isterinya,
>Datin
>
>
>Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, lima orang anak perempuannya, bapanya, 
>Datuk
>Ibrahim Abdul Rahman dan juga adik beradiknya.
>
>
>Isteri Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Nasional, Wan Azizah
>memberitahu media bahawa beliau bersyukur mengenai keputusan hari ini.
>
>
>Pertuduhan yang ditarik balik itu ialah empat kes yang dihadapi oleh Anwar
>atas tuduhan meliwat adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; 
>penulis
>ucapannya, Dr. Munawar Ahmad Anees; seorang pereka fesyen, Mior Abdul Razak
>Yahya dan seorang lelaki bernama Hairani Mohd. Naffis di antara tahun 1992
>dan Mei 1995.
>http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001
><http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2001&dt=0513&pub=utusan_malay
>sia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm>
>&dt=0513&pub=utusan_malaysia&sec=muka_hadapan&pg=mh_03.htm
>
>
><<<<<<<<<<<<<<<<<<
>
>
>Tidak hairan juga kalau Haji Hadi terpedaya dengan fitnah-fitnah yang
>dikeluarkan oleh puak-puak umno...
>
>
>Hebat sungguh fitnah puak-puak umno ni ya!!!
>
>
>Tang fitnah ni I bagi salute kat sdr ali183!!!
>
>
>-----Original Message-----
>From: ali183 [ mailto:[EMAIL PROTECTED] <mailto:[EMAIL PROTECTED]> ]
>Sent: Monday, May 21, 2001 3:03 PM
>To: Hassan, Haslim
>Subject: Re: H-Net* Mokhzani tidak sepatutnya tunduk kepada tohmahan
>
>syabas sdr
>kerana mengagong manusia munafiq macam anwar
>
>kes meliwatnya bukan setakat azizan
>
>
>sukma
>munawar
>hairani
>mior
>
>
>oleh kerana iblis membantu dipintu hati sdr
>teruskan lah, kerna Hj Hadi pun
>pernah berucap di depan pelajar di South Australia
>mengatakan  Anwar Ibrahim adalah seorang  PELIWAT
>Adakah Hj hadi itu munafiq selepas menjadi MB?
>
>
>Sila telepon Dr Muzaffar di Hospital Sultanah Aminah JB
>untuk kepastian.  Keran a beliau adalah pelajar yang mendengar
>ucapan munafiq Hj Hadi semasa Di Australia.
>
>
>Hassan, Haslim wrote:
>
>
>Tampak sungguh yang sdr ali183 semakin tenat !!! Jelas sdr begitu kuat dan
>gemar melempar fitnah dan menggunakan kata-kata lucah!Inilah imej yang sdr
>banggakan sebagai orang yang mengaku Islam??? Hakikat apa??Terserlah
>ketenatan sdr yang parah dalam paranoia...Mungkin pemikiran sdr terlampau
>tumpul dan karat untuk menerima dan memahami realiti!!!Kan saya sudah
>mengutarakan yang isu ini, even ramai orang kuat umno sendiri pun masih
>tidak menerima hakikat tersebut! Hakikat yang JELAS iaitu saksi utama
>(Azizan Abu Bakar, terbukti fasik, kenyataan yang berbolak-balik) yang
>persaksiannya tidak boleh diterima oleh Islam dan akal yang sejahtera!!!
>Kesian! Cubalah risik-risik pada orang umno yang boleh dipercayai (yang 
>mana
>tak akan kelentong sdr)!Sdr lupa ke yang kami ni kan bekas orang umno dan
>masih terdapat saudara-mara kami yang masih umno! Sekali lagi, mana fakta
>sdr ali183 kalau nak tabur fitnah pun? Atau pun sdr memang tak mampu nak
>keluarkan fakta??
>
>
>

_________________________________________________________________________
Get Your Private, Free E-mail from MSN Hotmail at http://www.hotmail.com.


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "mat jentol" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke