saya juga tumpang merasai resah dan gundah dengan apa yang dialami ketua
wartawan sinar harian, sdr. Manzaidi. saya tahu. beliau cukup komited dengan
PESISIR. namun tuntutan tugas mesti diutamakan. sabarlah.
buangkan kesedihan itu ke langit biar ianya menjadi benih hujan yang boleh
menyiram dunia seterusnya menyuburkan tanaman cantik yang menjadi idaman semua.
saya masih ingat tahun-tahun silam era 80 ketika pertama kali langkahnya
memasuki pintu PESISIR. kehdairannya disambut penuh mesra AJK PESISIR waktu
itu. kami lahirkan seribu kegembiraan dengan kehadirannya dan saat itu kami
sudah mahu meletakkan beliau dalam AJK PESISIR kerana kami yakin dengan
kebolehan dan kemampuan beliau.
kepada ahli lain, kalau ada jemputan, silalah datang. ingatlah, setiap
jemputan itu serius.
Anuar Musa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
ketidakhadiran saudara manzaidi sememangnya desakan tugas yang lebih utama
yang tidak mampu dielakkan dan kita amat memahami sebagai warga pesisir
dan saya percaya jauh dilubuk hati beliau tetap bersama kita cuma sedikit
dikesalkan barisan ajk yang lain tanpa maklumat tanpa sebarang reaksi
adalah sesuatu yang mendukacitakan mungkin kecintaan mereka masih belum
mendalam dan memahami makna keakraban pesisir yang sebenarnya. selaku
ketua dua saya gagal memainkan peranan untuk memimpin ajk yang lain
memaknakan kecintaan terhadap PESISIR...
> Saya lagi sedih, ketika saat-saat akhir membuat persiapan untuk bertolak
> ke rumah Ketua Dua dari pejabat di Pengkalan Chepa, tiba-tiba saya terima
> dua panggilan mengenai kes kebakaran di Jalan Panchor dan kemalangan maut
> di Machang.
> Nak tak nak saya terpaksa utamakan tugas dahulu kerana kebetulan pada
> Hari Raya Kedua, saya seorang yang bertugas. Jadi bagi memastikan paper
> dapat keluar esok hari, saya terpaksa berkejar ke dua tempat itu.
> Sebelum itu saya sempat kirim sms kepada Ketua Dua memaklumkan
> ketidakhadiran saya pada perjumpaan itu atas sebab-sebab kes emergency.
> Saya minta maaf kepada semua. Saya rasa malu kepada rakan-rakan kerana
> saya antara yang beriya-iya menyatakan kesanggupan akan hadir, tetapi
> saya jugalah yang tidak hadir.
>
>
>
> Ediramle Ismail <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> Kecintaan sebahagian besar ahli lama pesisir dan jawatan kuasa
> utama yang
> ada sekarang telah teruji apabila masing-masing menzahirkan rasa cinta
> mereka kepada pesisir dan dunia penulisan. Pada perjumpaan Pesisir yang
> baru diadakan .
>
> Kini pesisir masih mencari ahli-ahli lama pesisir agar kembali semula ke
> pesisir sekurang-kurangnya dalam pertemuan di egroup pesisir.
>
> Mungkin untuk bertemu seperti yang diadakan pada hari kedua agak sukar
> kerana kesibukan tugas masing-masing.
>
> Sebelum perjumpaan diadakan saya telah menerima beberapa maklum balas
> mereka yang tidak dapat hadir. Sebabnya kebanyakan harus menghadiri majlis
> tertentu bersama sanak saudara, Kesesakan lalu lintas .
>
> Jadi mereka sebenar bukan tidak mahu hadir, tapi tidak dapat hadir kerana
> hal-hal yang tidak dapat dielakkan.
>
> Ediramle Ismail
>
>
>
>
>
>
> ---------------------------------
> Moody friends. Drama queens. Your life? Nope! - their life, your story.
> Play Sims Stories at Yahoo! Games.
---------------------------------
Don't let your dream ride pass you by. Make it a reality with Yahoo! Autos.