In some ways that is very true. One day someone might invent
that star-trek device that can create food, gold or anything by just adding electrons to atoms. Then everyone can
work for free and the betterment of human race.

Until then... funds are required to get things working. The guy on mysql wouldn't even be able to survice if he didn't  have
an ongoing paid job, someone , somewhere is always paying , one way or the other.  If i live in some European countries,
i might get away by coding all the way and giving the gov a "i cant work, nobody hire me" and live on the meager Gov funds for jobless until my project kicks off.

Over here, realistically, it would be good news enuf for many if funds are used for the right work and results.

Marcus.




Hasanuddin Abu Bakar wrote:
Saya baru mendapatkan khidmat nasihat mengenai hasrat saya untuk
membangunkan Malaysian Common Desktop dengan wakil MDec di Kelantan.
Nampaknya beliau sangat berminat dengan idea tersebut, namun dengan
satu pertanyaan, "Bagaimana anda mendapatkan keuntungan dari produk
ini"

Saya tidak berhasrat untuk membelakangi Ubuntu, malah Ubuntu akan
menjadi mentor untuk produk ini. Produk ini akan menjadi "A Better
Ubuntu for Malaysian".

Saya memerlukan dana kerana saya belum berjumpa dengan pengaturcara
yang sedia bekerja secara percuma (bukan "freedom" tapi "free") kerana
proses ini memerlukan masa yang panjang. Masa lebih bernilai daripada
emas. Saya tak mahu dana untuk naik ke angkasa lepas, cukup untuk
membayar elaun, peralatan atau membiayai program yang akan dianjurkan.




Hasanuddin Abu Bakar
-------------------------------
Ubuntu embedded developer/tester
https://wiki.ubuntu.com/bizkut

Get FireGPG for your Firefox! http://getfiregpg.org

PGP Public Key http://keyserver.ubuntu.com:11371/pks/lookup?op=get&search=0xC5A1B11965D43C5C



2009/10/29 Marcus <mar...@python.my>:
  
nice.


red1 wrote:
    
Baru tadi saya selesai menghadiri forum anjuran MDec bersama FOSSmy
dimana beberapa tokoh dunia seperti Brian Aker dan David Axmark (rakan
pereka MySQL). Setelah mendedahkan soal budaya yang sama dirasai oleh
mereka walaupun di Eropah, dimana mereka sendiri tidak ada sokongan
melainkan PC sendiri dan hari kelapangan hujung minggu. David mengambil
masa 5 tahun lamanya sebelum negaranya sendiri iaitu Sweden menyiarkan
tentang MySQL. Itupun setelah ia jadi masyur di Amerika Syarikat.

David mengesahkan bahawa pernah beberapa kali mereka menolak soal
perniagaan kerana ingin fokus pada MySQL. Pakar perniagaan sering
menganggu mereka dengan tawaran yang mereka tidak mempersetujui. Orang
bisnes juga turut tidak memahami mengapa pereka ini tidak mahu berniaga
lebih komersil. Lihatlah semangat mereka yang tidak putus asa dengan
sumber terbuka. Itulah rahsia kejayaan mereka.

Dalam forum tadi, beberapa pegawai MDec mengenali saya dan bersetuju
ingin menyokong apa jua permohonan saya untuk mendapat dana dari sana.
Saya dengan rendah diri menolak pelawaan tersebut. Saya meminta mereka
supaya fikirkanlah rakan-rakan dan adik-adik lain di sini. Saya sudah
tidak perlu pertolongan mereka kerana ingin membuktikan keihklasan
permintaan mudah ini. Saya hanya mahu perjuangkan mereka ini yang belum
kecewa.

Hukum-hakam dan perundangan dalam borang meminta dana hendaklah dikaji
semula dan diperbaiki. Justru itu soal mengaitkan sesuatu usaha innovasi
dengan berkesanan projek dan keuntungan komersil hendaklah dipisahkan.
Innovasi adalah innovasi. Tidak ada kait mengait dengan soal komersil.
Sekurang-kurangnya belum lagi.

Lihatlah Harvard dan sejarahnya selama 300 tahun yang bermula dengan 11
pelajar dan seorang pensyarah. Mereka mencari ilmu dan mencipta ilmu
baru, bukan produk dan soal keuntungan. Lihatlah Universiti Princeton
yang menjemput Albert Einstein untuk datang dan duduk sahaja tanpa
mengajar. Mengapa?

Kita di sini tidak akan mencapai tahap kejayaan mereka. Bukan kita tidak
ada cerdik pandai malah cukup banyak saya jumpa. Tetapi mereka
ditakut2kan dengan istilah bombastik yang tidak perlu. Mereka dizalimi
sebenarnya. Siapa yang rugi? Kita adalah  rakyat yang berhak untuk
mengajukan pandangan yang bernas demi negara tersayang kita.

Saya juga meminta pegawai MDec untuk menjemput pihak OSDC.my supaya
berdialog secara terus-terang tanpa pra-sangka. Kosongkanlah minda
bahawa OSDC.my yang perlu wang seolah pengemis di negara sendiri. Kita
bukan pengemis. Kita adalah modal insan dan pembawa generasi masa depan
negara.

Sekian dengan ikhlas dari saya,
red1

      
      

    



  


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Kirim email ke