Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Pengumuman aktiviti inisiatif Sumber Terbuka daripada Sekolah
Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis.

Sekolah Kebangsaan Sena bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
dan Jabatan Pelajaran Perlis telah menganjurkan Pertandingan
OpenOffice.org Perlis 2011 pada 24 September lalu. Berita dan gambar-
gambar pertandingan ada di
http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=430:pertandingan-openofficeorg-perlis-2011&catid=58:sena-cyquest&Itemid=161
untuk rujukan.

Pertandingan seterusnya akan diadakan untuk Sekolah Kluster
Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) zon utara
(Perlis, Kedah, Pulau Pinang). Tarikh tentatifnya ialah pada 22
Oktober 2011.

UniMAP dan SK Sena juga sedang merancang untuk menganjurkan Perlis
Open Source Exhibition dalam bentuk seminar + pameran. Kami amat
berminat untuk melibatkan OSDC.my dalam program tersebut. Sebarang
input amat dialu-alukan.

Terima kasih.

AHMAD FERDAUS BIN ABD RAZAK
Sekolah Kebangsaan Sena
01000 Kangar
Perlis
www.sksena.edu.my

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke