Tajul

Pada siapa kami boleh berhubung untuk Hari OSS KPM?

On Sun, Oct 2, 2011 at 8:37 AM, fer1035 <fer1...@gmail.com> wrote:

> Tuan,
>
> Kami amat menghargai setiap peluang yang diberikan untuk berkongsi dan
> bertukar-tukar maklumat, khususnya dalam pelaksanaan inisiatif ICT dan
> Sumber Terbuka. Tambahan pula, bagi saya, tahun ini pihak sekolah telah
> menjalankan lebih banyak inisiatif Sumber Terbuka berbanding tahun-tahun
> sebelum ini. Ini termasuklah:-
>
> 1. Pertandingan OpenOffice.org Perlis 2011 - Kerjasama dengan UniMAP dan
> JPN Perlis
> 2. Pertandingan OpenOffice.org Sekolah Kecemerlangan Zon Utara 2011
> (Dirancang) - Kerjasama dengan UniMAP dan BPSBPSK, KPM
> 3. Penyertaan dalam pensijilan International Grades, Open Technologies
> (INGOTs) Modul Bronze - Kerjasama dengan UPSI
> 4. Penyertaan dalam Tux Paint Kids Summer Drawing Contest 2011 anjuran
> WorldLabel.com, NY, USA - Salah satu penyertaan SK Sena memenangi hadiah
> saguhati
>
> Dan seperti yang kami selalu tekankan, semua penghasilan bahan audiovisual
> (berita, drama, montaj, temubual) murid-murid kami dalam MEDIASENA diproses
> sepenuhnya menggunakan Perisian Sumber Terbuka (Kdenlive, GIMP, Ardour).
> Maklumat lanjut di
> http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_hwdvideoshare&Itemid=258.
>
> SK Sena memang pernah menjadi peserta pameran dalam Hari Sumber Terbuka KPM
> 2010 di Kompleks E, Putrajaya dan MyGOSSCON 2010 di PICC. Kalau tuan dapat
> maklumkan dengan lebih detail, input/penyertaan bagaimana yang tuan inginkan
> daripada SK Sena untuk Hari Sumber Terbuka 2011, saya dapat maklumkan kepada
> pihak atasan untuk tindakan segera.
>
> Kalau ada surat jemputan daripada penganjur lebih baik lagi, senang sikit
> untuk guru/murid yang terlibat untuk hadir, dan untuk pengurusan ICT SK Sena
> menguruskan keperluan-keperluan seperti penginapan, pengangkutan dan
> sebagainya. Basically, sebagai punca kuasa untuk bertindak.
>
> Terima kasih.
>
> Ferdaus
> SK Sena
>
>
> 2011/10/1 Tajul Azhar <ta...@sabily.my>
>
>> Tuan,
>>
>> Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Program Hari Sumber Terbuka
>> di Putrajaya dan adakah ruang dan peluang pihak tuan, ataupun pihak Jabatan
>> Pelajaran Negeri Perlis, ataupun perwakilan dari Perlis di peringkat Sekolah
>> dapat bersama kami di Putrajaya nanti?
>>
>> Acara tersebut akan dianjurkan bulan ini, tak silap saya. Kalau pihak tuan
>> dapat datang, dalam memberikan input, ia adalah baik.
>>
>> Sekian
>>
>> 2011/9/29 Ahmad Ferdaus Abd Razak <fer1...@gmail.com>
>>
>>> Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
>>>
>>> Pengumuman aktiviti inisiatif Sumber Terbuka daripada Sekolah
>>> Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis.
>>>
>>> Sekolah Kebangsaan Sena bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
>>> dan Jabatan Pelajaran Perlis telah menganjurkan Pertandingan
>>> OpenOffice.org Perlis 2011 pada 24 September lalu. Berita dan gambar-
>>> gambar pertandingan ada di
>>>
>>> http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=430:pertandingan-openofficeorg-perlis-2011&catid=58:sena-cyquest&Itemid=161
>>> untuk rujukan.
>>>
>>> Pertandingan seterusnya akan diadakan untuk Sekolah Kluster
>>> Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) zon utara
>>> (Perlis, Kedah, Pulau Pinang). Tarikh tentatifnya ialah pada 22
>>> Oktober 2011.
>>>
>>> UniMAP dan SK Sena juga sedang merancang untuk menganjurkan Perlis
>>> Open Source Exhibition dalam bentuk seminar + pameran. Kami amat
>>> berminat untuk melibatkan OSDC.my dalam program tersebut. Sebarang
>>> input amat dialu-alukan.
>>>
>>> Terima kasih.
>>>
>>> AHMAD FERDAUS BIN ABD RAZAK
>>> Sekolah Kebangsaan Sena
>>> 01000 Kangar
>>> Perlis
>>> www.sksena.edu.my
>>>
>>> --
>>> To unsubscribe from and detail about this group
>>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>>
>>> OSDC.my Discussion Group In Facebook
>>> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>>>
>>> Malaysia Open Source Conference 2012
>>> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>>>
>>
>>
>>
>> --
>> Komuniti Sabily Malaysia
>> http://www.sabily.my
>>
>>  --
>> To unsubscribe from and detail about this group
>> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>>
>> OSDC.my Discussion Group In Facebook
>> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>>
>> Malaysia Open Source Conference 2012
>> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>>
>
>
>
> --
>
>
>
>  --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> OSDC.my Discussion Group In Facebook
> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>
> Malaysia Open Source Conference 2012
> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>



-- 
Malaysia Open Source Software Conference 2011
MOSC2011 http://www.mosc.my/

Malaysia Open Source Conference 2012 (MOSC2012)
http://portal.mosc.my/

LinuxMalaysia Network
http://www.facebook.com/Bukan.Sekadar.Internet.Sahaja

Harisfazillah Jamel

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke