Tuan,

Kami amat menghargai setiap peluang yang diberikan untuk berkongsi dan
bertukar-tukar maklumat, khususnya dalam pelaksanaan inisiatif ICT dan
Sumber Terbuka. Tambahan pula, bagi saya, tahun ini pihak sekolah telah
menjalankan lebih banyak inisiatif Sumber Terbuka berbanding tahun-tahun
sebelum ini. Ini termasuklah:-

1. Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011 - Kerjasama dengan UniMAP dan JPN
Perlis
2. Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan Zon Utara 2011
(Dirancang) - Kerjasama dengan UniMAP dan BPSBPSK, KPM
3. Penyertaan dalam pensijilan International Grades, Open Technologies
(INGOTs) Modul Bronze - Kerjasama dengan UPSI
4. Penyertaan dalam Tux Paint Kids Summer Drawing Contest 2011 anjuran
WorldLabel.com, NY, USA - Salah satu penyertaan SK Sena memenangi hadiah
saguhati

Dan seperti yang kami selalu tekankan, semua penghasilan bahan audiovisual
(berita, drama, montaj, temubual) murid-murid kami dalam MEDIASENA diproses
sepenuhnya menggunakan Perisian Sumber Terbuka (Kdenlive, GIMP, Ardour).
Maklumat lanjut di
http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_hwdvideoshare&Itemid=258.

SK Sena memang pernah menjadi peserta pameran dalam Hari Sumber Terbuka KPM
2010 di Kompleks E, Putrajaya dan MyGOSSCON 2010 di PICC. Kalau tuan dapat
maklumkan dengan lebih detail, input/penyertaan bagaimana yang tuan inginkan
daripada SK Sena untuk Hari Sumber Terbuka 2011, saya dapat maklumkan kepada
pihak atasan untuk tindakan segera.

Kalau ada surat jemputan daripada penganjur lebih baik lagi, senang sikit
untuk guru/murid yang terlibat untuk hadir, dan untuk pengurusan ICT SK Sena
menguruskan keperluan-keperluan seperti penginapan, pengangkutan dan
sebagainya. Basically, sebagai punca kuasa untuk bertindak.

Terima kasih.

Ferdaus
SK Sena

2011/10/1 Tajul Azhar <ta...@sabily.my>

> Tuan,
>
> Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Program Hari Sumber Terbuka
> di Putrajaya dan adakah ruang dan peluang pihak tuan, ataupun pihak Jabatan
> Pelajaran Negeri Perlis, ataupun perwakilan dari Perlis di peringkat Sekolah
> dapat bersama kami di Putrajaya nanti?
>
> Acara tersebut akan dianjurkan bulan ini, tak silap saya. Kalau pihak tuan
> dapat datang, dalam memberikan input, ia adalah baik.
>
> Sekian
>
> 2011/9/29 Ahmad Ferdaus Abd Razak <fer1...@gmail.com>
>
>> Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
>>
>> Pengumuman aktiviti inisiatif Sumber Terbuka daripada Sekolah
>> Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis.
>>
>> Sekolah Kebangsaan Sena bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
>> dan Jabatan Pelajaran Perlis telah menganjurkan Pertandingan
>> OpenOffice.org Perlis 2011 pada 24 September lalu. Berita dan gambar-
>> gambar pertandingan ada di
>>
>> http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=430:pertandingan-openofficeorg-perlis-2011&catid=58:sena-cyquest&Itemid=161
>> untuk rujukan.
>>
>> Pertandingan seterusnya akan diadakan untuk Sekolah Kluster
>> Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) zon utara
>> (Perlis, Kedah, Pulau Pinang). Tarikh tentatifnya ialah pada 22
>> Oktober 2011.
>>
>> UniMAP dan SK Sena juga sedang merancang untuk menganjurkan Perlis
>> Open Source Exhibition dalam bentuk seminar + pameran. Kami amat
>> berminat untuk melibatkan OSDC.my dalam program tersebut. Sebarang
>> input amat dialu-alukan.
>>
>> Terima kasih.
>>
>> AHMAD FERDAUS BIN ABD RAZAK
>> Sekolah Kebangsaan Sena
>> 01000 Kangar
>> Perlis
>> www.sksena.edu.my
>>
>> --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> OSDC.my Discussion Group In Facebook
>> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>>
>> Malaysia Open Source Conference 2012
>> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>>
>
>
>
> --
> Komuniti Sabily Malaysia
> http://www.sabily.my
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> OSDC.my Discussion Group In Facebook
> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>
> Malaysia Open Source Conference 2012
> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>



--

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke