Saya baru mendapatkan khidmat nasihat mengenai hasrat saya untuk
membangunkan Malaysian Common Desktop dengan wakil MDec di Kelantan.
Nampaknya beliau sangat berminat dengan idea tersebut, namun dengan
satu pertanyaan, "Bagaimana anda mendapatkan keuntungan dari produk
ini"

Saya tidak berhasrat untuk membelakangi Ubuntu, malah Ubuntu akan
menjadi mentor untuk produk ini. Produk ini akan menjadi "A Better
Ubuntu for Malaysian".

Saya memerlukan dana kerana saya belum berjumpa dengan pengaturcara
yang sedia bekerja secara percuma (bukan "freedom" tapi "free") kerana
proses ini memerlukan masa yang panjang. Masa lebih bernilai daripada
emas. Saya tak mahu dana untuk naik ke angkasa lepas, cukup untuk
membayar elaun, peralatan atau membiayai program yang akan dianjurkan.




Hasanuddin Abu Bakar
-------------------------------
Ubuntu embedded developer/tester
https://wiki.ubuntu.com/bizkut

Get FireGPG for your Firefox! http://getfiregpg.org

PGP Public Key 
http://keyserver.ubuntu.com:11371/pks/lookup?op=get&search=0xC5A1B11965D43C5C



2009/10/29 Marcus <mar...@python.my>:
>
> nice.
>
>
> red1 wrote:
>> Baru tadi saya selesai menghadiri forum anjuran MDec bersama FOSSmy
>> dimana beberapa tokoh dunia seperti Brian Aker dan David Axmark (rakan
>> pereka MySQL). Setelah mendedahkan soal budaya yang sama dirasai oleh
>> mereka walaupun di Eropah, dimana mereka sendiri tidak ada sokongan
>> melainkan PC sendiri dan hari kelapangan hujung minggu. David mengambil
>> masa 5 tahun lamanya sebelum negaranya sendiri iaitu Sweden menyiarkan
>> tentang MySQL. Itupun setelah ia jadi masyur di Amerika Syarikat.
>>
>> David mengesahkan bahawa pernah beberapa kali mereka menolak soal
>> perniagaan kerana ingin fokus pada MySQL. Pakar perniagaan sering
>> menganggu mereka dengan tawaran yang mereka tidak mempersetujui. Orang
>> bisnes juga turut tidak memahami mengapa pereka ini tidak mahu berniaga
>> lebih komersil. Lihatlah semangat mereka yang tidak putus asa dengan
>> sumber terbuka. Itulah rahsia kejayaan mereka.
>>
>> Dalam forum tadi, beberapa pegawai MDec mengenali saya dan bersetuju
>> ingin menyokong apa jua permohonan saya untuk mendapat dana dari sana.
>> Saya dengan rendah diri menolak pelawaan tersebut. Saya meminta mereka
>> supaya fikirkanlah rakan-rakan dan adik-adik lain di sini. Saya sudah
>> tidak perlu pertolongan mereka kerana ingin membuktikan keihklasan
>> permintaan mudah ini. Saya hanya mahu perjuangkan mereka ini yang belum
>> kecewa.
>>
>> Hukum-hakam dan perundangan dalam borang meminta dana hendaklah dikaji
>> semula dan diperbaiki. Justru itu soal mengaitkan sesuatu usaha innovasi
>> dengan berkesanan projek dan keuntungan komersil hendaklah dipisahkan.
>> Innovasi adalah innovasi. Tidak ada kait mengait dengan soal komersil.
>> Sekurang-kurangnya belum lagi.
>>
>> Lihatlah Harvard dan sejarahnya selama 300 tahun yang bermula dengan 11
>> pelajar dan seorang pensyarah. Mereka mencari ilmu dan mencipta ilmu
>> baru, bukan produk dan soal keuntungan. Lihatlah Universiti Princeton
>> yang menjemput Albert Einstein untuk datang dan duduk sahaja tanpa
>> mengajar. Mengapa?
>>
>> Kita di sini tidak akan mencapai tahap kejayaan mereka. Bukan kita tidak
>> ada cerdik pandai malah cukup banyak saya jumpa. Tetapi mereka
>> ditakut2kan dengan istilah bombastik yang tidak perlu. Mereka dizalimi
>> sebenarnya. Siapa yang rugi? Kita adalah  rakyat yang berhak untuk
>> mengajukan pandangan yang bernas demi negara tersayang kita.
>>
>> Saya juga meminta pegawai MDec untuk menjemput pihak OSDC.my supaya
>> berdialog secara terus-terang tanpa pra-sangka. Kosongkanlah minda
>> bahawa OSDC.my yang perlu wang seolah pengemis di negara sendiri. Kita
>> bukan pengemis. Kita adalah modal insan dan pembawa generasi masa depan
>> negara.
>>
>> Sekian dengan ikhlas dari saya,
>> red1
>>
>> >
>>
>>
>
>
>
> >
>

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
Join Open Source Developers Club Malaysia http://www.osdc.my/

Facebook Fan page

http://www.facebook.com/group.php?gid=98685301577

http://www.facebook.com/OSDC.my

You received this message because you are subscribed to the Google

Groups "OSDC.my Mailing List" group.
To post to this group, send email to osdcmy-list@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to
osdcmy-list+unsubscr...@googlegroups.com
For more options, visit this group at
http://groups.google.com/group/osdcmy-list?hl=en
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

Reply via email to