assalamualaikum,
satu lagi masaalah, pos malaysia (pm) ni, terlalu
sikit cawangan. dah tau awak ada banyak pelanggan,
bukalah banyak cawangan.ditiap2 cawangan tu buka pula
banyak kaunter.ini tak tiap2 cawangan ada dua atau
tiga kaunter saja, sedangkan service macam2 dia
ada-api, air, telepon, lesen,cukai jalan, cukai pintu,
celcom, pendaftaran syarikat dan macam2 lagi.tak
hairan satu hari nanti,kalau nak kawin pegi saja pm,
ada satu bilik dengan juru nikah dah ready.
wassalam.  

 ani  wrote: assalamualaikum saya setuju !. Sepatutnya
diera serba moden, IT lah katakan, perkhidmatan mcm
pos malaysia ni di'onlinekan. Macam  sistem
perbankan..contoh citibank. Bayar bil 24 hours, nak
keluar duit pun 24 hours. Ni tak kalau kat pejabat
bos, dahlah mcm - mcm perkhidmatan disediakan, 'Q
panjang berjela. Kekadang tu terfikir gak..apa org-
org atas sana buat....bayar gaji memahal ...fikir
lahhhhhh...!!!!!! cari latest system untuk naikan
taraf perkhidmatan pos malaysia. Barulah 'sedondon'
dengan pembangunan era IT nie. Tapi bila direnung
dalam - dalam , memang kita nie sentiasa tak
'sedondon'...dlm setiap bidang. Mcm sekolah kat bandar
dengan kampung..kat bandar dilaungkan tentang era IT,
kat kampung, nak dpt komputer sebijik pun susah. Yang
miskin bertambah miskin , yang kaya bertambah kaya.
...Tulah dunia. ...!!!!     wassalam Ibnu Aziz wrote:
Salam~ Sembang bab POS Malaysia pulak dah yang dengaq
cerita tak jadi dijual ke Philio Allied sebab harga
murah sangat kot campuq dengan isu Tun Daim kita yang
la ni tah apa jadi dengan dia. Pertamanya, saya nak
mintak maaf kepada kakitangan POS Malaysia, saya
gunakan ruangan ni untuk meluahkan pandangan serta
cadangan demi kebaikan bersama. Jom kita kaji selidik
tentang perkhidmatan yang POS Malaysia (POS) yang dok
ada sekarang ni. Bukan apa, kesian pun ada. Geram pun
ada meluat tu memang dah lama ada. Kita sekarang ni
dah masuk abad kurun baru, 2001 dah bukan dok dibuai
zaman tok nadoq yang belum ada "api ayaq" zaman yang
"buta piang" IT langsung ! Tapi itulah hakikat POS
yang saya dok perkatakan ni. Begitu teruk pemandangan
setiap kebanyakkan pejabat POS (PP) diseluruh tanah
air, fasiliti yang amat murah dan kuno masih lagi
terdapat didalamnya. Tambahan pulak PP yang terletak
dibahagian pedalaman, memang teruk sunggu la. Ish
!Justeru sistem pentadbiran mahupun pengurusan yang
sangat daif, lembab, HAPRAK ! Bukan saya seorang yang
merungut sedemikian, rata2 masyarakat tak kira lapisan
umur mahupun bangsa sangat jelek bila menyebut POS.
Sudahla tu wahai POS, ubah la, ni zaman IT ni, gunakan
kemudahan yang sewajarnya setimpal dengan komisen yang
hangpa bedal melalui perkhidmatan haprak hangpa tu.
Biaq la semuanya online, bersih, cekap dan amanah !!
Mana pi Q hangpa ?Takkan nak pi bayaq bil air yang
tertunggak pun kena bawak bil yang lama ??? Ish !
Teruk sungguh ! Salam~

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Make international calls for as low as $.04/minute with Yahoo! Messenger
http://phonecard.yahoo.com/

Kirim email ke