Tuan,

Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengadakan Program Hari Sumber Terbuka
di Putrajaya dan adakah ruang dan peluang pihak tuan, ataupun pihak Jabatan
Pelajaran Negeri Perlis, ataupun perwakilan dari Perlis di peringkat Sekolah
dapat bersama kami di Putrajaya nanti?

Acara tersebut akan dianjurkan bulan ini, tak silap saya. Kalau pihak tuan
dapat datang, dalam memberikan input, ia adalah baik.

Sekian

2011/9/29 Ahmad Ferdaus Abd Razak <fer1...@gmail.com>

> Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
>
> Pengumuman aktiviti inisiatif Sumber Terbuka daripada Sekolah
> Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis.
>
> Sekolah Kebangsaan Sena bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
> dan Jabatan Pelajaran Perlis telah menganjurkan Pertandingan
> OpenOffice.org Perlis 2011 pada 24 September lalu. Berita dan gambar-
> gambar pertandingan ada di
>
> http://www.sksena.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=430:pertandingan-openofficeorg-perlis-2011&catid=58:sena-cyquest&Itemid=161
> untuk rujukan.
>
> Pertandingan seterusnya akan diadakan untuk Sekolah Kluster
> Kecemerlangan (SKK) dan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) zon utara
> (Perlis, Kedah, Pulau Pinang). Tarikh tentatifnya ialah pada 22
> Oktober 2011.
>
> UniMAP dan SK Sena juga sedang merancang untuk menganjurkan Perlis
> Open Source Exhibition dalam bentuk seminar + pameran. Kami amat
> berminat untuk melibatkan OSDC.my dalam program tersebut. Sebarang
> input amat dialu-alukan.
>
> Terima kasih.
>
> AHMAD FERDAUS BIN ABD RAZAK
> Sekolah Kebangsaan Sena
> 01000 Kangar
> Perlis
> www.sksena.edu.my
>
> --
> To unsubscribe from and detail about this group
> http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information
>
> OSDC.my Discussion Group In Facebook
> http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/
>
> Malaysia Open Source Conference 2012
> MOSC2012 http://portal.mosc.my/
>



-- 
Komuniti Sabily Malaysia
http://www.sabily.my

-- 
To unsubscribe from and detail about this group 
http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

OSDC.my Discussion Group In Facebook
http://www.facebook.com/groups/osdcmalaysia/

Malaysia Open Source Conference 2012
MOSC2012 http://portal.mosc.my/

Kirim email ke