congrate red1..!! 2009/10/27 saifuladli ismail <ismail.saifula...@gmail.com>
> bravo tuan red1. I like this...sebak rasanya > > 2009/10/26 red1 <r...@red1.org> > >> >> Baru tadi saya selesai menghadiri forum anjuran MDec bersama FOSSmy >> dimana beberapa tokoh dunia seperti Brian Aker dan David Axmark (rakan >> pereka MySQL). Setelah mendedahkan soal budaya yang sama dirasai oleh >> mereka walaupun di Eropah, dimana mereka sendiri tidak ada sokongan >> melainkan PC sendiri dan hari kelapangan hujung minggu. David mengambil >> masa 5 tahun lamanya sebelum negaranya sendiri iaitu Sweden menyiarkan >> tentang MySQL. Itupun setelah ia jadi masyur di Amerika Syarikat. >> >> David mengesahkan bahawa pernah beberapa kali mereka menolak soal >> perniagaan kerana ingin fokus pada MySQL. Pakar perniagaan sering >> menganggu mereka dengan tawaran yang mereka tidak mempersetujui. Orang >> bisnes juga turut tidak memahami mengapa pereka ini tidak mahu berniaga >> lebih komersil. Lihatlah semangat mereka yang tidak putus asa dengan >> sumber terbuka. Itulah rahsia kejayaan mereka. >> >> Dalam forum tadi, beberapa pegawai MDec mengenali saya dan bersetuju >> ingin menyokong apa jua permohonan saya untuk mendapat dana dari sana. >> Saya dengan rendah diri menolak pelawaan tersebut. Saya meminta mereka >> supaya fikirkanlah rakan-rakan dan adik-adik lain di sini. Saya sudah >> tidak perlu pertolongan mereka kerana ingin membuktikan keihklasan >> permintaan mudah ini. Saya hanya mahu perjuangkan mereka ini yang belum >> kecewa. >> >> Hukum-hakam dan perundangan dalam borang meminta dana hendaklah dikaji >> semula dan diperbaiki. Justru itu soal mengaitkan sesuatu usaha innovasi >> dengan berkesanan projek dan keuntungan komersil hendaklah dipisahkan. >> Innovasi adalah innovasi. Tidak ada kait mengait dengan soal komersil. >> Sekurang-kurangnya belum lagi. >> >> Lihatlah Harvard dan sejarahnya selama 300 tahun yang bermula dengan 11 >> pelajar dan seorang pensyarah. Mereka mencari ilmu dan mencipta ilmu >> baru, bukan produk dan soal keuntungan. Lihatlah Universiti Princeton >> yang menjemput Albert Einstein untuk datang dan duduk sahaja tanpa >> mengajar. Mengapa? >> >> Kita di sini tidak akan mencapai tahap kejayaan mereka. Bukan kita tidak >> ada cerdik pandai malah cukup banyak saya jumpa. Tetapi mereka >> ditakut2kan dengan istilah bombastik yang tidak perlu. Mereka dizalimi >> sebenarnya. Siapa yang rugi? Kita adalah rakyat yang berhak untuk >> mengajukan pandangan yang bernas demi negara tersayang kita. >> >> Saya juga meminta pegawai MDec untuk menjemput pihak OSDC.my supaya >> berdialog secara terus-terang tanpa pra-sangka. Kosongkanlah minda >> bahawa OSDC.my yang perlu wang seolah pengemis di negara sendiri. Kita >> bukan pengemis. Kita adalah modal insan dan pembawa generasi masa depan >> negara. >> >> Sekian dengan ikhlas dari saya, >> red1 >> >> >> > > > > -- Never Underestimated People Stupidity http://www.se7enet.co.cc --~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~ Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/ Facebook Fan page http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577 http://www.facebook.com/OSDC.my You received this message because you are subscribed to the Google Groups "OSDC.my Mailing List" group. To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com To unsubscribe from this group, send email to osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com For more options, visit this group at http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en -~----------~----~----~----~------~----~------~--~---